Batuk kuat ganggu orang lain ~ Sorry geng !


Allahuakbar.. nak dapat susah nak baik pun susah, ni lah dia batuk orang tua mintak simpati. Nak bermanja , nak duduk rumah tak nak buat kerja teruk.

Sebelum sebelum ni buat tak kisah je dengan batuk, sehari dua memang dah lega.

Dah 40an ni lain banyak.. badan jadi manja lebih. Antibody dah tak kuat melawan penyakit.

Hari tu gagahkan diri pegi Melaka, nak bersama KBBA ..hati ni tetap risau kalau virus batuk ni merebak. Control batuk simpan  dalam, tu kadang nampak aku terkebil menahan.

Balik dari Melaka cadangnya nak ambil cuti hari Isnin (kelmarin) tapi batuk aku ni siangnya ok tak teruk sangat pun cuma sebelam malam.. kuat gila batuk sampai tak boleh lelapkan mata.

Semalam pun macam tu jugak, mamaD suruh aku pegi check dan dapatkan MC .. harap dapatlah..



Lokasi menarik memancing Keli di Banting


Lokasi berdekatan pekan Banting, belakang tapak pasar malam, berdekatan dengan pasar Banting ada sebuah kawasan yang menarik untuk memancing ikan keli dan ikan patin.

Sungai Langat port pancing Ikan Keli dan Patin (Belakang Mc Donald Banting)


Lokasi ni semakin popular bagi orang tempatan malah ada juga yang datang dari luar kawasan khususnya 'kaki pancing'

Kalau lihat pada pemandangan sekitarnya memang cantik, elok juga datang bersantai sambil memancing bersama keluarga.

Biasanya aku tak akan pulang dengan tangan kosong, kalau tak dapat hasil pancing sendiri,  mungkin  akan dapat habuan pemberian ikan dari kaki pancing lain. Ini yang bestnya bila memancing di sini .

ada satu lagi dalam kawasan taman rekriasi berdekat kunci air..haa kat situ lagi menangkap-nangkap, kalau bertahan sejam dua, boleh bawa balik keli lebih 10 kilogram..seriuss aku gaitau ni !! (*airnya kurang cantik tapi keli tetap rasa keli original..xde bau longkan punya) .



#jimat belanja beli lauk
#aktiviti sekeluarga

Antara Yang Menarik Berkenaan Memancing Di Banting :


2 Mei 2015 ... Sungai Langat ; awal pagi tadi Kami memburu ikan Patin Buah. Port kami adalah sekitar belakang tapak pasar malam Banting, jalan kunci Air.
www.nazlee.com
LabeledMy Blog List
5 Jun 2014 ... port pancing biasa, ..air sungai Langat memang cantik (cantik tapi bukan boleh di buat minum ye..haha), memang ramai kaki pancing patin dah ...
www.nazlee.com
LabeledMy Blog List
Sungai Langat ; awal pagi tadi Kami memburu ikan Patin Buah. ... pulang dua ekor patin buah dalam tempoh tiga jam memancing di Sungai Langat, Banting.
www.nazlee.com
11 Jun 2014 ... Sungai Langat yang banyak dalamnya terdapat ikan patin. Inilah moment semasa menanti ..., menanti dengan kesabaran yang tinggi , bila lah ...
www.nazlee.com



HalalSurf menawarkan ruang niaga online PERCUMA kepada Pengusaha dan Peniaga

HalalSurfwww.halalsurf.com

HalalSurf ialah satu tapak perdagangan untuk perniagaan online, yang memberi fokus kepada pasaran Halal bagi membolehkan pengguna berjual beli segala keperluan halal dengan cara yang mudah. HalalSurf mengumpulkan sebanyak-sebanyaknya perniagaan dan produk halal di bawah satu tapak e-dagang HalalSurf.Com.

Justeru, pengguna muslim kini mempunyai satu one-stop-center khusus untuk mendapatkan pelbagai keperluan dan barangan halal secara online di www.halalsurf.com.  Sebagai promosi pelancaran, HalalSurf menawarkan ruang niaga online PERCUMA kepada merchants dan sellers. Mendaftarah sekarang juga!

