MAHA 2016 BOOTH D18, HALL C Jus Qalbi Al-Ehsan


1 Disember hingga 11 Disember 2016 merupakan pameran MAHA 2016. Apa yang menarik di MAHA 2016, MAEPS Serdang ini? Sebaiknya jangan lepaskan peluang ke MAHA 2016 Booth D18, HALL C (International Hall) MAEPS, Serdang Selangor.

Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAHA 2016 kini kembali bersempena tepat pada cuti sekolah tahun ini. Pameran MAHA 2016 akan diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor mulai dari 1 Disember sehingga 11 Disember 2016. Pameran ini akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kepada para ibu bapa yang tidak tahu untuk pergi ke mana-mana pada bulan hadapan, inilah kesempatan yang terbaik untuk membawa anak-anak berjalan-jalan sewaktu cuti sekolah.

SEBAB APA HARUS KE BOOTH D18, HALL C (International Hall) MAEPS, SERDANG SELANGOR?

👉Sementara offer, boleh belikan untuk yang tersayang, mak, abah. Sebagai hadiahkan buat mereka sebotol satu Jus Al Ehsan. Alhamdulillah mereka dah pekena sebotol, nampak efeknya.
👉Semasa program MAHA 2016 ini berlangsung. Ada harga istimewa potongan DISKAUN sehingga RM73. Banyak tu RM73. Rugi tak grab !
👉Dan, selain itu ada banyak VOUCHER potongan diskaun untuk pembelian lain.

KENAPA PERLU JUS QALBI AL-EHSAN?

Ada banyak kelebihan dan kebaikan Jus Qalbi Al-Ehsan.

FAKTA !!! SETIAP 1 JAM 6 ORANG RAKYAT MALAYSIA KENA SERANGAN JANTUNG DAN STR0K


KOLESTEROL tinggi memang masalah yang amat ditakuti kerana ia boleh menyebabkan penyakit jantung, stroke dan sebagainya tanpa kita sedari.. Ingat, orang yang kurus juga berisiko mempunyai kolesterol tinggi jika tidak mengawal pemakanan mereka..

TANDA-TANDA KOLESTEROL TINGGI

🔹     Sering berasa kebas-kebas pada kaki.
🔹Timbul bintik-bintik putih (biji kolesterol) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.
🔹Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.
🔹    Sering berasa sakit kepala.
🔹Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
🔹 Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.
🔹Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. 

Ini menunjukkan kadar kolestro terlampau tinggi. Jadi, jika ada mempunyai tanda-tanda seperti inj. Jom cepat lakukan pemeriksaan doktor dengan segera. Sebaiknya lakukan lab Ujian Kolesterol untuk memeriksa tahap kolestrol anda.

Kawal KOLESTEROL... baru sihat!

Jangan lupa tunjukkan VOUCHER ini juga ketika ke Booth Jus Qalbi Al-Ehsan di D18, HALL C (International Hall) MAEPS, Serdang Selangor.



Keterangan lanjut boleh layari atau hubungi :

Telefon / Whatsapp : 018-373 9021 / 017-730 0366 / 012-6460421
Fb : https://www.facebook.com/pencucikolestrol/
Ig @qalbialehsan : www.instagram.com/qalbialehsan


Naik Tram Keliling Kampung


Tram.. Apa tu? Kalau kat sini masa kami berada di kampung Sungai Haji Dorani Sungai Besar Selangor. Ada sebuah traktor dengan gandar di bahagin belakang ditarik. Gandar boleh muatkan penumpang seramai yang boleh. Ada tempat duduk semacam naik bas atau keretapi. Alah korang ni buat susah je aku explain. Biasa kan naik tram? Kalau dalam zoo atau taman reakrasi yaag berkeluasan besar mesti ada disediakn tram untuk memudahkn pengunjung melawat kawasan.  Kat sini pun macam tu laa..

