1 Syawal di kampung halaman

Berahari Raya dgn suasan kampung memang best.. nyamannya..panas di luar rumah sejuk di dalamnya, sejuk sesekali bila angin sepoi bahasa bertiup.


Rumah pusaka arwah atok di bahagian atasnya, dan bila difaraidkan harta bahagian atok, abah kita dapat tanah dan bahagian rumah ni faham ke idok nih..? hal harta pusaka jangan buat remeh, kena belajar dan fahamkan.

Alhamdulillah.. rumah cantik dan nampak tradisionalnya. Bila ada bajet lebih masa tu abah renovate sebahagiannya  bahagian bawah rumah papan jadi batu simen .

Standard rumah kampung memang ramai yang buat design sama macamni, kebaikannya mampu menampung kebanjiran keluarga anak cucu bila adanya majlis keramaian. Pemandangan bahagian atas rumah dengan anjung memanjang dan luas.. anak cucu atok boleh main berlari-lari sambil hentak kaki.. sesekali atok tegur tapi lama-lama atok opah mengalah juga dengan gelagat cucu-cucu mereka.
"bukan selalu.. sesekali balik cuti panjang itulah ragamnya" atok opah layankan saja.

1 Syawal di kampung halaman

Hanis, Nina suka ambik gambar.. awal lagi dah siap untuk sesi ala ala fotoshoot family. Lokasi yang di cari di bahagian atas rumah dan beranda. Kalau tengok lokasi ni memang cantik dengan background dinding kayu.


Selepas solat sunat aidil fitri, kami sekeluarga berkunjung ke rumah saudara dan jiran. Berjalan kaki je beramai-ramai, baru ada rasa nikmatnya suasana beraya di kampung. Memang happening, jarang berlaku detik indah macam ni tapi kali ini jadi walau tidak dirancang awal. Kalau raya sebelum ni masing masing ada kekangan dengan  family sendiri.




Juadah Pagi Raya

Puas rasa walau sekejap masa berlalu. Apa pun yang penting giliran berhari raya perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Penuh sesak perut dengan makanan kerana mahu meraikan juadah pagi raya yang telah disediakan. Mak buat rendang daging, rendang ayam. Abah buat mee rebus, kiranya menu sama saban tahun dan sudah dikenali seluruh jiran tetangga..kalau nak mee rebus kenalah beraya ke rumah Pakteh Ismail pagi raya pertama.
psst.. asyik sangat bersembang pakcik dan makcik, hai juadah lah raya lupa nak snap gambar..

Raya korang macam mana pulak?



Cuti Raya Di Perak : Pulanglah perantauan

Cuti Raya kat Kampung Teluk Pial, Jalan Baharu Parit Buntar Perak.


Jangkaan kami akan tiba awal di rumah mak abah, tapi bila dah stuck traffic jammed area Tapah ke Bukit Gantang, maka lewat tengahari baru lah sampai dalam pukul 12 lebih macam tu.. tapi, kami tak singgah dulu..mamaD nak bersantai shopping kat mydin mall Parit Buntar..ada benda nak beli. Aku ikutkan saja.. mata pon belum terasa mengantuk.

Telefon mak, takut nanti ternanti pulak kami..lama sangat dalam perjalanan. Dah beres bab beli.., hemm ada bagusnya aku dihadiahkan butang baju melayu sekotak.. kotak baldu merah.
"Baju Raya sponsor bukan main lagi tapi butangnya tak ada" ..mamaD saja ngusik aku lah tu.. ye la baju tu kan tempahan di tailor... baju je lah dapat .

Masuk kawasan kampung memang nyaman suasana. Sejuk mendamaikan walau cuaca panas ... indahnya beraya di kampung halaman.


Pulanglah perantauan.. hilangkan rasa rindu suasana kampung tercinta.. vaiiii


Penah terlelap semasa memandu ? Bahaya Microsleep !

Microsleep punca kebanyakan berlakunya kemalangan jalan raya

Ramai orang bercakap tentang microsleep, aku selalu guna istilah kekampungan jer.. NGANTUK yang tak terkawal bila pemanduan jarak jauh. Itu yang aku faham.

Mengantuk adalah suatu tabiaat yang sukar dibendung, selalu mengantuk semasa memandu itu makin menjadi-jadi disebabkan faktor umur kebanyakan orang..hurmm.

