Warung Laksa Ikan Sekor di Banting


Isteri aku pengemar laksa ikan, pantang dengar mana kedai jual laksa dia nak terjah.. selalunya kalau sini cuma beli kat pasar malam.. boleh laaa tapi tak menyengat! kena terjah..

Warung Laksa Ikan Sekor di Banting


Aku pulak suka sangat makan pulut durian sama santan segar. Cendol durian pun okay tapi tak la kepingin sangat. 

Okay, 3 jenis menu ni sekarang ada kat warung yang baru di buka. Dekat sini je, orang Banting pun tak berapa tahu lagi lokasi ni.. tak sedar sebab banner tak tunjuk gambar makanan tersebut sebagai daya tarikan pelanggan.



Kebetulan aku dah ke sini petang semalm, mamaD oder Laksa Ikan Sekor semangkuk. Kuah dia memang A lah. Boleh nampak sekor ikan kembung dalam kuah yang pekat dan sempurna ramuannya. Walah memang sedap! harga semangkuk Rm5 sahaja. Laksa biasa pun ada kat sini. Ada orang tak suka nak serabutkan mangkuk dengan tulang ikan.. ikutlah cara memasing nak makan macam mana, kalau aku harus perisi dulu asingkan isi dan tulang ikan.. baru senang hirup. Portion agak banyak jugak.. berbaloi la dengan harga tu.

Pulut durian kira ok bagi aku, 2 ulas durian kampung dan 1 scope aiskrim dengan semangkuk kecik santan. Harga Rm8 satu set. Boleh la sekali makan puas rasa.. hilang rasa teringin sekejap. Kalau tak puas makan durian boleh oder cendol durian pulak.. ini best, terbaik dengan harga Rm6 cendol durian+jagung.

Pisang cheese juga ada, ini mungkin tarikan awal warung ini.. sebab ada terpampang menu besar tertulis Rm4 untuk pisang cheese ini tapi aku tak sempat nak merasainya. Perut dah betul kenyang masa tu.

Warung ini pada asalnya adalah warung khemah menjual lemang. Lemang Semerbak kalau tak silap aku lah., semalam aku perhatikan masih ada lagi permintaan lemang. Sentiasa ada dibakar.. hemm kalau ada sesiapa yang nak makan di warung pun boleh oder, ada set lemang disediakan untuk makan 2 orang dan untuk.makan 4 orang. Hidangan beserta rendang enak.

Itu secara ringkas view aku sambil-sambil makan bersama isteri petang semalam. Tauke warung pun tak sempat nak bertegur.. biasalah aku ni pemalu orangnya dan datang cuma nak makan. Orang kata sedap laksa kat sini.. Ya memang betul sedap. Korang cuba la.. warung dibuka mulai jam 12pm ke 7pm setiap hari.


Untuk memudahkan korang cari lokasinya di sini : SEGER (banner)
Tepi Jalan Kancung (Banting- Morib)
Hadapan kedai perabot dan Automatic Car Wash, Kanchung.










Terjumpa duit ?


Pernah terjumpa duit?

Okay, ini entri santai setelah lama menyepi.. hati gusar entah apa difikiran entah la.. haritu kata nak start blogging cara sesantai yang boleh dengan idea dari Diary kehidupan seharian.. hemm semakin malas atau semakin kering idea?

Tadi lagik dah bilangin.. santai aja kan, so santainya di sini... bila mana aku sudah diuji olehNya. Aku tak sedar itu berupa ujian permulaan bagi aku apabila mahu menubuhkan syarikat pernigaan sendiri. 

Hari kejadian, semasa aku sudah selesai proses dan perjalanan nak balik dari SSM terdekat sini. Aku berjalan kaki ke parking, aku terpijak sekeping note RM100. Pandang sekeliling tak nampak orang lalu. Cuma ada sorang pakcik guard jauh di luar pagar.. aku pasti bukan dia yang punya duit tersebut.

