Ini semua gara-gara hanis..


perut kita ni kekadang tak menentu nak masuk sesuatu makanan... tetiba malam ni teringat nak makan kuey teow goreng mamak !

biasanya aku memang suka mamak style sebab gorengan dia garing dan kering , tak kisah la bihun ke mee atau kuey teow.


hurmm..kali ni berminyak la pulak!
satu bungkus share dua orang makan, cuma nak alas perut kami sesekali terasa nak makan waktu malam.. tapi jangan amalkan selalu.

Ini semua gara-gara hanis selalu oder makan lewat malam ; tak nak makan yang sama , nak sesuatu yang dibeli. Bila anak oder makan, dengan mak bapak dia teringin nak oder jugak..huh.

#teringatgambarmegitelurmayong ... huh bila la nak merasa makan kat D'Laila Suppower.
#sayakatkedaimamaksekarang

.




Villa indah di Melaka

Agrofarmstay @ skill-tech Durian Tunggal Ayer Keroh Melaka

Sebuah Villa berkonsep binaan Inggeris yang terletak di atas bukit dengan persekitaran seluas 30 ekar di kelilingi dengan pokok buah-buahan dan tumbuhan hijau. Villa mendamaikan ini dilengkapi dengan dapur, 2 bilik tamu yang luas, ruang makan, 7 bilik tidur berhawa dingin , set perabot kayu jati, TV Astro dan tempat letak kereta berbumbung. Ia adalah tempat yang sesuai untuk perjumpaan keluarga, perniagaan ataupun peribadi.

Agrofarmstay @ skill-tech

Sebagai contoh sebelum ini dan terkini (15-17 Mei 2015),  sebagahagian dari keluarga besar Kelab Blogger Ben Ashaari berpeluang menginap 3 hari 2 malam di sini. Berpeluang merasakan kenyamanan suasana ala-ala kampung. Ianya sangat mengujakan bagi mereka yang tidak pernah merasai nikmatnya 'kehidupan suasana desa' .


Bagi Hanis dan Nina memamg sudah biasa dengan suasana kekampungan sebab tu depa dah tak hairan dengan suasan desa  di luar villa, apa yang aku nampak depa dua beradik ni lebih selesa melepak dalam bilik yang sejuk nyaman ; maklumlah anak-anak dara baru meningkat dewasa lah katakan, semakin besar makin malu dan segan nak bercampur dengan orang luar...kecuali dengan kawan rapat depa aje. (fasa realiti remaja sebahagiannya memang begitu..sebagai parents, kita kena memahami mereka).










Kami sekeluarga menghuni bilik di aras bawah, Bilik 1 dan Bilik 2 . Walaupun semuanya lengkap namun tetap sedikit berdukacita di sini dengan capaian internet yang sangat rendah. Sebagai sumber interaksi dengan dunia luar, capaian internet sangat diperlukan dan kemudahan ini perlu dipertingkatkan untuk memenuhi kepuasan pelanggan di sini. Internet bukan tak boleh akses lagsung tetapi boleh la gagah sesekali dapat !


Nina ambil peluang nak bersantai setelah penat belajar seharian di kolejnya, ini lah masa untuk menenangkan minda dalam suasana percutian keluarga yang tenang dan damai.

Dan selain itu,  kini Agromfarmstay telah memperkenalkan produk baru mereka kepada umum iaitu ; Konsep Majlis Perkahwinan di Agrofarmstay.

Anda boleh baca selanjutnya di sini ;

KONSEP MAJLIS PERKAHWINAN @ AGROFARMSTAY Durian Tunggal Ayer Keroh Melaka.


Untuk keterangan lanjut berkenaan kadar sewa dan lain-lain boleh terus berhubung seperti berikut  :

Agrofarmstay @Skilltech, Durian Tunggal, Melaka
Laman Web : www.agrofarmstay.my
Email : pertanyaan@agrofarmstay.my
No Telefon : 012-2118246/016-2098623







Kek dan Pastri Enak di J'aime Makan.

Anda peminat kek and pastri di sini yang masih tercari-cari dimana ingin menempah kek homemade yang memenuhi citarasa anda? Kek dan pastri yang boleh ditempah mengikut tema dan segala yang menggembirakan hati anda?
Jom kita terjah J'aime Makan! 

