Tak pernah turun laut pun boleh pandai mencandat sotong .. cuba lah.


Mencandat Sotong . Ini adalah suatu cabaran untuk anda yang tidak pernah ke laut tetapi ada keinginan mahu pergi mencandat sotong di lautan. Dalam video yang dirakam oleh krew JURNAL BERNAMA, dapat dilhat berbagai ragam dan reaksi peserta. Jangan lepaskan peluang sebegini sekali setahun kalau boleh ajaklah keluarga bersama dan jadikan aktiviti tahunan keluarga anda bersama kami berpesta mencandat sotong di Kuala Terengganu.

Musim mencandat sotong


Untuk makluman anda.. musim mencandat sotong adalah bermula dari bulan Mac sehingga bulan Julai setiap tahun. Tetapi jika cuaca dan tiada halangan, aktiviti mencandat sotong akan berterusan sehingga hujung bulan Oktober.


Video ini adalah penyuntik semangat kepada anda yang masih lagi teragak-agak untuk turun mencandat. Kini kaum wanita juga sudah semakin ramai meminati aktiviti mencandat sotong. Tak pernah turun laut pun boleh pandai mencandat sotong ! Kenapa nak malu. Hubungi kami untuk keterangan lanjut berkenaan Pakej Mencandat Sotong Kuala Terengganu.


Anda tak perlu risau jika tak dapat hasil lumayan, kerana mencandat sotong adalah sebahagian dari  aktiviti bersama keluarga atau bersama rakan dalam kumpulan dan mahukan keseronokan juga pengalaman bagi yang pertama kali melaluinya. Jika awal-awal lagi ada yang pasang niat pergi mencandat semata-mata mahukan hasil yang lumayan, maka tak perlulah mencandat.. sebaiknya membeli sahaja di pasar-pasar berdekatan. 

.


Rempeyek Kak Nor Batu Caves rangup berhantu



Rempeyek ialah sejenis makanan ringan yang diperbuat daripada tepung gandum dan campuran ramuan yang ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti kacang, ikan bilis, dan sebagainya. Rempeyek biasanya digoreng tipis-tipis di dalam minyak yang panas, dengan bentuknya mirip sekali dengan keropok atau jajan. Rempeyek biasanya dihidangkan dalam ketika perayaan dan majlis-majlis keramaian.

Rempeyek Kak Nor Batu Caves rangup berhantu 


Rempeyek Kak Nor Batu Caves rangup berhantu

Batu Caves, Selangor. Pengusaha rempeyek dengan jenama Rempeyek Kak Nor kini semakin mendapat perhatian kerana rempeyek keluaran Kak Nor rangup 'berhantu'.



Kenapa rempeyek Kak Nor berhantu? 


Rempeyek Kak Nor Batu Caves rangup berhantu

Keenakkan rasanya tersendiri dari resepi tradisi, nipis dan cukup ranggup mengasyikkan ketika mengunyah rempeyek dan susah nak berhenti makan. Ramai dari kalangan pelanggannya mengakui Kak Nor sangat mudah berurusniaga dengannya.  Adakalanya Kak Nor mahu bersua muka dengan pelanggannya, bukan la apa pun cuma katanya " rempeyek kak nor ni nipis, lagi pun kalau hantar guna pos rempeyek boleh hancur atau pecah dan kualitinya tak memuaskan pelanggan pulak. jadi hancur sebelum dimakan. Biasanya Kak Nor hantar halfway COD di mana-mana"

Kak Nor juga seorang penulis blog, ramai pelanggan beliau dari kalangan pembaca dekat dan jauh seluruh Malaysia. katanya lagi Rempeyek Kak Nor dah pernah sampai keluar negara. Selain menerima tempahan rempeyek, Kak Nor juga mengambil tempahan kek hari jadi dan sebagainya.

Tempahan  : 019-6906625 (whatsApp Kak Nor)
Blog : http://norihanchocolatebakery.blogspot.com/
Instagram : https://www.instagram.com/cinnamontidbits/

.


Bagus Nina... lulus ujian KPP sekali ambik jer.


Pagi tadi, kami baru lepas hantar Nina buat ujian undang-undang berkomputer lesen memandu kereta (KPP). Semalam jenuh suruh dia study buku undang-undang jalan raya .. hafal betul-betul supaya dapat lulus sekali ambik je.. macam aku dulu-dulu.. 

