Perjumpaan Blogger Di Musalloh Ihsan : Otai masih dan tetap berbisa


Perjumpaan Blogger Di Musalloh Ihsan, Bandar Baru Bangi


Petang semalam, memang bercadang sangat nak berjumpa beberapa sahabat blogger (orang lama) di sebuah pertemuan yang dirancang khas oleh Blogger Dato' LF di Bandar Baru Bangi. Lama dah tak jumpa mereka , kalau tak kerana jemputan majlis kenduri kahwin anak bongsu beliau, rasanya susah nak penuhi jemputan yang biasa-biasa bagi group maya KKA.

Musalloh Ihsan, Bandar baru Bangi
Musalloh Ihsan, Bandar baru Bangi
Musalloh Ihsan, Bandar baru Bangi

p/s : biasa tu kalau tengok 'aksi' mak-mak buat gitu.. itu biasa dan bukan luar biasa ye, bila berada dalam kumpulan kita tetap happening . Terbaik wefie dengan monopod Blogger Kakchik !

Musalloh Ihsan untuk aktiviti Pengajian Agama dan Ukhuwah Blogger


Blogger Prof. Dato', memang seorang yang baik sangat..., sangat merendah diri dan baik hati dengan semua orang. Di dalam kediaman beliau memang ada ruangan khas selesa yang dinamakan 'Musollah Ihsan' (MI), selain untuk aktiviti Kelas Pengajian Agama, MI juga memberi laluan kepada blogger-blogger khususnya KKA untuk bertemu sembang santai . Sudah beberapa kali blogger gathering berlangsung di sini , itu membuatkan ramai lagi kenalan yang menyenangi sikap Dato' dan Datin . Tidak terhad kepada blogger sahaja, tetapi untuk kegunaan masyarakat setempat melakukan aktiviti perjumpaan.

Musalloh Ihsan, Bandar baru Bangi

Kita yang tak diberitahu berkenaan gelaran Dato' yang dimiliki beliau memang tak akan tahu, beliau sangat bersahaja.

Blogger LF (Luah Fikiran), memang sangat aktif menulis blog. Dari dulu dan kini...
cuma sejak kebelakangan ini agak terbatas penglibatan beliau dalam blog dan media sosial atas faktor kesihatan. Namun otai masih dan tetap berbisa.

Info : Senarai blog yang aktif, separuh aktif dan suam-suam kuku terdapat di sini sebahagiannya , anda boleh klik (KKA)


KAIO STUDIO : Khairul Anwar Abdullah


KAIO STUDIO PHOTOGRAPHY & CINEMATOGRAPHY


Mula kenal nama KAIO Studio ni dari Kelab Blogger Ben Ashaari, di suatu acara Stylo Workshop Bersama Wawa Idris

Hasil kerja fotografi dan videografi memang memuaskan hati, suka je tengok hasil kerja yang dikongsikan dalam official social media mereka.

Dan terbaru, KAIO studio telah menjadi sebahagian dari penaja Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari

Khairul Anwar Abdullah @ Kaio 


KAMERA YANG MAHAL TAK SEMESTINYA MENGHASILKAN GAMBAR YANG CANTIK TETAPI ILMU FOTOGRAFI DAN SENI MELIHAT ITU LEBIH PENTING     Kaio.my

Bermula dari seorang pemandu pelancong berlesen di Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 2008, Kaio atau nama sebenarnya Khairul Anwar Abdullah mula mencipta nama dan melebarkan sayapnya dalam bidang photography dan videography. Minatnya yang mendalam telah berjaya membuatkan namanya semakin dikenali dan di situlah tertubuhnya Kaio Studio. Kaio sebenarnya sudah mula dikenali ketika menjadi pemandu pelancong lagi sebelum ni. Kaio yang berkelulusan Management & Science University (MSU), Malaysia dalam jurusan hospitaliti dan pelancongan berpengalaman menguruskan rombongan dari serata negara seluruh dunia seperti Iran, Jepun, Vietnam, China, Thailand, Australia, Poland dan Arab. Kaio juga pernah disiarkan di kaca TV, majalah dan akhbar sebagai pemandu pelancong muda yang berjaya dan cemerlang.


Pada permulaan Kaio Studio banyak mendapat permintaan shoot video dan photo secara suka-suka seperti muzik video, filem pendek dan juga majlis-majlis perkahwinan. Dan kini, hasil kerjanya yang memuaskan hati, telah menarik minat orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan professional Kaio Studio. Kaio bukan sahaja menjalankan tugasan photography serta videography di serata Malaysia tetapi juga ke luar negara seperti Paris dan Cairo, Mesir bersama selebriti dan pereka fesyen terkemuka Malaysia seperti Ezuwan Ismail dan Melinda Looi.


