Review Blogger : Gambar Gadis Berbasikal Pada Header Blog ?


mencelah masa dikesibukan hari...Rabu ingat macam Isnin sebab baru lepas cuti ...kan? dah tengahari masih rasa kenyang sebab breakfast sedap pagi tadi..

ok pcl nak buat reviw sikit pasal Blogger nih...dia anak perempuan kepada Encik Adnan ; Anizz Annisa.


Link blog Anizz ; klik pada gambar header atas ni. 

Pasal blog, beliau ni masih lagi bersifat anak gadis remaja macam anak-anak pcl Nina dan Hanis ...eh kebetulan pulak nama beliau pon anis jugak...jadi senang pcl nak ingat .

Itu hari bila ditanya tentang blog "Qaseh Ku" ; pcl ada bagi cadangan supaya tukar sikit background colour.....just my suggestion saja (mata org lama) memang tak mech langsung...kan !

Blogger yang sangat rajin blogwalking., anda komen pasti dia balas balik komen di blog anda..konsep blogwalking yang sangat bersih yang patut dicontohi.

Review tak perlu panjang...yang pasti pcl ajak anda singgah dulu dan kenal blogger tersebut. 
Sekarang ni blog Anizz sedang buat segment...mana yang suka segmen pon dipersilakan terjah.

Terjah nanti ..kirim salam pcl kat dia hokay !!


Bila suami suka , isterinya wajib kena buatkan ..betul ?


haa macam ni lah mama, bila suami suka sesuatu isterinya ni  kena buatkan..mama cakap ni pasal menu makan pagi kami yang  terkini..haha.



daun salad jenis Selada yang segar dan rangup boleh digandingkan dengan daging burger ayam , hirisan bawang besar dan telur dadar berempah.

pcl..dia memang idamkan makan sebegini setiap pagi bagi mengantikan sarapan roti canai atau nasi lemak yang sudah bergitu lama digemarinya...kini semakin dijauhi untuk kesihatan katanya.

kebetulan diet mama memang bersesuaian, cuba lah..

senang saja..nak bagi resepi jugak? emm..

Ok la..ni dia :

1. Daun salad yang segar..kat pasar ada banyak jenis, mana-mana jenis pun boleh janji daunnya hijau lebih baik.
2. Bakar daging /ayam burger..sila pilih yang jenis karbohidrat paling rendah.
3. Potong beberapa hiris timun sebaiknya jenis timun jepun.
4. Potong bawang besar hiris bulat.
5. Sediakan telur dadar simple dengan masukkan sedikit serbuk kari/black paper.


sila makan dengan tertib, tapi kalau di rumah sendiri nak nganga seluasnya pun orang lain tak nampak..haaa kan. Kunyah betul-betul dengan nikmat rasa..pasti teruja.

p/s..sunnah nabi, kunyah 40 kali baru telan (pcl selalu ingatkan mama)

~diana





BELUT : PEMBEKAL BELUT HIDUP LIAR


Belut atau Monopterus albus (belut sawah) diakui banyak memiliki manfaat untuk kesihatan manusia. Ia juga merupakan makanan kegemaran banyak negara terutama Jepun dan Korea. Tidak hairanlah mengapa jangka hayat warga Jepun HIDUP SIHAT DAN LAMA antara tertinggi di dunia.

Ini semua kerana khasiat yang terdapat pada BELUT !


Ha, kalau nak tahu apakah khasiat yang ada pada belut sawah ini, jom baca..


Khasiat belut

Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Secara keseluruhan dalam daging belut terkandung kebaikan yang banyak di antaranya termasuk kolesterol, sodium, protein, air, kalori, berkhasiat tinggi, asid lemak tak tepu Omega-3, Asid lemak tak tepu Total Omega-6, Vitamin A, C, E (Alpha Tocopherol), Thiamin, Ribofl avin, Niacin, Vitamin B6, Folate, Vitamin B12, Pantothenic Acid, Choline, Kalcium, Zat besi, magnesium, fosfor , potassium, sodium, Zinc, Mangan dan Selenium.

Sumber khasiat sebegini hanya boleh didapati pada seekor belut yang beratnya hanya 204 gram saja. Dalam perubatan tradisional, belut dikatakan boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan.

Bagi pengidap buah pinggang, belut dimakan hidup-hidup ataupun dipanggang terlebih dulu. Limpa belut dipercayai mampu mengubati penyakit lelah.  Caranya, limpa belut salai, kemudian dibakar hangus akan dimakan bersama seulas bawang putih dan serbuk halia.



Selain itu amalan meminumnya reneh sup belut dikatakan mampu mengubati penyakit lelah. Sup belut juga mampu mengubati penyakit darah gemuruh dan mengatasi masalah lemah tenaga batin. Pesakit yang baru selepas pembedahan, memakan belut membantu menyembuhkan luka dan kesan pembedahan dengan lebih cepat.

Jika kerap memakan belut, ia dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan.




Wow, siapa sangka spesis yang seakan-akan ular ini mempunyai khasiat yang begitu banyak kepada kesihatan manusia ya.

Lepas ni, boleh lah kita tukar menu selera. Pengamal Diet juga digalakkan (terutamanya Atkins Diet)

Harga pasaran Belut Sawah dikatakan begitu tinggi nilai kerana ianya sangat mendapat sabutan, ada ketikanya stok belut sukar didapati di pasaran kerana ianya datang bermusim.



Pembekal Belut Di Pasaran

Saya ada informasi di mana anda boleh mendapatkan Bekalan Belut Sawah Secara Borong (Untuk peniaga runcit atau pengusaha restoran) (Minimum order 50 kilogram)

Hubungi no ni +60 13-255 4165 Din Bangi (jual/beli belut)

Anda berani pancing belut ? ..lumayan kalau dapat banyak ekor boleh menjana pendapatan.
Untung jadi budak kampung kalau rajin..hihi

>>semua gambar dari sumber google.com


Santai dua-duan gitu..

air limau kosong..
buat sendiri kat rumah pon boleh !



air suam ..lagi la boleh, tapi bila kat restoran semua benda makan minum kena caj; apa saja kena caj , adat orang berniaga faham lah .

bagus duduk sambil makan sambil dengar ayat-ayat suci al-quraan diperdengarkan di corong radio ... Subhanallah tenang je rasa pagi cuti gini.

aku puji sikap pengusaha walau kedai mamak sekali pon nampak islamiknya..suka la, kebiasaan banyak kedai makan hiburannya lebih siap mendendangkan lagu ala-ala sambutan thaipusam pulak hihi

boleh buat sakit kepala kalau pepagi dah serabut otak..huu.

kitaorang baru lepas jogging ni.. oder sarapan ringan-ringan jer .


santai berdua-duaan gitu..