Hari ni last day kerja, kalau boleh nak balik kampung cecepat, aku bukan apa..risau dalam perjalanan berkereta nanti masalah kemenagantukan sukar di atasi. Pagi tadi sempat baca perkongsian di grup whatsapp, tentang "Microsleep, Ingatan untuk yang memandu pulang berhari raya"

Sedikit info microsleep dari sumber tersebut :

Microsleep secara mudahnya didifinasikan sebagai tidur yang singkat yang tidak berlaku secara sengaja dan tidak dapat dikawal oleh minda. Microsleep boleh berlaku samada ketika pemandu memandu dalam bentuk pandangan kosong, tersengguk atau terlelap dalam tempoh yang amat singkat antara 2 ke 30 saat sahaja.

Individu yang kepenatan dan mengantuk tetap masih mahu meneruskan pemanduan. Kerap berlaku dalam pemanduan di jalan raya yang lurus seperti di lebuh raya. Microsleep memyebabkan keadaan di mana sesuatu perlakuan yang sedang dilakukan itu terhenti/terganggu (suspended) secara tetiba. Pentingnya rehat dan tidur sekejap di kawasan tertentu bagi memulihkan keadaan dari microsleep. Pemandu boleh melakukan kaedah 'power napping' sebagai saranan oleh Doktor Muhamad, HKL (sumber artikal tentang microsleep)

APA ITU POWER NAP?

Power nap ialah perlakuan tidur sebentar antara 15-30 minit yang dilakukan untuk mengembalikan semula ketajaman minda dan 'physical performance'. Masa yang terbaik untuk melakukan power nap ialah pada waktu tengahari. Bagi kita umat Islam, perkara ini bukanlah sesuatu yang asing kerana ia adalah satu sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Waktu terbaik adalah bergantung kepada masa yang kita ada dan bagi orang Islam, masa yang digalakkan untuk melakukannya ialah waktu sebelum Zuhur (Qailullah).


>>Bukan nak iklan..tapi ni ayaq tin yang sedap boleh mata tahan ngantuk masa drive long distance..oyehh !

Sikap Pemandu

Tentang sikap pemandu yang 'degil' ni yang aku selalu kena leter..haha, masa menaip ni memang la sikit insaf, tapi kalau boleh insaf terus la..kita ni nak cepat, malas nak berhenti sebenaqnya , kalau boleh 4 jam sampai Kedah... Apa pon, sentiasa berhati-hati dan utamakan keselamatan diri dan keluarga yang menumpang kita.

Semoga selamat sampai ke destinasi




Apakah anda menginginkan kebahagian?


Sembang dengan bos tadi masa keluar dengan dia.. "tak lama lagi boleh nak dapat menantu dah engko ni lee...aku tengok ko muda lagi...aku jugak nih anak baru sebulan dua.."

Bos kuat belajar... sampai kertua pon masih nak belajar lagi, hujung-ujung baru teringat nak cari isteri..lambat cara lambat lah ..haha aku senyum ja kat dia. Kesian bos banyak komitmen dah nampak serabut kepala aku tengok dia...tapi dia tetap cool. Tu pasal lelaki kebanyakannya nampak tua dari usia.. fikir macam-macam. Macam mana nak cari duit, macam mana nak hidup senang? ..benda ni semua kena lalui dulu...sambil kita harungi sambil kita perbaiki.


Kami sebenarnya ada projek...baru lepas tengok lori kayu bawak masuk kayu-kayu pallet second-hand. Ini yang aku pernah cerita dulu...aku ada projek buat rumah kucing / meja dan banyak benda lagi yang sekarang ni dalam proses. Alhamdulillah...projek rumah kucing mendapat sambutan, cuma aku dan partner je tak sempat nak terima tempahan baru...( kepada yang mesej/whatsapp tu terima kasih..)

Berbalik cerita anak tadi, ..aku ni kalau bab anak memang suka la sembang..konon macam boleh share bagi nasihat atau pandangan. Kita dah lalui dalam kehidupan seharian...kita juga banyak belajar dari orang lama..kita buka main serbu aje... perkara baik kalau boleh kita kongsi bersama.

Apakah anda menginginkan kebahagian?

Menginginkan kebahagian yang sebenar tidak perlu dicari jauh-jauh, depan mata boleh nampak ...kena buka mata seluasnya. Kebahagian sejati tu ada dalam diri sendiri, ada dalam fikiran yang inovatif, ada dalam khayalan indah, ada dalam kemahuan yang optimis..semua itu berada dalam hati yang penuh dengan kebaikan.

Okay... buat lah baik selalu. insyaAllah kita beroleh RahmatNya.

p/s.. buat kerja dengan penuh minat boleh datangkan kebaikan dan kebahagiaan.