Selain dari negara eropah dan timur tengah, Kaio juga turut melakukan kerja-kerja photography dan videography di negara asia tenggara seperti jurugambar untuk syarikat Felda Global Venture yang ke Chiang Mai untuk lawatan teknikal ke sana. Kaio juga pernah menghasilkan video korporat untuk tokoh perniagaan berjaya Malaysia iaitu Datuk Maznah Hamid yang dikenali sebagai 'Iron Lady'. Bukan hanya industri fesyen dan korporat, Kaio yang juga meminati industri pelancongan turut berpeluang membuat liputan video dan gambar ketika pelancaran "Discover Thainess 2015" di Bangkok baru-baru ini bersama Majalah Asia Horizon yang dijemput khas oleh Tourism Authority of Thailand.


Selain dari itu, Kaio Studio juga telah terlibat dengan acara-acara pertunjukan fesyen dan persembahan artis-artis tersohor tanah air seperti Dato Siti Nurhaliza. Dan terbaru, Kaio telah memenagi pertandingan Most Glam Fashion Videographer by Glam Magazine Malaysia dan melayakkan Kaio Studio untuk tugasan video-video bersama Majalah Glam seperti behind the scene photoshoot dan lain-lain.

Melihat kepada kebolehan bakat pelbagai yang dimiliki, pengasas Kaio Studio ini telah menarik minat Saiful Nang Academy of Photography untuk menjemput beliau mencurahkan ilmu videography di dalam kelas yang dianjurkan SNAP. Kaio Studio kini giat melatih perintis-perintis baru photographer dan videographer melalui kelas-kelas yang dianjurkan dengan kerjasama Clora Studio serta rakan videographer Nasrullah Napi baru-baru ini.


Antara Pencapaian Kaio Studio
1. Cover Magazine Photoshoot with Anuar Zain in Paris (video by Kaio Studio)
2. Mothers Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza
3. Lumiere Fashion Show, MiTC Melaka
5. Jubah Eisa by Ezuwan Ismail feat. Ungku Ismail Aziz Videoshoot in Cairo, Egypt.
6. Ceres Jewels Bollywood Gala Night
7. Pure Lens by Mawar Rashid.
8. Official videogreapher for IMBAS by Zawara Fashion Show 2015
9. Islamic Fashion Festival Kembara Nazneen 2012, Perlis.
10. Korporat video ICON OFFSHORE Sdn Bhd

Dan banyak lagi hasil kerja Kaio Studio ini

• (Anuar Zain in Paris https://youtu.be/NfEJLZ1Z4Ik )
• (Lumiere Fashion Show VIP https://youtu.be/LxMAQct-Nkk )
• (Eisa by Ezuwan Ismail ft Ungku Ismail Aziz in Cairo, Egypt https://youtu.be/4_Nj70fp1o8 )

Ikuti mereka dengan lebih dekat.

Link Kaio Studio

Website : www.kaiostudio.com
Instagram: www.instagram.com/kaiostudio
Youtube : www.youtube.com/kaiostudiotv
Twitter : www.twiiter.com/kaiostudio
Facebook : www.facebook.com/kaiocreativestudio

Founder Kaio Studio Kaio:  secara personal
Blog : www.kaio.my
Instagram www.instagram.com/kaio_my


LEMPENG Warung D'bunga Emas Selera Pantai Timur

LEMPENG Warung D'bunga Emas Selera Pantai Timur


Cantik pulak lempeng ni , mula tak teringin nak makan tapi bila dah nampak ramai pelanggan yang oder, di setiap meja ada menu tu..., apa lagi oder 2 keping terus.

lempeng tradisional


Niat awal pagi tadi nak sarapan roti jala tapi tak ada rezeki, awal lagi dah habis.. Lempeng pon okay ! , serius boleh tahan juga saiznya.. , aku cadangkan korang makan dengan kuah kari ayam atau gulai itik terbaik di sini.

Memang tak menghampakan.. , walau servis lempeng agak lambat tapi tak ler sampai berjanggut menunggu.

Sarapan pagi korang di mana?..eh macm lewat pulak aku tanyakan soalan ni

Lokasi Sarapan : Warung D Bunga Emas Cafe, Jalan Kanchung Darat
Fb link : Warung-Dbunga-Emas-Selera-Pantai-Timur
Menu Utama : Masakan Pantai Timur
Waktu Operasi : Pagi sampai malam


Projek 'Mini Zoo Kucing' di Puchong Selangor


Tempahan Dibuka Untuk Projek Rumah Kucing


Update 1 : Projek "Rumah Kucing" terbesar setakat ini


Team "Projek Rumah Kucing" sedang giat melakukan kerja-kerja, tempoh projek selama 2 bulan kini sudah masuk ke 30 persen siap.

sangkar kucing custome made
sangkar kucing custome made
sangkar kucing custome made
sangkar kucing custom made

Saya namakan projek ini sebagai projek 'mini zoo kucing' kerana saiz keluasan berganda dari pada saiz sangkar-sangkar kucing yang pernah kami dapat projek sebelum ini.

Kalau anda yang berminat untuk menempah perkhidmatan membuat sangkar / rumah haiwan (kucing, arnab, igwana dan sebagainya) boleh hubungi nombor mobile/whatsapp saya :  (017-4009726).