Heroes Mens Wash Produk khusus Untuk Pembersihan Aset Lelaki Gagah !


Heroes Mens Wash Produk khusus Untuk Pembersihan Aset Lelaki Gagah !


"Bersihkan boboy anda dengan pembersih HEROES MENS WASH.  Produk yang pertama seumpanya di dunia."

Tak pernah dengar kan? Pertama kali tau pasal ni kan? kalau yang lelaki membacanya, pasti anda seorang yang gagah ..hanya dari gagah untuk yang gagah !

Ha'ah logik la... selalunya yang terdapat di pasaran hanya untuk pembersih wanita / femenin wash saje..kan?

Nanafa Beauty
Ini gambar Heroes Mens Wash.

Kat mana aku jumpa produk ni?.. bukan jumpa tapi diberi kepercayaan untuk mencuba.
Bagus jugak la dorang ni sudi jadi penaja Bengkel Fotografi kami iaitu Bengkel Fotografi KBBA di Agrofarmstay Melaka baru-baru ni. Bijak dorang cari peluang untuk promosikan produk. Untung kita orang ni jadi pengguna yang terpilih.

Bukan sebab barang dapat free, kita sini nak gebang lebih dalam post entri. Kena beli dan cuba sendiri, sebelum berhasrat nak beli dan cuba Heroes Mens Wash ni patut juga tahu kelebihannya. Biasa guna sabun/gel mandian pun ok apa? Itu duluu.. sebelum ada produk khusus dari Nanafa Juta Beauty. Sebelum ada kesedaran tetntang pejagaan barang sulit lelaki. Jangan macam-macam ya.. guna sabun sebarangan jenis, nanti salah sental jadi melecet pulak sapa yang susah?

Gunakanlah sebaiknya Heroes Mens Wash kerana  ia adalah produk khusus untuk pembersihan aset lelaki gagah !


Kelebihan yang terkandung dalam produk Heroes Mens Wash

✔ BEATIN iaitu ANTI KERENGSANGAN PADA KULIT MEMPUNYAI FUNGSI ANTISEPTIK YANG MEMBUNUH BAKTERIA YANG TIDAK DIINGINI

✔ EXTRA SIREH iaitu MENGURANGKAN RADANG KULIT DAN MELEGAKAN GATAL GATAL. IA JUGA MENCEGAH EJAKULASI PREMATUR

✔ GLYCERINE iaitu MENCERAHKAN WARNA KULIT. MENGGANTI SEL SEL KULIT YANG ROSAK DENGAN SEL BARU. MEMBANTU MENGHILANGKAN KOTORAN DI PERMUKAAN SEL

✔ SEA SALT iaitu MELEGAKAN GATAL GATAL KULIT. BERSIFAT ALKALI DAN MENGUATKAN SISTEM IMUNISASI BADAN

✔ CATUABA EXTRACT iaitu MEMBANTU MENGATASI MASALAH MATI PUCUK.  MENINGKATKAN SYAHWAT DAN MENGURANGKAN RISIKO KANSER PROSTAT

✔ MENTHOL CRYSTAL iaitu MENINGKATKAN PENGALIRAN DARAH DENGAN MENINGKATKAN PENGANGKUTAN OXYGEN

✔ FREE SLES ✔ FREE PARABEN ✔ FREE SILICONE


Cara menggunakan :

Basahkan dahulu boboy lepas tu picit sedikit heroes men wash ke tapak tangan kemudian gosok ke sekitar boboy sampai berbuih tunggu selama 2 minit kemudian boleh bilas seperti biasa.

Rasa kulit berangin sejuk gitu.. SEGARR !! ~ boleh la sarankan kepada imam kesayanagan anda (bagi wanita berkahwin) .

*[Boboy adalah kata ganti nama bahagian sulit lelaki]


Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat produk boleh terus berhubung dengan staf Nanafa Beauty di nombor telefon yang tertera pada banner atau klik banner untuk ke Page Fb Nana Beauty HQ



Kredit untuk Kelab Blogger Ben Ashaari :Bengkel Fotografi KBBA2-3 Januari 2016AGROFarmstay@Skill Tech,Durian Tunggal, Melaka.


Pelajari Teknik Pengendalian DSLR Dan Asas Fotografi Bersama Adhadi Mohd


Sabtu lepas (2/1/2016) aku diberi peluang megikuti Bengkel Fhotografi KBBA bersama Adhadi Mohd anjuran Kelab Blogger Ben Ashaari bertempat di Resort Agrofarmstay Melaka. Sesuatu ilmu yang baharu bagi aku dan sebahagian peserta. Kalau nak hadamkan dalam sehari memang tak mungkin dapat tapi sedikit sebanyak perkara asas ilmu tentang fotografi dapat diserap di sana.

