NICKELLSKIN Kosmetik Dari Kolagen Ikan Salmon Membuatkan Kulit Lembut Seperti Kulit Bayi


Serum yang pertama di Malaysia menggunakan teknologi farmasi dan kosmetik terkini dari Korea. Ia menggabungkan bahan termahal dan berkualiti dalam industri kosmetik dan telah digunakan secara meluas di kalangan selebriti di luar negara serta dianggap sebagai kolagen mewah kerana ianya diperbuat dengan menggunakan kolagen ikan Salmon yang dipelihara rapi dan berkualiti. Produk kosmetik dikenali dengan nama NICKELLSKIN .
nickellskin

■ Serum Triple Stemcell 

Gabungan teknologi farmasi dan APPLE, GRAPE & ARGAN STEMCELL (TRIPLE STEMCELL) yang terdapat di dalam NICKELLSKIN ini mampu memberikan hasil yang sangat luar biasa pada kulit manusia. Ini kerana kolagen ikan Salmon mempunyai protein kulit yang seakan sama dengan protein kulit manusia. Molekulnya sangat halus sehingga mampu menembusi lapisan dermis dan epidermis kulit manusia dengan amat baik sekali dan sekaligus meningkatkan keberkesanan produk ini. Kuasa TRIPLE STEMCELL nya pula mampu memperbaharui struktur kulit manusia dan menggantikan dengan kulit baru seperti KULIT BAYI.

Nickellskin berkuasa melembutkan kulit seperti kulit bayi


NICKELLSKIN merupakan serum yang telah dimasukkan kolagen di dalamnya seperti apa yang kita tahu kolagen berfungsi untuk melembutkan dan menganjalkan kulit. Kolagen kita sebenarnya semakin berkurangan apabila umur meningkat dan kulit yang kekurangan kolagen akan mudah kendur, kedut dan kasar. Kolagen ikan Salmon di dalam NICKELLSKIN berkuasa 10 kali lebih tinggi dari kolagen jenis lain yang ada di Malaysia.
nickellskin


■ Penyerapan maksima ke dalam kulit

Sodium Hyaluronate di dalam kulit mampu memaksimumkan penyerapan kolagen ke dalam kulit. Seperti yang kita tahu kolagen yang paling bagus adalah kolagen yang mampu menyerap dalam kulit dengan lebih sempurna. Sodium Hyaluronate dapat membantu kolagen dan bahan Triple Stemcell di dalam serum NICKELLSKIN menyerap lebih jauh ke dalam kulit manusia. Ianya lebih berkuasa daripada ASID HYALURONIC yang tengah top di pasaran sekarang. Jadi, NICKELLSKIN sebenarnya lagi ADVANCE TECNOLOGY.

■ Memperbaiki semua jenis kulit samaada kulit sensitif, kulit berminyak atau kulit kering

Tidak kira apa jenis kulit anda samaada yang jenis berminyak, kering atau sensitif, NICKELLSKIN mampu memperbaiki kulit anda. Ini adalah kerana Triple Stemcell & kolagen ikan Salmon dalam NICKELLSKIN mampu membunuh yis di dalam kulit manusia yang akan menyebabkan kerosakan kulit seperti kulit sensitif, berminyak atau kering. 

■ Memudarkan jeragat, parut, bintik hitam dan cela pada kulit

NICKELLSKIN mengandungi APPLE, GRAPE & ARGAN STEMCELL (TRIPLE STEMCELL) serta daun alovera & Cactus Extract yang merupakan anti-kanser dan mampu mencerahkan bahagian kulit manusia yang dah dicemari dengan JERAGAT, PARUT JERAWAT, BINTIK HITAM dan sebagainya. NICKELLSKIN adalah bebas dari bahan pencerah yang terlarang seperti MERCURY, PARABEN & HYDROQUINONE yang digunakan oleh kebanyak pengeluar produk pencerah di Malaysia.

Dengan NICKELLSKIN anda akan dapat rasai HASILNYAAA... KULIT JADI MULUS, GEBUS, FLAWLESS MACAM KULIT BAYI.

■ Mudahnya menggunakan NICKELLSKIN

Memang MUDAH SANGAT guna NICKELLSKIN ni. Tak perlu buang masa pakai toner lah, krim malam lah, krim siang lah, sunblock lah... KINI! semuanya dah digabungkan menjadi 1 dalam sebotol NICKELLSKIN
nickellskin

Dalam NICKELLSKIN ni dah ada TONER + MOISTURIZER + SERUM + SUNBLOCK SPF 35. So cara gunanya anda hanya perlu cuci muka macam biasa (gunakan pencuci Sabun muka Super Collagen) kemudian sapu je terus serum kat muka arah atas ke bawah dan tepuk-tepuk bagi meresap.


