Nina dengan BIOBAX untuk Selsema !


Senyum Nina bila bergaya dengan BIOBAX, katanya..  "ini kan untuk orang tua2 jer guna..."
haha gelak besar Nina. Aku tak paksa anak-anak jadi model product review, tapi diorang tu sebenarnya memang fotogenik bila bergambar. Jadi tengok mood diaorang jugak, ada masanya tak perlu mintak diaorang yang nak offer diri. 
Biobax untuk melegakan selsema
Ninanazli, 19 ~ Nina guna biobax untuk selsema
Kali ni giliran Nina, bersama kotak Biobax spray. Dia kata .. "boleh kalau Abah nak masukkan dalam blog abah tapi separuh muka nina dah la. Fokus kat produk saja". Emm Nina dah pandai demand. Sikit hari lagi nak mintak jadi 'model berbayar" lah tu. 

Nina dan Hanis, dua beradik yang memang suka sangat bergambar. Senang la kerja blog aku nanti.. kan. Tapi Hanis agak pemalu dan pendiam sikit orangnya berbanding kakak Nina. Ikut style mamaD lah kalau tang pemalu tu dan kalau suka bergambar tu mungkin ikut aku. Mungkin!

Biobax Spray adalah untuk kelegaan segera


Okay, ini untuk info kepada pembaca yang belum mengenali produk BIOBAX yang dipegang oleh Nina seperti dalm gambar. Biobax Spray adalah untuk kelegaan segera, sakit-sakit biasa, sakit otot & sendi yang biasa seperti :

1. Sakit Belakang / Pinggang
2. Sakit lutut
3. Terseliuh
4. Lenguh-lenguh
5. Selsema / Resdung

Nak order dan bagaimana cara guna BIOBAX boleh whatsapp 017-4009726





Minyak Yu Yee Cap Limau ..Ini lah bagusnya pengalaman lalu yang sangat bermakna.


Ada segelintir ibu-ibu muda zaman sekarang ini memang tak kenal akan jenama minyak kembung perut bayi, malahan ramai yang blur apabila ditanya. Minyak yang sangat masyhur sejak kita kecil lagi. Ada juga mereka yang hanya 'kenal' aroma minyak tersebut berbanding namanya. MINYAK YU YEE CAP LIMAU !

Dula mak guna untuk kita masa bayi. (mak kita la cakap) "kau kerap nangis malam, mak sapu minyak yu yee". Bila kita dah menjadi abang/kakak kepada adik-adik, kita jaga mereka, kita tolong mak sapukan minyak pada tapak kaki, belakang betis, ari-ari dan sekitar perut adik selepas adik dimandikan.. ingat lagi tak?

(mak kita cakap lagi) "minyak ini bagus, nanti beli dan simpan, guna bila perlu.. Banyak kebagusannya"

Sekarang kita sudah berkeluarga. Kita sudah mempunyai cahaya mata sendiri. Bayi kita menangis tanpa sebab dan kita jadi risau tak tentu arah apa nak buat.?Periksa lampin, lampin tak  basah. Bayi lapar? tapi tadi baru je bagi minum susu. Pegagng perut bayi nampak macam keras sikit, cuba ketuk perlahan ...haaa ada bunyi dalam perut ada angin! Pasti ini puncanya.

Ini lah bagusnya pengalaman lalu yang sangat berhaga buat kita.

Minyak Yu Yee Cap Limau sentaisa menjadi sahabat baik bayi

Minyak Yu Yee (Yu Yee Oil) Cap Limau
Kebanyakan ibubapa tentu  merasa bimbang tentang banyak perkara  mengenai bayi mereka. Korang yang belum kahwin tunggulah  masanya akan tiba. Kalau mak mertua korang tanya pasal minyak kembung perut bayi, korang cakap la yang korang memang ada pengalaman dengan Minyak Yu Yee Cap Limau, pasti dia tak risau bab korang jaga cucunya nanti.

