Menjadi pendengar setia dan kawan kepada anak-anak.


Makan tom yam thai beramai-ramai dengan anak isteri dan anak sedara, order 3 mangkuk share 5 orang makan. (meehoon tom yam 2, koewteow tom yam 1)

Kuah tom yam asli dari siam yang masam pedas sesedap rasa menggamit kami sekeluarga untuk makan lagi di sini.

Setiap kali ke Seri Kembangan mesti singgah South City Plaza semata-mata nak cari tom yam.
Ada sebuah gerai dalam plaza tu jual.. milik orang Siam asal . Halal .

Malam malam makan masam dan pedas boleh tahan pulak perut diaorang, ikutkan ajelah..dah selalu sangat ke kedai mamak, sesekali ubah angin pulak.


 

Suka tengok anak-anak menikmati makanan ikut selera mereka, Nina asyik bercerita pasal kawan dia.., sambil makan bergilir hirup kuah kami dengar apa Nina cakapkan.


Menjadi pendengar setia dan kawan kepada anak-anak ; kalau boleh dipraktikkan selalu dalam usaha mencari sebuah keluarga bahagia..insya Allah.





p/s .. Aku bahagia cara sebegini..


Hipokrit ; Selagi mana ada manusia serupa ini Dunia tidak akan aman tenteram.


Ramai manusia berbagai ragam, yang paling ketara ialah sifat munafik !

Sifat munafik terkandungnya sifat-sifat hipokrit, kalau umpamakan seekor binatang/serangga ia seperti sifat sejenis binatang yang dikenali dengan nama Sesumpah atau sifat Benda seperti talam dua muka atau Perumpamaan seperti musang berbulu ayam atau Manusia yang hidupnya berpura-pura jujur.

Seorang yang munafik selalunya berpura-pura baik dan jujur, telunjuk lurus kelingking berkait. Dia bercakap manis mulut tapi hakikatnya berbohong. Dia juga pandai berbahasa sehingga orang boleh percaya cakap dia, pandai berjanji tapi mungkir, bijak mematerikan perjanjian tetapi ia cabuli dan apabila dia berbalah pasti nak menang walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah asalkan orang boleh percaya cakap dia.

Orang yang pandai bodek atau mengampu seseorang.

Seorang yang munafik juga ialah seorang manusia yang ada otak tapi tidak berpendirian, mudah gadai pegangan hidup, suka berbalah atau bertengkar. Dia boleh berubah-ubah sikap apabila diperlukan oleh kepentingannya.

Oleh kerana Islam memperjuangkan kejujuran dan amanah umum yang dilandaskan di atas kesedaran dan keimanan bahawa Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala apa yang terpendam di dalam lubuk hati, maka Islam menganggap sifat hipokrit itu sebagai merbahaya yang menghancurkan keutuhan dan keselamatan iman seseorang, juga sebagai dosa yang besar.

Empat ragam sifat munafik :

1. Khianati amanah iaitu mencabul dan mengkhianati amanah-amanah yang wajib dipelihara dan meremeh temehkan amanah yang diberikan padanya atau tidak menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya yang diserahkan padanya, kerja dengan sambil lewa dan ia gunakan amanah yang diberikan kepadanya untuk mendapatkan kepentingan diri dan keluarganya.

2. Bercakap bohong. Membuat penjelasan, kenyataan dan penerangan yang dusta atau seakan-akan dusta samada dengnan lisan atau tulisan, memutar belit dan memesongkan keteranngan yang sebenar, mengubah dan menokok tambah kenyataan untuk disesuaikan dengan seleranya, membuat kempen-kempen atau promosi-promosi dusta dan propaganda liar dan segala bentuk penyelewengan kata-kata dan bicara termasuk membesarkan yang keil dan memperkecilkan yang besar.

3. Mencabul janji-janji yang diikrarkan dan mencabul perjanjian yang dipersetujui bersama.

4. Ingin menang dalam pertengkaran walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah atau terpaksa membawa saksi yang palsu bagi menguatkan hujjahnya.

Semua sifat-sifat munafik yang tersebut itu boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada ketenteraman masyarakat manusia, malah boleh menimbulkan huru-hara dan perpecahan dan boleh menghilangkan rasa kepercayaan terhadap satu sama lain yang merupakan batu asas bagi kerukunan sesebuah masyarakat yang padu dan kukuh, selagi mana ada manusia serupa ini dunia ini tidak akan aman tenteram.




