Bila mama banyak duit !

Bila mama ada duit lebih sikit.. anak² suka sangat, selalu duit abah je kan sesekali nak merasa duit mama pulak. Risau mama dia nak belikan kasut sebab dia tu jenis cepat bosan dengan sesuatu barang.



Siapa lagi, Hanis la.. Kalau kak Nina tu ookay pakai selagi boleh pakai..tak sama perangai memasing.

Semalam singgah jugak la  JJ Bkt Tinggi.., mama tu kekesiankan Hanis dok merengek nak kasut baru.
Kasut dan barangan sekolah yang lain semua dah siap, nasib lah anak berdua jer..macam mana lah mereka yang anak ramai sekolah tu..hurm.

Hanis nak jenis kasut high-cut, mama nak belikan ikutkan saja..

ini pilihan dia..

bila jalan sekali nampak dah anak lebih tinggi. hihi..


Ikan kering kena basuh ke?




Ya ..ada yang cari dalam carian google tentang permasalah tersebut baru-baru ni sebab nak tau samada ikan kering kena basuh atau tidak sebelum digoreng.

Ada dua sebab suri rumah buat macam tu...basuh ikan yang sudah kering? , aku cakap ni bagi pihak mamaD, dia basuh sebab nak pastikan ikan tersebut bersih sebelum digoreng itu yang mustahak dan satu lagi basuh sebab nak kurangkan sikit kemasinan garam pada ikan kering tersebut.

Ada orang panggil ikan kering dan ada juga sebut ikan masin ...sama saja sebenarnya.

Jadi,  ini lah jawapan untuk carian anda kepada yang mencari di sini. MESTI KENA BASUH/CUCI BERSIH .

Selain ikan kering/masin, begitu jugak ikan bilis, udang kering, sotong kering dan seumpamanya.

Kalau belacan pula..ada suri rumah siap bakar lagi , tujuannya adalah sama iaitu kebersihan bebaskan dari habuk kotoran yang memang tak nampak pada mata kasar.

wallhualam.

Anda bagai mana?  ..ke tak reti makan ikan kering ..hurm.


RUMAH BURUNG : Rumah Mewah Untuk Yang Sayang Kepada Haiwan Dibuka Untuk Tempahan.

1.  Rumah Burung untuk tempahan saiz 70 inci tinggi dan bukaan 4x4 kaki.

2.  Rumah Burung untuk tempahan saiz 70 inci tinggi dan bukaan 4x4 kaki.





Seni itu indah, indah bagi mereka yang tahu menilainya. Seni ukiran hasil kerja tangan oleh seorang rakan sebagai pengusaha membuat sangkar/rumah untuk haiwan kesayangan seperti burung dan kucing.

Nampak unik dan sangat mengkagumkan "rumah mewah haiwan" tersebut diperbuat daripada kayu. Dengan saiz 70 inci tinggi dan bukaan 4x4 kaki.

Sudah berpengalaman lama dalam bidang seni tukang tersebut, kini mengorak langkah dengan sedia untuk menyesuaikan tempahan mengikut kemajuan semasa.

Rumah untuk burung dan kucing peliharaan ; pastinya ramai peminat haiwan peliharaan tersebut rela 'melabur wang' untuk haiwan kesayangan mereka.

[Gambar-gambar di atas adalah sesuai untuk burung]

Untuk dijual dengan harga Rmxxxx termasuk caj pengghantaran ke lokasi anda.
Tempoh siap : Seminggu @ bergantung kepada rekabentuk.

- Rumah Burung (design sendiri @ boleh bincang mengikut cadangan kami)
- Rumah Kucing (design sendiri @ boleh bincang mengikut cadangan kami)

Harga boleh whatsapps/tel saya ; 0174009726 Nazlee.

** MAAF , penerimaan tempahan dihentikan buat sementara waktu sehinga diberitahu. Terima kasih. (update 12 Apr 2016)



Jemaah Tabligh ; Siapa yang songsang dan sesat?

Lepas solat maghrib malam tadi ada tazkirah di masjid, malam tadi dan bermula dari semalam lagi ramai jemaah luar...aku perasan muka-muka orang sini.



Kebanyakannya dari mereka pakai jubah dan kopiah dan ada sebahagiannya berserban, bila bertegur sapa mereka kata datang dari Sri Petaling, jemaah tabligh berta'aruf keluar selama 40 hari . singgah di setiap masjid-masjid atau surau dalam 3 hari dan pergi ke masjid lain..mengajak orang ramai sekeliling untuk berdakwah mengikut sunnah Rasulullah SAW, begitulah lebih kurang ringkas penjelasan seorang kawan lama yang berasal dari Sg. Petani dalam kumpulan mereka.

Apa yang aku sendiri tahu pasal kumpulan tabligh ni ialah ; Tabligh yang bermaksud ‘menyampaikan’ merupakan gerakan sukarela mengajak orang lain melakukan ibadat dan berdakwah serta mengimarahkan masjid.

Tuan imam masjid sangat berbesar  hati menerima dan memuji kedatangan mereka kerana tujuanya adalah untuk mengimarahkan masjid dengan berdakwah, berta'lim dan qiamullail, alhamdulillah. "mudah-mudahan masjid terang dengan rahmat Allah" katanya.

Tetapi malangnya ada segelintir kalangan manusia seumpama "melarikan diri" . Usai solat berjemaah dan mengaminkan doa terus hilang angkat kaki..seolah seperti melihat sesuatu yang menakutkan. Kebiasaannya jika ada usrah atau tazkirah jemaah masjid ini boleh tunggu dan dengar ustaz ceramah penuh khusyuk....

Allahuakbar...nampak ada juga pak lebai perlahan-lahan lari keluar, apa lagi anak-anak muda  maka tinggallah beberapa 'kerat' muka orang kampung termasuk imam, bilal dan siak.

ehsan dari google
Mungkin ada satu tanggapan negatif terhadap orang orang tabligh ini. wallhualam.

Apa yang negatifnya..aku pon tak faham !  Cuma dengar tazkirah percuma ilmu Allah yang mahu disampaikan oleh mereka...bukan nak ikut, turut serta mereka keluar .

Takut terpengaruh dengan dakyah songsang? sesat?  Masya Allah, Allahuakbar .

Yang tak mendengar tak dapat ilmu, sementara aku ada di tempat kejadian..tak nampak pon dimana songsangnya mereka.

Siapa yang songsang?