Jadikan anakku, mendekatiku, menyayangiku, mencintaiku.


Alhamdulillah anak-anak aku sudah dewasa kedua duanya, Ada kalanya aku berasa janggal bila nak bercerita selalu tentang kisah-kisah anak anakku, lagi pun memasing dah tak selesa.. aku cuba memahami dan mengikut rentak semasa. Kalau dulu sebelum ini lainlah.. dulu diorang masih lagi kanak kanak.

Semakin kurang dan jarang sekali cerita anak anak keluar di blog ini, jika ada pun sekadar berkongsi sesekali berkenaan aktiviti keluarga. Ini sudah semestinya bagi aku lakukan untuk menulis cerita di dalam blog sebagai memori untuk kenangan di masa hadapan.

14.6.2016 , Selamt hari lahir untuk Hanis yang ke 15 tahun. Dah masuk form 3 dia pun nak seat exam PT3 tak lama lagi. Anak bongsu kami yang manja nih.. tak taulah nanti kalau terpaksa berpisah sementara untuk sambung belajar di kejauhan.. tak pernah berenggang langsung dengan mamaD.

Masa naik form 1 dulu,  nak masukkan dia ke asrama, menangis dia tak nak ! Harapan kami bila dia dah semakin dewasa ni, Hanis semakin cerdik dan makin bijak memilih sesuatu untuk kebaikan masa depannya.

Happy Birthday to Hanis Umairah.. do the best for PT3 2016 , abah mama dan semuanya sentiasa mendoakan kejayaan adik. Semoga berjaya cemerlang.

Hepi besday hanis Umairah...adik dah makin tinggi dari abah.. cepatnya tinggi :)

Ya Allah, anugerahkan kepada ku kelangsungan hidup anakku, panjangkan usianya, sihatkan tubuh badanya, muliakanlah akhlaknya dengan amalan-amalan solehnya

Sejahterakan jiwa dan raganya, alirkan rezeki melalui tanganku, anugerahkan kepadanya kecerdasan akal dan kemuliaan hati serta baik tingkah laku.

Bantulah aku mendidik dan berbuat baik kepada zuriatku dengan sempurna, Jadikan anakku, mendekatiku, menyayangiku, mencintaiku.

Jadikan anakku, orang yang baik, bertakwa dan taat kepadaMu serta mencintai dan setia kepada kekasihMu. Muhammad s.a.w

Berikan semua itu dengan petunjuk dan rahmatMu, berikanlah kepada kami.apa yang terbaik di dunia dan akhirat. Aamin ya rabbal 'alamin




Shell Out Seafood Slim River @ TR & Traitor Crab Restaurant menepati selera


Shell Out Seafood Slim River @ TR & Traitor Crab Restaurant menepati selera 


TR Tomyam & Traitor Crab Restaurant, lokasinya di Slim River Perak sudah semakin dikenali ramai sebabnya restoran ini ada menyajikan menu makanan laut yang lazat dengan sajian berkonsep makanan beralaskan kertas khas tanpa pinggan dan mangkuk.
TR & Traitor Crab Restaurant
shell out seafood Slim River
Shell out seafood Slim River

Konsep unik lagi trending masa kini semakin digemari masyarakat Malaysia setelah ianya viral di laman sosial seperti facebook dan instagram. 

Di ibu nagara dan bandar-bandar besar sudah banyak restoran berkonsepkan ini telah dibuka kepada orang ramai dan sambutannya sangat menggalakkan.

Langkah bijak dua anak muda kelahiran Slim River Perak ini bersama memajukan kedai makan TR Tomyam House yang mana pada asalnya hanya menyajikan masakan tradisional Melayu Pattani sahaja. Penambahan konsep BBQ Seafood menjadikan TR Tomyam & Traitor Crab Restaurant kini semakin dikenali.
Chef Jebat  (gambar atas) selaku chef dapur TR dan rakan kongsi TR Tomyam & Traitor Crab Restaurant
Amin selaku rakan kongsi TR  bersama -sama memajukan perniagaan.