Bagi aku secara peribadinya memang belum pernah belajar tenknik ambil gambar dengan cara betul. Kalau lihat semula dalam entri-entri lepas, kebanyakan gambar diambil dengan menggunakan smartphone camera (kalau bagus gadget, cantiklah gambarnya). Memang nampak kadang tu cantik tapi banyak yang tak cantik lagi daripada yang cantik dan sempurna..aku sendiri pun tak puas hati.

Siapa Adhadi Mohd?. Nampak orangnya biasa-biasa pada pandangan pertama kali bertemu dengan beliau.
Adhadi Mohd - Sumber Fb
Tentang Adhadi Mohd
Nama saya Adhadi Mohd, dan saya mengajar Asas fotografi, Composition, Lighting, Wedding photography, Adobe photoshop ,  Adobe lightroom, adobe indesign dan premiere pro.
Misi saya adalah untuk membawa ilmu pengetahuan kepada peminat peminat fotografi Malaysia, supaya mereka boleh menghasilkan karya yang lebih baik, dan dapat meningkatkan pendapatan dan taraf penghidupan mereka.
Dalam bidang photography, saya merupakan jurulatih fotografi dan pernah berkhidmat antaranya :
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Kursus Asas Fotografi , dihadiri oleh peserta peserta dari golongan kurang berkemampuan.
Unifilm UUM
Jurulatih untuk Program Kursus Fotografi & Videografi, dihadiri oleh ketua unit fotografi, ahli fotografi dan peminat fotografi dari serata Malaysia terutamanya dari intitusi akademi.
Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan CIAST
Trainer untuk Train the trainer program – Photography & Videography
CyberSecurity
Kursus Asas Fotografi , Subang Jaya
Universiti Malaya Center of Continuing Education & Development
Kursus Asas Fotografi – Hydro Hotel Pulau Pinang
Universiti Malaya Center of Continuing Education & Development
Kursus Asas Fotografi – Ilham Resort, Melaka
Yayasan Mara
Kursus Asas fotografi , dihadiri oleh lebih hampir 50 kakitangan yayasan mara.
Jabatan Laut, Klang
Kursus Asas Fotografi, dihadiri oleh kakitangan jabatan laut seluruh Malaysia
Universiti Tun Hussein Onn, Johor
Kursus asas fotografi. Dihadiri oleh lebih 50 orang kakitangan UTHM
Kementerian Dalam Negeri
Kursus Asas Fotografi
Kulim Hitec, Kedah
Kursus Asas Fotografi
Jabatan kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Selangor
Sebagai fasilitator dalam Bengkel Fotografi
JBiotech
Kursus asas fotografi yang dihadiri oleh kakitangan Jbiotech.
Jabatan Kerja Raya
Kursus fotografi yang dihadiri oleh hampir 30 kakitangan Jabatan Kerja Raya.
Pharmaniaga
Latihan kepada kakitangan pharmaniaga untuk fotografi asas dan lanjutan.
Di dalam bidang latihan ini, saya telah memulakan inisiatif untuk membawakan ilmu pengetahuan kepada peminat fotografi, dalam bentuk video tutorial yang yang saya hasilkan sendiri, dengan harga yang sangat rendah. DVD-dvd ini telah membantu ribuan jurufoto seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Saya juga seringkali menyediakan latihan asas fotografi secara percuma untuk peminat fotografi disekitar lembah kelang dalam aktiviti aktiviti hujung minggu.


Kalau lihat kepada senarai di atas tentang pengalaman dan penglibatan Adhadi Mohd sebagai tenaga pengajar, pasti ramai yang ingin belajar teknik fotografi dengan beliau. Berbalaoi ke tidak, itu anda kena hadir sendiri tapi jika tidak berkesempatan . Jangan risau ye. Adhadi Mohd juga telah menyediakan DVD Kuasai Fotografi Dengan DSLR untuk anda yang sememangnya tidak berpeluang untuk menghadiri kelas/bengkel fotografi beliau. Selain DVD tersebut, Adhadi Mohd juga ada menyediakan DVD berkaitan dengan editing seperti DVD Kursus Asas Photoshop CSS dan DVD Adobe Photoshop Lightroom. Bila sudah menjadi milik anda maka mudah lah untuk anda mempelajarinya. Kalau susah sangat nak hadam boleh tonton banyak kali DVD tersebut. Senang je kan.

Mana nak dapat DVD tersebut?, anda boleh hubungi terus dengan Adhadi Mohd seperti butiran di akhir entri ini. Jika ada yang berminat secara berkumpulan nak buat bengkel khas boleh juga berhubung dengan beliau.
DVD Kuasai Fotografi Dengan DSLR - sumber fb
DVD rujukan fotografi oleh Adhadi Mohd

Kredit untuk Kelab Blogger Ben Ashaari :
Bengkel Fotografi KBBA
2-3 Januari 2016
AGROFarmstay@Skill Tech,
Durian Tunggal, Melaka.


