Gathering Blogger 19 Mac 2016 : Siapa sangka ianya betul-betul terjadi dengan suksess


Gathering Blogger ~ 1stEFGathering 19 Mac 2016


Sabtu lepas memamg cuaca panas giler, kering tekak dibuatnya tapi kita jangan mengeluh disebabkan olehnya..bawa bersabar dan jaga kesihatan. Kalau boleh buat aktiviti dalam rumah atau tempat teduh dan elakkan diri dari berterusan terdedah kepada panas terik matahari . Seperti yang kita tahu, El Nino cuaca panas kering  melanda negara kita. Alhamdulillah ianya tak membantutkan rancangan kami untuk bersama dengan ahli-ahli EFG. 
exchange feed group, kelab blogger ben ashaari
Sebahagian dari ahli EFG yang hadir
Apa itu EFG ? ..awal-awal penubuhannya dulu aku pernah cerita dalam entri ini apa itu EFG


exchange feed group, kelab blogger ben ashaari

Keceriaan tergambar.. nanti aku ceritakan
Perancangan pada mulanya macam slowly gitu, macam berat jer nak jadi. Di kalangan ahli sendiri pun macam kureng mendapat sambutan.. .okay itu biasa, jika mahu kumpulkan semua ahli menghadirkan diri, rasanya sampai bila-bila pun tak jadi, tapi alhamdulillah di minggu-minggu terakhir sepertinya ada 'tarikan magnet' untuk kami merealisasikan gathering ini. Semangat "Bukan Sembang Kosong" agaknya dan akhirnya satu per satu idea datang . Satu demi satu juga kami memperolehi sponsor dari pihak-pihak berkenaan. Alhamdulillah segala puji bagiNya kerana dengan izinya juga Gathering Blogger ~ 1stEFGathering 19 Mac 2016 ini menjadi kenyataan.

Aku boleh berbangga dengan kejayaan ini, ya memang tak sangaka diwalnya suam-suam kuku jer sambutannya, dari nak kumpulkan bajet dan sebagainya lagi tapi mimpi sudah menjadi kenyataan.. ini adalah di antara gathering blogger yang meriah dengan sponsor aku rasai, selain kelab induk kami iaitu Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) Ia sememangnya tiada bandingan.
exchange feed group, kelab blogger ben ashaari

Pcl & mamaD bersama logo rasmi EfgKbba , MamaD adalah peneman setia..insyaAllah kemana ada blogger gathering dia akan ada jika bersesuaian. 
Banyak perkara dalam fikiran aku masa driving dari Banting ke Klang, dah tentu-tentu kena buat banyak 'kerja' nanti. Sapa suruh korang terima banyak sponsors..haha (gelakkan diri sendiri..padan muka aku)

Jam 9:15 pagi dah sampai tempat kejadian di Meru Klang, Selangor.. okay  sekali ni je aku nak taip nama lokasi kat sini . Mommy Irra kata biar dia announce sendiri rumah baru dia..ehh (ter bagitahu pulak.) . Aku datang dengan mamaD je , kalau bawa anak-anak sekali join ghatering ni memang bukan idea yang bagus sebab ..emm tau lah kan anak-anak kami dah remaja kedua-duanya, tak nak la diaorang tu join geng mak-mak bersosial ni.. haha (cepat bosan kot). Kami cuba jadi ibu bapa yang memahami... 

Throwback 2 , 3 hari sebelum hari kejadian.. Kekliruan memilih warna tema memang menjadi kenangan bagi aku..aku rasa semua ahli yang terlibat pun hadapi masalah yang sama. Bukan mudah nak cari warna Turquoise tau ..silap pandang boleh terbeli warna hijau atau warna biru. Huh.. nasib la mamaD ada contoh Jubah warna turquoise ..bijak mata dia memilih.
exchange feed group. kelab blogger ben ashaari

exchange feed group , kelab blogger ben ashaari

exchange feed group, kelab blogger ben ashaari

Okay, masa kami sampai dah nampak dah siap terdirinya indahnya Canopy , meja beralas cantik, hiasan baloon berwarna warni dan kat dalam rumah pulak sudah ada ahli-ahli jemaah  yang tiba awal. 

