Kena nampak hensom selalu.. jaga penampilan diri. Untuk apa?

Sampai bila nak camni ?

Umur di kala 40an ini memang kena jaga betul-betul. Kena nampak hensom selalu.. jaga penampilan diri. Untuk apa? diri sendiri yang tahu jawapannya.

Hati makin senang, berat badan makin cepat naik. Tapi, setakat ini alhamdulillah kesihatan masih di tahap memuaskan. Aku sudah buat pemeriksaan kesihatan dan keputusan semuanya okay.. cuma tang kandungan kolestrol ada sikit lebih. Kalau maintain buat senaman, doktor kata tak perlulah makan ubat pil. Boleh juga nak makan ubat tapi ini untuk orang yang sudah berusia 50an ke atas dan tak larat nak buat senaman.

Terbaru aku amalkan makan jus Qalbi Al-Ehsan, memang power dia lain macam sikit. Bertenaga satu badan jadi fresh bila bangun dari tidur malam. Sebelum ini aku cuma ke gym 2 kali seminggu , main ping pong dan jogging kalau sempat di masa cuti hujung minggu.

Umur dikala 40an ini memang kena jaga betul-betul. Selalunya kalau orang sihat sebelumnya pun akan kenampakkan sakit-sakit  bila usia mencecah 40. Untuk kekal sihat kena lah jaga dari semua segi, baik pemakanan dan juga aktiviti harian. Buat kerja rumah pun dah okay janji boleh berpeluh sihat. Patut amalkan budaya sihat. Cuba ingatkan bila terasa sakit jangan senang-senag nak makan ubat tahan sakit. Ubat tahan sakit cukup bahaya dalam tempoh jangka masa panjang nanti jika tidak diambil mengikut peraturan yang dibenarkan oleh pakar perubatan.. Bahayanya boleh mendatangka masalah lain terutama kepada ginjal kita.

Sering kita lihat, ramai orang mengadu sakit dan lenguh-lenguh badan terutamanya sakit lutut jika sudah berusia. Sakit pinggang bagi ibu-ibu mengandung dan sakit-sakit sendi bagi mereka yang bersukan lasak. Sebenarnya sudah ada dipasran jual ubat yang boleh guna dibahagian luaran (tanpa makan), ubat tahan sakit malahan ia boleh melegakan segera sakit pinggag, sakit sendi, sakit lutut. Aku bagi contoh yang sangat popular sekarang ini ialah spray Biobax. Sampai bila lagi nak tanggung kesakitan.

Adakah sudah berubah?

Di usia 40an ini lah kalau kita boleh tengok seseorang itu melakukan perubahan dalam fasa kehidupannya. Masa-masa ini lah yang berkelakuan kurang baik mahu berubah menjadi hamba Allah yang lebih baik, itu dari segi tingkah laku. Begitu juga dengan amalan hidup dalam bermasyarakat dan tanggungjawab kepada agama. kalau tak berubah banyak ! sikit mesti ada perubahan itu..percayalah. Mana mungkin sama perangai yang dulu dan kini, mesti ada perubahan.

Cuba kita melihat ke dalam diri.. ini sekadar peringatan pada diri ini dan amnya kepada semua pembaca.. Apakah kita sudah beubah? kalau ikutkan nak berubah menjadi lebih baik dari sebelumya, maka kita tak perlu nanti orang suruh dan tak perlu tunggu umur 40.. kan !

Sampai bila nak camni ??




Sambal kerang dengan nasi lemuni


Semalam post kat IG tu cuma hint aku je kat wife supaya kalau dapat dibuatkan. Rupaya memang mamaD tergerak hati nak buatkan kami sekeluarga sarapan pagi ini menu Nasi lemak daun lemuni. Dah lama tak makan terigin pulak. Kali ni mamaD tak buat sambal sotong atau sambal udang macam yang selalu dia pernah buat ; Nasi Lemuni Sambal Udang


Sambal kerang jadi pilihan, sebab selalu kalau mamaD.. dia memang suka sangat sambal kerang kalau makan-makan nasi lemak di luar. Tapi sebenarnya lagi best dan jimat bila boleh buat sendiri. makan pun puas. Sambal kerang kat kedai makan tu harganya boleh tahan jugak mahal, di sebabkan harga pasaran kerang mentah sememnagnya mahal maka cara jimat dan nak puas makan adalah masak sendiri..







