MamaD Cafe & MamaD Skools ?


MamaD Cafe

Kuih ketayap ni takda la sedap sangat, menu biasa  untuk makan sarapan pagi.. maksud aku yang jual jual kat luar tu..tapi kat "cafe mamaD" memang sedap..

MamaD Cafe

Orang sebelah utara panggil kuih ketayap, ada bantahan?

Bila aku muat naik gambar kuih kat instagram...hurmm kesian pulak kat @ninanazli, alahai anakku yang duduk di asrama bertabah je lah..kat sana memang nampak semuanya sedap apa saja makanan kat rumah.

selalunya  "mamaD Cafe" memang tak terlepas menu makan pagi, tengahari dan petang..walau cafe mamaD ini hanya cafe alam maya..namun akan wujud suatu hari nanti realitinya InsyaAllah.

mamaD is awesome.. urus "mamaD Skools" dan "mamaD Cafe" ...cayalah.

.


Organic Mushroom Mini Farm Kit

Organic Mushroom Farm 

Lebih mudah dan menjimatkan dengan Organic Mushroom Farm, produk cendawan keluaran bumiputera dalam bentuk kit tampil lebih kemas dan bersih : Letak dalam bilik, Spray,  tunggu masa dan tuai hasilnya.

Organic Mushroom Mini Farm Kit  kini sedang dipasarankan ;
RM30.00/kit SM , RM35.00/kit SBH/SRWK (Harga dengan POS)

mushroom kit

Cara penjagaan sangat mudah :-

1) Letak kit di dalam rumah atau tempat redup yang jauh dari cahaya matahari, suhu terbaik ialah di antara 26 hingga 30 darjah Celcius.

2) Spray 2x sehari di sekeliling lubang pangkah.(tak perlu spray direct ke lubang pangkah)

3) Dlm mase 10 hari dah boleh tuai hasil.

4) 1 box kit boleh mengeluarkan hasil sebanyak 5 - 10 kali hasil tuaian

5) Pastikan air yg digunakan tidak berklorin..boleh guna air masak atau air mineral.

mushroom kit

Untuk keterangan lanjut boleh email / whatsapp ; (nazli.angkasa@gmail.com) (017-4009726)

.


Dapatkan pembaca blog dari pengunjung yang pelbagai

Tips dapatkan pembaca blog dari pengunjung yang pelbagai

Kalau mahukan pembaca yang pelbagai, buatlah  entri berselang seli dengan cerita-cerita santai, boleh diselitkan dengan review produk/makanan/percutian sekali sekala ...tak la ianya hanya fokus kepada jual produk semata-mata.

Bosan ?

Bosan tak kalau masuk blog hanya baca produk jualan dan promosi itu ini?

Bosan tak kalau masuk blog hanya baca dan..tinggalkan komen "selamat bersegmen n good luck?"

Bosan juga kalau skrol dari entri ke entri tiada santpan minda, tiada celoteh, tiada hiburan, tiada nasihat...aku kongsi ini khusus untuk niche blog lifestyle blogger. Kalau itu lah kehidupan blogger, maka begitulah sepatutnya.

Entri versatile

Pentingnya entri versatile. Bila ada bahan menarik dan santai nak baca..insyaAllah ramai yang singgah dan jeling-jeling apa yang ada kat sekeliling Nak pasang iklan pon berbaloi jugak sebab pelawat yang datang adalah pelbagai..."untung sabut timbul..alhamdulillah".

Blog umpama 'kedai'
Blog aku sendiri dah rupa macam kedai runcit.. Tak kira masa, aku ON data nak buka link blog tu kira semacam bukak kedai lah..(umpamakan saja ye...hihi)

Anda mampu? 

Jika mampu berfikir jauh lebih dari aku, jangan fikir sangat pasal yang lebih lebih tu...buat atas kemampuan dan usaha sendiri.
Jangan sampai lupa diri dan tanggung jawab yang ada.



Jangan lembik macam tauge!

Cerita pasal tauge ?

Taugeh atau tauge, sayuran berbatang lembut tumbuh dari jenis kekacang. Sedap makan bila tauge dicampur dalam masakan seperti mee, meehoon, kuey teow dan lain lain lagi atau boleh buat masak sayuran. Gambar kat bawah ni, mamaD sajikan tauge digoreng dengan minyak bijan dan campuran bahan ringkas lain..(kalau biasa makan Nasi Ayam Hainan..resipi tauge tu lah)

resepi tauge sedap


Aku kenal tauge sejak kecik lagi.., masa tu mak memang rajin suruh anak lelaki dia buat kerja dapur bantu mak lebih kurang katanya.. dah tolong boleh cepat makan nanti boleh cepat besar haha..genius betul kan.

Alhamdulillah anak anak mak memang cepat membesar sihat dan kuat.

Sekati tauge..emm kalau timbang banyak tu kira memang banyak menimbun la kan..tauge kan ringan, tapi  sekarang tauge dijual siap celup dalam air...timbang basah, sikit dan kadang tak segar. Bau pon tak sedap ! sakit hati kalau bau dia macam bau kencing...sah sah dah kena kencing sapa yang beli !

Bab kena 'kencing', dikencing betul atau kebetulan aku tak nak ulas panjang sebab aku suka makan tauge. Aku anggap orang yang usahakan tanaman tauge jujur seadanya.

Apa kerja aku di dapur?

Selain cuci pinggan mangkuk, aku kena buang akar tauge...pelik juga aku berbeza sekarang nih. Tak pulak nak susah payah menyiang tauge..

Ini ramai gadis gadis pembaca kat sini jadi pelik semacam.., pelik sebab tak pernah buat macam mana aku buat dulu...kan? tak apa..masa anda sekarang semakin bermakna setiap detik dan ..."buat kerja kat dapur apa kellas kan" ..sakit hati emak emak kalau dengar anaknya cakap macam ni.

Alasan kuat kenapa dulu tauge kena buang bahagian akarnya adalah sebab cara tanaman tauge tu sendiri. Dulu tauge tanam atas tanah (mungkin), sekarang tanam dalam tong ada isi air (hidroponik).

Aku suka tauge..korang jangan macam-macam !!

SADOkan diri..jangan lembik macam TAUGE !


Tips membeli tauge

okay ada tips beli tauge :

1) Tauge jenis ipoh, mungkin asalnya dari sana.., sebelum beli cium bau dia..yang baik tak berbau dan yang bagus sekali beli yang kering dan segar.
Bau kuat yang dimaksudkan ialah bau kimia seperti bau cuka.

2) Tauge jenis berakar.., kalau kontot tanpa akar itu tak bagus sebab ketumbuhan tauge tersebut melalui proses kimia.