Sarapan Lemang Tradisional


alhamdulillah..bersarapan di rumah dengan juadah kiriman dari kampung. Pagi rasa lapar lain macam terus MamaD panaskan pulut sama daging masak hitam.

Pulut tu bila dah letak dalam pinggan nampak seakan lemang tapi sebenarnya bukan lemang  dalam buluh yang kebiasaan kita makan tu .

Aku pun tak pasti nama sebenarnya, tau makan je..nah tengok gambar dan korang boleh namakannya..hihi.

lemang

lemang

Kebetulan semalam keluarga aku datang ziarah kami...bawa buah tangan .

.


Cenderahati Eksklusif #KelabBloggerBenAshaai

Cenderahati Eksklusif KBBA

Sempena Bloggers Day Out pada 26 April 2015 yang lalu, kami  telah menerima hadiah cenderahati berupa ; 
1 Button badge 
1 Fridge magnet 

Cenderahati eksklusif disampaikan sendiri oleh Blogger Ben Ashaari untuk ahli yang terlibat #KelabBloggerBenAshaari
pada hari bersejarah tersebut.

Cenderahati eksklusif KBBA

Cenderahati tersebut didatangkan khas oleh penaja rasmi iaitu : Stamp N Print Dot Com Enterprise.

Anda sedang mencari cenderamata istimewa? atau anda inginkan gambar, logo, teks samada rumi atau jawi diabadikan ke barang keperluan yang menjadi identiti anda atau syarikat anda atau persatuan anda. 
Dengan teknologi cetakan HEAT PRESS dan DECAL kami di StampNprint sedia membantu anda.
Jika berminat berurusan bisnes dengan
Syarikat penaja, mereka boleh dihubungi melalui :
Blog : www.stampnprint.blogspot.com/
Email :
kamalmohdidris@gmail.com

.


Kisah memancing ikan patin pagi tadi


Aku bukan pemancing tegar, tapi bila ada orang yang magajak dan ada masa terluang di masa cuti ini ...apa lagi, semuanya boleh jadi.

Sungai Langat ; awal pagi tadi Kami memburu ikan Patin Buah. Port kami adalah sekitar belakang tapak pasar malam Banting, jalan kunci Air.

Kaki pancing

kaki pancing

Umpan roti gardenia campur kek pisang dan kaya pandan. huh kalau selera orang pon dah terliur dengan sarapan hebat ni, ini kan pula si ikan patin.

kaki pancing

Selain umpan roti, kami juga gunakan buah lakom yang pokoknya tumbuh liar di huran tepian sungai tersebut. Nampak seakan buah anggur tapi buah lakom ni bila terkena kulit kira ia sedikit gatal. Mungkin warnanya menarik perhatian ikan patin buah yang makan buah.

kaki pancing


kaki pancing

kaki pancing


Aku, abah, adik dan adik ipar..kami sepakat nak naikkan ikan patin secepat mengkin dan sebanyak mungkin dalam beberapa jam yang ada kerana mengejar masa...sebelah petang nanti ada program lain pulak. Tanpa berlengah, dua pancing sahaja digunakan..untung ada rezeki naik lah si ikan patin.

nak tengok ?

kaki pancing

ikan patin, sejam yang pertama alhamdulillah..ni yang dikatakan rezeki pemancing, ada kalanya boleh bawa pulang dan ada kalanya juga pulang dengan tangan kosong. Kami bawa pulang dua ekor patin buah dalam tempoh tiga jam memancing di Sungai Langat, Banting.

.


Food Review : Bayou Coffee House

Bayou Coffee House

Bayou Coffee House yang berada di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya adalah merupakan  penaja rasmi makanan KBBA Bloggers Day Out pada 26 April lepas.

Bayou Coffee House, KBBA Bloggers Day Out


Buffet Bayou Coffee House

Tersedia dari makanan untuk sarapan pagi dan tengahari untuk kelurga besar kami pada hari bersejarah tersebut. Konsep makanan ala kampung sangat menarik perhatian dan menyelerakan.

KBBA Bloggers Day Out


Ulam kampung ; daun selom, pegaga, timun, ulam kerabu dan sambal belacan.

KBBA Bloggers Day Out

KBBA Bloggers Day Out

KBBA Bloggers Day Out


Menu utama ;  Rendang tok, masak lemak rebung, lemak labu, sambal ikan, ayam dan tempe,  semuanya sedap dan menyelerakan.




KBBA Bloggers Day Out

KBBA Bloggers Day Out

KBBA Bloggers Day Out


Ruang makan yang selesa mampu menampung ramai pengunjung pada sesuatu masa. Bayou Coffee House ini sangat sesuai dan sedia menerima tetamu untuk tempahan majlis. Bilik nyaman udara serta rekabentuk hiasan dalaman yang mendamaikan suasana makan.




Menu pencuci mulut; Tapai pulut, bubur pulut hitam, buah-buahan, kuih muih ... ada sesuatu yang menarik hati, the best cekodok pisang...hurmm.







Bayou Coffee House sedia menerima tempahan catering untuk majlis-majlis keramaian seperti perkahwinan, hari jadi, majlis berbuka puasa dan event group seperti Blogger day, reunion  dan seumpamanya.


Sebarang pertanyaan ataupun tempahan boleh hubungi :

03-831 80008 @ 019 330 5848

atau emel ke :bayoucateringcyberjaya@gmail.com

Facebook : bayoucoffeehouse