Kalender Dan Senarai Cuti Umum 2015


Kalendar Cuti Umum 2015 Malaysia

(Tertakluk kepada perubahan)
kalendar cuti umum 2015


Jadual Hari Kelepasan Am 2015

Tarikh
Cuti Umum
Negeri
1 Jan (Khamis)Tahun Baru 2015Kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu
3 Jan (Sabtu)Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)Seluruh negara
14 Jan (Rabu)Hari Keputeraan YDB Negeri SembilanNegeri Sembilan
18 Jan (Ahad)Hari Keputeraan Sultan KedahKedah
1 Feb (Ahad)Hari Wilayah PersekutuanKuala Lumpur, Labuan dan, Putrajaya
3 Feb (Selasa)Hari ThaipusamKuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor
19 Feb (Khamis)Tahun Baru CinaSeluruh negara
20 Feb (Jumaat)Tahun Baru Cina (Hari Kedua)Kecuali Kelantan dan Terengganu
4 Mar (Rabu)Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan TerengganuTerengganu
3 Apr (Jumaat)Good FridaySabah dan Sarawak
15 Apr (Rabu)Hari Melaka Bandaraya BersejarahMelaka
26 Apr (Ahad)Hari Keputeraan Sultan TerengganuTerengganu
1 May (Jumaat)Hari PekerjaSeluruh negara
3 May (Ahad)Hari WesakSeluruh negara
7 May (Khamis)Hari HolPahang
16 May (Sabtu)Israk dan MikrajKedah, Negeri Sembilan dan Perlis
17 May (Ahad)Hari Keputeraan Raja PerlisPerlis
30&31 May (Sabtu&Ahad)Pesta Kaamatan (Pesta Menuai)Sabah dan Labuan
1&2 Jun (Isnin&Selasa)Perayaan Hari Gawai DayakSarawak
6 Jun (Sabtu)Hari Keputeraan YDP AgongSeluruh negara
18 Jun (Khamis)Awal RamadanJohor, Kedah dan Melaka
4 Jul (Sabtu)Hari Nuzul Al-QuranKuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu
7 Jul (Selasa)Hari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan DuniaPulau Pinang
11 Jul (Sabtu)Hari Jadi YDP Pulau PinangPulau Pinang
17&18 Jul (Jumaat&Sabtu)Hari Raya PuasaSeluruh negara
31 Aug (Isnin)Hari KebangsaanSeluruh negara
16 Sep (Rabu)Hari MalaysiaSeluruh negara
13 Sep (Sat)Hari Jadi YDP SarawakSarawak
24 Sep (Khamis)Hari Raya QurbanSeluruh negara
25 Sep (Jumaat)Hari Raya Qurban (Hari Kedua)Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu
3 Oct (Sabtu)Harijadi YDP SabahSabah
9 Oct (Jumaat)Hari Jadi YDP MelakaMelaka
14 Oct (Rabu)Awal Muharram (Maal Hijrah)Seluruh negara
24 Oct (Sabtu)Hari Keputeraan Sultan PahangPahang
10 Nov (Selasa)Hari DeepavaliKecuali Sarawak
11&12 Nov (Rabu&Khamis)Hari Keputeraan Sultan KelantanKelantan
18 Nov (Rabu)Hari Hol Almarhum Sultan IskandarJohor
22 Nov (Ahad)Hari Keputeraan Sultan JohorJohor
27 Nov (Jumaat)Hari Keputeraan Sultan PerakPerak
11 Dec (Jumaat)Hari Keputeraan Sultan SelangorSelangor
24 Dec (Khamis)Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)Seluruh negara
25 Dec (Jumaat)Hari KrismasSeluruh negara
Sumber: Fail pdf Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan Dan Negeri 2015 dari laman web rasmi Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan.


Kalendar Cuti Sekolah 2015 Malaysia

Berikut adalah jadual cuti sekolah untuk sesi persekolahan bagi tahun 2015.
Cuti
Tarikh
Cuti pertengahan Penggal 1
14.03.2015 - 22.03.2015
Cuti pertengahan tahun
30.05.2015 - 14.06.2015
Cuti pertengahan Penggal 2
19.09.2015 - 27.09.2015
Cuti akhir tahun
21.11.2015 - 03.01.2016
Cuti untuk sekolah-sekolah di negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu bermula dan berakhir sehari lebih awal.

Ref : http://www.malaysiatercinta.com/


Pakej Lawatan 3H2M ke Kelantan Darul Naim (2015)

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Jangan kata tak ada orang mintak buat pakej melawat negeri Cik Siti Wan Kembang ! , banyak permintaan ye..orang luar terutamannya.

Seperti mana yang kita maklum, negeri-negeri di pantai timur semenanjung sekarang ni sedang mengalami masalah banjir besar di beberapa kawasan yang berkenaan.

Namun untuk tahun 2015 program travel, kami di Xcell Travel & Tours telah membuka peluang kepada mereka yang memerlukan perkhidmatan ini ; Pakej Lawatan 3H2M ke Kelantan Darul Naim (2015)




Negeri Kelantan tidak kurang juga mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pada musim cuti sekolah, ramai orang-orang dari luar Kelantan melawat negeri tersebut. Di antara tempat-tempat menarik di Kelantan ialah Istana Jahar, Kampung Kraftangan, Masjid Beijing, Rantau Panjang, Pantai Cahaya Bulan, Pantai Genting, Tumpat, Wakaf Che Yeh, Pasar Siti Khatijah, Baazar Tok Guru, Gelangang Seni, Rantau Panjang, Pengkalan Kubur dan sebagainya.