Apakah pelik nama J'aime Makan tu kan? J'aime adalah perkataan yang berasal dari Perancis yang bermaksud saya suka.. Maka maksudnya Saya Suka Makan... hihihi... Penggemar-penggemar makanan pastinya akan berasa taksub dengan makanan yang dijual di sini antaranya ialah :

1. TART 

Aneka tart boleh ditempah seperti Nutella Cheese Tart, Fruit Tart, dan Raspberry Chocolate Tart.  Anda boleh juga memilih untuk membeli tart yang besaiz besar atau pun kecil... Harga tart serendah RM2 sebiji dan jika anda membeli di dalam kuantiti yang banyak, harga akan lebih murah.. Rasa? Pastilah nak lagi!

J'aime Makan


2. PAVLOVA

Pavlova juga dijual dengan dua size. Mini pavlova di jual dengan harga RM60 untuk 25biji... Topping adalah standard topping iaitu fresh cream dan buah-buahan seperti peach, strawberry dan kiwi.

3. CREAM PUFF

Siapa peminat cream puff? Di J'aime Makan terdapat juga cream puff yang gebu gebas untuk dinikmati. Inti dalamnya adalah home-made Vanilla Custard. Harga untuk 1 box of 50pcs adalah RM60.

Tempahan untuk majlis perkahwinan dan pertunangan juga boleh dibuat seperti di bawah.
Harganya pastilah harga mampu milik serendah RM75.

CHOCOLATE CREAM PUFF
Profiteroles Tower

 4. ANEKA JENIS KEK

J'aime Makan menawarkan pelbagai jenis kek mengikut tema dan cita rasa anda. Antara pilihan sepanjang zaman di dapur J'aime Makan ialah Hawaiian Cheesecake, Carrot Cake, and Devil's Food Cake/ Chocolate Moist.

  • Devil's Food Cake -  start from RM85
    Filling: Choc Ganache
    (Weight: 1.6kg+-)
  • Hawaiian Cheese Cake - start from RM110
    (Combination of cream cheese and pineapple slice)
    Pilihan Base: Biscuits & Almond  | Chocolate Sponge Cake or Vanilla Sponge Cake (Add RM10)


Tempahan kek untuk perkahwinan dan pertunangan juga dibuat seperti di bawah. Kek dan dekorasi adalah mengikut kesesuain tema majlis anda. Harga adalah sangat berpatutan.

Fruit Cake with Fondant and White Chocolate 

5. CUPCAKE

Cupcake adalah antara bestseller juga di J'aime Makan. Sebabnya murah dan sedap...pasti puas hati..


Vanilla Cupcake with Chocolate Chip and Vanilla Buttercream RM3/per pcs (Medium size)

Vanilla Cupcake with Vanilla Buttercream

Vanilla Cupcake with Vanilla Buttercream : RM2.50/pcs (medium size)


6. BISKUT

ISTIMEWA UNTUK HARI RAYA!

Untuk hari raya kali ini, J'aime Makan hanya menerima tempahan tart nenas sahaja. Tart nenas dijamin kesedapannya.. Ramai yang telah mencuba tart nenas dari saya... Aww!!! Poyo ke? Idok lah juga... Insha Allah and akan berpuas hati kerana segala dibuat sendiri dari memarut nenas menjadi jem dan jugaklah tart nya yang diterap dengan penuh kasih sayang... Kualiti terjamin! 



pineapple tart,


Pineapple Tart : RM30



Pineapple Tart : RM30


7. LAIN-LAIN

Antara lain-lain yang boleh ditempah di J'aime Makan adalah seperti donut tower seperti di bawah ini... Ini adalah contoh tempahan yang di buat untuk hantaran pertunangan. Ianya sangat unik dan menarik bukan?

Untuk donut tower seperti ini harganya serendah RM70 sahaja!

 Doughnut Tower
Doughnut Tower

Jadi apa anda tunggu lagi marilah beramai-ramai menempah kek, pastry and biskut di J'aime Makan! Pastinya akan berpuas hati dengan produk kami... 