"wah ini dah macam tuan rumah nak sambut menantu...ngalahkan kenduri kahwin".  

exchange feed group, kelab blogger ben ashaari
Ringakan tulang membantu sebab dah tahu banyak produk sponsor menanti dengan khasiat tersendiri.. apa nak risau! ~ sakit belakang, lenguh sendi ada ubatnya, apa lagi..sakit dalaman , luaran, tegah-tengah? emm semua ada. Alhamdulilah rezeki EFG tak disangaka-sangaka datangnya.

Tak buang masa, sampai je terus ambil tugas...Yang sebenarnya kita tak bahagi tugas pun.. aku pulak jadi ringan tulang nak memanjat tangga untuk pasang banner dibantu oleh papaGlamz , Along Ewan dan yang lainnya...Peluh  tudia, emm memang basah jugak la pepagi dah panjat dinding.. habis la kemeja turquoise aku tu....susah nak carii ooo ! (tak ada pulak sponsor minyak wangi.. kebetulan)

Kehadiran ahli lelaki tak ramai, yang tiba awal papaGlamz, Ewan dan Along. Ewan memang dah kenal sebelum ni jumpa sekali masa majlis berbuka puasa di Bangi Golf Resort bulan Ramadhan lalu.. ingat lagi wajah macho dia...kelakar orangnya, dan sorang lagi nama Rahim sepah2 bukan nama sebenarnya tapi panggil Along. Along ni jejaka misteri berselubung hitam di hari kejadian. Dari susuk tubuhnya aku dah kenal dia yang malu-malu kucing pada mulanya. 

Sementara siap-siap pasang banner, yang lain-lain dengan tugas masing.masing.. sponsor baloon siapkan deco, sponsor photo booth juga siapkan bahgaian memasing. Alhamdulillah segalanya teratur, cuma menunggu kesemuanya hadir untuk memulakan majlis secara rasmi.

Sebabkan papaGlamz sangat aku malas nak tag nama dia.. walau aku kenal dia dulunya nampak 'ustad' masa pertemuan pertama kami di kediaman Sahabat di Saujana Utama. ~ respek aku kat dia ni.. seorang papa yang bagus. 
exchange feed group , kelab blogger ben ashaari

exchange feed group, kelab blogger ben ashaari

Terbaik perancangan dariNya, idea untuk kami memulakan majlis dengan bacaan surah Yassin dan Doa Selamat. Dengan harapan majlis mendapat berkat dan selamat dalam lindungan Allah SWT.

Perancangan awalnya tu Blogger papaGlamz yang akan mengetuai bacaan yassin, tapi dia hemm... (mengelak) faham lah dengan alasan anak beliau yang tak berapa sihat dan asyik merengek. Aku teruskan program pagi tu dengan mengapalai bacaan surah Yassin dan sekali dengan bacaan doanya, kami gunakan alquran yang di sponsor, alhamdulillah.. itu yang terbaik EFG gunakan peluang yang ada untuk promosi terus. 

Kita tengok apa pesanan penaja/sponsor :

Biobax Cool Therapy
Biobax Cool Therapy 
#biobaxcooltherapy

Kelantan City Tour Xcelltravel
Kelantan City Tour Xcelltravel 
#xcelltravel

Alludra International (Jus Orlin)
#orlin

Kotak Lensa Instant Photo Booth
Kotak Lensa 
#kotaklensa #instantphotobooth
IG: kotaklensa 

