Bagai mana nak bagi galakkan supaya dia ada sifat berdaya saing dalam pelajaran?


minggu ni dah mula exam untuk hanis di sekolahnya..tapi dia jenis rileks orangnya.., mudahan rileks adik tu memberi kelapangan fikiran untuk mejawab nanti. Disamping memberi sokongan..kita sebagai ibu bapa mendoakan yang terbaik..
Sesuatu yang hebat boleh buat abah, mama & kakak berbangga.

hanis

macam mana nak bagi galakkan supaya dia ada sifat berdaya saing dalam pelajaran?

hujung minggu ini dah mula cuti pertengahan Penggal 1. Depa dah tanya kata tak plan nak pi bercuti kemana-mana ?

Pulau Tioman kata hanis nak snorkling ? ...


Legakan batuk dengan Stevia Sweetener ?


Legakan batuk dengan Stevia Sweetener ?


aku baru cuba tadi..picit 2 titik stevia atas sudu campur sikit air..ya Allah manis giler rasanya.

stevia ganti gula tebu


harap ianya okay..malam ni boleh tidur lena...dan esok boleh lega batuk.

batuk aku ni baru permulaan je..belum lagi tahap batuk kahak..risau jugak sebab esok nak present taklimat untuk Sebut Harga..

p/s..cuma ini yang ada, try test bukan nak promo sebab aku belum lagi jadi stokis atau dealer.. haha

p/ss...esok aku komen kat sini jugak apa akan jadi selepas malam ni..

.


SEGMEN MARI "TINGKATKAN FOLLOWER BLOG"



Kita support segmen tingkatkan follower blog rakan, semoga nanti akan semakin bertambahlah blogger yang join..masih ada masa kalau nak join. Segmen dah mula sejak minggu lepas lagi dan tamat pada 31/3/2105 .

Ada hadiah menanti kepada yang bertuah ..klik banner untuk mengetahui syarat lainnya.

syarat mudah je...eh lamanya pcl tak join segmen macam ni..jom la sesekali..apa nak segan pulakk..!!
Bagi blogger yang buntu idea..inilah caranya disamping memberikan support dapat menambahkan kenalan blog.

follower blog

.


Mata perempuan blink blink !!


Suka perkakasan dapur dari  stainless steel ?

stainless steel

..cantik berkilat dan sudah tentunya tahan karat.

Harga murah ; mungkin sebab kualiti dan ketebalan material tu..tapi aku rasa lebih berbaloi kali ni dari beli yang mahal tak semegah harga dengan kualitinya.

stainless steel


bila lalu di situ.. terbekenan dan ada bibit rasa mahu memilikinya...tengok pada harganya wuhhh murah giler..mamaD beli 2 set nak buat demo kat famili lain katanya...eh, whatsapp gambar terus...mak mertua dan makcik pon tengok terbekenan jugak.

lagi banyak depa oder...5 set terus sorang...mata perempuan blink blink!!

ada lagi tu yang mamaD dok 'aim' tengok ; steamer..nak buat masak stim katanya yang lama kat rumah tu kecik sangat.

Lokasi : dalam Pasaraya Giant, Banting.