SETITIK SUDAH MENCUKUPI 

Tahukah anda? Kulit yang kering, sensitif, kusam dan tidak bermaya boleh menjadi punca utama penuaan berlaku sebelum usia. Ini kerana kulit ini sebenarnya sudah kehilangan kolagen yang diperlukan untuk mengekalkan elastik dan struktur pada kulit.
nickellskin

Dah puas jumpa Doktor atau Pakar kulit, tapi masalah kulit kering, sensitif dan ekzema tetap sama. Kalau ubat habis, masalah tu datang balik. Kos rawatan pula bukan murah, bila dihitung balik beberapa kali jumpa pakar kulit, kos mencecah RM1000++

Bukan ke dah banyak produk kat luar untuk kulit kering? 
Ya.. memang betul, tapi anda perasan tak mula-mula pakai produk ni, kulit kering dan sensitif memang akan jadi normal. Tapi jika anda teruskan pakai dalam jangka masa panjang, kulit anda akan jadi terlebih berminyak. Memanglah kulit kering jadi baik, tapi lagi teruk jika kulit berminyak dan jerawat mula tumbuh. NICKELLSKIN ni lain dari yang lain.. Kenapa? Ia pakar dalam memperbaiki kulit. Semua jenis kulit samaada kering, sensitif, minyak atau kombinasi akan diperbaiki secara menyeluruh oleh NICKELLSKIN. Ia lebih berkuasa dari yang lain kerana ianya lebih bijak menyesuaikan fungsinya dengan masalah kulit yang berbeza.

Siapa yang tak nak kulit cantik macam bayi kan? gebu, mulus, bersih, anjal dan lembut. Anda dah puas cuba macam-macam produk  tapi semua hasil suam-suam kuku je. Lagi leceh sebab nak kena pakai step 1,2,3... Ada masa ke nak tepek toner, moisturizer, krim siang lah , krim malam lah.. kalau terlupa satu step, hasil tak berapa berkesan... Sebulan habis beratus-ratus, masa habis berjam-jam untuk jaga kulit, tapi hasil sama je @ Srupa! kalau salah pilih produk pula, silap-silap kulit boleh nipis. Bila dah nipis tu yang mula naik bintik hitam dan wajah nampak lebih tua dari usia sebenar. Pengguna produk kosmetik sekarang kena hati-hati, ramai yang nak flawless gebu segera, tapi tak sedar selama ni bertahun-tahun dah tepek hydroquinone atau mercury kat muka. Efek nya jangka masa panjang nanti, kulit mula tumbuh bintik hitam, dan worst case scenario boleh sebabkan kanser kulit.
nickellskin

Produk Korea untuk wanita Malaysia; NICKELLSKIN kosmetik yang mampu menjadikan kulit anjal, lembut, mulus macam kulit bayi dan juga mampu lindungi kulit anda dari kanser kulit. 

Untuk pertanyaan lanjut berkenaan produk NICKELLSKIN, amda boleh hubungi maklumat seperti berikut :


Hotline : 017-3780217



Belajar teknik PELUK ?


Aku suka melawat blog Abe Din, dia selalu cerita bab si lembut dan.. kali ini buat pertama kalinya aku ambil teknik beliau kongsikan ini untuk pelanggan aku..ehh... jauh dah ni korang jangan salah anggap pulak ! tengok gambar dulu..

Aku cerita bab candat sotong ..kih kih. Pakej mencandat sotong, untuk tahun 2017 ramai yang tanya aku macam mana nak dapatkan hasil candat yang melipah ruah. Sejujurnya aku pun masih amatur lagi. aku konsikan dari pengalaman Abe Din ni untuk kita (yg berminat) sama-sama praktikkan..

Abe Din selalu sebut dalam blognya, berkenaan teknik TARIK-LEPAS-TARIK atau mudah sebut Teknik PELUK candat. Cara mencandat lebih kurang sama... cuma pencandat perlu lebih peka dan berhati-hati. Sotong kadang-kadang tidak begitu berminat untuk mengejar dan memegang candat. Kadang-kadang.. sotong akan mengejar, sentuh sikit dan terus lari. Tentunya perangai tak senonoh ini akan merugikan pencandat yang baik hati. 

