Pulih semangat, cuba sesuatu yang baharu?

Baru balik dari memancing, minat memancing dah makin hilang dalam diri aku ni entah la apa sebabnya, orang kata kalau pancing selalu takde hasil selalu pulang tangan kosong boleh buat mood nak memancing makin suram. itu lah aku !

Tapi bukan pada mak mertua aku.. dia punya semangat, minat dah sebati dalam diri, kalau boleh ke mana saja mesti ingat nak memancing. (dulu lagi aku dah cerita.. memang hobi mak mertua saya).

okay tinggal bab memancing.. kita kisah pasal blog. Blog aku semakin suram dari menyiarkan entri baru setiap hari. dah tak macam awal tahun dan tahun-tahun sebelumnya.. sedih rasa.

mana hilangnya semangat?
aku cuba pelbagaikan / variasi kehidupan tidak kepada satu dua perkara sama berulang setiap hari, cepat jadi bosan inilah masalah blogger lifestyle

Cuba sesuatu yang baru, Bak kata Ben masa borak dengan dia di MMA tempohari ; "jangan stop blogging, buat sesuatu yang baru dalam kehidupan supaya tak jadi bosan.. macam aku belajar scuba"


Morib Fun Run 2015 Terbuka Selangor


Jom lari syok-syok sambil memenuhi diary aktiviti sihat hujung tahun 2015 .

Kalau ikutkan umur aku ni memang dah tak larat nak berlari laju sama macam zaman sekolah dulu-dulu..; Acara favorite merentas desa/ marathon memang dinantikan. Menjadi juara tu tidaklah tapi kategori terpantas dalam nombor 1-10 semestinya dalam tangan.

Tahun lepas, Morib Fun 2014 aku daftar tapi sayangnya tak dapat turut serta berlari sebab ada hal yang tak dapat dielakkan..tapi tahun ini insyaAllah .

Semalam dah workout, bersemangat jogging malam sebab sebelah siangnya aku sibuk dengan kerja. Matlamat nak dapatkan stamina balik, itu pun dah termengah macam nak putus nyawa.. baru berapa kilometer berlari. Tak apa..aku akui yang aku ni belum pancet lagi..masih boleh bersaing dengan orang-orang muda, alhamdulillah aku diberikan kesihatan yang baik olehNya setakat ini, ini semua dapat membakar semangat untuk aku kekal sihat selalu.

Okay pasal penyertaan, ..aku dah masuk dalam kategori lelaki junior veteran (owh tak sangkanya aku dah veteran . Usia bukan penghalang untuk terus aktif dalam bersukan, terus kekalkan kesihatan selagi kita ada semangat nak jadi sihat dan nanti boleh buat kerja-kerja kebajikan lain dan tingkatkan amalan.

Borang Pendaftaran MORIB FUN 2015


Kepada korang yang berada di sekitar Kuala Langat, atau di mana saja kalau berminat boleh la join sama berlari 'seronok-seronok' di 'MORIB FUN RUN 2015' ; pendaftaran masih dibuka sehingga 4 Disember 2015 (2000 Penyertaan Terawal).

Morib Fun Run 2015 anjuran Jabatan Belia dan Kemasyarakatan Majlis Daerah Kuala Langat merupakan aktiviti wajib dalam kalender tahunan mereka.

Borang penyertaan boleh muat turun : KLIK SINI


Medal Morib Fun Run 2015





Contoh Teks Doa Untuk Sahabat Sempena Majlis Hari Lahir


Doa untuk sahabat sempena majlis sambutan Hari Lahirnya


بسم الله الرحمن الرحيم

الحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمَيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالمُرْسَلِيْنَ 
وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah, Cucurilah rahmatMu ke atas majlis ini, Berkatilah ia dari awal hingga akhirnya.