Minyak Yu Yee Cap Limau berkesan untuk bayi melegakan keadaan kembung perut, sakit dan ketidak selesaan. Sapukan Minyak Yu Yee Cap Limau untuk bayi kita. Bila bayi kita selesa, tidurnya akan nenyak dan ikita pun akan dapat tidur malam yang secukupnya. Lega hati dan gmbira rasa bila Minyak Yu Yee sentaisa menjadi sahabat baik bayi kita.

Minyak Yu Yee Cap Limau juga berkesan untuk semua peringkat umur. Kalau boleh disapukan pada bayi apatah lagi untuk orang dewasa, boleh sangat ! Minyak Yu Yee mampu melegakan otot dan sakit sendi Ia Juga berkesan melegakan kulit gatal, sakit kepala dan kelesuan. Aroma limau yang menyegarkan dapat memberikan keselesaan kepada pengguna.
Perkongsian pengalaman dengan Minyak Yu Yee Cap Limau di instagaram saya  
Minyak Yu Yee Cap Limau (10ml) milik keluarga saya

Minyak Yu Yee Cap Limau boleh didapati di farmasi dan kedai-kedai yang sedia ada di pasaran. Minyak ini dipasarkan dalam kandungan botol bersaiz 10ml, 22ml dan 48ml. Sedikit informasi tambahan ; Minyak Yu Yee Cap Limau diperkenalkan pada tahun 1860 dan sudah berada di pasaran selama 153 tahun dari generasi ke generasi. Dijamin Halal oleh JAKIM.

Ada sesiapa pembaca sini nak share info berkenaan Minyak Yu Yee Cap Limau? 
Korang dialu-alukan untuk berkongsi pengalaman.. terima kasih.


Antara tomyam dan kari?


2 minggu lepas kami ada family dinner "Nasi Kapal Karam" kat Meru Klang. Dalam menu tu ada isi ikan siakap yang lembut dan manis, sedap sangat di tekak aku. Manisnya dan sedapnya, itu disebabkan telah masuk kuah tomyam special dari restoran tersebut.

Hari ni, lepas jogging pagi tadi kami berdua terus ke pasar. Aku teringin nak makan siakap masak berkuah. Beli lah sekor siakap saiz biasa berat tak sampai sekilogram. Cukuplah lauk untuk hari ni.. Alhamdulillah.

Antara tomyam dan kari? MamaD tanya aku. So aku pilih nak makan kari mamak style. Taknak letak santan. Insaf hurmm. Baru lepas jogging memang rasa insaf nak makan berlemak dan makanan berminyak ! Konon.. Haha

Siap dah tu siakap masak kari style mamak. . Memang best !
Cukup mudah bagi mamaD nak sediakan, dia dah expert buat kari mamak. Memang patut aku puji masakan2 di #mamaDcafe.

Isi ikan siakap tu lembut sangat dan terasa manis walau masak kari. Aku suka tang kepala dan perut. Isi siakap memang best bahagian tu.. Cuba la. Tapi kalau kat kedai jarang orang buat siakap masak kari. Itu pasal aku mintak mamaD masakkan. 




Aku rasa dia perli aku dah !


Mungki sebab selalu sangat kami bila oder makan mesti nak share sepinggan. Ada mulut jahat suka kata kami kedekut, makan pun nak share2.. 
Bihun hailam melempah ruah!

Kali ini bila sampai je bihun hailam.. Nah kau melimpah kuah penuh pinggan, sikit lagi nak meleleh di bibir pinggan. 

Bibir aku dah memang nak leleh dah.. Nak je aku tanya kenapa serve kami macam ni? Tapi mamaD tak bagi.. Makan ja la, mungkin pinggan besaq kat dapur dah kehabisan .. Mungkin la kot kata mamaD.

Nasib baik kuahnya sedap.. Bihun tak keras dan lembik sangat.. kira sesedap rasalah. Boleh bagi 3/5 bintang. Cuma tang servis malam ni diorang agak failed.

Aku rasa dia perli aku agaknya.. Tak apalah., jangan risau kami akan datang lagi. Tak ada yang untungnya hidup berdengki..