Handphone awak dah charge ke?


Apa yang aku perhatikan sekarang ini tentang kehidupan duniawi kita, ia boleh diibaratkan sama  dengan sebuah telefon pintar/ smartphone.

Kalau dulu suatu masa mula-mula diperkenalkan telefon bimbit/handphone tidak banyak aplikasi yang disediakan oleh pengeluarnya. Dulu hanya telefon bimbit keluaran biasa-biasa dan belum tahap pintar, setelah beberapa tahun kemudian barulah semakin maju dengan teknologi tinggi.

Bila dikaitkan kehidupan manusia dan smartphone kini, kita melihat dari segi ketahanan kuasa bateri dan aplikasi yang disediakan itu.. lebih mudah memahami apa yang aku nak kongsikan di sini iaitu kuasa bateri itu umpama sokongan kepada keilmuan dalam diri seseorang dan aplikasi adalah cabaran/dugaan semasa.

Telefon bimbit dahulu/model lama, bateri boleh terus bertahan  kadang boleh sampai beberapa hari baru akan dicaj semula sebab tak banyak aplikasi yang nak guna cuma satu dua saja selebihnya buat atau terima panggilan/sms.

Banyaknya aplikasi yang tersedia dalam smartphone kini, banyak jugalah penggunaan yang dilakukan maka akan berkuranglah kekuatan kuasa bateri tersebut dan cepat habis . Bila kuasa bateri habis maka kena caj semula. Kadang ada yang sampai dua tiga kali recharge !

Hidup kita dalam dunia semakin maju ini, ilmu agama perlu dicari dan ditambah setiap hari sepertimana kita amalkan penggunaan smartphone kita.

Banyak guna applikasi, caj pun kena selalu , siap ada pengguna yang bekalkan power bank lagi ke mana-mana saja.

Datanglah  ke majlis-majlis ilmu untuk 'caj semula' ilmu agama. ilmu kebaikan yang ada, kita tambah lagi dan lagi selagi kita hidup, jangan nanti dah tua/selepas bersara baru nak mulakan...takut tak sempat pulak!

wallhualam.

"bila melihat ketenagan, baru timbul rasa keinsafan dalam diri~ carilah  tempat yang tenang dari hiruk pikuk dunia,.mungkin anda juga akan merasai"



Assalamualaikum..


Buatlah batasan dalam urusan dunia agar kita dapat berpedoman dengannya kalau tidak pasti hati akan kacau bilau, dada terasa sesak, kehidupan terasa susah dan keadaan kita akan semakin menjadi buruk.

Kalau boleh, kita janganlah korbankan kesihatan kita semata-mata untuk mengejar harta dunia. Orang yang kesihatannya sudah hilang tidak pernah merasakan kesenangan.

wallahualam.




Jangan sebar penyakit !


jangan berasa seram melihat gambar pesakit di atas..

sakit tekak, batuk beterusan memang memeritkan..boleh mempengaruhi kualiti hidup seseorang.

bila batuk jer, orang dekat sekeliling dah pandang semacam, lagi kalau seseorang itu nampak pengotor dengan meludah kahak merata, sudah la tak tutup mulut dengan sapu tangan..serius memang buat semua orang tak selesa dengan keadaan macam tu.

virus dalam batuk memang cepat merebak kalau tak dikawal dengan sempurna. Jaga adap kita di tempat awam, jangan bagi orang lain pandang semacam ada yang tak kena dengan diri kita.

Menyebarkan penyakit jangan dianggap suatu perkara yang boleh dibuat main. Kalau dah tahu diri sudah terjangkit , segeralah mengubati..cegah sebelum parah.



pcl beli sepeket gula-gula mint DXN, sesuai untuk mengurangkan sakit tekak dan melegakan batuk.., ada juga yang sarankan coklat? ..macam-macam petua ada, yang lama dan baru tak salah mencuba , selagi ada usaha dan kemahuan.

Ada orang suka merungut bila ditimpa musibah , itu yang tak betulnya !


Bagan Lalang ; makan angin petang sekeluarga


Untung ler lepas makan angin dapat pula makan nasi ikan bakar..

petang semalam ke Bagan Lalang, Sepang ada makan-makan ikan bakar kat sana bersama keluarga sebelah mamaD.

Ada orang yang sponsor , pcl tunggu lagi..cari perluang la bersantai tepi pantai sebelum boleh duduk ditempat makan dan menanti menu siap dihidang.

kalau duduk tepi pantai tak kan nak duduk-duduk sembang sesaja.. ambik gambar lah kan dah jadi kebiasaan orang masa kini, selagi kamera ada ditangan.

tak perlu nak rasa janggal sebab sumua yang berada kat situ buat perkara sama..

#lifestyleblogger
#facebooker
#fotoblogger