Ya Allah sesungguhnya kami ini memohon dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah, sempena ulangtahun kelahiran sahabat kami ini, (nama). Kau panjangkanlah umurnya dan kurniakan kepadanya kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya dari tahun sebelumnya. Kurniakanlah kepadanya rezeki yang melimpah berkat dan direstuiMu Ya Allah. Jauhkanlah sahabat kami ini dari belenggu kesusahan, kemiskinan dan kebuluran darinya dan keluarga.

Ya Allah Ya Tuhan kami, bukakanlah kepadanya pintu kebajikan, pintu keberberkat, pintu kenikmat, pintu rezeki, pintu kesihatan, pintu keselamatan dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat yang menjurus ke SyurgaMu Ya Allah. Dan kami jua memohon kepadaMu Ya Allah, jauhkanlah segala pintu kejahatan dan keburukan darinya dan keluarga.

Ya Allah, tiada yang mudah kecuali Engkau yang memudahkan dan Kau jua Ya Allah yang menjadikan yang susah itu mudah. Permudahkanlah kehidupannya dan keluarganya. Jauhkanlah dari segala bala dunia dan akhirat. Jauhkanlah dia dari pujukan iblis dan syaitan serta jauhkanlah dia dari kejahatan manusia dan jin yang memusuhinya dan jauhkanlah dia dari pengaruh nafsu yang menyesatkannya.

Ya Allah, Kau berikanlah padanya kesihatan fizikal dan mental yang terbaik, terangilah hatinya dengan cahaya hidayahMu, Perbaikanlah amalannya dan tunaikanlah hajatnya baik dalam agama, dunia dan akhirat. Hidupkanlah dia dengan keimanan dan matikan lah dia bila sampai masanya dalam keimanan. Sesunguhnya hanya Engkau yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu kejadian.

Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosanya dan kedua ibubapanya serta keluarganya dan semua teman dan sahabatnya kerana hanya Engkau Maha Pengampun akan setiap dosa.

Ya Allah jadikan dia juga seorang mukmin yang soleh kepada semua yang berkaitan dengannya.

Ya Allah, kami menadah tangan mengakhiri permintaan ini dengan permintaan semoga Kau kurniakan segala kebahagiaan, kejayaan, kekayaan dan keindahan kepada sahabat kami ini di dunia dan akhirat. Kau Jadikan dia hamba yang beriman, bertaqwa, beramal soleh dan bersabar atas segala perintahMu dan ketetapanMu.


Amin Ya Allah, Amin Ya Rahman, Amin Ya Rahim,

 وَصَلَّى الله عَلىَ سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ ألِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
 وَالحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ






Aku teringin dan tak sabar nak rasa makanan @ Crab Hut Cyberjaya !


Gambar hiasan :  Dj Ray & Fren 

Menjamah makanan beramai dengan konsep 'longgok atas meja' sesuatu yang nampak rare, nampak macam emm... tapi itulah realitinya, longgok beralas kertas .Sesuatu yang bagus untuk dicuba namun aku sendiri masih berangan sebab belum sampai ke lokasinya.

Restoran Crab Factory dekat Petaling Jaya...korang mesti dah sampai kan? dah makan sana kan? apa korang rasa.. apa feel makan cara gitu? Hanya yang sudah ke sana saja ada jawapannya.  Aku ni golongan 'ongkos tak jenuh' ..tu pasal tengok dulu, nanti dulu ..ahaha.

Okay layan gambar menarik dan mengiurkan ni... .Aku Teringin dan tak sabar dah nak rasa !

Cari makanan sedap @ Cyberjaya : Restaurant Crab Hut 




Masuk ke page facebook dorang, owwh rupanya ada restoran baru dibuka (opening 1 Nov lepas) ..fuh terbaiklah ! Lokasinya pun dekat lagi senang... kat area Cyberjaya jer. Macam best jer..



p/s : Dua-dua anak dara aku penggemar sea food (Udang dan Ketam terutamanya) .. kalau boleh nak ajak depa makan sana dalam masa terdekat nih.Insya Allah.