Apa aku nak buat?, simpan dalam gengaman, tak berani masuk poket .. getar rasa hati. Ini bukan milik aku.., nak kembalialkan kepada siapa? tak tau sapa punya? Tak nampak orang lalu sebelum aku.. tunggu jugak kot- kot la ada yang patah balik tercari-cari duit yang hilang.

Aku anggapkan orang itu tak perasan kehilangan duit, dekat 1 jam aku menanti mundar mandir di sana...dah tak kuasa memerhati gelagat orang di situ, terus aku ke kereta, duit tadi letak dalam dashboard. Hati tetap debor kencang.. kalau aku lah yang hilang duit sebanyak itu.. macam mana rasa .. emm mengelisah resah!

Petang sikit barulah aku cakap pada mamaD, kata padanya "abang terjumpa duit tadi..banyak woo". 
Kata dia.. "mata abang memang tajam, nampak saja apa di bawah". Ya kan, lelaki kena tundukkan pandangan semasa berjalan, lagi lagi kalu isteri tak ikut sekali.. itu ayat aku selalu gunakan. . Ayat penyedap hati dia kalau dia ditinggalkan di rumah.

Okeh..  balik cerita duit jumpa tadi. Kami bedua bincang tak panjang dan sepakat kata putus untuk masukkan dalam tabung.. bukan tabung haji kat rumah kami tau, tapi tabung kebajikan masjid di sini. Kebetulan hari tu Jumaat pulak, terus la aku ke masjid. (kalau duit tu aku jumpa di kawasan sekitar berdekatan kareah masjid, mau je aku mintak urus setia masjid umumkan, tapi ini luar kawasan).

Lega rasa.. kalau tak rasanya susah tidur malam. Aku anggap duit itu bukan dari aku tapi biarlah ia untuk keguanan kebaikan pihak masjid. Aku cerita bukan kata aku ini keturunan baik perilaku tapi sebenarnya aku mahu disiplinkan pemikiran anak-anak serta ahli keluarga aku supaya jangan ambil yang bukan hak kita.

Cerita pada mak.. dia senyum jer...
Cerita pulak pada Hanis dia tak kata apa.. (mungkin dia sedang memahami).

Allhuakbar. DIA maha mengetahui apa yang direncanakan olehNya kepada sekelian makhluk ciptaanNya. Alhamdulillah., syarikat aku kini sudah beroperasi semakin hari semakin memberangsangkan. Kesimpulan yang aku boleh kongsi bersama.. kalau itu bukan hak kita, kita jangan senang hati memilikinya tanpa ada rasa bersalah melainkan atas hasil usha kita sendiri.

Dalam sejarah hidup aku, kejadian terjumpa duit atau 'duit terpijak' ni dah banyak kali berlaku dan ini adalah nilai ringgit yang terbesar. Semoga Allah sentiasa memelihara mataku untuk kebaikan. Ini sekadar perkongsian entri dan mengisi slot kegersanagan entri blog ini sejak kebelakangan dan bukan untuk suka menunjuk-nunjuk kebaikan kami sekeluarga atau apa saja yang mendatangkan rasa krik krik orang bila membacaya. Mohon maaf jika ada kekurangan . 

Okay.. dah tenang rasa. Alhamdulillah semoga ada manfat bersama.







Trivia Tentang Nazlee Ismail PCL


Entri TRIVIA?


Jarang aku guna perkataan trivia dalam kehidupan seharian, sebab tu aku pada mulanya tak faham langsung maksud. Ni aku baru mengerti apa itu 'trivia'. Entri Trivia ialah entri pendedahan berkenaan diri dan perkara remeh temeh untuk dikongsikan kepada umum contohnya kalau di sini aku sebagai penulis blog nak share dengan korang apa yang korang belum tau dan aku juga nak korang tau serba sedikit pasal aku dan apa saja yang sepatutnya. Tak lebih dari itu. Trivia ni adalah sebuah 'game blog' pada anggapan aku lah ya... Siapa yang kena tag dia boleh menyahutnya dengan membuat entri trivia. Sebenarnya game ini lebih kepada konsep sporting dan supporting blogger dalam dunia blogging. Buat suka suka boleh, nak buat serius pun boleh.. Kalau tak nak buat entri pun boleh. Tiada syarat. Tujuannya untuk mengenalkan kepada yang tak kenal. itu saja .