Markah lulus sama lagi macam berpuluh tahun lalu dengan sekarang cuma yang banyk beza ialah bayarn yurannya. Masa aku dulu kalau ambik lesen L mau kena rm100 tapi ni dah jadi rm380. Ada jugak sekolah memandu kenakan yuran rm400. Soalan ujian sama aje aku tengok tapi sekarang ni diorang kena jawab solan berkumputer. Itu jer.. alah senang je pun. Markah lulus 42 daripada 50 soalan. Dulu aku dapat markah 44/50. Lulus dengan sekali ambik je. Ok la target mau lulus cepat!

Senyum nina tu tandanya lulus lah tu.. alhamdulillah, sekali ambik ujian saja . Cayalah.. nina dapat 46/50.  Bagus.. ada orang lain yang tak lulus beberapa kali datang, nasib tak sebelahi mereka.

Aku ni dah lama nak bersara dari jadi driver, tak sabar tunggu nina dapat lesen kereta. Take over bila aku penat memandu jarak jauh. Moga dipermudahkan .. lagi cepat lagi bagus. Senang la nanti aku dan mamaD duduk seat belakang. Hurmm.. sabar. 








Berkomplot di lautan dalam perancangan Trip tahun 2017


Masa yang cantik dan sesuai untuk keluar trip mencandat sotong dan memancing ikan di lautan


Akhir bulan Mac bawa kepada awal April dan bermula semula pada bulan Ogos sehingga September 2017 adalah masa yang cantik dan sesuai untuk keluar trip mencandat / memancing ikan di laut dalam. Ini apa yang dikongsikan oleh saing ambe di Kuala Terengganu, bila ditanya masa yang paling bagus untuk mengadakan trip, dan katanya tempahan bot-bot dah makin rancak

Tahun depan kami punya program, berkemungkinan aku akan set 2 kali, itupun kalau tak ada aral.. apa pun perancagannya kena buat betul betul.

Aku ada infokan status kat fb,  berkenaan trip pertama kami tahun hadapan adalah pada hujung bulan April. Plan dah buat, aku dengan kawan kawan lama masa kat Ipoh dulu nak berjumpa. ada antara kami yang tak pernah berjumpa langsung selepas belajar dulu. Geng PUO '92. huh memang lama dah tu.. Tak pernah jumpa, walau tinggal dalam Malaysia tetap tak sempat berkomplot juga. Masing-masing sibuk dengan hal semdiri, maka dirancangkan tahun 2017 kami berkomplot di lautan.

Bulan April nanti adalah trip mencandat aotong dan memancing. Bot dah siap ditempah. Cuma ahli komplot belum cukup. Kami sewa pakej candat & pancing 2 hari di lautan. Ausah nak ajak berramai macm ni.. harap boleh menjasi kenyataan.

Bot aku booking adalah bot yang sama aku naik dengan family masa pergi candat sebelum ni. Sebabkan tak puas dan geram punya pasal.. nak naikkn sotong banyak, tahun dwpan turun lagi sekali. Kali ni dengan geng lelaki semuanya rakan karib .

Bot memang cantik dan tekong pun best!. Terdapat banyak lgi bot yang dikelola, korang yng berminat boleh ricky2 blog sebelh ni :

Bot ini boleh muat peserta seramai 15 orang ; lokasi jeti di Chendering Kuala Terengganu.

Ada orang minatnya pergi melancong, ada orang sukanya mendaki, berkayuh dan ada.orang hobinya suka makan. Macamtulah dengan aku.. lagi 4 bulan nak ke sana.., banyak benda kena prepare.

Dan satu lagi trip selepas itu akan dibuat, trip memancing pelantar minyak, pakej  4 hari 3 malam atau 3 hari 2 malam. Huh ini memang suatu yang belum pernah dirasai,  Aku kendalikan pakej jer tapi belum ada pengalaman ini. Memamg mengharapkan sangat bila tiba masanya nanti iaitu minggu akhir bulan Ogos, geng exPUO'92 akan berkomplot lagi.


Pemandangan dari atas bot sekitar pelantar minyak