Terbaik di sini lempeng dan kuahnya, sambal ikan bilis special !

Kedai kopi Wak Razak, Jalan Sukun Kanchong Darat. Banting.

Dah selalu sangat lalu lalang depan kedai kopi Wak.. tak sempat nak menyinggah, ramai sangat pelanggan dia, orang kampung sini ramah betul ! ...yang segan buat aku kalau singgah mesti kena melepak lama, orang sini baik-baik belaka... kita tak hulur tangan dia yang salam kita dulu, hemm dah macam YB pulak.

Dengan Wak tuan kedai ni aku memang dah kenal lama sejak pindah kerja sini, kiranya sahabat #kakipancing jugakla. Tadi pon borak pasal menjala ikan... huh lamanya tak buat aktiviti tu. "IkanTilapia banyak ni Lee, bila lagi nak menjala"

Borak sekejap.. dan macam biasa kena tawaf  bersalaman dengan semua pelanggan...huh hebatkan, gini lah akrabnya masyarakat Jawa di sini. Tapaw 2 keping roti canai untuk Hanis dan 4 keping lempeng tepung. Terbaik di sini lempeng dan kuahnya, sambal ikan bilis special !
Kedai kopi Wak Razak, Jalan Sukun Kanchong Darat. Banting.
Kedai kopi Wak Razak, Jalan Sukun Kanchong Darat. Banting.
Kedai kopi Wak Razak, Jalan Sukun Kanchong Darat. Banting.
Boleh singgah kalau teringin makan lempeng sedap ;
Lokasi : Kedai Kopi Wak Razak, Jalan Sukun Kanchong Darat 42700 Banting, Selangor
Land mark : simpang 4 , tak jauh dari Kerepek House (Ros kerepek) .




Contest for reader bitt 2015

Contest for reader bitt 2015


Soalan : Teka mana satu Iskandar dan Ismeth???

Jawapan contoh di kotak komen di bawah entri :

Nama dan link repost : ________
Jawapan : A- Iskandar B- Iskandar

Pemenang Contest dipilih melalui :

1. Follower link blog : http://bitttravel.blogspot.com, http://bittdoubleis.blogspot.com dan http://bittbeautyrecipes.blogspot.com

2. Jawapan anda betul, di ruang komen blog ini sahaja dan saguhati jika anda tinggalkan link jika anda repost keseluruh entri, di blog sendiri. Kalau betul dan repost, 2 hadiah menanti anda...jika jawab betul tanpa repost 1 hadiah sahaja di menangi.

***jika 5 orang dan lebih menjawab soalan yang betul dan repost maka pemenang akan di buat cabutan undi oleh doubleIS sendiri...

3. Sekitar Semenanjung Malaysia tidak termasuk Sabah dan Sarawak (senang untuk pos hadiah kerana hadiah hanya melalui postage sahaja tanpa pertukaran wang tunai)

Antara hadiah menarik untuk di menangi :

1 atau 2 hadiah akan di pos kepada pemenang
Tarikh tutup akan diberitahu kemudian ;

C&P [repost]


Di Laman Kayangan Shah Alam

Jemputan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya oleh Kumpulan Segi Seri Sdn. Bhd. 


Okay, makan lagi selagi boleh kita tunaikan jemputan rakan-rakan.., kali ni di Laman Kayangan Shah Alam waktu lunch . Orang  yang bekerja makan gaji terikat dengan jadual kerja hanya ada masa terluang pada masa-masa tertentu sahaja. Bergegas ke Shah Alam dari Banting sambil tu ada kerja luar di sekitar sana .
jemputan blogger