Menaiki Tram Keliling Kampung 


Pihak homestay ada menyediakan khidmat yang termasuk dalam pakej Family Day iaitu menaiki tram ronda kawasan kampung.
Dorani homestay
Ini la dia tram, lebih laju dari kereta lembu.. Naik dalam kampung memang jadi perhatian

Masih lagi di hari pertama kami di sini. Petang selepas solat zohor, makan dan berehat rehat sekejap, kami menunggu tram tiba depan chalet. Cuaca petang agak mendung dan sesekali hujan gerimis. Tak jadi halangan sebenarnya malahan kami rasa suka lagi bila air hujan gerimis tempias membasahi muka semasa naik tram melalui jalan kampung.
Macam best, ya ..memang best naik tram keliling kampung
Dari sebuah desa ke sebuah desa, enjin tram dan keriuhan kami melalui jalan rumah kampung, ada juga orang kampung melambai tangan mengalukan kehadirn kami. 

Momen segar di ingatan, semunya melihatkan keindahan pemandangan sawah luas nan menghijau terbentang. Kebetulan kami di musim padi baru berputik. Ada juga sebahagian petak sawah di mana pokok pokok padi masih baru menghijau, orang kata pokok padi dara.. Emmm. Kami kami yang dewasa sebenarnya taklah hairan sangat dengan sawah padi, tapi program macam ini lebih kepada untuk genarasi baru, genarasi anak anak kami. Nampak di wajah masing masing seronok dan teruja. Walaupun sawah bendang tok wan depa sendiri ada tapi tak pernah jejak kaki.. Itu lah hakaikatnya.
 Cuaca mendung, kalau macam ni selalu boleh lepak di tepian sawah menhirup udara segar
Pokok padi masih dara lagi..
 Sempat lagi tu.. Qasehzamri n the gang. Tak lepas peluang

Tonton di live video facebook ..
Momen indah yang masih segar ini aku abadikan dalam video, korang boleh juga tonton di live video facebook .

>> Cerita hari pertama di Sungai Besar

Maklumat berkenaan homestay  :

Inap D'bondang Homestay
En. Khairul Anuar Yaacop
Aalamat : Jalan Paket 60, Sungai Haji Dorani Sungai Besar, 45300 Selangor
Tel : +6019-2198184

Dorani Homestay
En. Abd Rahman Daud
Tel: +6013-6077025
Alamat: Pusat Homestay Parit Satu, Sg Haji Dorani, Sungai Besar, 45300 Sabak Bernam



Upah Haji dan Umrah 1438 H /2016 - 2017 M telah dibuka untuk pendaftaran.



Assalamualaikum wbt ;

"Sahabat saya, Tuan Haji Mohd Huzairi .. Tuan haji adalah juga rakan sekelas semasa sekolah menengah dahulu di Nibong Tebal, Seberang Perai .Penang. Kami sama-sama ambil kursus elektrikal di SMV di sana. Kursus letrik sampai ke Mekah ya tuan alhamdulillah... aku bangga dgn hang tuan haji. Bangga dengan apa yang diusahakan sekarang, semoga Sinar Hijrah terus bersinar dan terus maju..."
Okay, tuan puan kalau nak berurusan berkenaan upah haji & umrah boleh terus dengan sahabat saya ini, terutamya bagi mereka yang tinggal di kawasan utara semenanjung. Insya Allah segalnya berjalan lancar.


PERNIAGAAN SINAR HIJRAH - (PG 0244960-D) adalah sebuah Syarikat bumiputera Muslim yang berdaftar sejak tahun 2009 menjalankan perniagaan menjual barangan Ibadah Haji & Umrah,serta memberi khidmat Upah Haji & Umrah.
PERNIAGAAN SINAR HIJRAH


Pendaftaran untuk Upah Haji dan Umrah


Pendaftaran untuk Upah Haji dan Umrah bagi tahun ini 1438 H /2016 - 2017 M telah dibuka.
Khidmat upah hanya RM 1800.00 bagi Upah Haji & Umrah.
Tempat terhad hanya untuk 50 pendaftaran awal sahaja.

Kami menguruskan bagi: 
1) Arwah yang tidak pernah mengerjakan ibadah Haji & Umrah semasa hayatnya.
2) Serta bagi orang yang sakit tua dan juga terlalu uzur.
3) Atau sakit yang tiada harapan untuk sembuh.

