#Cabaran20Hari : Pengalaman Manis Di Bulan Puasa

#Cabaran20Hari , Day 06

Pengalaman Manis Di Bulan Puasa

Paling manis tatau nak habaq, banyak perkara yang manis-manis dalam hidup tu pasai senyum selalu tiap hari, ikhlaskan hati dah boleh dapat pahala sedekah. Alhamdulillah.

Di antara yang manis-manis di bulan puasa yang sudah-sudah adalah dapat memenuhi ;
menu anak-anak dan isteri dengan memasak guna tangan sendiri. Bukan nak bangga diri, tapi nak bagi contoh terbaik dalam kehidupan berkeluarga..korang nanti suruh-suruh la laki bantu kat dapur, ni la masanya nak buat amalan baik dan dapat pahalanya berganda-ganda.

Tak ada alasan, kalau suami cakap tak reti buat keja dapur..sebenarnya kaum bapa perlukan dorongan, pujian dari anak isteri. Pesanan saya, kalau masakan suami buat tak berapa sedap atau tak memenuhi kehendak kebiasaan korang makan...jangan la mengata macam-macam pulak, pandai-pandai la nak ambik hati. Kalau sedap puji lah sepenuh hati.. sekali korang bagi pujian , sepuluh kali keinginan nak buat lagi.

Hanis suka jus carrot, berbuka puasa hari ke 13 pcl dah buatkan. Hanis juga suka char koew teow, 9 Ramadhan dah penuhi permintaan dia.

Nina pulak suka nasi goreng, tapi dia tak ada kat rumah sekarang... ikut kebiasaannya dia suka nasi goreng, mee goreng. Nasi dengan telur masak kicap.
MamaD, bila hari tak larat dia akan mintak buatkan air kegemaran...teh tarik 3 layer!

Semua perkara kalau buat sama-sama akan jadi manis dan indah belaka. Nak cerita yang manis memang tak akan habis..

#cabaran20hari


Okay..korang boleh LIKE page EFG di sini terdapat senarai url peserta mengikut tajuk dan anda juga boleh ping dan blogwalking :


Entri #Cabaran20Hari Day05 :

http://www.nazlee.com/2015/07/cabaran20hari-pengalaman-pahit-di-bulan.html

 #Cabaran20Hari, #Day04 #exchangefeedgroup #kelabbloggerbenashaari


Boleh merasa "Kahwin Muda" ?

Lelaki bujang kalau dia serius nak kenal dengan mak atau bapa atau famili terdekat kepada kawan perempuannya...adalah niatnya tu?

Aku dulu macam tu, tau lah tektik lama masih boleh pakai..dan nampak kesungguhannya disitu.
Cuma saja nak tanya ; antara mak dan bapak gadis tu korang lebih prefer siapa nak jumpa?
Jumpa mak?, jumpa bapa? atau kedua-dua boleh jumpa ataupun dedua takut nak jumpa??

Kita ni lelaki biar gentleman ..bukan gentel man ok ! haha.
soal jodoh itu takdir Tuhan, tapi kerja dan doa kita yang usahakan.

Jodoh kalau dah nampak jalan,  biar cepat-cepat diusahakan. Jangan tunggu lelama.
Baru boleh merasa "Kahwin Muda" ..untung tau! ada rezeki dapat anak cepat.. cepat la diorang membesar.

Part paling best dan bersyukur sangat ; malam boleh tidur lena dan tenang sebab takde baby merengek². Apa yang kawan-kawan sungutkan..kita dah laluinya.

Lelaki umur 30 ke bawah still ok lagi tak kawen-kawen. Tapi kalau dah lebih banyak dari umur tu..kena la cari / dapatkan gadis umur awal 20an untuk buat isteri, boleh uruskan anak sementara awak sudah tua tak larat nanti.



#Cabaran20Hari : Pengalaman Pahit Di Bulan Puasa

#Cabaran20Hari , Day 05

 Pengalaman Pahit Di Bulan Puasa tahun 1997

Sesuatu yang pahit dalam kehidupan, emm macam malas nak ingat perkara lalu...payiiit sangat kot!
Tapi takpe untuk kali ini aku kongsikan.

Siapa yang pernah lalui zaman kemerosotan ekonomi negara?
Krisis Ekonomi yang melanda dunia Asia pada tahun 1997-1998 telah menjadikan negara-negara di serantau Asia kucar-kacir. Malaysia juga merupakan salah satu negara tersebut.

Kita ni hidup masa tu baru nak membina kehidupan berkeluarga bersama Puteri Diana (sekarang mamaDiana). 'Kawen muda' tapi kira yakin dah matang la nak jadi suami orang... "sendiri punya keyakinan tinggi untuk ambik anak gadis orang jadi isteri". Untung duit tabungan sebelum majlis perkahwinan dah siap awal-awal lagi...bangga jugak sebab aku tak buat pinjaman dari mana-mana pihak.

