TEATER MADUKU KALUT RETURNS

TEATER MADUKU KALUT RETURNS 

Panggung Sari, Istana Budaya

Kembali di atas permintaan orang ramai. Tanggal 7, 8 dan 9 Ogos ini, pentas Panggung Sari, Istana Budaya bakal dimeriahkan dengan pementasan semula, sebuah naskah teater yang berjaya mencipta fenomena tersendiri  sekitar 2 tahun lalu.

Maduku Kalut Returns, itulah judul pementasan semula naskah yang pernah mendapat 6 pencalonan di Boh Cameronian Awards edisi ke 11 di antaranya, Pelakon Lelaki Terbaik (Izzue Islam), Pelakon Pembantu Terbaik (Soffian Bujang dan Fazleena Hishamuddin), Rekaan Set Terbaik, Rekaan Muzik dan Lagu Terbaik serta Rekaan Kostum Terbaik.

Dibarisi oleh Remy Ishak, Jihan Muse, Nad Zainal, Sherry Alhadad, Dafi dan Atoi Tohet, pastinya MKR menjanjikan sesuatu kelainan kepada atmosfera seni teater negara.

Maduku Kalut Returns merupakan satu naskhah komedi yang diadaptasi oleh Mazli Abdul Rahman daripada satu karya “farce” yang ditulis oleh Ray Cooner iaitu Run For Your Wife.

Maduku Kalut Returns mengisahkan tentang seorang pemandu teksi, Selamat yang berusaha untuk melarikan diri daripada menemukan kedua-dua orang isterinya dalam satu masa. Masalah bermula apabila kedua-dua isterinya melaporkan kehilangan Selamat kepada pihak polis dan Selamat mencuba untuk mengelakkan diri daripada menemukan kedua-dua isterinya.

Memaparkan nilai nilai komersial yang tinggi, MKR bakal membawa penonton, untuk mengupas mengenai isu-isu semasa, dengan secara lebih santai dan bersahaja. Biarpun bergenre komedi, MKR diharapkan mampu meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada penonton yang hadir.

Saat diajukan pertanyaan mengenai pementasan semula teater Maduku Kalut Returns, Amer Syafiq selaku penerbit eksekutif mempunyai alasan tersendiri untuk tersenyum lebar. Bagi beliau, MKR lebih dari sebuat pementasan teater. MKR merupakan simbol survival dan persahabatan yang terjalin di antara penggiat-pengiat seni teater, yang rata-ratanya berada di dalam linkungan usia belia.

Tiket untuk menonton persembahan ini boleh didapati secara online di www.AirAsiaRedtix.com dengan harga RM35, RM45, RM65, RM85, RM105 dan 155 untuk tiket platinum.

Jangan bertangguh lagi takut nanti kehabisan tiket pulak! tempah segera ye..   TEATER MADUKU KALUT RETURNS 

Pada 7, 8 dan 9 Ogos ini, pentas Panggung Sari, Istana Budaya .


Suka Warna Hitam ?


Warna Hitam

Sebahagian orang menggunakannya untuk menyembunyikan berat badan; kurang keyakinan dan seumpamanya.

Rahsia Warna Hitam

Rahsia Warna Hitam

Aku, kami suka sangat berbaju hitam.. korang pulak macam mana, suka hitam?

#PhotoADayChallenge
#Day4 #raraaugustchallange
#31DayChallenge
#efgChallengeAugust
#ExchangeFeedGroup
#KelabBloggerBenAshaari


Tak plan selalunya jadi?

Ahad baru baru ni kami beraya di sekitar KL. (Orang luar Selangor selalu guna perkataan 'KL' untuk mereka yang tinggal sekitar Lembah Klang). Saudara sebelah emak aku ramai kat sini.. kita tak plan pon nak beraya.. memula tu memasing sibuk dengan jemputan open house dan kerja, tapi yang tak plan itulah yang selalunya menjadi.. setuju tak dengan aku ? biasa jadi?


Dalam gambar, sebelah pcl tu ialah my auntie ... nama dia Knor, blogger cinamon.com. Rajin buat bisnes. Rempeyek rangup sedap dialah yang punya sampai tak henti henti dapat oder. Buat pelbagai kek juga untuk tempahan. Memang respekla.. korang kenal tak dia.. ok ni url beliau sila terjah;
http://norihanchocolatebakery.blogspot.com/

Cik yan dengan anak anak dan yang lelaki macho berdiri tulah paktam abe, Bisnes half-cut kereta.. selalu ulang alik Jepun. Aku belajar nihongo japanese dengan dia la.. bulan depan nak ke Australia pulak.. cari rezeki katanya.

Kami ambik kesempatan untuk rapatkan silaturahim keluarga. Ada lagi yang tak sempat jumpa, namun di hati tetap dekat selalu sebab whatsapp group jadi medan berborak.

Keluarga paktam dari Bukit Subang datang Banting petang Sabtu dan bermalam di rumah kami, esoknya kami semua ke Damansara dan Subang.. Kami berhimpun di rumah acik Ila, berjumpalah pakat datang beraya.. Acik Yan pon ada , best bila dapat jumpa.. bermaafan di hari raya.

Ahad, penuhi aktiviti makan dan beramah mesra.


Banting Sup Sedap

Sarapan pagi dengan bihun sup sesuatu yang jarang dibuat orang .. yelah , hanya suri rumah yang rajin saja boleh buat.. Bukan perkara mudah nak sediakan sup di awal pagi, lagi pon makanan berat dan pedas buat perut cepat meragam.

Banting sup sedap

Kalau kat Banting ni.. ada sebuah warung yang sangat sederhana penampilannya, sekali pandang memang susah pelanggan nak datang menjamu selera terutama orang luar. Selalu jugak aku cakap pasal bihun sup kemboja, inilah warung dia.

Sup kemboja

Kalau ke sini aku selalu oder bihun sup, kueytiow halus sup untuk mamaD dan megi sup untuk hanis dan nina. Ada ramuan tambahan kalau nak boleh bubuh. Aku suka letak serbuk kacang tanah untuk menambah kesedapan rasa kuah sup.

sup kemboja

sup kemboja

sup kemboja

sup kemboja

Rm4 semangkok
Menu lain : Mee/kueytiow/bihun/megi, Bubur nasi, Bakso,
Nama warong : Rokiah Mee Celup dan Bakso

Hirup kuah sup sampai peluh menceceh.. kipas sengaja tidak disediakan kerana waktu perniagaan yang singkat bermula jam 7 pagi dan tutup paling lewat jam 12 tengahari. Suasana original menikmati sup di waktu pagi ..sila lah tuan puan ke sini bertandang cuba sekali.

Lokasi : Jalan Banting-Morib
(hadapan Masjid Kanchong Darat selepas Petronas)

Entri berkenaan Banting sup sedap:
http://www.nazlee.com/2014/08/warung-kampung-rasa-masakan-hotel.html?m=1

http://www.nazlee.com/2013/01/bihun-sup-lagi-kaw-bila-masukkan-serbuk.html?m=1