Tips penghasilan entri blog sebagai tarikan pembaca

Cara menulis entri blog yang baik sebagai tarikan pembaca


1) Gaya bahasa mengikut kesesuaian blog.
Bahasa yang santai adalah macam kita sembang seharian tak ikut penyampaian formal penulisan seperti di akhbar atau penulisan buku teks sekolah contohnya.

2) Pembahagian isi artikal mengikut perenggan.
Meghasilkan entri formal atau santai, biasakan buat pembahagian mengikut perenggan..kalau tak tau camana cara boleh tengok blog rakan lain dan buat perbandingan, blog dengan penulisan santai dan kemas baru senang hati membaca.. santai saja tidak cukup macam baca buku/novel dari segi susunan perenggannya.

3) Pendahuluan dan penutup bagi isi kandungan sesebuah entri itu bagi pendapat aku sendiri, ia tak semestinya ada..kalau ada lagi cantik, tapi dah jadi macam isi surat rasmi lah pulak..haha.

4) Entri yang sederhana panjang lagi bagus, jika terlalu pendek pula tidak mesra pembaca, mesra SEO...ikut kesesuaian, jangan meleret sehingga membosankan.

Cuba buat dua, tiga perenggan diikuti "sub heading",  gunakan sesuatu keywords sebagai tajuk kecil .

Jika kita selesa megizinkan orang datang singgah membaca, pembaca lagi suka..takyah pening kepala nak serabutkan fikiran ..entri yang sederhana panjang lagi bagus..aku suka ulang tentang ni..
.


Dilema dengan kucing


Dilema dengan kucing gelandangan, Aku ada satu masalah yang agak besar jugak la bukan sebab aku tak suka makhluk kucing ni, tapi tabiatnya tu.

Masalah kucing suka pancut kencing kenderaan

Kat rumah aku ada banyak kucing bertandang, kucing ni ntah dari mana datangnya tapi dalam banyak tu aku cam kucing jiran bawak geng dia..selalu berak dan kencing kat umah aku..itu aku boleh bersabar lagi la..aku cuci dan buang jer ..nak buat macam mana..terpaksa lah dalam redha.

Salah satu sebab kucing suka datang berjemaah mungkin sebab anak gadis aku suka bagi makan, aku pon ada rasa simpati bila tengok kucing mengiaw minta belas.

Hilang sabar

Baru tadi pagi,  antara kucing tersebut telah membuatkan tahap kesabaran aku melepasi had yang dibenarkan. Boleh pulak dia pancut kencing kat kereta belah raditor pulak tu..huh! nak bahasakan macam mana dengan haiwan ni..ke nak aku bahasakan terus kepada tuannya? (tak baik buat tuduhan melulu gini kan..)

Kejadian sama dah biasa kena dua tiga kali tapi tu lah..hadam je bau kencing bila masuk dalam kereta...bila ON air cond lagi la semerbak hurmm. MamaD paling sensitif bau (sebab di antara kami berempat , mamaD punya hidung mancung tinggi sikit..haha)

Fikir pasal makhluk Tuhan ini iaitu kucing adalah haiwan kesukaan Rasulullah s.a.w, banyak kebagusan yang terdapat apabila kita mengasihi haiwan ini..aku cuba mencari solusi lain .

Cara nak hindarkan kucing dari kencing pancut kat kenderaan aku.. cara yang agak mustahil bila aku di kuarters kerajaan ni..nak garajkan memang tak boleh.

Santai hujung minggu cuci kereta..walau dalam dilema nak report kepada pest control atau biarkan saja..

Cara mengatasi kucing kencing kenderaan

Ada dua cara bukan idea aku, satu idea berkualiti dan satu lagi anda nilai sendiri ..ok baca nih : :

1) "..cube beli cat repellant kat pet store. biasenye mende nih digunakan untuk menghalang kucing atau anjing dari datang ketempat2 yang kite tak mahu die datang. sembur kan di sekeliling border porch yang kucing tuh biase masuk. Cube lah torai."
2) "..dah pasti kucing jantan punya keje pancut, so jentik jer telo kucing tu..baru die lari..
klu xlari gk, ko jentik telo tuan kucing tu..
soh die jge kucing tu btol2.." 


Luahan Rasa Blogger #2


"Kalau makan sedap ingat jiran, ingat sahabat...ajak datang rumah atau pergi ajak ke tempat makan sedap tu.." kata Imam masa tazkirah solat subuh tadi.

Itu yang dinamakan sahabat baik dicari dan dimuliakan.

Jangan tunggu sampai sahabat meminta bantuan, sebab dalam bersahabat pasti sudah faham apa kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri masing masing. Perkara macam ni memang susah nak dapat, bukan tak ada tapi payah jumpa di kalangan kita zaman sekarang ni.

Semasa bersahabat inilah perlunya kita ambil kesempatan, iaitu kesempatan untuk memanfaatkan ilmu kebaikan yang ada pada sahabat kita.
Dan andai kata ada perselisihan faham, janganlah sampai menjadi musuh.

Jangan Ada Benci Irihati dan Dengki

Lumrah kehidupan, ada hati yang tak tenang bila kita senang. (Ini terjadi bila ada luahan sinis di wall FB membuat rakan lain kurang selesa).

Kita ambil contoh paling hampir iaitu trend orang bersahabat masa kini "bersahabat" tapi ukhuwah nya bukan secara live dengan bersua muka. Cara sebegini bagus tapi kena pandailah bahagikan masa. Dunia di alam maya dan dunia realiti ada kesannya kepada individu.

Kita berada di zaman dimana kita berada sekarang, tak boleh nak dibandingkan dengan zaman zaman sebelumnya; kita ambil pengajaran baik dari pengalaman mereka yang terdahulu.

Dalam kita sibuk berkawan dan bersahabat..perlu diingat, kita juga punya tanggung jawab yang lebih utama kepada Allah swt.

Jangan ia diremehkan kerana dalam kehidupan seharian di dunia, tempoh waktu dan masa dari dulu lagi dan selamanya adalah 24jam sehari. Guna dan manfaatkan sebaiknya.

Jadillah kita manusia yang semakin hari semakin matang dalam segala hal dan suka saling mengingatkan serta sedia diingatkan.

"JANGAN ADA BENCI,
JANGAN ADA IRIHATI DAN DENGKI"


Luahan Rasa Blogger #1




Kedudukan Gambar Dalam Entri Supaya SEO Friendly



Bagi mendapatkan entri mesra SEO sebagusnya entri dimulai dengan teks pendahuluan dalam perenggan pertama berserta kata kunci (keywords) dan selepas itu baru disisipkan gambar lengkap dengan "Title Text" dan "Alt Text" (properties).

image SEO Friendly


Jangan biasakan meletak gambar di awalan entri anda. Ramai penulis blog termasuk saya juga selalu terlepas pandang hal sebegini.

Bagusnya ada group seperti #exchangefeedgroup  "Bukan Sembang Kosong" menyedarkan dengan ilmu blogging diserap kepada ahli-ahlinya.

Selepas ini, jangan dibuat lagi..
semoga entri kita sentiasa mesra SEO (SEO friendly). Setidaknya akan lebih baik daripada entri sebelumnya.

Suatu perkara nampak remeh tapi kesannya mendalam..Cuba praktikkan okay.

join #EFG