Lama tak melawat Langkawi?

kejap lagi kami akan menamatkan masa bercuti di pulau lagenda Mahsuri ni. Lebih 15 tahun tak datang ke sini..jadi segan silu pon ada kat pelancong luar yang dah banyak kali ke Langkawi. Semalam petang borak dengan pasangan warga Australia.. diorang selalu ke Malaysia terutamanya datang ke Langkawi ; "malaysia cantik dgn cuaca yg nyaman dan penduduk peramah".. katanya.

Telaga Tujuh, Langkawi.

Lokasi ni jarang orang Malaysia datang sebab kena panjat lebih 300 anak tangga .. longgar kepala lutut den ni..haha, ketaq habih nak sampai atas.. nak turun lagi memang huh la..respek kat mat/minah saleh tu, usia depa dalam 55 tahun ke atas dan masih steady . (kami naik atas ikut jalan tar, turun guna tangga)


Telaga Harbour Park, Pantai Kok

kat sini best shooting gambar cantik, bot mewah parking..hanis , nina kena bergaya.. eh aku kan photographer pro.. haha.





Jom mai Langkawi !

Cuti Di Langkawi

Salam... pagi hari ke 2 di Langkawi, sementara tunggu roti canai tapaw utk hanis siap, aku siapkan entri blog ni.. santai-santai aje. Pulau Lagenda lembab cuacanya, hujan pepagi ni.. sejuk sesuana buat perut cepat nak mintak makanan...sama  ja kat mana pun , kalau kat rumah boleh gak cari kuih raya..ni hotel apa ada?  RM belaka..


Okay, pcl n family disponsor menginap di Langkawi Lagoon Resort oleh #KelabBloggerBenAshaari selama 3 hari 2 malam.. plan nak lepak dalam bilik hotel terapung tapi tak, lain kali la kot guna bajet sendiri. Kami lepak di Sea Village, Langkawi Lagoon Resort alhamdulillah ok jugak.

Semalam lepas check in, terus kami ke Cenang.., hari nak pi lagi  ke sana, tak habis lagi dan tak sempat nak ambik gambar cantik di pantai yang sangat terkenal di sini.



jom mai Langkawi !



Reunion SMSP : Ada yang 27 tahun baru jumpa?

Kalau tak datang kita tak jumpa dengan kawan lama, kawan sejak sekolah menengah dulu.. kira tengok berapa lama tak jumpa?
Ada yang hampir antara 20 ke 27 tahun tak pernah bertemu. (1988~2015), SM Seri Perak, Parit Buntar (SMSP).





lama gila.. ada yg tak ubah muka masih sama, kebanyakannya lelaki la.. yang perempuan faham je lah..Apa pon kita tetap masih mengenali dan ingat lagi kawan lama. Jalinan ukhuwah tetap terbina dengan adanya majlis reunion macam ni.


Kalau ada kawan anjurkan majlis reunion.. cubalah luangkan masa, bukan selalu.. janganlah sombong. Tak boleh kali ini pergi lain kali.. yang pasti ada keinginan untuk mendekatkan silaturahim.

update: terima kasih daun keladi, panjang umur kita berkumpul lagi insyaAllah.


Utara memang sempoi dengan nasi kandar?

Nasi Kandar

tengok jam dah pukul 2 pagi lebih...
manusia kat belah utara semenanjung ni ramai kebanyakannya suka makan 'sahur' awal pagi.., makan nasik kandaq ! lepas gian bagi yang lama dah tak pekena dan ada juga orang luar sesekali singgah balikkampung ; nak merasa nasi kandar pure .


Lega rasa dapat kongsi  sepinggan dengan mamaD nasi+kari sotong+kurma kambing+sayur bendi, total Rm18.50 Balik utara kalau ikut nafsu makan memang boleh gila.. makan ..makan dan makan.