Minyak Wangi Syahirah. Tak rugi beli dengan harga yang sangat berpatutan


Risau aku dibuatnya.. mana taknya! kalau pakai minyak wangi Syahirah nanti ada orang terpana mata sekaligus mencipta memori manis mengenai si pemakainya. Aku risau sebab yang pakai tu anak gadis aku.. haha. Ok adik (Hanisnazli) sembur sikit sudah ya.. Islam kata, kalau nak berwangi sekadarnya sudah la terutama bagi wanita. Kena tau tu batas-batasnya dalam tatacara pemakaian minyak wangi dalam penggunaan harian. Siapa tak teruja dengan wangian baru dari Syahirah kan .. korang baca seterusnya ;
Hanisnazli, 16
Syahirah Vitalis Eau De Cologne juga diperakui Halal oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI), menjadikan ia selamat untuk digunakan pengguna beragama Islam. Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne diolah dengan warna-warna berani dan terang bagi membezakannya mengikut karakter tersendiri. Koleksi wangian terbaru ini hadir dalam empat haruman yang tersendiri serta mengikut karakternya iaitu:

Koleksi Terbaru Minyak Wangi Syahirah


Minyak wangi syahirah pilihan wanita malaysia
1. Haute Couture (merah)
Percaya pada diri bersandarkan keyakinan tinggi merupakan asas pertama dalam mendepani cabaran harian bagi meraih kejayaan. Kombinasi haruman bunga-bungaan, kayuan dan dedaunan kehijauan di dalam Haute Couture menyerlahkan kesegaran dan kecantikan dalaman yang membantu menggandakan keyakinan diri bagi mencapai kejayaan dalam hidup.

2. Femme Chic (biru)
Kombinasi haruman buah-buahan dan bunga-bungaan eksotik meliputi kemanisan nektar, mangga dan strawberi bersama jambangan bunga menawan serta adunan kesturi vanila yang sensual pasti meninggalkan haruman yang berpanjangan. Ia melambangkan nilai elegan, tidak hanya dinilai berdasarkan busana mewah yang disarungkan, malah turut diserlahkan menerusi kecantikan aura dalaman diri anda.

3.Celebrite (oren)
Haruman dengan esen bunga-bungaan dan buah-buahan ini akan membuatkan anda menjadi tumpuan orang di sekeliling dengan aromanya yang unik sekaligus membolehkan anda mengejar impian dalam menjadi persona hebat ketika melangkah di karpet merah dan menjadi bintang popular. Karakter anda sebagai wanita popular akan menyerlah dalam setiap semburan, membebaskan sisi dalaman anda sebagai seorang bintang kepada dunia.

4.Glam Star (hijau)
Haruman yang melambangkan nilai glamor, ceria dan pesona yang menyenangkan apabila menjadi tumpuan ramai atau individu yang menghidupkan kerancakan sesebuah parti. Terdiri daripada esen-esen bunga-bungaan dan buah-buahan hijau segar, wangian ini akan menjadikan anda tumpuan ramai dan kelihatan glamor di mana-mana acara social ataupun ke mana sahaja anda melangkah dalam kehidupan seharian.

Di antara ke empat-empat koleksi minyak wangi Syahirah di atas, aku lebih gemarkan wangian Glam Star. Korang juga boleh cuba sendiri. Tak rugi beli dengan harga yang sangat berpatutan. Jika di Indonesia, selepas pelancarannya, Syahirah telah menjadi pilihan haruman paling nombor satu! Jenama Syahirah juga bakal menerajui pasaran terhebat minyak wangi di Malaysia.
Haruman yang mampu mendominasi pasaran Malaysia. Minyak Wangi #syahirah Khas untuk wanita..

Minyak wangi Syahirah Vitalis Eau De Cologne dijual pada harga RM19.90 untuk botol bersaiz 100ml dan boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi utama. Dapatkan segera untuk setiap semburan pasti anda mampu.. “serlahkan pesona meraih bintangmu”.




