Wanita atau gadis muslim berjubah memang nampak lebih anggun !




Nina ni ikut wajah sapa? , Mama dia kah?

Anak sulung  kami yang baik lemah lembut dan dengar kata, tak pernah tinggi suara...turut je apa abah mama dia cakap (alhamdulillah) .

Kenapa pula aku cakap pasal Nurhusnina? selalunya NurHanis Umairah jer.





Sebab Nina tak ada depan mata.., cuma 2 minggu sekali baru berjumpa, Dia dah semakin matang sekarang. Cara berpakaian, cara bergaul dengan orang dewasa memang menunjukkan dia sudah meningkat keremajaan kepada satu tahap.

Bila balik rumah selalu cakap pasal fesyen ni , fesyen tu..nak beli macam ni  dan macam itu...

MamaD rajin melayan anak-anak...maklum lah kaum sejenis, kalau aku layan senang jer. tanya pasal fesyen boleh... lagi senang pakai jer Jubah !

p/s : wanita atau gadis muslim berjubah memang nampak lebih anggun ! (90% lelaki bersetuju) :))

...suruh jugak Nina pakai jubah, kali ni tak nak pulak dia dengar..hurm. Tak selesa la ...macam makcik-makcik katanya  !! haha alasan.




Kolam Air Panas Ulu Legong, Kedah ; Nampak gayanya tu ada harapan la untuk Hanis ..

Baru dalam perancangan jer , belum lagi...nak ke Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Kedah.

Semalam pcl dah bagitau yang kami sekeluarga akan cuti balik Sungai Petani 25hb ni .
Kebetulan dah cuti lama tu teringin la pulak nak mandi manda beriadah dah kat kolam ayaq hangat ! , mesti sempoi buat aktiviti reramai dengan famili.. Hanis yang sebenarnya beria-ria sangat nak mandi kolam air panas tu Kolam Air Panas Ulu Legong, Kedah.

Baru-baru ni cuti balik kampung tak cukup masa nak ke sana-sini. Asyik kena book time untuk penuhi minat memancing, kesian kat Hanis...hurm.

Lama dah rasanya tak ke sana, ingat-ingat lupa ...masa pcl pergi lebih 10 tahun dulu memang belum ada lagi chalet-chalet dan homestay di kawasan sekitar, dengar cerita Kolam Air Panas Ulu Legong dah semakin berkembang maju dan terkenal?

Sebelum pi sana, buat carian di google dulu apa yang best ada kat sana ... masuk blog Blogger Dura, dia cerita aktiviti menarik kat sana siap ada tips lagi dia bagi. Terima kasih Dura, dapat jugak pcl gambaran,takda main terjah je. Kami plan nak ke sana awal sikit boleh dirikan khemah berhampiran kolam, pcl memang suka konsep terbuka lagi santai macam berkelah la kaedahnya.

Penjimatan tu penting, kena beringat walau untuk bersukaria, lagi pon keluarga pcl semuanya okay..layan ja tidoq khemah. Dalam masa sama pcl pon ada buat preparation takut la kalau hujan lebat..nak bermalam di mana, so pcl telefon pihak pengurusan Kolam Air Panas tu nak tanya chalet., sudahnya memang fully book ! Pcl mintak homestay kalau ada, so dapat la nombor telefon Pakcik Yaakob pengusaha homestay. Ok settel book 2 bilik. murah jer...boleh la.


Nampak gayanya tu ada harapan la untuk Hanis  .. kesian kat anak aku nih :)




Kita Bukan Orang Kaya Raya ..

Gambar lokasi di Bagan Lalang, Sepang Selangor.


Minggu depan cuti umum sempena Krismas, aku plan nak cuti di Sungai Petani, sambung lagi cuti yang masih banyak berbaki.

Hanis kata cuti sekolah kali ni tak jalan makan angin tempat-tempat best ke ?, kalau balik sana  nanti mesti atok bertanya.. "cuti sekolah pi jalan mana hanis?"

apa nak jawap?  haa aku cakap jawab je lah penjimatan !

"abah buat pakej pelancongan tu ?"

...itu untuk orang yang berlebih duit, tak boleh ikut cara orang lain berbelanja.

hurmm..kesian Hanis.

Cara terbaik untuk penuhi keinginan anak-anak ; kita kenalah menabung dari awal, sediakan tabung khas untuk melancong , tabung kecemasan dan macam-macam tabung lagi kalau mampu..

Itu cara terbaik untuk merialisasikan impian, jangan sampai ada yang terkilan. Rancang percutian sebaiknya.

Kita usaha berdikit-dikit simpan, kalau ada rezeki dan sampai masanya. Tak kan lari gunung dikejar.

Kita Bukan Orang Kaya .

>>Plan Cuti-cuti 2015 anda dengan  xcelltravel&tours sdn bhd./ whatsaap 0174009726


Wajah kesayangan diabadikan dalam foto kanvas dari Samudera Kanvas .



Antara foto yang aku suka, tiga wajah kesayangan diabadikan dalam foto kanvas lagi nampak cantik dan jadikannya sebagai koleksi peribadi.

Anda nak tau kat mana boleh dapat dengan harga yang berpatutan?

okeh..masuk fb Samudera Kanvas pasti anda teruja untuk memilikinya dalam berbagai saiz kanvas.

#kelabbloggerbenashaari



Kepada yang berminat boleh berhubung terus dengan Samudera Kanvas. Abadikan kenangan indah anda bersama PHOTO CANVAS dari Samudera Kanvas. Pasti anda tidak akan menyesal.
LIKE PAGE : https://www.facebook.com/SamuderaKanvas
Instagram : @SamuderaKanvas