Design Rumah Kucing Kesayangan anda ?


Design  Rumah Kucing Kesanyangan 


Ramai manusia semakin perihatin dengan haiwan dan ingin membuat yang terbaik untuk haiwan peliharaan mereka terjaga rapi dan diberikan penjagaan dan keselesaan tempat tinggal.

tempahan rumah kucing

Ada orang sanggup berhabis belanja untuk ini, sudah boleh menganggap haiwan kesayangan sebahagian dari keluarga mereka.

Sejak diiklankan melalui blog ini dan juga instgaram @nazleeismail ; sambutannya sangat mengejutkan. Boleh dikatakan setiap hari ada pertanyaan dan tempahan dan kini ada yang sedang dalam pembikinan.

Konsep rekaan rumah/pondok/sangkar haiwan kesayangan adalah kebanyakannya mengikut kehendak pelanggan dan kami menambah baik dengan pengalaman yang ada, insya Allah kami mampu menghasilkan produk yang memuaskan hati .

[Tidak hanya kepada haiwan seperti kucing malahan juga boleh mereka bentuk rumah untuk arnab dan burung]

Boleh berhubung dengan saya di nombor pada banner untuk keterangan lanjut.

Projek Rumah kucing

Merekabentuk dan membina rumah kucing untuk memberi keselesaan dan kehidupan kepada kucing kesayangan anda. Out Door CATS ENCLOSURE kami adalah ekonomikal, tahan lasak, ringan, easy maintainance kerana rekabentuk dan binaannya yang INOVATIF. 

READY MADE : Saiz 6x6, 6x8, 6x10 kakipersegi 
COSTOM MADE : Rekabentuk dan saiz mengikut kehedak klien 




design rumah kucing kesayanagn

design rumah kucing kesayangan

design rumah kucing kesayangan



TEMPAHAN SUDAH DIBUKA KEPADA UMUM
TEMPOH SIAP : 3-4 MINGGU
TEL/WHATSAPP : 017-4009726 (NAZLEE) 






Bergambar di kawasan Padang Pasir Klebang Melaka


Cuti di Melaka, bergambar menarik di Padang Pasir Klebang


Nun jauh di hujung sana, ada lokasi timbunan besar bukit pasir dan kawasan landai berpasir putih.. sanggup kami berjalan kaki sebab kami tak pernah sampai sini lagi. (lebih kurang 7 km berjalan kaki pergi balik dari parking) kenderaann tak boleh masuk laluan mungkin dihalang oleh pihak tertentu .

Lokasi padang pasir klebang ni sebenarnya tak jauh dari Dataran 1 Malaysia yang ada bajet hotel (BusTel) Klebang. Boleh nampak dari situ ada jalan menuju ke kawasan padang pasir.

Di sekitar kawasan padang pasir ni ada timbunan bukit pasir dan kalau bijak mendapatkan sudut yang menarik untuk bergambar, hasilnya nanti akan nampak seolah berada di tanah Arab..haha cubalah!


Cari makan : Mee Bandung Muo (Muar)


Asam pedas Muo, Mee bandung Muo


Pagi kelmarin kami sekeluarga ke Melaka Bandaraya Bersejarah,  dari Banting terus ke Muar sebab nak makan mee bandung dan asam pedas Muo ..ada yang mengidam tu haha.

Kami singgah di Dataran Tanjung Emas Muar, ada medan selera kat sini.. ramainya orang sampai nak makan-makan pun kena tunggu meja kosong. Lama jugak la menunggu baru dapat tempat duduk , sebab cuti agaknya pelanggan berganda.

Asam pedas ikan pari , aku pesan 2 ketul bahagian sirip Rm12 , huh nampak memang perghh..   besar untuk setiap jenis ikan disediakan nanti pelanggan pilih je mana nak mana satu  . Antara lain ada asam pedas ikan jenahak, ikan tenggiri, ikan kembung dan ikan merah.

Waktu makan tengahari memang ramai sangat orang datang, ada yang sanggup beratur dan setia menanti giliran untuk meja kosong dan dalam reramai tu termasuklah kami .. hihi

Bagi aku sendiri, asam pedas bukanlah menjadi idaman bila ke Muar tapi yang aku cari sangat ialah mee bandungnya..

Okay, ini dia mee bandung Muo.. memang sedap bagi aku.. sepinggan Rm5 jer..okayla kan .

Dah kenyang semuanya.. kami terus ke Melaka untuk bercuti di sana.



Menu Jimat dan Diet Kubis Ungu


Menu Jimat dan Diet (tak sengaja) dari gabungan Kubis Ungu


Penggunaan hashtag #mamaDcafe dalam post di instagram adalah betujuan untuk mengumpul menu-menu masakan yang pernah kami sekeluarga nikmati di rumah, chef-nya dah tentulah mamaD dan kadang-kadang aku juga ada menyumbang dalam satu, dua menu yang biasa.

Ada juga kekeliruan di situ, mungkin orang ingat ada betul mamaDcafe di Banting ni , sebenarnya ia tidak wujud, cuma mamaDcafe ini adalah kafe angan-angan sahaja, mungkin jika ada rezeki lebih mana tahu suatu hari nanti ia benar-benar diwujudkan !

Pagi tadi, satu menu sarapan pagi aku postkan di instagram ; menu biasa tapi nampak menarik sebab mungkin ada kombinasi warna yang menarik di situ. Kobis Ungu..ya!

Ada yang komen di facebook ; menu tersebut adakah untuk diet?
Sebenarnya ia tak, bukan dirancang untuk menu diet..malah kami jarang berdiet kecuali bila badan terasa berat sangat !

Kisahnya jadi macam ni.. ; semalam pergi ke super market sini membeli-belah barangan dapur dan sayuran, sekali masa tu ada jual kubis ungu ni dengan harga murah sangat; kalau tengok dari segi kualitinya masih okay cuma ianya dah terlerai tak macam kobis bulat seperti asal buahnya. Korang boleh tengok gambar dan ada harga tertera kat situ ..

  kubis ungu

Ref IG : https://www.instagram.com/p/BBYerr7qZYk/

emm murah kan, ; ini kami namakan pemjimatan dan menu jimat kami buat sebab benda-benda lain (kacang panggang tin, tomato, mayonis) tu semememangnya dah ada dalam peti sejuk . Jadinya bukan menu diet tapi menu berjimat cermat..haha.

Okay ni menu dia kalau sapa tak perasan dalam instagram saya pagi tadi.
Itu je lah..kira penjelasan lah ni. Dan satu lagi nak share at sini...kira aku pun baru tau lah pasal kubis ungu ni memang baik untuk kesihatan lah.. selain baik untuk cegah kanser (kanser payudara, prostat dan usus) kubis ungu ni juga kaya atioksidan untuk membuat kulit kenyal dan cerah. woww kan !!