The Violet Sofia
The Violet Sofia
#thevioletsofia
#almumayyazbyvioletsofia

Fennelle Beauty
#fennellebeauty 
#fennellerenewalserum

VCO NUTRASENSE
VCO NUTRASENSE
#VCO #Nutrasense
IG: nizam84

Nizar Faez Studio
Nizar Faez Studio
#nizarfaezstudio

VanLela Hiphoody
VanLela Hiphoody
#hiphoodyvanlela

Balloon Decoration
Majesticevents Sdn Bhd
Majesticevents Sdn Bhd
#khemahkahwin

Cafe Cerita Kambing
Cafe Cerita Kambing
#cafeceritakambing #kambingbakar

Produk Kesihatan Forever
#aloeveraklang0136283485
#aloeverashahalam0136283485

Qaseh Zamri Collection
Qaseh Zamri Collection 
 #qasehzamricollection

Yusmizee Naturopathic Center,  Alor Gajah Melaka

#yusmizeenaturopathic

Qesyamin
#qesyamin

RaisahRafhanah
#headchain #flowercrown

Hazirah
#muchochocolatechips

Sakura Sasuke
#sakurastyle

Acit Guest Book
#hantaranmurahsaya

LadyDaissy Pastry
#LadyDaissyDoorgift

Design&Printing 
#dexsignprinting

Aniq sya 
#aniqsyaquqiz

Homemade Cookies 
#myhomemadecookies

Jus kedondong asam boi 
#manjavakedondongasamboi
FB: Man Java 

Reqa Creative
#reqacreative
FB: reqacreative 

Emcee kacak lagi kelakar dari abe we.. bagus menyusun kata, begitu komited dengan tugas yang diamanahkan.. 
Ucapan aluan dari puan Irrayyan 'pengemuda' as founder EFG ..jangan tak tau nanti kena kick group naya.. "mommy sebenarnya terharuuu angat...sebenarnya mommy nak nangis je.. tapi malu kat ......terima kasih sebab sudi mai dari jauh bukan untuk mommy sorang tapi untuk kita semua dalam EFG ..bukan sembang kosong tau ...huu"

ada lagi cerita 1stEFGathering seterusnya /.. kita sambung di entri berikutnya  :) Part-2 Insya Allah





Mencandat Sotong Sekitar Perairan Pulau Redang


Pakej Candat Sotong Sekitar Perairan Pulau Redang, Terengganu


Untuk mereka dalam kumpulan yang ramai, maksimum 30 orang sekali turun mencandat maka disarankan memilih bot yang kami sediakan , bot besar dan selesa.
Lokasi mencandat adalah sekitar perairan Pulau Redang.

PULAU REDANG, Kawasan hot spot bagi tekong-tekong bot mencandat sotong untuk membawa pelangganya. Dan juga sudah menjadi kebiasaan tumpuan bagi acara Festival Mencandat Sotong Kebangsaan pada setiap tahun.
Perairan Pulau Redang


Jeti : Merang Setiu, Terangganu


Berikut adalah detail berkenaan ;

Jeti : Merang Setiu, Terangganu
Harga pakej : RM2900/bot (Bot besar max 30 orang)
(Harga tidak masuk kos sewa chalet)

Tentatif mencandat :
-Semua Peserta dikehendaki berkumpul dijeti jam 5 petang. -Bertolak ke destinasi sekitar Redang
- Apabila sampai ke destinasi peserta bolehlah mula mencandat
- Peserta pulang semula sekitar pukul 7 pagi esoknya
- Peralatan candat TIDAK disediakan -Sewa Koyan Rm10/satu tetapi perlu dikembalikan apabila selesai candat (Peserta candat digalakkan membawa peralatan candat sendiri jika ada). Makan dan minum disediakan.
- Jaket keselamatan disediakan

Untuk tempahan memerlukan deposit RM1000/bot dan bakinya perlu dilunaskan sebelum menaiki bot pada tarikh candat ditempah

Tarikh mencandat :
*sila confirm kekosongan bot/trip sebelum masuk deposit

Call/wassup :  0174009726 naz
Jeti : Merang Setiu, Terangganu , Harga pakej : RM2900/bot (Bot besar max 30 orang)


Niat kita sama, ingin sihat dan berkongsi rasa..

Bahagianya mereka ..


Bila tengok orang sekeliling kita hidupnya gembira, bahagia.. macam tak ada masalah, alangkah bestnya. Ada rasa kecemburuan.. eh bahasa aku.. ya kejelesan positif ! . Diaorang boleh pun.. kenapa kita tak macam tu ? Hurmm..

Dan bila orang nampak kita, itu juga yang sama diperkatakan.. kita sebenarnya tak sedar yang kita pun hidup bahagia.. bahagia yang kita rasa, orang lain tak tahu..

Kesimpulannya, bahagia ada pada diri dan cara tersendiri. Tak perlu nak berdengki tetapi boleh untuk memperbaiki kualiti diri.

Ni contoh.. bab makan, ada yang sangat bahagia bila boleh sediakan makanan, beli makanan dan makan makanan lazat.

Hidup kaya raya bahagia, hidup sedehana bahagia, hidup susah pun ada bahagianya.
Cuma bila dah kaya raya, tiba masa jadi susah miskin, mungkin di situ akan rasa kehilangan nikmat bahagia sama sebelumnya, mungkin di suatu sudut lain ada bahagianya menanti.

Bila kita senang kita kena pandang orang yang hidupnya susah dari kita, dan bila kita susah kita kena sedar bahawa ada lagi orang yang lebih susah dari kita. Bersyukurlah dengan kebahagian kurnianNya.
Ok, sedikit motivasi untuk diri ini semoga tidak terlalai dan menjeleskan perasaan orang lain.