Pengalaman pahit orang baru kahwin

Okay terus kepada topik Pengalam Pahit masa tu ;
Duit tabungan makin susut sebab bajet cukup-cukup sampai lepas majlis, ingat nak recover selepas cuti panjang. Tup-tup negara pulak dalam kegawatan ekonomi. Kita masa tu kerja sektor swasta, Kerja Kilang Syarikat Jepun. Pagi petang siang malam jumpa boss dok angguk-angguk kepala..taat betul ! Kerja bagai nak mati demi sesuap nasi...masuk subuh keluar malam, tak berdunia dengan masyarakat langsung.

Bulan puasa banyak mengajar erti kesabaran, bayangkan semasa ekonomi negara gawat, semua orang terkesan. Belanja dapur kena catu. Orang yang berhutang beli rumah nak bayar bulanan, Berhutang beli kereta nak bayar bulanan pinjaman bank dan macam-macam lagi. Pahitnya di situ... semua perlukan duit. Orang tak tahu kalau kita tak cerita, termasuk keluarga sendiri.. kita mampu hidup berdikari walau pun agak sengsara. Orang nampak yang manis-manis di luaran ; ada kereta, ada rumah dan ada isteri yang membahagiakan,

Kebanyakan pasangan yang baru kawen mesti nak berbulan madu, (planning kami selepas raya) tapi... tapi sedihnya, Bulan Madu kami tidak kesampaian...hurmm agak sedih jugak target tak jauh mana Langkawi je pon. Masa tu kita fikir apa yang lebih penting dan tak boleh nak membazir duit.

Rezeki hidup berumah tangga  walau dugaannya sentisa melanda, kalau tak cukup kuat mental masa tu macam-macam perkara boleh berlaku. Sebab duit rumah tangga musnah, sebab duit hubungan keluarga terputus, sebab duit juga manusia boleh hilang pertimbangan.

gambar mamaD dan PCL , www.nazlee.com
18 tahun sudah kini kami bersama ~ alhamdulillah  KLIK

Setelah lapar pasti ada kenyang, setelah haus pasti akan hilang dahaga, setelah sakit pasti ada sihat dan setelah fakir pasti ada kaya. Kepahitan itu selalu diiringi oleh kemanisan selepasnya. InsyaAllah perancanganNya adil dan saksama dan tidak dapat digangu-gugat sesiapa melainkan hanya Allah swt.

(Okay..jangan la baca serius sangat...cool blog)

Semuanya berlaku dalam bulan puasa yang penuh barakah, bulan puasa menuju ke hari bahagia kami... bermula dengan pengalaman itu, wujudnya semangat kesetiaan yang makin kuat hari ke hari sebagai pasangan hidup sehingga ke saat ini. Doakan kebahagian kami berkekalan hingga hujung nyawa.

Terima kasih,  Alhamdulillah.


Okay..korang boleh LIKE page EFG di sini terdapat senarai url peserta mengikut tajuk dan anda juga boleh ping dan blogwalking :


Entri #Cabaran20Hari Day04 :

http://www.nazlee.com/2015/06/cabaran20hari-menu-wajib-bulan-puasa.html

 #Cabaran20Hari, #Day04 #exchangefeedgroup #kelabbloggerbenashaari


Songkok atau kopiah?

Songkok hitam atau kopiah putih?

Kalau tanyakan pada mamaD, yang mana satu..dah tentu dia suka aku pakai songkok, alasan dia songkok tu lebih kepada orang muda dan kopiah bagi orang tua.. haha.

Kita tanya isteri kita sebab dia yang nampak dulu dari orang lain.  Seorang isteri, dia boleh nampak kat mana yang tak kena pada cara pemakaian suaminya. Isteri adalah perunding imej terbaik untuk suami Okay !

Pasal songkok atau kopiah, dua dua aku suka pakai bila nak ke masjid , ke surau atau kadang ke majlis kenduri.

Songkok hitam kena sesuaikan dengan baju melayu lengkap macam pagi tadi aku pakai sut lengkap, manakala kopiah (putih) pulak lebih selesa dipakai dengan baju melayu dengan kain pelekat atau berjubah.. memang kena sangat !

Tapi kadang ada masnya mamaD kata kalau aku pakai kopiah dah nampak macam lebai la pulak .
Takpalah... asal jangan jadi lebai malang sudah la...kan!

Mungkin suatu masa nanti aku selesa berjubah dan berkopiah selalu ala ala pak Arab siap berlilit serban kepala gitu, insyaAllah.

baru beli kopiah putih petang tadi ; terus pakai jalan-jalan di pasar ramadhan. :)