PENCARIAN BLOGLIST JJCM


JJCM ...haha teringat dengan keletah seorang pengacara tv yang sentiasa riang macam Bonde jugak lah orangnya.."Bonde Senyum Riang" ; Jom anda semua yang rajin REVIEW tempat makan secara sukarela tu..boleh la join JJCM Bloglist ni.

nasi ayam penyet

Ini yang best makan kat Sungai Petani, Kedah... jauh bagi kita yang jauh tapi dekat bagi orang utara khususnya, nanti kalau ada masa boleh la menyinggah @ RESTORAN NASI PADANG LANGKASUKA.
Menurut pemilik restoran .."kami datangkan khas tukang masak dari Indon yang sememangnya ahli masakan tradisional Indonesia, segala rempah ratusnya kami proses sendiri dari bahan metahnya sampai jadi menu macam ni...original, ada banyak lagi menu di sini..mai cuba dulu!"

Dan gambar di bawah ni pula, minuman yang lain daripada biasa...

teh campur telur ayam kampung

"Tertunggu-tunggu jugak sebab lama baru muncul TEH TELUR di atas meja, ambil masa juga nak sediakan ni rupanya sebab menurut Abg Men, proses pukul telur dilakukan sebaiknya supaya rasa/bau hanyir tidak menyerlah".Klik sini

.........okay readers, lets join JJCM bloglist segmen ! nanti kalau ada rezeki penganjur dapat invitation, boleh la bawak kita makan free riang bersama Bonde...hihi. Klik banner kat atas sekali tu untuk join JJCM. terbaik !

.


Jangan gelak kat aku #2

Aku suka brand HONDA untuk motosikal, aku cuma ada EX5 Dream yang setakat ni banyak berjasa lagi menjimatkan duit poket aku ulang alik kerja.

Tadi motosikal aku pecah...ehh bukan cuma tayar depan pancet!

Masa terlampau sibuk menyebabkan aku tiada masa hendak tukar tiub. Nak sorong motor ke bengkel dalam kampung sini...aduihai, tak sanggup..gagahkan juga naik dengan duduk dihujung hujung seat supaya terjongket..., selamat rim tak sport aku tu..haha.

Pagi tadi, dengan segannya aku pinjam motosikal akak cleaner kat pejabat aku, baik betul dorang..nak pinjam sekejap ke lama tak jadi hal.

honda scooter

Pertama kali aku bawak motorsikal jenis scooter, Honda jugak la..aku memang suka Honda! ...pelik sebab tak ada padel brek kaki, tak ada gear.
Starter enjin hidup terus jalan..haha jakun sat !

alahai..ini kan motosikal perempuan?? janggal sikit la..



Jom candat sotong ; Risau Mabuk Laut ?


Aktiviti berkumpulan mencandat sotong memanag best ! , setiap tahun bermula bulan April sehingga Oktober tempahan sewa bot/pakej telah dibuka untuk peminat dan mereka yang baru nak mencuba.

Risau pasal mabuk laut?

Digalakkan mengurut ginjal dibelakang telinga terutama bila mula merasa pening. Ini rasional – mengikut pakar perubatan. Ginjal dibelakang telinga memainkan fungsi penting dalam menseimbangkan tubuh badan.
Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan selain melakukan senaman ringan mampu menghilangkan rasa mabuk laut.

Mabuk laut buat orang yang tak biasa akan berasa 'takut' hendak meneruskan keinginan mencandat atau memancing di atas bot.

Tekong atau 'ahli laut sejagat' :) telah banyak berkongsi petua dan ini pcl kutip dari blog candat juga..blog pakya.

1.Bagi nelayan, MINUM AIR LAUT dikuala mampu menahan diri daripada mabuk laut. Boleh diminum hingga ‘sendawa’ dan boleh juga sedikit sahaja kerana ini boleh menahan tekak dari merasa loya.

2. Syor nelayan dan TLDM, agar orang yang mabuk laut, TERJUN DAN MANDI LAUT tapi mesti pandai berenang. Dengan menyelam beberapa ketika badan dan kepala akan menjadi segar semula.

3. OREN SUNKIST juga berguna. Ada orang kata,limau tak boleh dibawa kelaut, takut ribut. Kita hanya perlu bawa kulit Oren Sunkist saja. Kalau boleh kunyah kulit Oren berkenaan sepanjang berada di laut. Kalau tak sanggup, kunyahlah sebelum perjalanan dan jika terasa loya semula, kita kena kunyah lagi.

4. Cuba makan KELEDEK MENTAH. Rasionalnya mudah, keledek mentah mempunyai sedikit getah yang boleh membuat mulut kita tidak rasa loya.

5. Makan PISANG KELAT. Rasionalnya sama seperti keledek. Untuk lebih mujarab, titiskan sedikit air limau sebelum memakannya.

6. Selit kan SAYUR KANGKUNG dipinggang atau poket. Pastikan ia tidak jatuh sepanjang kita memancing.

7. Tumbuk LADA HITAM yang dicampur dengan HALIA BARA, kemudian sapu diperut terutama bahagian pusat sebelum ke laut.

8. Sebelum memancing , jangan minum minuman yang BERKRIM ATAU BERSUSU. Seeloknya bawa AIR OREN sebagai minuman semasa memancing.

9. 5/6 Jam sebelum naik bot jangan makan makanan berminyak saperti Kerepok Lekor Goreng, Pisang Goreng atau yang bersamaan.

10. Semasa diatas bot jangan pandang kelantai bot lama-lama, sentiasa padang kearah sekeling saperti pulau, bot disekitar atau jika waktu malam pandang cahaya lampu bot lain, cahaya di Pulau  atau cahaya lampu di daratan.

11. Elakkan bau asap ekzos bot (minyak disel), sebaiknya duduk dibahagian depan bot ketika dalam perjalan pergi/balik.

12. Mabuk laut akan terasa bila bot berlabuh / 'Parking", jika rasa mual keluarkan muntah sehabisnya dan relaks, tidur2 ayam serta sapu minyak angin banyak2 di hidung, telinga dan kawasan muka.

Mencandat Sotong ; Kuala Terengganu 

(Jeti sekitar di bawah LKIM)

Ada sesiapa berminat mencandat sotong ; call/whatsapp segera.. 017-4009726.


Tarikh mencandat  : Sila buat tempahan bot
Bot Muatan : 8 pax  dan  15 pax (terhad)
Masa : Bertolak selepas Asar (5pm) dan balik sampai ke jeti jam (7pm) hari esoknya
Kelengkapan mencandat : Peralatan memancing/candat serta sebuah chalet untuk simpan barang dan persalinan (jika perlu)

Jom Candat !



CARI HOTEL DI TERENGGANU (klik sini)

.


Cegah kebakaran awal dengan Power Punch 911


Fire Extinguishing Spray


One can of Power Punch 911 matches the effectiveness of a regular fire extinguisher. Great for use in kitchens against grease fires, for elecrtical fires, for car fires, etc.

Power Punch 911 sprays fire retardant at the press of a button so it’s easily used by anyone.

Alat membantu mencegah kebakaran awal 

mudah dibawa tanpa penyelenggaraan..patut kita kena ada satu kat rumah..satu dlm kenderaan.
Saiz kecik je 340g(12oz)/can.

Harga bawah dari Rm150/set

017 4009726/call/whatsapp

#powerpunch911
#safety
#fire extinguisher