Shell out Seafood Slim River
TR Tomyam & Traitor Crab Restaurant sentiasa dikunjungi penggemar seafood terutama hari cuti dan hujung minggu

Jika anda sedang memandu melalui lebuh raya PLUS, saya cadangkan anda singgah seketika untuk menikmati kelazatan menu BBQ Seafood dengan harga patut. Serius memang mampu makan-makan di sini ; lokasinya tidak jauh dari TOL Slim River.

Berikut adalah senarai harga yang saya salin dari facebook mereka :


Menu Seafood TR Tomyam & Traitor Crab Restaurant


1- King Crab (Alaskan) RM30/100G
*Masak Butter
*Masak Pedas
*Masak Cili Kering
*Steam LohOut (Sos Istimewa)

2- Canadian Lobster RM29/100G
*Masak Butter
*Masak Pedas
*Masak Cili Kering
*Steam LohOut (Sos Istimewa)

3- Slipper Lobster RM20/1pcs
*Masak Butter
*Masak Pedas
*Masak Cili Kering
*Steam LohOut (Sos Istimewa)

4- Flower Crab RM13-30/1pcs
*Masak Butter
*Masak Pedas
*Masak Cili Kering
*Steam LohOut (Sos Istimewa)

Menu Shellout TR Tomyam & Traitor Crab Restaurant


6pax/6person = RM120
*Ketam Bunga
*Udang
*Sotong
*Lala
*Jagung
*LohOut (Sos Istimewa)
*Free Nasi

4pax/4person = RM75
*Ketam Bunga
*Udang
*Sotong
*Lala
*Jagung
*LohOut (Sos Istimewa)
*Free Nasi

2pax/2person = RM45
*Ketam Bunga
*Udang
*Sotong
*Lala
*Jagung
*LohOut (Sos Istimewa)
*Free Nasi

Saya berkesempatan singgah makan di sini semasa dalam perjalanan balik ke Banting dari Sungai Petani minggu lepas.

Saya order menu untuk 2pax, tapi kami makan bertiga (saya, mamaD & Hanis).. hemm dah malam pun masa tu. LohOut (Sos Istimewa) memang best dan rasanya sangat menepati citarasa kami sekeluarga, pernah makan kari udang mamak?  atau Kari ketam mamak? Ya, ada sikit rasa kari tapi sedap lagi dari mamak punya.. susah nak cerita kat sini tapi saya percaya anda juga menyukainya. Selain menu yang saya order seperti anda nampak dalam gambar di atas, ada lagi menu-menu lain seperti pelbagai jenis ikan bakar, Ala catre Melayu Pattani dan juga Western food.

Lokasi :
PT7090 Jalan Mahsuri
Taman Perwira 2
35800 Slim River Perak.

Waze : TR Tomyam House Slim River

Waktu operasi biasa :
10.30am-2.30pm Buffet lunch
4pm-12am
Ala carte shellout
Ala carte Melayu Pattani
Ala carte Western

Waktu operasi bulan Ramadhan :
5.00pm-12.00am


Disarankan anda BOOKING meja dahulu sebelum anda datang dalam jumlah pax ramai, selalunya memang penuh terutama hari malam Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Hubungi : 013-2841055 (Chef Jebat)
Facebook : TR & Traito Carb Restaurant





Buaian Kayu Cengal dan Resak sudah siap untuk di jual


Buaian Kayu Untuk dijual


Rasa-rasa berkenan mai singgah bengkel kayu Wak di Banting Selangor.
Pilihan terbaik sempena raya nanti untuk menceriakan halaman rumah anda.
Buaian yang satu-satunya direka khas bagi mereka yang meminati seni ukiran melayu menggunakan kayu Cengal dan Resak berkualiti.
buaian kayu cengal

buaian kayu cengal resak



Saiz lebar 6.5 kaki, tinggi 6.5 kaki dan tempat duduk 5 kaki. Guna tanggam dan pasak tanpa paku besi.
Buaian ini tidak dijual di mana-mana kedai. Kalau ada yang berminat, boleh datang ke bengkel wak untuk tengok2 dan nilai harganya, sampai jadi wak boleh jual terus . Sekarang wak letak harga dari Rm3000 ikut permintaan siapa dulu dia punya ..haa. Wak dah jual 1 unit baru saja selesai urusan. Jadi tinggal satu ni saja lagi. (boleh dirunding jika betul betul berminat) harga tidak termasuk kos penghantaran

Barang dah siap, Jangan tunggu lagi !
Penghantaran sebelum raya aidilfitri 2016

Boleh call/wasup: (017-4009726)




Izeara Xtravaganza Serum Kurus Tak Panas Pertama Di Pasaran.