Pakej Lawatan 3H2M ke Kelantan Darul Naim (2015)

Bilangan Peserta4 orang10 orang20 orang30 orang40 orang
Harga (RM) utk seorang360310280260240

Kos termasuk:

- Kediaman 3 hari 2 malam (homestay dan hotel bajet. Jika mahukan penginapan yang lebih baik, sila nyatakan. Kami akan uruskan dengan penambahan kos)
- Pengangkutan dan pemandu
3 kali makan pagi dan 3 kali makan tengahari

Kos tidak termasuk:

-Tiket atau pengangkutan anda dari destinasi anda ke Kota Bharu.(Pengangkutan dari destinasi anda ke Kota Bharu boleh diuruskan berdasarkan permintaan terutama melibatkan jumlah peserta yang ramai)
-Tiket sepanjang lawatan anda di tempat anda lawati seperti Muzium Negeri, Muzium Perang dan Istana Jahar.
-Makan Malam (Untuk memberi peluang kepada peserta memilih sendiri tempat makan dan menu yang ingin dinikmati. Kami akan membawa anda ke tempat tersebut. Anda cuma perlu order dan bayar sahaja. Mudah bukan??)
-Perbelanjaan sendiri
-Insuran perlindungan

Syarat:
Minimum untuk 4 orang.
Tarikh terbuka sepanjang masa

HARIITINERARY/JADUAL LAWATAN
HARI-01
  • 2.00pm Check in hotel
  • Free and Easy..aktiviti bebas
  • 6.00pm: Bertolak ke Wakaf Che Yeh. Makan malam di sekitar Wakaf Che Yeh dan Solat Maghrib
  • Aktiviti Malam - Shopping dan menjamu mata di pasar malam terbesar di Kelantan, Wakaf Che Yeh. Terdapat pelbagai barangan di sini dari pakaian, tudung, kain batik, jam tangan makanan dan juga assesori wanita
  • Balik ke hotel
HARI-03
  • Sarapan pagi.
  • City Tour – Explore Kota Bharu – Melawat Muzium NegeriKampung Kraftangan, Istana Jahar, Bank Kerapu, Restoran Nasi Ulam Cikgu Hamid, Masjid Negeri (Masjid Muhamadi), kraft tangan dan kawasan sekitar.
  • Makan tengahari, solat zohor dan rehat.
  • Melawat ke pusat batik di Paloh.
  • Sesi petang - rehatkan minda anda sambil menikmati hembusan bayu di Pantai Cahaya Bulan. Anda boleh menikmati pemandangan dan juga menjamu selera berasaskan makanan laut seperti sotong celup tepung, udang celup tepung, ikan celup tepung dan makanan laut yang lain (Makan dan minum anda di sini adalah di atas perbelanjaan anda sendiri)
  • Makan Malam di Restoran Nasi Kerabu Ayam Percik yang popular di Kelantan iaitu Yati Nasi Kerabu yang pasti menjanjikan pengalaman yang tidak akan anda sepanjang anda berada di Kelantan.
  • Balik ke hotel – Free & Easy….aktiviti bebas……Rehat untuk aktiviti yang paling di tunggu esok hari
ATAU
  • Sesi petang - Melawat ke Bazar Tok Guru. Shopping kain batik, aneka tudung dan assesori wanita.
  • Selepas menjamu mata di Bazar Tok Guru, rehat-rehatkan minda anda di Gelanggang Seni. Saksikan permainan dan persembahan tradisional dari Negeri Kelantan seperti permainan gasing, silat, main puteri, dikir barat, wayang kulit dan sebagainya.
  • Makan Malam di Restoran Nasi Kerabu Ayam Percik yang popular di Kelantan iaitu Yati Nasi Kerabu yang pasti menjanjikan pengalaman yang tidak akan anda sepanjang anda berada di Kelantan.
  • Balik ke hotel – Free & Easy….aktiviti bebas……Rehat untuk aktiviti yang paling di tunggu esok hari
Nota: Anda boleh memilih destinasi mana yang anda inginkan samada ke Pantai Cahaya Bulan atau ke Bazar Tok Guru
HARI-03
  • 9.00am Breakfast dan check out hotel
  • Berlepas ke Rantau Panjang. Aktiviti Shopping anda bermula
  • Makan tengahari
  • Singgah di Masjid Beijing di pekan Rantau Panjang.
  • Balik ke Kota Bharu. Bersedia untuk ke airport, stesen keretapi atau stesen bas
ATAU
  • 9.00am Breakfast dan check out hotel
  • Berlepas ke Pengkalan Kubor. Aktiviti Shopping anda bermula
  • Makan tengahari
  • Singgah di Pantai Sri Tujuh untuk menikmati keindahan pantai. Terkenal sebagai pantai tujuh lapis.
  • Balik ke Kota Bharu. Bersedia untuk ke airport, stesen keretapi atau stesen bas.

*Nota: Jadual lawatan ini adalah tidak rigid. Ianya mengikut kesesuaian masa. Pada hari ke 3, peserta boleh memilih destinasi membeli-belah mereka samada Zon Bebas Cukai Rantau Panjang atau Zon Bebas Bebas Cukai Pengkalan Kubor.




Untuk pertanyaan/tempahan : 
email : nazlee@xceltravell.com / sales@xcelltravell.com
Tel/WA : 017 400 9726
web : www.xcelltravel.com