Terima kasih Azlinda Alin sebab kamu tag Nazlee Ismail beberapa hari lepas. jom baca dan komen.


Nazlee Ismail PCL



Nick nama 'Nazlee Ismail'. Aku guna nick nama yang sama di media sosial lain dalam facebook dan instagram. Aku yang kini sudah berusia 40'an, Okay.. kebetulan nak dekat dengan tarikh, aku nak highlight sikit ni korang ! lagi 1 hari dari tarikh entri ni adalah aku punya besday tau.. ingat tau 16hb! silakan buat ucapan dan mohon korang doakan kesejahteraan aku dunia dan akhirat ya. Alhamdulillah dan terima kasih in advance untuk ucapan korang nanti. (Huh macam mengharap sangat aku ni.. )

Okay, di usia sebegini aku masih lagi minat berbelog bermulanya sejak 2010 lagi. Kalau dulu pada permulaan,  blog readers hanya kenal aku dengan nama 'pakciklee' dan selepas beberapa bulan pakciklee disingkatkan nama kepada nama Pcl. Sama je maknanya tu.. aku dah semakin tua lah dan seorang pakcik lah dari dulu lagi.. hee. Kalau dulu jiwa masih muda, selesa orang panggil aku 'pakcik' sebab muda-muda lagi dah pakcik, tapi sejak uban dah mulai melata di kepala.. aku lebih gemar dengan panggilan PCL lebih lebih lagi dikalangan rakan blogger dan readers, ada sebab... sebabnya bila aku dah tua gini, korang panggil lak pakcik, maka akan menampakkan lagi kertuaan aku. Tapi apa pun sebenarnya, jauh disudut hati aku tak kisah.. kalau korang rasa selesa panggil aku pakciklee or uncle or abang Naz or Abang Li sekali pun okay... aku takde hal. Lately aku lebih pendiam bila di event atau gathering blogger ..itu yang aku perasan.

Keluarga PCL



Aku sudah berkeluarga, anak mentain dua orang perempuan dari awal pembabitan aku dalam dunia blog, kalau buat entri aku suka bercerita pasal diorang tapi sekarang agak terbatas sebab anak-anak dah makin membesar, maklumlahkan diaorang masing masing sudah mememasuki alam remaja. kena jaga hati dan perasaan diorang juga. Seorang Abah kena tahu mana yang patut dan tidak untuk keselesaan anaknya. Sekarang ini aku lebih suka share moment indah bersama keluarga dalam instagram, kat situ korang boleh ushar macam-macam  di instgaram @nazleeismail.

Isteri? Ok, ada seorang isteri yang memahami. Nama panggilannya mama'D, ada siapa yang tak kenal beliau lagi? Usianya dalam 30'an dan usia perkawinan kami sudah mencecah ke 21 tahun pada 1 November akan datang.

Kerjaya Nazlee Ismail


Pernah bekerja dalam industri perkilangan, di Syarikat orang Jepun pada tahun 1993 selama 10 tahun di Sp Kedah. Boleh faham sikit 'Nihongo'. Berhenti kerja masa kegawatan ekonomi melanda negara kita, rileks kejap kat rumah dan berniaga di pasar malam sekitar Sungai Petani. (jual waffer cake dan air).  Bukak Companyi sendiri dalam bidang marketing, sales dan trading selama beberapa tahun di Ipoh Perak. Aku juga pernah kerja suka suka part timer di KFC Perai sebagai cooker semasa jadi student practical di sana dalam tahun 1992. Banyak lagi suka duka bekerja aku dah rasa.. alhamdulillah dan sekarang aku bekerja semula di sektor awam dalam bidang Engineering.

