Rompakan kedai emas di Giant Banting ; untung saya tidak ke sana.

alhamdulillah ...alhamdulillah.

Untung aku dan famili tak ke Giant sini pagi tu..mamaD memang plan nak ke sana..nak beli hadiah kat baby baru Afni Zulaikha.

Hanis dah bangun lewat hari tu..., dah malas nak ke mana-mana sebelah pagi, tengahari pulak nak ke majlis keduri kahwin jiran. Memang tak dengar apa berita sebelah petangnya (kejadian tengahari) dan plan nak ke sana sebelah petangnhya...tak jadi jugak ; kami ke tempat lain saja area pekan..beli hadiah.

Memang tak sangka apa jadi kalau masa kejadian kami ada di sana ..tak tau lah macam mana, bukan nak jadi reporter ke apa...kita risau pasal keselamatan jer; perompak bersenjata api kan !!

boleh jadi tebusan tak pasal-pasal ; fuh..nauzubillah. seriau la tapi boleh pulak dorang kat sana menyaksikan babak tersebut dengan tenang tanpa rasa takut..allhuakbar .

jangan buat-buat berani sangat ya lain kali (akak-akak pemjual/peniaga kain baju kat sana) cctv kan ada nak rakam semua kejadian...untung lah tak ada apa kejadian buruk berlaku. (dengar das tebakan lintang pukang lari..haa baru tau !)

http://mynewshub.cc/2015/02/02/video-rompakan-kedai-emas-di-giant-banting-semalam/
Nak tonton video boleh terus ke youtube : http://youtu.be/2CMZn4iVGys



Mea Speaking : "mama....poon ..poon (spoon)"

"mama....poon ..poon (spoon)" hebat mea speaking :)

hari ni mama jaga budak Mea sorang saja, Safiy tak datang sebab mama dia balik kampung..esok sambung cuti Thaipusam plak.

pagi buat burger ayam salad untuk breakfast kami berdua, pcl ikut saja...dia lagi suka makan cara cmni..omputih sangat katanya sejak dua menjak ni haha..kenyang samapi ke petang .


Kenyang-kenyang pun lunch time kena hadap makanan jugak...pcl balik makan .

Semalam pcl beli siakap nak buat lauk tengahari..tapi semalam plak ada kenduri kawen jadi hari ni menu kami adalah siakap bakaq..senang buat semuanya guna magic pan. Kerja lebih mudah...tau la kan, siapa yang dah ada magic pan kat rumah tu mesti sikit sebanyak membantu kerja masak memasak...ada magic buatkan kita rajin..huhu.

mama tak amik nasi tapi makan ikan dengan sayur bayam tumis ganti nasi...ok la kenyang !


Mea budak baik..budak2 ni kalau  dia sorang2 memang memunggah barang mainan jer...sajalah tu tapi layankan je ..bosan tak ada geng nak main. tengoklah tu bersepah..siap boleh bakul tu dia buat tendang2 macam budak lelaki main bola.."gol..gol... " haha sapa lah yang ajar dia..


ni dah lewat macam ni, Mea memang time dia akan tidoq (tengokla mata dia), layankan dulu nanti buatkan dia susu landinglah dia..selamat sunyi sepi rumah ni.

~diana


Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN


Pencarian bloglist bagi bulan Mac-April 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 31 Januari 2015, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 28 Februari 2015, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Januari 2015 by CN" 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. 



  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Mac-April dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Mac 2015.
SENARAI PESERTA
Kredit untuk Kak Mialiana
                                                    



Salam hujung minggu..


memenuhi jemputan atau undangan sesuatu majlis adalah wajib bagi yang dijemput.. kan?  hari ni ada jemputan kenduri kahwin di kejiranan ..memang dah lama tak makan nasi minyak..lauk kenduri tapi..

mama kata hari nak cheat sikit pasal atkins.. boleh kan?


Salam hujung minggu..