Chicken Chop mamaD ; ...menu orang rajin

Sembang blog pasal makan dan menu memang sapa pon boleh, aku suka snap gambar makanan..ada gambar adalah cerita, tak ada gambar pon ok tapi lagi best kalau selit sekeping gambar....

ha nindia cerita dia..tadi mamaD masak khas untuk hanis yang gemar makan chicken chop sejak kebelakangan ni...bagus la dari selalu makan roti canai, tapi..tu dia lah kan parah wallet pcl kalau oder makan di luar selalu.

homemade chicken chop mama
mamaD, dia memang kreatif bab masak..cari resipi; tapi semua orang boleh buat asalkan ada bahan rujukan dan ada kemahuan nak masak sendiri.

grill chicken chop black paper memang yummy, lebih sedap dari restoran punya..jimat banyak dah tu. Beli Ayam proses seekor baru berapa jer..hurm kalau oder sepinggan chop dah berapa ??

Hidup nak makan bukan nak berkira sangat tapi semua benda kena berkira-kira jugak pasal penjimatan Rm, berjimat sementara masih ada..berbelanja ke jalan yang lebih bermanfaat..banyakkan bersedekah; nasihat untuk diri ini juga.



Body aii ni semakin sado ..


Pagi ni sarapan kami sempoi alhamdulillah..selalunya pepagi Sabtu, hari minggu ke cuti cuti gini..kekedai makan la pekena roti canai dan sebagainya..restoran mamak macam dah wajib singgah ..huh .

atkins mamaD buatkan aku sendiri terikut rentak dia. Telur ayam separuh masak sorang dua bijik dan letak sikit ikan bilis goreng sebagai ganti kicap masin.

okay la kan...memang terbaik setakat ni haha, rasa kenyang gak kalau dah terbiasa..boleh buat kerja ; nampaknya body aii ni semakin sado haha ..huh sila jangan percaya ; tapi the best part yang aku suka ialah...part dah kurang banyak ambik nasi dalam sehari ..suatu perubahan yang bagus untuk tahun ni :p




Bukan cakap kosong ; mamaD .

Petang tadi tekak mamaD dah tak selera makan kat rumah katanya.. asyik makan lauk yang lebih kurang sama ; ayam , ikan sayur , telur..udah ler tak ambik nasi langsung sejak 2 minggu lepas. Apa yang buatkan dia bertahan ??

..belanja mamaD sate daging pure tanpa lemak @ Jalal Sate Sg Lang.

Itu hari dalam entri yang lepas,  mamaD kata sebab kaki dia tak mampu bawak diri..tu satu sebab dan ada lagi selain tu..hurmm.

Orang berjanji kena lah kotakan...kan, janji dengan diri sendiri ...hurm, lagipon dia dah terlajak cakap dan kenalah buktikan dia mampu buat..bukan cakap kosong tau...hahaha.

Mudah-mudahan dipermudahkan Allah. amin.

Post gambar sate dalam Instagram....kesian kat @kujiens teringin pulak dia, sudah dipesan beli oleh anak tapi menghampakan katanya emmm  alahai maaf lah ye akak Blogger Kujie,  mudahan la ada rezeki untuk Kujie di lain hari...



Baju Kelab Blogger terkini..

Cantik dan sedap dipakai, kali ni baju T dari kain jersi terbaik dari Kelab Blogger Ben Ashaari & Cosmoderm .


Cuba pakai sebelum dan selepas solat jumaat tadi. Nampak lebih... ahh segan nak bagitau kat sini ; 
Dah buka untuk tempahan?? 

..sila pm Ben atau Angah Judin untuk lebih details.

#KelabBloggerBenAshaari
#Cosmoderm