Pendaftaran boleh dibuat di :
a)  Di tempat Kursus Umrah - Masjid
b)  Di kediaman anda - Lokasi anda
c)  Di kediaman saya

Cenderahati:
1) Sijil Perlaksanaan
2) Tasbih
3) Sejadah
4) Kurma
5) Kismis
6) Al -Quran 1 Naskah
7) Minyak Wangi
8) Serban & Kopiah (Lelaki)
9) Telekong (Perempuan) * Zikir Tahlil & Bacaan Al Quran untuk arwah.

Juga memberikan perkhidmatan :
UPAH BADAL UMRAH = RM 600.00
WAQAF AL QURAN DI MEKAH = RM 50.00 senaskah
ZIKIR TAHLIL & BACAAN AL QURAN = RM 5.00 1 Nama
KENDURI DI MEKAH = RM 10.00
PAKEJ UMRAH BERJADUAL SEPANJANG TAHUN.

InsyaAllah kami akan menjalankan amanah ini dengan baik dan sempurna serta penuh tanggungjawab.

Tarikh tutup pendaftaran:
23 OGOS 2017 M
01 ZULHIJJAH 1438 H

Sila hubungi:
Haji Mohd Huzairi Bin Haji Mohamed.
014-711 8055
019-594 6224

Hajjah Zaiton Binti Ramli
019-516 6924
012-456 4262

Perniagaan Sinar Hijrah
No.1002 ,MK 3,Bukit Indera Muda,
Jalan Kubang Semang,
14400, Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.

No.Tel Rumah:
04-530 7740

klik iklan fb :
https://m.facebook.com/groups/455700457793827?view=permalink&id=1314458578584673


Inap D'Bondang Homestay menjadi pilihan


Familay Day kami di perkampungan sawah padi sekitar Sungai Besar Sabak Bernam Selangor


Family Day yang kami rancang sejak beberapa bulan lepas dan akhirnya dengan kata sepakat 26.11.2016 lalu, hari Sabtu bermula selama 2 hari 1 malam kami bercadang buat di Dorani homestay. DORANI HOMESTAY jadi pilihan sebab tarikan utama ke sini adalah persekitarannya dekat di hati. Kampung Sungai Haji Dorani, Sungai Besar Sabak Bernam Selangor ini seakan-akan mampu menggamit kenangan masa kecil kami sewaktu masa dulu dengan suasana kampung dan bendang sawah padi. Asalnya kami semua dari kampung dan datang melawat kampung sebegini supaya senarionya tidak akan dilupakan oleh genarasi seterusnya. Mungkin ada di antara generasi anak-anak kita yang tak kenal macam mana rupa bentuk pokok padi? Pokok beras? Dan beberapa aktiviti kampung yang unik dan sangat menarik.

Kami Tak jadi menginap di Dorani Homestay !


Kami kurang bernasib baik, Dorani Homestay sudah penuh ditempah! Disebabkan menunggu masa agak lama untuk kami buat pengesahan kehadiran dipermulaannya., Kami agak terlewat, maka pihak Dorani homestay telah membuka tempahan kepada pihak lain. Walau bagaimana pun ianya tidak mengecewakan, organizer family day kami telah berjaya mendapatkan homestay di sini dengan bantuan pengelola Dorani Homestay. Akhirnya kami tetap ke sini juga dan kami ditempatkan di homestay lain berdekatan kampung sekitar. 

Inap D'Bondang Homestay menjadi pilihan 


Inap D'bondang Homestay adalah sebuah homestay ala-ala kekampungan dulu-dulu yang mana di sekelilingnya adalah sawah padi. Perasanku jadi terimbau terkenangankan masa lalu. Aku sangat teruja bila sampai di sini. 
5 buah chalet lengkap dengan 1 katil queen, aircond, kipas, tv, peti sejuk dan bilik mandi
Rumah inap 2 bilik, lengkap dengan 1 katil queen, aircond, kipas dan bilik mandi di setiap bilik. Ruang balkoni untuk keluarga bersantai dan boleh juga untuk solat berjemaah. Terdapat juga sebuah menara tinjau di belakang untuk pengunjung melihat keindahan pemandangan sawah padi
Family day kali ni di sebelah pihak family aku. Dah lama kami tak buat, last sekali tahun 2013 kalau tak silap. Kali ni Qaseh Zamri yang juga pemilik butik QasehZamri.Co jadi organizer. Kami yang lain hanya support mana yang patut.