*******

Atkins Diet, resipi atkin : Dadar Gulung Sayur Berlada


Ini menu yang disediakan oleh mamaD pagi tadi, kitaorang sarapan kekonon nak beratkins semula.. belum confirm nak buat sunguh-sungguh, in case.. kalau lah tak terikut tak jadi hal sangat..
atkins

atkins

atkins
Dadar Gulung Sayur Berlada ~ mamaD
Kisahnya dengan atkins diet ni memang real menjadi.. serius banyak turun berat badan, saiz pinggang mengecil dan langsing haha.

Bila teringat suatu masa dulu, kembali teringin nak makan menu-menu atkins yang biasa mamaD buatkan.

Alasan kukuh adalah .. berat badan kami masing-masing dah menaik, selera menambah..huhu . Kalau lah konsistan diet beratkins sampai sekarang agaknya.. (perut leper walau tak ada sixpack) 

(Makin jeles la kawan-kawan kita )

Since menu ini belum ada nama khasnya, aku akan namakan "Dadar Gulung Sayur Berlada" ; nama biar panjang tapi sekejap aje nak ngap dia..

Dadar gulung sayur berlada ni khas untuk Atkins Diet , nak sediakan sangat mudah, 10 minit lebih kurang dah ada dalam mulut, tinggal nak kunyah telan saje..

Ok, pagi tadi dah masuk instgram @nazleeismail dan ada yang bertanya.. aku jawab kat sinilah dengan resipinya :

Memula kacau telur ayam dan gorengkan dadar nipis di atas kuali yang tak melekat.. jangan letak minyak ok.

Siap goreng dadar , letak tepi dan siapkan bahan lain :
Hiris kepingan timun jepun.
Hiris bawang
Campurkan mayonis
Campurkan serbuk lada hitam

Jadikan bahan tersebut sebagai inti, gulungkan telur dadar tadi macam buat popia dan siap gulung potong 2 inci, golek atas pinggan .. /ambil gambar pada angle yang terbaik dan..

Ok siap untuk di makan resipi dari #mamaDcafe . alhamdulillah boleh kenyang.








Cari Penaja Untuk Pusat Jagaan Warga Emas Darul Insyirah Dalam Program Social Media Gathering


Asalamualaikum ..

Hebahan untuk semua pembaca yang ingin melibatkan diri dalam kerja-kerja amal atau menaja sumbangan seperti yang disebutkan di bawah nanti. Sebuah program kerjasama Muslim Volunteer Malaysia (MVM) dan Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) akan berlangsung pada 31 Mac ini. 

Social Media : The Gathering


Social Media : The Gathering Merupakan sebuah program kerjasama MVM bersama Kelab Blogger Ben Ashaari untuk memberi bantuan asas keperluan kepada Warga Emas di Pusat Jagaan Darul Insyirah, Bangi, Selangor.
Kelab Blogger Ben Ashaari

Kami ingin membuka peluang kepada orang ramai, untuk membantu menaja Pusat Jagaan Warga Emas Darul Insyirah yang memerlukan barang-barang keperluan asas untuk bonda-bonda meneruskan kehidupan melalui program ini.

InsyaAllah, Selain memberi barang-barang keperluan asas, kami dan para volunteer akan turut memberi pengisian rohani, bergotong-royong dan bersama-sama menceriakan warga emas di pusat jagaan tersebut.

Antara barang-barang asas yang diperlukan oleh Pusat Jagaan tersebut ialah :
Kelab Blogger Ben Ashaari



Untuk maklumat anda,

InsyaAllah, dalam program kali ini kami akan memberikan pengisian rohani gotong-royong, ramah mesra bersama bonda-bonda selain memberi bantuan keperluan asas.

Semoga usaha ini dipermudahkan.

UNTUK MENAJA (sasaran 335 Tajaan)

1 TAJAAN = RM30 

Sekiranya anda ingin menaja Darul Insyirah, bolehlah berbuat demikian kepada akaun Maybank
🔻Akaun : Maybank
🔻Nama : Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
🔻No acc : 56480 164 7699

Bagi anda yang memerlukan resit selepas tajaan dibuat.
Anda boleh taja keluarga ini melalui link

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi kami :-
Yazid MVM- 013-355 6211

‪#‎kelabbloggerbenashaari‬