Part time job PCL


Sebagai Blogger sejak beberapa tahun kebelakangan ini aku lebih fokus 'mencari rezeki' sebab aku minat, dari minat aku berjinak jinak bawa 'sesuatu' yang boleh hasilkan pendapatan. Aku tak boleh duduk dan tengok saja kejayaan orang lain. Kini dengan NazleeDotCom aku boleh jual pakej bisnes aku sendiri antaranya ;

1) Pakej Candat Sotong dan Memancing
2) Pakej perkhidmatan design pets house
3) Pakej review dan pengiklanan dalam blog /social media

Lain lain yang patut aku bagitau korang..


1. Aku sayangkan isteri, dalam erti kata lain aku 'sukar' berjauhan dengan isteri

2. Aku seorang insan pemalu tapi aku suka berborak, tapi Aku tak suka berborak kosong.

3. Aku suka memancing / riadah dan buat aktiviti bersama keluarga, dalam masa sama aku suka berkawan dan memang aku akan utamakan keluarga.

4. Aku suka cari duit lebih tapi duit bukan segalanya bagi aku dan Aku amalkan hidup bermasyarakat.

5. Aku suka manjakan isteri dan anak anak. Sebab itu aku gemar memasak dan mencuci pakaian. Tapi aku tidak rasa mereka mengambil kesempatan, sebab isteri dan anak-anak memahami serta mengenali siapa Hero dan Ketua dalam keluarga kami.

6. Aku suka bersukan, 2 kali dalam seminggu mesti turun jogging. Tak boleh waktu siang hari malam pun jadi. Aku tak merokok dan aku benci dadah !


Okaylah  kot setakat ini dulu.. kalau nak tau lagi boleh selongkar entri lama lama. Ini salah satunya entri yang aku cadangkan. Sila baca.

Sampai di sini Entri Trivia Nazlee Ismail PCL, dan untuk melengkapkan entri ni aku dimestikan tag rakan blogger. Aku macam nak tau banyak tentang mereka ini

1) Wayne harraz
2) Rahim Aim


Sekian. Terima kasih.








Tempahan untuk rumah haiwan kesayagan anda kini dibuka kembali


Pets Lover,


Bermula Ogos 2016, tempahan membuat sangkar kucing custom-made (termasuk haiwan-haiwan peliharaan lain seperti Arnab, Burung dan seumpamanya) boleh lah mendapatkan perkhidmatan kami segera. Sebelum ini pihak kami 'berehat' seketika walau bagaimanapun permintaan untuk projek ini mendapat sambutan luar biasa sehingga kami menghadkan pengambilan tempahan. Kini kami cuba memenuhi permintaan pelanggan.

Tempahan Rumah Kucing / Sangkar Burung / Kandang Arnab / Pets house / Cat Enclosure




Merekabentuk dan membina rumah kucing untuk memberi keselesaan dan kehidupan kepada kucing kesayangan anda. Out Door CATS ENCLOSURE kami adalah ekonomikal, tahan lasak, ringan, easy maintainance kerana rekabentuk dan binaannya yang INOVATIF.

READY MADE : Saiz 6x6, 6x8, 6x10 kakipersegi 

COSTOM MADE : Rekabentuk dan saiz mengikut kehedak klien 


TEMPAHAN SUDAH DIBUKA KEPADA UMUMTEMPOH SIAP : 3-4 MINGGU
TEL/WHATSAPP : 017-4009726 (NAZLEE) untuk maklumat lanjut


Peminat burung atau haiwan kesayangan lain seperti kucing, arnab dan seumpamanya boleh mendapatkan perkhidmatan membuat 'Rumah Haiwan ...
www.nazlee.com
LabeledMy Blog List
design rumah kucing, projek rumah kucingrumah kucing kesayangan.
www.nazlee.com
LabeledMy Blog List
9 Sep 2015 ... Projek Rumah Kucing, Nak buat rumah kucing bukannya rumah orang?, perkhidmatan membuat rumah kucing, bajet buat rumah kucing, kayu ...
www.nazlee.com
LabeledMy Blog List
14 Apr 2015 ... deko rumah haiwan, rumah kucing, rumah arnab, rumah burung, tempahan.
www.nazlee.com


The Secret Life Of Pets