Izeara Xtravaganza Serum Kurus Tak Panas Pertama Di Pasaran.


Pengalaman menggunakan serum ini aku kongsikan di sini :
Hari pertama cuba Izeara Xtravaganza, mula-mula rasa macam nak percaya atau tak dengan produk ni sebabnya memang tak panas langsung, tak terkesan pada kulit, macam mana nak membakar lemak selulit? Hangat diperkatakan di media sosial ; jadi viral 1 Malaysia tentang seorang pengguna bernama Bella telah membuat laporan polis berkenaan produk Izeara Xtravaganza atau Izeara Extravaganza kononnya tidak berkesan.



Dari situ aku kenal Izeara Xtravaganza
Dari situ aku tau ada serum untuk kuruskan badan
Dari situ juga ramai orang semakin megenali Produk Melayu Izeara Extravaganza ni ..
Dari situ juga aku tau penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana, Juara Gegar Vaganza musim kedua juga menggunakan produk yang sama untuk kekal kurus.

Rakan blogger bagi aku cuba produk Izeara Extravaganza, agaknya dia dah lama teropong perut aku..haha siot ! nama dia Ujang, walau macam mana pun aku nak ucap terima kasih kat dia sebab bagi aku cuba, walaupun dia sendiri (masa aku jumpa) tak nampak kurus mana pun!
Dari situ juag aku tau yang Ujang ni memang kenalan rapat dengan pemilik produk Izeara Xtravaganza.
korang boleh baca blog beliau berkenaan produk Izeara Extravaganza : http://azfar9897.blogspot.com/2016/05/izeara-extravaganza-produk-yang.html


Kebiasaannya kita ni kan dah maklum dengan krim-krim sapu yang panas untuk cepatkan proses kurus dan bila ada produk yang TAK PANAS bila disapu, mulalah pakat-pakat hairan dan musykil akan keberkesanannya.

tak panas macam mana nak kurus?
tak panas macam mana nak kempis?
(berkali-kali aku usap perut aku ni.. ..hemm)


Antara Kelebihan Serum Izeara Extravaganza 


- Merupakan serum kurus yang PERTAMA di pasaran yang tidak panas, tidak melekit 100% dan pastinya harga serum ini MAMPU MILIK!

- Serum kurus pertama di Asia yang ada Cafeisilane C. Ini adalah bahan yang paling pantas mencairkan lemak di bawah kulit..

- Lemak tertanggal dan terhapus dalam masa 48 Jam di mana korang akan kehilangan 6 Inci dalam masa 48 jam..

- Melawaskan permbuangan air besar selepas 1 jam menggunakan Serum Izeara Extravaganza ni..
Hilang stretchmark lama dan baru melahirkan sekiranya korang menggunakan secara konsisten selama 7 hari

- Lemak lemak tepu dan degil akan disingkirkan dengan cepat!

Kandungan serum Izeara Xtravaganza


- Stem Cell Formula 
- Produk 100% Bebas bahan kimia 
- Produk 100% Bebas Paraben 
- 100% Terjamin keberkesanannya menurunkan berat badan

Serum Izeara Xtravaganza ni bila disapukan dibahagian kulit berlemak ia akan terasa sejuk dan tindak balasnya akan terkesan selepas beberapa kali menggunakannya secara konsistan. Berbau wangi dan tidak melekit. Aku amalkan penggunaannya setiap kali selepas mandi. Bahagian perut aku dah makin kempis.. kiranya dah kurang 2 inci sejak aku betul-betul amalkan 2 minggu lalu.

Ini sebahagian dari testimoni pengguna:



Untuk order boleh WhatsApp 013777 3617. Harga promosi RM109 sahaja!!!!
Untuk maklumat  lanjut atau testimoni pengguna, boleh rujuk:
Instagram: 
#izearaxtravaganza
Facebook:
Tempahan (Whatsapp):
013-777 361