Klik HalalSurf untuk mendaftar Percuma.


Pembersih Muka DASHING Untuk Lelaki Aktif


Dashing Untuk Lelaki Aktif

dasing

dashing

Jenama terkenal DASHING telah memperkenalkan 5 rangkaian baru produk pembersih muka khusus untuk lelaki yang aktif, bila sudah aktif kulit akan mudahi sensitif dan ini lah masanya kita kena ambil berat tentang penjagaan kulit terutamanya kulit muka. Pilih dan sesuaikan untuk kulit kita (kulit orang Asia). Kalau aku, aku nak cuba kesemuanya satu per satu sebab 'sample' sudah ada di tangan...haha, tunggu masa saja nak berkongsi dengan korang dalam ni . Korang baca nih, aku salin apa yang tertera pada setiap pek produk.

Harga Pembersih Muka Dashing :

Untuk setiap pek 100g  harganya  RM10.90 dan 50g pada harga RM6.90 sahaja..

Penerangan berkenaan Produk Pembersih Muka Dashing :


dashing
OIL CLEAR: Dashing Oil Clear diformulasi dengan kandungan rahsia arang buluh yang menyingkirkan kotoran & minyak berlebihan daripada kulit menjadikan wajah bebas minyak dengan berkesan. Memberikan perlindungan terkuat daripada minyak seperti pertahanan tengah, Vincent Kompany.

dashing
ICY FRESH: Dashing Icy Freshmengandungi Ice Glacier Water (air ais glasier) untuk kesegaran segera dan hidrasi kulit. Ia memberikan kesegaran berpanjangan dan sensasi kesejukan kepada kulit dengan melegakan haba berlebihan secara pantas. Atasi kekeringan dan kick it cool seperti David Silva.

dashing
EXTRA WHITE: Dapatkan kulit putih dan serlahkan diri bak penyerang, Samir Nasri. Diformulasi bersama tumbuh-tumbuhan pergunungan Alp Switzerland, Dashing Extra White memberikan anda kulit lebih ringan, cerah & tona sekata. Ia turut dilengkapi perlindungan UV bagi mengelakkan bintik-bintik gelap.

dashing
ACNE FREE : ‘Tiada siapa lebih mahir menggelecek & menjaringkan gol setangkas Sergio Aguero!’ Hapuskan akne bersama Dashing Acne Free yang diformulasi istimewa dengan Zink & Lempung (tanah liat) bagi melawan akne penyebab bakteria. Ia turut menjadikan kulit licin dan sihat dari luaran sekali gus memberi pembersihan pantas kepada kulit!

dashing
WHITENING SCRUB: Siapa kata lelaki tidak dapat memiliki kulit berseri? Dashing Whitening Scrub diformulasi dengan garam laut yang membersih jauh ke dalam dan membantu proses pengelupasan bagi memberikan tona kulit lebih sekata. Ia membantu membuka liang pori, menyingkirkan kekotoran dan bintik hitam. Ayuh dapatkan kulit berseri seperti Kevin De Bruyne!


dashing

Info dari Facebook Dashing :


Dashing sedang menjalankan peraduan di seluruh Negara :

1. Memberi peluang kepada 11 pemenang bertuah untuk menikmati jelajah 6 hari 5 malam ke Manchester, UK secara percuma!

2. Jelajah ini akan meliputi 3 hari di kem latihan di City Football Academy bersama-sama para jurulatih Akademi

3. Peluang mendekati para pemain pasukan pertama, jelajah di Etihad Stadium

4. Tidak ketinggalan tiket VIP bagi menonton perlawanan secara langsung (LIVE) di antara Manchester City FC dan Manchester United pada 19 Mac 2016.

Hanya menggunakan SMS yang mudah untuk menyertai (perlu membeli mana-mana produk Dashing atau Elite) . Terbahagi kepada 2 Fasa Peraduan. Peraduan ini  berakhir pada 31 Disember 2015.

Terma dan syarat: http://bit.ly/1gauFak

Nama-nama pemenang untuk Fasa 1 Peraduan sudah diumumkan, anda boleh rujuk pada :

Facebook : Dashing
Instagram : @dashing_my

.