Waze ke Inap D'bondang Homestay


Dari Banting, mamaD dan anak-anak dah ready sejak awal lagi. Jam 8.30 pagi lagi sudah bergerak dari rumah. Sebelum teruskan perjalanan ke Sungai Besar, aku singgah di Rawang, COD Biobax spary customer. permintaan dari customer yang perlukan segera Biobax. Selesai urusan cod, kami terus ke destinasi yang sebenar. Dari Rawang ambil masa hampir 1 jam lebih perjalanan berkereta ke Sungai Besar. Aku guna apps waze untuk melancarkan perjalanan. Waze "Dorani Homestay" sampailah ke destinasi. Tapi untuk ke Inap D'bondang Homestay kena masuk melalui Jalan Paket 60 (atau waze Jalan Paket 60, Sungai Besar Selangor).

Sabtu 12.30 tengahari kami tiba di lokasi, sementara menunggu family lain tiba kami round dulu kawasan kampung. Mulanya agak mengelirukan sebab bila tiba di Dorani Homestay, ada kelihatan beberapa buah homestay lagi. Rupanya lokasi Inap D'bondang Homestay kena masuk ke dalam sikit lagi. Kami kesemuanya seramai 7 buah keluarga menginap di Inap D'Bondang Homstay. Jaraknya 5 minit jer dari Dorani Homestay.

Akhirnya, 2.00 petang kami check-in di Inap D'bondang Homestay. Pakej selama 2 hari 1 malam, 7 keluarga terlibat berkumpul, kira ini short vacation di awal musim cuti persekolahan anak-anak. Keseluruhan kami di sini seramai 35 orang.

Kelengkapan Inap D'bondang Homestay


Homestay terletak dalam kawasan berpagar di atas sebidang tanah luas, terdapat 5 buah chalet lengkap dengan 1 katil queen, aircond, kipas, tv, peti sejuk dan bilik mandi. Sebuah rumah inap 2 bilik, lengkap dengan 1 katil queen, aircond, kipas dan bilik mandi di setiap bilik. Ruang santai untuk keluarga bersantai dan boleh juga untuk solat berjemaah. Terdapat juga sebuah menara tinjau untk melihat keindahan pemandangan sawah padi, juga ada sebuah mini kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak. Di bawah bangunan menara juga disediakan lantai lapang sesuai untuk makan beramai-ramai dengan dilengkapi kemudahan asas dan juga dapur/ bbq pit .

5 buah chalet (3 unit + 2 unit kembar) lengkap dengan 1 katil queen, aircond, kipas, tv, peti sejuk dan bilik mandi ~ view dari menara tinjau. 

Kawasan luas untuk kemudahan parkir kenderaan
Walaupun kampung sendiri dah selalu tengok pemandangan cantik macamni  namun mata tak pernah puas untuk melihatnya lagi. Subhanallah 
 Mini kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak
Di bahagian bawah menara disediakan ruang lapang sesuai untuk makan beramai-ramai dengan konsp terbuka.. memag dapat menghirup udara segar dari arah bendang.
Bbq Pit serta kemudahan asas untuk bakar-bakar daging, ayam dan sebagainya..
Semasa berada di sini, kami berpeluang untuk melihat aktiviti masyarakat setempat melalui aktiviti ronda kawasan kampung dengan menaiki tram..

Di antara moment yang paling best sekli.... menikmati pemandangan sawah padi menghijau, indah sungguh ciptaan Nya Subhanallah.

Kita sambung lagi di sini :

>> Naik tram keliling kampung

>> Aktiviti mengagau ikan dalam sawah padi


Maklumat berkenaan homestay  :

Inap D'bondang Homestay
En. Khairul Anuar Yaacop
Aalamat : Jalan Paket 60, Sungai Haji Dorani Sungai Besar, 45300 Selangor
Tel : +6019-2198184

Dorani Homestay
En. Abd Rahman Daud
Tel: +6013-6077025
Alamat: Pusat Homestay Parit Satu, Sg Haji Dorani, Sungai Besar, 45300 Sabak Bernam