New Nescafe Barista Machine : Pelancaran ekslusif Nescafe Barista Machine di LAZADA Malaysia


New Nescafe Barista Machine : Pelancaran ekslusif Nescafe Barista Machine di LAZADA Malaysia


Dalam masa terdekat ni aku dah tak teringin lagi nak ke kopitiam atau kafe-kafe terkenal untuk mendapatkan secawan kopi yang enak, bermutu tinggi dan sedap rasa kerana aku sudah memiliki sebuah mesin pembancuh nescafe iaitu Nescafe Blend Barista Machine. Tak terfikir pun nak beli mesin macam ni sebab risau membazir tak digunakan. Tapi sebaliknya pulak bila dah ada Nescafe Barista Machine ni, korang patut dapatkan info selanjutnya.. takpe aku cerita dalam blog ni..

Event InvolveAsia & Nescafe


Pada 19 Ogos lepas, aku bersama beberapa rakan media hadir untuk event InvolveAsia Nescafe. Event ini bersempena untuk memperkenalkan produk baharu iaitu Nescafe Braista Machine. Event tersebut berlangsung di Cafe Lorem Ipsum Art Jam Kuala Lumpur.




Sungguh menakjubkan Nescafe Barista Machine ini dapat menyediakan 5 styles coffee kegemaran ramai iaitu Espresso, Lungo, Americano, Latte Macchiato dan Cappuccino dalam Penyediaan mudah hanya dengan satu sentuhan di butang berkenaan. (a single touch of a button).


Aku dah cuba Nescafe Barista Machine ini, dah banyak kali buat kat rumah. Memang mudah penyediaanya. Hari hari dapat minum nescafe dengan keluarga dirumah sendiri, rasanya macam minum-minum di kopitiam ternama. Best sangat dengan aroma yang membahagiakan.

Korang boleh tonton video ini , bertapa mudahnya digunakan  dan mesin Nescafe Gold Blend Barista ini sangat mesra pengguna.

kredit : Fieza sani

Dan video di bawah ni adalah tutorial cara nak pasang dan buka untuk bersihkan mesin ini, sangat mudah.


Mesin Barista ini hanya dicipta khas untuk Nescafe Gold Blend sahaja. New Nescafe Brista Mesian ini akan dilancarkan secara ekslusif penjualan kepada umum pada 14 September ini di LAZADA. Nantikan kemunculannya pasti anda berpuashati.

Mana nak beli Nescafe Gold Blend? .. tak susah pun sebenarnya cari, ianya ada dijual di kedai-kedai dan hipermarket di seluruh negara.

1. Nescafe Gold Blend Cofee Jar 200gm dan 50gm


2. Nescafe Gold Blend Cofee Refill pack 150gm





Di mana boleh dapatkan Nescafe Barista Machine :


Bersempena pelancara ekslusif Nescafe Barista Machine di LAZADA, pihaknya menawarkan harga promosi seperti berikut :

  • Promotion:  RM239 for Nescafe Barista Machine + 1 Nescafe Gold Blend 200gm Jar + 1 Nescafe Gold Blend Refill Pack.

Maklumat Pelancaran  :

Nescafe Barista Exclusive Launch at Lazada:
Launch date: 14 September 2016
Launch Promo: RM239 for Nescafe Barista Machine + 1 Nescafe Gold Blend 200gm Jar + 1 Nescafe Gold Blend Refill Pack.
Launch Price: RM239.00















Cantik ALZA Nina ?


Okay hai, salam hujung minggu.. 

Tak tau duduk diam kan.. , aku ni pun sama la.. letih badan sebenarnya kalau duduk saja tak buat apa.. kalau zaman bujang dulu lain laa. Lepak dengan membuang masa adalah sebahagian hidup orang bujang di hujung minggu.. (dulu zaman jahiliah aku), kalau duduk sesaja mulut mesti nak mengunyah.. ini fakta betul kan? Makan dan makan, last sekali rasa menyesal.. badan naik kembang!


Ini je kerja aku buat kalau tak pergi bawa family jalan-jalan cari makan. Yaa .. cuci kereta, moto dan kawasan rumah. Rajin tak aku? ..walau tak selalu tapi kena biasakan buat. Kalau ada anak, ajak anak join sekali, kalau tak ada anak lagi ajak isteri join.. lepas tu nanti counter back dengan, masak bersama sama. Ok tak . Boleh buat kan. haa cuba la dulu.. cipta bahagia;  kata orang tak susah nak mencipta kebahagian dalam kehidupan berumah tangga..

Buat sekadar termampu.. banyak cara lagi, aku buat ikut keupayaan aku. Nak  bawak pegi shopping? Bawak jugak diorang tapi alhamdulillah.. sekadar belanja yang masuk akal saja.  selalu sangat pun tak mampu aku.. haa Malaysia kan di ambang kegawatan ekonomi, kami laki bini dah rasainya 10 tahun lalu.. tak mau dah menanggung peritnya hidup.. hemm penat.





Trip Mencandat Sotong Kuala Terengganu semakin mendapat perhatian umum


Trip Mencandat Sotong Kuala Terengganu


Mencandat sotong, pesta mencandat aotong

Trip mencandat sotong dijangkakan akan mendapatan sambutan hebat untuk trip tahun 2017, ini adalah kerana semakin ramai orang sudah tahu aktiviti mencandat boleh disertai dari kalangan bukan ahli 'kaki pancing' sahaja. Ini juga berikutan siaran dokumetari Pesta Mencandat Sotong yang telah bersiaran dalam slot Majalah3 TV3 pada bulan Julai lepas. Pakej mencandat sotong yang kami tawarkan juga mendapat tempiasnya berikutan keterujaan penonton melihat aksi peserta dan juga hasil candat yang dibawa balik lumayan!

