Kacamata sebagai aksesories wajah ?

Kacamata sebagai aksesories wajah

kacamata aksesories wajah

Ermmm, pening dah Nina nak pilih kacamata...kacamata jual tepi jalan je pon . Memang depa dua beradik suka bergaya. Pantang tengok jual mesti singgah mencuba..eh sibuk je nak pilih beli,  tapi mamaD tak kisah pon sebab dia tau perangai anak-anak dia macam mana. Sekejap saja suka lepas tu hilang tah kemana letak barang yang tergedik-gedik sangat nak beli tu...

MamaD pandai saiko... "beli gelang la adik, boleh pakai selalu kat tangan, beli spek tu baut rosak mata aja"
kacamata aksesories wajah

Model kacamata

kacamata aksesories wajah
 kacamata aksesories wajah

kacamata aksesories wajah

Sampai kesudah mamaD tak belikan depa, ada sebab dan alasan mamaD berikan... depa pon mudah terima. "Belum sampai waktu nak pakai spek...esok dah pakai sibuk nak berkontek lens pulak..mata dok elok lagi kan? "

Bila tanya pada aku.. Ya aku memang suka berkacamata hitam tapi tengok tempat lah. Kacamata sebagai aksesoris di wajah. Ada orang selalu 'berselindung wajah di sebalik kacamata' ..kadang dia nampak tampan /jelita , kadang boleh nampak lagi huduh..haha (maaf keterlaluan). Pemilihan kaca mata yang tepat akan membuat pemakainya semakin bergaya. Aku tak arif bab tu...kena pi belajar kursus penampilan diri lah gitu.

kacamata aksesories wajah

#kita bukan model iklan.. belasah je pakai kacamata yang mana suka.

Klik sini untuk artikal berkenaan :
Jun 30, 2015
photo shoot gambar pcl, pemakaian kaca mata dan wajah.


Pilihan di hatimu wahai Lelaki !

Isteri solehah dambaan para suami 


Encik Y berasal dari Perlis berusia sekitar 40an, telah mendirikan rumahtangga dengan seorang gadis yang 15 tahun lebih muda darinya. "kami mendirikan rumahtangga atas dasar suka sama suka, dia seorang gadis yang luas pergaulan sosialnya, ramai teman dan kenalan lelaki juga wanita tapi saya tak peduli dengan gelagatnya kerana saya percaya dia memang benar-benar cintakan saya."

Menurut Encik Y, di awal perkahwinan dia berkeyakinan akan dapat membentuk isterinya menjadi seorang suri rumahtangga dan ibu kepada anak-anaknya nanti. Malangnya segala cita-cita Encik Y tidak pernah tercapai. Isterinya tetap dengan sikap lamanya, suka besosial sampai lupa diri dan tanggungjawab sebagai isteri orang. Berfoya dan bersosial tak mengira masa.

Encik Y menjelaskan yang dia tidak boleh tahan lagi dengan sikap isterinya yang tak mahu dengar cakap dan sikap kurang dewasa isterinya itu. Walaupun Encik Y cuba mempertahankan rumahtangganya, dek kerana sikap isterinya yang tidak mahu dikongkong, dia terpaksa mengambil keputusan untuk berpisah dengan isterinya. "Rumahtangga kami hanya sempat bertahan tidak sampai setahun, akhirnya saya ceraikan dia dengan talak satu"

Pilihan di hatimu wahai Lelaki
"ok..dapat dah" ..entah apa yang dibualkan mamaD  ~ gambar sekadar hiasan

اَلْخـَبِيـْثــاَتُ لِلْخَبِيْثـِيْنَ وَ اْلخَبِيْثُــوْنَ لِلْخَبِيْثاَتِ وَ الطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِيْنَ وَ الطَّيِّبُوْنَ لِلطَّيِّبَاتِ. “ Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. (Qs. An Nur:26)

heeemmm...tarik nafas sikit dan lepaskan, bukan mudah ye seperti apa kita impikan sebelumya untuk mengecap kebahagiaa dalam kehidupan berumahtangga. Syukur Alhamdulillah bagi keluarga kita dan kawan-kawan kita yang sentiasa dilindungi dengan rahmat Allah swt. Tahniah !. Kita tengok pon suka apa lagi kalau kita yang merasakannya.