Butiran untuk dihubungi/rujukan Bengkel/Kelas/Perkhidmatan Fotografi Adhadi Mohd :
Blog : www.adhadi.com                                                                                           
Facebook : https://www.facebook.com/adhadi6                                                             
Page Fb : www.facebook.com/adhadimohd/                                                           
Instagram : www.instagram.com/adhadi_mohd


Agrofarmstay Melaka Sesuai Untuk Program Team Building


Agrofarmstay Melaka Sesuai Untuk Program Team Building


Aku kali ni dah masuk yang ke 2 tinggal dalam kawasan Resort yang damai suasananya. Kurang lebih macam suasana di kampung aku jugak. Ada kolam ikan, ada dusun buah-buahan dan kemudahan lain bezanya cuma tempat ni lebih dikomersilkan untuk bisnes.

Aku cadangkan kalau anda merancang untuk buat program hari keluarga atau berminat nak buat program team building, program motivasi dan sebagainya memang cukup sesuai dengan kemudahan fasiliti yang tersedia mampu memenuhi target anda. Kadar harga sangat berpatutan dan anda boleh berhubung terus dengan pihak pengurusan @agrofarmstay.

Masa pertama kali datang pada bulan Mei tahun lepas, masa tu chalet kayu masih dalam proses penambahbaikan. Sekarang semuanya sudah siap dengan wajah baru lagi menarik perhatian aku. Terdapat 10 unit chalet di mana setiap satunya boleh memuatkan 10pax (5x katil bujang 2 tingkat). Memang sesuai untuk kumpulan pelajar menginap contohnya jika mereka mengadakan aktiviti di sini.
Apa yang menarik tentang chalet ini ialah kedudukannya berada sedikit tinggi di atas bukit.

Selain itu Resort ini juga menyediakan pelbagai jenis tempat penginapan seperti D'Lodge 6 bedded, Garden View 8 bedded, River View 6 bedded, River View 2 bedded, dan yang paling besar ialah Villa 14 bedded. Sangat sesuai untuk buat Family Day secara besar-besaran di sini.

Tentang Villa indah ini aku telah ceritakan pada entri 'VILLA INDAH DI MELAKA' (klik)

Agrofarmstay ini juga menyediakan kemudahan riadah antaranya seperti kolam renang, bilik karaoke dan berkayak. Instruktor untuk aktiviti-aktiviti dalam team building ada disediakan mengikut keperluan seperti berkayak, water confidence dan jungle trekking.


Kelengkapan lain yang berkaitan khususnya untuk kursus Team Building dan seumpamanya :

Dewan seminar ini boleh memuatkan hampir 40 orang setiap masa. Dewan ini dilengkapi penghawa dingin beserta sistem PA, mikrofon, projektor, carta flip dan papan putih.

Bilik mesyuarat di bawah ini boleh memuatkan seramai 12 orang dan ia dilengkapi papan putih beserta projector untuk kemudahan bermesyuarat.



Surau Teratai atau surau terapung ini boleh digunakan sebagai tempat beribadah beramai-ramai atau mengadakan ceramah. Kemudahan termasuk sistem PA, mikrofon, sejadah dan Al -Quran.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi :

RESORT AGROFARMSTAY@SKILL-TECH
Lot 453, Batu 13, Jalan Tebong/Machap, 76100 Durian Tunggal, Melaka
HOTLINE : 016-2098623/012-2118246
Website Agrofarmstay, Melaka :
https://www.facebook.com/agrofarmstay
https://www.instagram.com/agrofarmstay/

Kredit untuk Kelab Blogger Ben Ashaari :
Bengkel Fotografi KBBA
2-3 Januari 2016
AGROFarmstay@Skill Tech,
Durian Tunggal, Melaka.


Batuk kuat ganggu orang lain ~ Sorry geng !


Allahuakbar.. nak dapat susah nak baik pun susah, ni lah dia batuk orang tua mintak simpati. Nak bermanja , nak duduk rumah tak nak buat kerja teruk.

Sebelum sebelum ni buat tak kisah je dengan batuk, sehari dua memang dah lega.

Dah 40an ni lain banyak.. badan jadi manja lebih. Antibody dah tak kuat melawan penyakit.

Hari tu gagahkan diri pegi Melaka, nak bersama KBBA ..hati ni tetap risau kalau virus batuk ni merebak. Control batuk simpan  dalam, tu kadang nampak aku terkebil menahan.

Balik dari Melaka cadangnya nak ambil cuti hari Isnin (kelmarin) tapi batuk aku ni siangnya ok tak teruk sangat pun cuma sebelam malam.. kuat gila batuk sampai tak boleh lelapkan mata.

Semalam pun macam tu jugak, mamaD suruh aku pegi check dan dapatkan MC .. harap dapatlah..