Terima kasih Akuzle Ayu, jemputan anda mewakili Segi Seri Group menemukan aku bersama Acikayep dengan blogger hebat Acul dan Shakiddo. Borak sambil menikmati juadah raya hidangan terbaik. Dapatlah sedikit info berkenaan Kumpulan Segi Seri ni. Ia merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan secara menyeluruh antaranya events venue, catering, wedding planner, restauran dan banyak lagi. [Seri Segi Group]
Sempat tanyakan diorang kat situ, "boleh ke makan durian lepas tu makan seafood dalam masa dekat-dekat?"  Boleh  makan kalau nak tapi jangan banyak la.. lebih kurang macam tu lah jawapan yang aku dengar. So tak jadi masalah..okay je sampai entri ni disiarkan hihi alhamdulillah.
gini haa !! sambil thumb-up si AcikAyep kita. Sahabat yang bawa staf ke sana sini, lepas ke JKR Shah Alam kami singgah makan di sini.
Okay.. menu last bagi aku ialah mee kari, menu ni baru je menjadi salah satu juadah rumah terbuka raya faberet aku..layan jer. Cepat makan cepat habis balik kerja semula. Layan terbaik.

#kumpulanSegiSeri #lamankayanganshahalam #segiserigroup



Kitalah yang kena mulakan dulu..


Hemm.. kadang sedih sangat bila budak kecil dimarahi ibu bapa sendiri  atau penjaganya. Tersentap dalam hati ini sebab kita pon pernah lalui zaman nakal kanak-kanak dulu. Sifat itu berlaku bukan atas kehendak kita pada masa tu, tetapi naluri semulajadi nakalnya  membatasi segala.

Sesekali terdengar lagi jeritan monster Mak budak ! huh..  emak sapa lah tu?
Tengking herdik, berkasar dengan anak-anak amatlah bertentangan dengan kehendak naluri anak-anak itu sendiri. Jangan anggap anak-anak sebagai orang luar atau insan kerdil yang tak perlu diberi perhatian apa-apa. 

Cuba kita masuk balik ke alam masa kita kecil dulu..macam mana? Nakalnya kita ..atau baiknya kita. Sebagai ibu atau bapa, kita biar mereka dengan kenakalan semulajadi di samping kita perhati jangan sampai kelakuan melampaui batasan. Budak setakat mana lah kenakalan mereka, akan tiba masanya semua itu akan berakhir. Aku percaya ramai yang suka throwback , kita sangat merindui zaman itu. Bila berjumpa rakan lama, berpuluh tahun baru bertemu semula sejak kecil..  maka moment itulah penyeri bicara, penaut kasih bersahabat silaturrahim terus terbina.

anak-anak PCL

Tugas berat ibu bapa

Kekuatan fizikal dan mental amat penting dalam menangani tugas mendidik anak-anak. Fahami sikap dan tingkah laku mereka, jadikan sebagai kawan bila mereka remaja. Kita tak minta tapi mereka akan faham seperti mana kita memahami tanggung jawab kita terhadap ibu bapa kita. Aku cuma ada dua anak dara buat masa ini.. Anak dara tak perlu jerit pekik kepada mereka jika memberi arahan, kena lembutkan suara bila bicara, beri nasihat dengan sesekali tinggikan sikit nada suara dari biasa hanya apabila perlu. Saling hormat menghormati itu sangat penting. 

Kadang akan ada juga waktunya hadapi jalan sukar, berdoalah kepadaNya mohon pertolongan. Jika kita baik dengan ibu bapa kita, orang yang lebih tua dan masyarakat sekelililng.. insyaAllah mereka akan ikut apa kita buat. Kepimpnan melalui tauladan. Hendakkan anak yang baik tingkah lakunya, kitalah yang kena mulakan dulu.

Di mana beratnya tugas ibu bapa? Tugas mendidik yang utama.. asas agama perlu ada, ajarkan mereka dan tekankan bab itu.. tak lepas kita, usahalah cari guru agama.. sememang ada jalannya dan kita perlu ubah dan jangan biarkan saja. Merekalah waris kita yang mendoakan kebahagian dan kesejahteraan kita di sana nanti.

Semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh solehah. Amin ya rabbal a'alamin