Itulah kisahnya (Encik Y), kita ambil tauladan darinya...nak mencari anak dara orang untuk dijadikan isteri. Isteri solehah dambaan para suami. Solehkah kita?. Kita (bakal suami) kena persiapkan sebaik mungkin ilmu di dada. Jika jodoh kita itu tidak 'membebankan' alhamdulillah dan jika sebaliknya...usaha keras dan taggung jawab kita untuk memimpin ke arah yang terbaik semampu kita. Ujian untuk kita semoga ada hikmahnya..teruskan bersyukur atas nikmatNya sambil kita berusaha memperbaiki kelemahan kita.

Mampukah kita?
kalau mampu boleh la cari gadis-gadis yang cantik dan suka bersosial di luar sana.. Kita boleh membawa jalan kebaikan kepada pilihan kita tu kelak. Kalu tak mampu... usahakan temui jodoh di kalangan gadis dan wanita yang berbaju longgar dan hijabnya lebar. Pilihan di hatimu wahai Lelaki !

Entri lain berkenaan :
Jun 16, 2015
Sebagai isteri, anda suka tidak kalau dia (suami / bakal suami anda) sering bersama rakannya selepas waktu bekerja dan pulang lewat ke rumah atau selalu menghabiskan banyak masa dengan 'orang luar' berbanding ...

Jul 09, 2015
Relanya itu diteruskan kerana beranggapan suaminya itu adalah suami yang wajib dihormati dan dipatuhi. Dan hati yang tidak merelakan itu hanya tinggal di dalam dirinya yang semakin hari memakan dirinya. Pernahkah ...


SEGMEN RAYA BERSAMA MAMAMYJA

Tarikh Hantar Segmen : 30 Julai - 31 Ogos 2015 (kena letak gambar raya dan cerita sikit pasal baju raya keluarga ..gitulah , apa pon kalau teringin nak join sila ikut syarat yang ditetapkan oleh Penganjur Mamamyja)

Ok, ni gambar raya pertama di kampung Pcl kat Perak (dah banyak kali cerita kat Perak kan?) cerita banyak kali sebab suka beRaya di kampung kita, ..tahun depan insyaAllah kalau umur panjang kat kampung isteri pulak. Bab baju raya pon pcl dah cerita jugak pasal kesedondonannya. Ada seperkara lagi.... entri Gambar Raya 2015 hari tu tak dan habis cerita  sebab segan pon ada..takut riak pon ye jugak.

Baju Raya PCL di Sponsor

Pendek cerita macam ni, baju pcl disponsor sepasang legkap oleh tukang jahit berkenaan dan duit bajet beli baju yang sepatutnya pcl keluar duit poket sendiri dialihkan kepada bajet baju isteri dan anak-anak. Kiranya nak buat berlaku adil dan saksama. Orang 'belanja' kita, kita belanja keluarga..ok kan ? Berapa Rm sepasang baju pcl tu tak perlu lah nak heboh..tukang jahit dah cakap pakai saja..lain kali kalau bekenan kita kira lain..tudiaa ! Bestnya raya kali ni baju disponsor..design feet cutting, tahun depan kalau slim lagi boleh cuba lagi design baru.

Baju Melayu Cekak Musang

Sebelum nak join korang terjah la dulu blog penganjur , kena baca syaratnya mudah saja.. ok klik sini !



Penat melayan karenah anak dara zaman sekarang nih.. jenuh la.

Saruk Kasut Bunga-bunga..

fasyen kasut bunga-bunga

anak dara kami dua orang tu pakai kasut biasa-biasa aje tapi mama diorang pakai kasut bunga-bunga.. Masa beli memula tu Nina yang empunya, ikut trend bila orang dah tak berapa nak pakai..out dated fashion lah kot..mamaD kena saruk lah, tak sampai hati nak biar berkulat dalam store..itulah bagusnya kalau saiz kasut sama.

Cantik tak? yang penting selesa..tapi kalau sakit kaki tak guna jugak pakai...jangan menyusahkan diri.

Biar alah membeli menang memakai, ikutkan sangat fesyen ! ...penat melayan karenah anak dara zaman sekarang nih.. jenuh la.

p/s ..ada student sanggup kerja part time, kerja sambil belajar semata-mata mahu dapatkan barang keperluan yang tak berapa nak perlu tu..huh ! sabor je lah.