Beri anak hadiah dan jangan cemburukan anak yang lainnya..

Hanis , Nina

Jika seorang ayah atau ibu memberikan anaknya sesuatu hadiah bersabit kejayaan atau sesuatu yang lain dengan sebab yang dibenarkan syarak, hendaklah dia berniat jika anaknya yang lain dalam keadaan yang sama, dia juga akan memberikannya pula.


pernah tidak situasi membeza-bezakan anak berlaku?
..pasti ada ramai, aku yang anak dua orang ni pon kekadang tak sedar perkara ini berlaku..
Jangan ya..jangan buat anak-anak saling cemburu dan bermasam muka sesama mereka. (pastikan mereka bersaing dalam cara yang sihat dan harmoni)


Cuma dalam bab pembahagian harta pusaka ; anak lelaki akan mendapat dua kali ganda bahagian anak perempuan mengikut hukum faraidh.


Pinggang mengecil ??

atkin diet


Saiz ukur lilit pinggang mengecil gara-gara kurangkan pengambilan kabohidrat dalam menu makanan seharian. Ini yang berlaku sejak aku terikut dengan menu daiet atkin yang mamaD buat..

malangnya orang yang gigih berdiet tu belum lagi mencapai target yang diinginkan..hihu..mana taknya, Sabtu dan Ahad hari melanggar pantang diet atkin.

Kadar metabolisma seorang lelaki bertindak cepat dalam proses penurunan berat badan berbanding wanita..terimalah hakikat ini ye..aku kata kat mamaD seolah dia sudah mahu berputus asa..

Adakah anda juga sama? .. senasib dengan mereka yang berputus asa dalam mencapai tujuan tertentu..

Satu jer ...sabar pasti ada kejayaan selepas itu.


Pahitnya Bunga Betik ..


pernah korang makan ulam bunga betik?  kalau dah biasa makan memang tau la rasa dia..

ya..pahit yang amat hemmm..
mamaD teringin nak buat ulam, kalau kat Banting ni senang je nak dapat..2 cara ; buat tebal muka ke rumah jiran mintak sikit atau pi beli kat pasar tani atau kat pasar kemboja.

khasiat bunga betik

Orang jual kebiasaanya bunga betik jantan untuk dijadikan ulam kerana bunga betik jantan amat jarang atau tidak langsung boleh mengeluarkan buah. Bunga betik jantan secara lumrahnya bertangkai panjang. Kalau macam dalam gambar tu aku beli dengan harga Rm2, ..boleh la buat ulam rebus makan dengan cicah air asam.
buat kerabu pon sedap..

Khasiat bunga betik ni kalau diamalkan bagi penghidap penyakit tekanan darah tinggi adalah sangat bagus, ia cepat bertindak balas..petua orang tua dulu ada juga kebenarannya.Orang muda-muda remaja memang tak makan la ulaman gini...haha kan, sama lah kitaorang dulu-dulu pon.

Anak-anak dara pcl kalau nak bagi depa  makan sayur pon susah..lagi-lagi si Hanis tu..adoiyai inikan pulak ulam..tak pandang langsung.


Ilmu kita kena cari dan pelajari..

mamaD pagi lagi dah siap menu paling kurang satu menu untuk sarapan dan makan tengahari..almaklumlah mamaD jaga baby yasmin..kalut dah.

kalutnya masa dah tak menentu..yasmin masih baru dalam jagaan mamaD. Hari pertama mamaD dah mengadu sakit pinggang..lama dah tu sakit nya sesekali datang.

hurm.. semalam sesaja dia bertanyakan adik ipar aku yang buat rawatan islam cara berbekam...haha cuak gak mamaD dengar pasal bekam tu, tak pernah lagi dia tapi aku dah buat tahun lepas. Bekam sunnah Nabi..kalau boleh buat la sekali seumur hidup kita.

ada seperkara kami belajar semalam tentang bagaimana nak check dalam badan kita melalui visual ; tengok dengan mata dan kenali bahagian luaran yang boleh jadikan sebab kita menderita..

ni bab sakit pada bahagian pinggang ; cuma belajar melalui 'kitab' yang ipar share...dapat tau sikit jadilah...

ilmu kita kena cari dan pelajari...kalau boleh hari-hari dapat tak banyak sikit pon jadilah...apa bidang sekali pon,
bila sudah faham betul-betul baru la boleh diamalkan..dan berkongsi , alaa..macam ilmu berblog jugak lah....kan.

p/s..menu best mamaD hari ni; bergedil ! , aku dah post kat instagram @nazleeismail tadi pagi..gi la tengok n like :)