Jus Qalbi Al-Ehsan pembersih kolestrol


Lama dah aku tunggu bila nak mencuba supplmen yang dikatakan semakin mendapat perhatian ramai. Sejak para blogger Malaysia mula tayang-tanyang kat blog dan media sosial mereka, melalui review mereka aku lagi semakin teruja nak beli dan mencubanya. 

Minggu lepas, Jus Qalbi Al-Ehsan sudah sampai ketangan aku. Sebelum malam masuk tidur aku mulakan dengan minum sesudu. Selanjutnya aku akan ceritakan, korang teruskan membaca di sini untuk info lanjut Jus Qalbi Al-Ehsan.
Mula2 tak suka lama2 suka... dah setengah botol dah ! Bau bawang putih tu.. #jusqalbi utk kelangsingan tubuh #jusqalbialehsan juga utk kesihatan jantung .

Jus Qalbi Al-Ehsan boleh menurunkan kolestrol dan menjadi agen pelangsingan semulajadi


Jus Qalbi Al-Ehsan adalah minum supplemen yang mampu menjana tenaga tambahan serta kaya dengan Vitamin C yang baik untuk mencantikan kulit serta sistem imunisasi dan sistem penghadaman. Selain itu, Jus Qalbi Al-Ehsan boleh melancarkan peredaran darah, menguatkan fungsi jantung serta agen pelansingan badan semulajadi yang terbaik. Jus Qalbi Al-Ehsan ini diformulasikan daripada 5 bahan asli semulajadi terpilih dan ianya 100 % tanpa bahan pengawet tiruan. Kandungannya terdiri dari campuran cuka epal, bawang putih, madu, halia dan lemon. 





Jus Qalbi Al-Ehsan ini sedap diminum begitu sahaja serta sangat lazat dan berkhasiat dicampurkan sebagai perisa dalam penyediaan minuman harian seisi keluarga. Kalau aku, pada mula pengambilan memang agak sukar untuk menelan jus ini, tetapi selepas beberapa kali ianya sudah jadi biasa dan mudah. Cara pengambilannya amat mudah, perlu minum 1 sudu makan sebelum sarapan dan 1 sudu makan sebelum tidur malam. Untuk minum Jus Qalbi ini harus digunakan sudu plastik sahaja ini kerana untuk mengelakkan khasiat madu yang terdapat dalam jus ini hilang. Untuk mengekalkan kesegaran Jus Qalb Al-Ehsan ini perlu di simpan dalam peti sejuk setelah di buka.

Jus Qalbi Al-Ehsan telah terbukti dan berupaya untuk menurunkan kandungan kolestrol dalam badan. Selain itu juga mampu membaik pulih dan merangsang sistem peredaran darah serta mengurangkan risiko yang berkaitan dengan komplikasi jantung, stroke, sakit dada, darah tinggi dan kebas anggota badan jika diamalkan secara berterusan.

Antara Khasiat lain Jus Qalbi Al-Ehsan ini ialah:
· Mencuci dan Membuang Kolesterol
· Merawat Masalah Saluran Jantung Tersumbat
· Mencegah kompilasi jantung
· Menyingkirkan Toksin Dalam Badan
· Melancarkan Peredaran Darah
· Menurunkan tekanan Darah Tinggi
· Melancarkan sistem pernafasan
· Menghindari Penyakit Strok
· Mencairkan lemak
· Mengurangkan Serangan Gout
· Membuang Angin dalam badan 
· Mengatasi Masalah Selsema
· Meningkatkan Daya Pemikiran dan Minda
· Melegakan sakit-sakit badan dan sendi
· Kaya dengan Vitamin C
· Menurun dan melangsingkan badan
· Menambah tenaga
· Meningkatkan sistem immunisasi badan
· Kesihatan yang berpanjangan


Selepas beberapa hari mengamalkannya aku rasa cukup segar dan bertenaga. Korang yang mana sangat-sangat mengambil berat tentang kesihatan jantung, aku sarankan belilah dan cuba Jus Qalbi Al-Ehsan ini. Harga sebotol Jus Qalbi adalah RM 79.00 (SM)/ RM 89.00 (SS)

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Tel: 03-45678901 / 013-45678901
Website: Jus Qalbi Al-Ehsan
Email : official@algaepark.com.my
Facebook : Jus Qalbi Al-Ehsan