Group photo : Majlis Tautan Mesra Aidil Fitri Bloggers 2015


Program semalam sangat happening...sampai buatkan mamaD naik pening kepala sebab kepenantan. Maaf lah ye para tetamu atas kekurang dari pihak kami sekeluarga selaku tuan rumah majlis potluck hari raya anjuran group 'orang lama' . Bila bergambar baik duduk maupun berdiri , pcl rasakan memang muda selalu aha..ha.. jangan la cemburukan saya uncle gedek , rasa penat pon tak... entah la apa benda pcl telan sebelum hari kejadian buatkan tenaga dalam diri berlebihan semacam jek....hepi nak bergathering agaknya.

Grup foto blogger Orang Lama

no worry, jiwa kita semua tetap muda walaupun IC dah tua sebenarnya. Happening.. Anda semua memang sporting. MamaD menjamu anda semua dengan Nasi Lemuni herba awet muda..insyaAllah kalau tak muda pada rupa jiwa tetap muda . maklumlah kan, kami dah selalu makan..


Grup foto blogger Orang Muda



Ini pulak group 'orang muda', sebahagian yang datang selepas jam 5pm, tak dirancang tapi diorang ni memang suka datang lewat kecuali ada event berbayar haha (gurau ea).. Bila bergambar diri sebelah sebelah sitinggi lampai , pcl dan mamaD nampak ketot pulak.. Ya..kami memang kecik saiz tapi sangat berbesar hati dengan kehadiran anda semua memeriahkan majlis. Sila jangan serik...dan jemputlah datang lagi jika ada kesempatan .

Sebenarnya tiada beza antara kita, baru atau lama hanya sekadar istilah ganti nama sahaja..yang penting ukhuwah terbina sentiasa berpanjangan hingga hujung nyawa Insya Allah dalam dunia maya mahupun di luar sana..


Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan juga mereka yang telah berniat nak hadir tapi tak kesampaian. Anda semua memang sporting.

Selamat Hari raya Maaf Zahir Batin.



Hanis ; makin dewasa makin malu-malu dia..

Ingatkan kami dah tak berkesempatan ke Langkawi Eagle Square - Dataran Lang, nak bergambar.  Hanis dah siap buat style helang terbang masa hari semalam..dia kalau bab posing memang ok..malu malu dia memang macam tu tapi depan kamera dia terbaik. Hanis ; makin dewasa makin malu-malu (resam anak dara memang gitu lah.. wajib ada rasa malu dalam diri)



Langkawi Eagle Square - Dataran Lang

Dataran Lang , Kuah. Lokasi dekat je dengan jeti feri. Kalau dalam perjalanan balik ke jeti pon masih lagi sempat kalau nak bergambar, tak perlu ambik masa lama. Semua sudut nampak cun!!



tadi tu view waktu tengah panas terik dan sekali lagi kami singgah waktu senja...hemm dah naik tanduk pcl haha.. lama sangat berjalan-jalan round Langkawi .




Throwback Langkawi ; ada yang kata kami dan anak-anak sepasang seiras?

Kalau tengok view kat belakang kami tu.. huh memang best dapat menginap dalamnya ; Ombak Villa Langkawi ..kalau dapat tapi lain kali lah. insyaAllah Langkawi kami datang berkunjung lagi.

Sebelum balik ambik gambar banyak-banyak dulu..sini view dia memang cun!!

Background view :Ombak Villa Langkawi Lagoon Resort Langkawi. 


Okay komen pasal wajah pcl, mamaD dan anak²... ada yang kata kami sepasang seiras.. kakak nina ikut muka mamaD, Adik hanis ikut muka pcl.. tapi perangai sorang² kontra la pulak.. aku perasan sendiri tapi mamaD pon akui ; nina pemurah senyuman macam abah dia. Hanis sikit sombong tak cakap banyak .. hemm kan?


Langkawi Steamboat moving truck ; Lain tempat lain rasa lain feel ..

Dua anak pcl semakin membesar, zaman kanak-kanak mereka makin jauh ditinggalkan..lega poket abah sebab depa dah  tak layan tempat permainan dan rekriasi berbayar.. boleh rabak poket nak melayan karenah. Tapi tu dulu... sesekali teringat masa depa masa kecik.


pcl & mamaD nampak je steady, turun dari Telaga Tujuh terus kaki rasa sakit sakit.. macam orang tua!...haha. Gagahkan jua ikut kehendak anak-anak.. depa boleh la, jalan-jalan seharian pon ok.. lagi suka. Kami ke skycab, hanis nak tengok cable car.. tengok saja tak berani naik. Alhamdulillah... semuanya 'penakut'.

SkyCab Rates ; Langkawi Cable Car


Cenang Langkawi Steamboat moving truck

Pusing satu pulau, dari pagi sampai ke malam penamatnya malam tu kami ke Pantai Cenang sekali lagi sebelum balik ke hotel..mamaD dah nampak kelmarin lagi makanan favoritenya ; steamboat cucuk (celup-celup). Dah nampak pasti nak try.. sedap atau tidak tu lain kira.. yang penting kena rasa.


steamboat cucuk so so ok la.. downtown keyell ok lg kuah dia.. lain tmpt lain rasa lain feel. #pickupdepanCenangMall