Musim mencandat tahun ini sudah menghampiri penghujungnya (akhir September). Berikutan itu ramai pelanggan pakej merancang untuk turun pada musim akan datang. Musim mencandat bermula pada hujung bulan Mac sehingga September setiap tahun.

Paling banyak kami menerima tempahan peserta mencandat dan memancing adalah sekitar bulan May dan cuti umum. Untuk trip bulan May 2017 (cuti minggu dan cuti umum), sekarang ini tempahan tarikh sudah mulai penuh terutamanya untuk bot-bot bersaiz besar (15 peserta). Untuk saiz bot biasa masih terdapat kekosongan lagi.

Pakej mencandat sotong
Pakej mencandat sotong

Pakej mencandat sotong kendalian kami bermula di Pelabuhan Chendering, Kuala Terengganu. Di sini boleh menempah pelbagai pakej mencandat mengikut saiz bot. Disediakan juga kawasan meletak kenderaan dan kemudahan lain termasuk rumah/bilik persinggahan bagi peserta yang datang dari luar Terengganu.

Jika anda ingin menikmati suasana dan pengalaman menarik mencandat sotong bersama ahli keluarga, bersama rakan sekerja, bersama group/ persatuan. Segeralah hubungi kami untuk aturkan aktiviti mencadat sotong. Untuk makluman anda, musim mencandat akan bermula pada bulan Mac sehingga bulan September. Tempahan untuk 2017 sudah dibuka. Untuk membuat tempahan pakej, boleh lihat senarai harga di sini.

Saban tahun, pihak perlancongan negeri Terengganu akan mengadakan acara  rasmi tahunan mereka iaitu Pesta Mencandat Sotong. Kebiasaanya negeri ini akan dibanjiri orang ramai dari pelancung dalam dan luar termasuk pelancong warga asing yang ingin merasai pengalaman mencandat sotong. Selain mencandat boleh juga disulami dengan memancing ikan. 

Tidak hairan, sambutan hangat trip pakej mencandat sotong Kuala Terengganu menjadi pilihan kerana hasilnya selalu tidak menghampakan dan suatu pengalaman menyeronokkan. Jika dahulu peserta hanya terdiri dari kaum lelaki sahaja namun sejak kebelakangan ini kaum wanita juga tidak mahu lepaskan peluang.


Nazlee Dot Com Resources 
017 400 9726




Warung Laksa Ikan Sekor di Banting


Isteri aku pengemar laksa ikan, pantang dengar mana kedai jual laksa dia nak terjah.. selalunya kalau sini cuma beli kat pasar malam.. boleh laaa tapi tak menyengat! kena terjah..

Warung Laksa Ikan Sekor di Banting


Aku pulak suka sangat makan pulut durian sama santan segar. Cendol durian pun okay tapi tak la kepingin sangat. 

Okay, 3 jenis menu ni sekarang ada kat warung yang baru di buka. Dekat sini je, orang Banting pun tak berapa tahu lagi lokasi ni.. tak sedar sebab banner tak tunjuk gambar makanan tersebut sebagai daya tarikan pelanggan.



Kebetulan aku dah ke sini petang semalm, mamaD oder Laksa Ikan Sekor semangkuk. Kuah dia memang A lah. Boleh nampak sekor ikan kembung dalam kuah yang pekat dan sempurna ramuannya. Walah memang sedap! harga semangkuk Rm5 sahaja. Laksa biasa pun ada kat sini. Ada orang tak suka nak serabutkan mangkuk dengan tulang ikan.. ikutlah cara memasing nak makan macam mana, kalau aku harus perisi dulu asingkan isi dan tulang ikan.. baru senang hirup. Portion agak banyak jugak.. berbaloi la dengan harga tu.

Pulut durian kira ok bagi aku, 2 ulas durian kampung dan 1 scope aiskrim dengan semangkuk kecik santan. Harga Rm8 satu set. Boleh la sekali makan puas rasa.. hilang rasa teringin sekejap. Kalau tak puas makan durian boleh oder cendol durian pulak.. ini best, terbaik dengan harga Rm6 cendol durian+jagung.

Pisang cheese juga ada, ini mungkin tarikan awal warung ini.. sebab ada terpampang menu besar tertulis Rm4 untuk pisang cheese ini tapi aku tak sempat nak merasainya. Perut dah betul kenyang masa tu.

Warung ini pada asalnya adalah warung khemah menjual lemang. Lemang Semerbak kalau tak silap aku lah., semalam aku perhatikan masih ada lagi permintaan lemang. Sentiasa ada dibakar.. hemm kalau ada sesiapa yang nak makan di warung pun boleh oder, ada set lemang disediakan untuk makan 2 orang dan untuk.makan 4 orang. Hidangan beserta rendang enak.

Itu secara ringkas view aku sambil-sambil makan bersama isteri petang semalam. Tauke warung pun tak sempat nak bertegur.. biasalah aku ni pemalu orangnya dan datang cuma nak makan. Orang kata sedap laksa kat sini.. Ya memang betul sedap. Korang cuba la.. warung dibuka mulai jam 12pm ke 7pm setiap hari.


Untuk memudahkan korang cari lokasinya di sini : SEGER (banner)
Tepi Jalan Kancung (Banting- Morib)
Hadapan kedai perabot dan Automatic Car Wash, Kanchung.