Penghantaran adalah percuma disekitar Klang Valley dan Bentong jika anda membeli sejumlah RM100 ke atas... 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi dan layari :


http://www.shamieraosment.com/p/shamiera-osments-oven.html


Whatsapp/SMS/Telegram : +6012-6609 760

Email : 3zs.ami@gmail.com




#jomberiklanBlogPcl




Review Aku Penghibur I Best Lifestyle Blog 2015

Tak payah nak review lebih sebab blogger yang aku stalk ni korang memang kenal !
Pemenanag award MSMW, dua tahun berturut-turut 2014 dan 2015. Hebatlah kan .

Blogger Acik Aku Penghibur


Aku penghibur? Apa yang nak di hiburkan? Macam mana nak menghiburkan?

Ya, itulah persoalan jika kita lihat di sebalik domain akupenghibur.com. Unik dan versetail. Mungkin juga, bila melihat nama domain ini, tanggapan pertama kita ialah ialah sebuah web yang berasaskan hiburan. Tapi hiburan apa yang cuba di sampaikan?

Aku Penghibur bukanlah sebuah nama yang asing dalam dunia Blogging. Nama yang tercipta hasil dari kata-kata Datuk Aznil Hj Nawawi yang mengatakan "awak boleh jadi penghibur yang baik". Disebalik kejayaan dalam dunia Blogging achik sebenarnya ia adalah dari doa seorang mak dan keluarga yang tiada henti, sokongan dari kawan-kawan reality dan maya serta pembaca di Blog. Achik juga seorang yang 'low profile'

Feb 27, 2014
Untuk pergi ke anugerah ini agar sukar bagi acik kerana acik menaiki kenderaan awam, dari klang terus ke zebra square. Alhamdulilah sampai tepat pada waktunya ...
Apr 23, 2015
Pada malam tersebut, di janjikan mula pada pukul 8 malam tetapi kelewatan sedikit tetapi perjalananan program dan aturcara anugerah berjalan dengan baik sekali.
Mar 06, 2014
Ada yang kata blog acik tak layak menang ? rezeki Allah siapa tahu, siapa kita untuk menidakkannya ? Acik serahkan .... 

Pemilik yang mesra disapa acik ini selalu memberi tunjuk ajar kepada blogger yang masih hijau terutamanya tentang pentingnya ilmu untuk mengendali sebuah blog. Sebagaimana kata pepatah cina, 'jika mahu kuda yang laju berlari, berilah makan rumput yang berkualiti.' Acik berpendapat, untuk menjadi blogger yang baik harus bersedia untuk menerima kritikan, punyai semangat yang jitu serta konsisten dan kreatif dalam penulisan.

aku penghibur


Secara peribadi pula, Acik seorang yang ramah dan berbudi bahasa sehingga menyebabkan dia sering menjadi rujukan kami di EFG. 'Makan sorang' tiada dalam kamus hidup dia. Idea-idea bernas dan kritikan yang diluahkannya cukup berguna, bagai kata-kata seorang abang kepada adik. Bukan terlalu menghormati,tetapi blogger beginilah yang patut dijadikan role model, dahlah comel, boleh jugak bawak bergurau dan tegas pada masanya!

Jika tiba-tiba, dalam satu hari tu, anda macam tak tahu nak buka web apa. Cubalah pergi ke www.akupenghibur.com . Pelbagai input menarik yang boleh kita dapat. Cerita kekeluargaan dan nasihat untuk kita yang selalu alfa..beruntung beb !! dapat jejaka macam dia ni... :))

Acik sedang mencari gadis untuk suri hatinya... cepat isi borang !!

Aug 01, 2013
prinsip sy dalam cari jodoh... bila sy terjumpe satu kata-kata hikmah.. "Carilah cinta Ilahi pasti akan jumpa cinta sejati".. saya pegang pada kata2 tu.. dekatkn diri dgn Allah dan moga Allah temukan sy dgn jodoh yg terbaik.
Dec 26, 2013
Kita selalu "expect" jodoh kita yang terlalu tinggi, dengan gayanya mahupun rupa parasnya. Edisi mencari kita teruskan , dari dunia nyata hinggalah ke dunia alam siber, tapi masih tak ketemui lagi. Puas juga mencari dan ...