Intai pula gambar kat atas nI. Cukup rakus sotong memuluk kemas jig yang dihulurkan..itulah teknik PELUK. Nak bagi jadi camni... korang kena aplikasikan proses TARIK-LEPAS-TARIK. Teknik ni aku belajar dari pengalaman...kadang-kadang 100% berkesan tetapi bukan pada semua keadaan.Untuk menggunakan teknik ini, korang perlu tarik jig atau karau pancing dengan lembut dan berhati-hati. Tujuannya hanya satu iaitu untuk mengesan sebarang tarikan yang berlaku. Pencandat profesional boleh menganggar saiz sotong hanya dengan merasa 'salam pertama' sotong ini. Kemahiran ini mudah dikuasai jika peralatan, tali, dan jig yang digunakan adalah sesuai.

Sebaik sahaja korang rasa jig korang dipegang sotong, terus korang tarik sekali dan lepas semula dalam beberapa saat (jangan terlalu lama) lebih kurang dalam kiraan tiga. Cara terbaik untuk korang melepaskan candat ialah dengan mengendurkan joran ke bawah dan tarikan kedua adalah bertujuan menaikkan sotong ke atas.

Secara kebiasaanya apabila sotong mula memegang jig, pencandat akan menahan joran dan mengarau pancing tanpa berlaku pengenduran tali utama. Pencandat juga tidak pasti bahagian mana yang terkena mata candat samada jejari primer atau sekunder. Pencandat hanya mengetahui apabila sotong sudah berada di permukaan air. Ini akan menimbulkan rasa cemas dan bimbang sotong terlepas.

Keterangan Teknik PELUK:

Sebaik sahaja sotong memegang candat. Henjut jig sekali. Jika joran keras buat henjutan sederhana. Henjutan keras boleh dilakukan jika joran anda jenis lembut. Tujuan henjutan adalah untuk memastikan mata jig tersangkut pada jejari primer sotong kerana sotong memulakan tangkapan menggunakan jari utamanya.

Merendahkan jorang bertujuan agar sotong menarik jig merapati jejari sekunder dan bahagian mulut. Perubahan jig dari jejari primer ke sekunder mengambil masa beberapa saat sahaja. Tarikan kedua adalah dengan andaian mata jig sudah berada di kawasan jejari sekunder yang lebih banyak atau di kawasan pangkalnya iaitu mulut. Selalunyanya pada peringkat ini semua jejari sotong sedang memeluk kemas jig udang. Tarikan kali kedua akan menyebabkan lebih banyak jejari sotong yang akan mengenai mata jig udang. Ini bermaksud risiko untuk sotong melepaskan diri adalah sangat rendah.


Teknik ini tidak semestinya berkesan di dalam semua keadaan. Jika sotong dalam keadaaan menggila atau 'galak' tentunya tiada masalah kerana hampir kesemua sotong cukup rakus menerpa dan memeluk erat jig.

Pesanan Abe Din ;
"Perlu diingat kita perlu banyak bersabor ketika belajar dan mengaplikasi sesuatu teknik. Niat perlu baik agar rezeki yang kita perolehi akan berkat. Seperti biasa, jangan lupa kongsi dengan orang lain samada teknik atau rezeki... jangan kedekut."

Untuk maklumat yang lebih mendalam , korang boleh juga lawati blog http://sotonglaut.blogspot.my/ Dan jika berminat nak turun mencandat di musim akan datang sila whatsapp/call saya seperti di banner iklan:
PAKEJ CANDAT SOTONG KUALA TERENGGANU 2017



Buat Senaman Sebelum Kena Penyakit !


Aku cuma lapang time malam. Lepas Isyak, boleh peluhkan badan dengang bersenam. Kalau rajin aku jogging 1 km, Aku gemar main pingpong, main pingpong wajib kena ada.. boleh 2, 3 game puas rasa dan lepas tu masuk  gym pulak.  Dapat dalam seminggu boleh buat 2 kali tu kira okay sangat la... 

Pakcik dah tua ni.. Dah tak larat macam 10 tahun dulu. Tapi pakcik nak kembalikan kekal sihat. Umur pakcik dah masuk 44 tahun 2017 tau..

Sebenarnya aku gagahkan jugak masa untuk bersenam. Kalau tak buat, badan rasa macam malas dan mengantuk sentiasa. Orang kata ikut faktor umur memang macam ni la. Sekarang ni sebolehnya aku cuba jadi sihat dan nampak ceria selalu.. Nak bersenam jangan tunggu tua baru buat! Dah bertongkat camana nak berlari.. Adeh..

Ni.. Aku nampak semua kebanyakkan orang bersenam bila dah tahu ada penyakit.. Cuba kita buat sebelum kena


Semalam enjoyed dengan family ..

Kelmarin seharian kitorang berjimba, Keluar rumah pagi pagi, balik sampai rumah lewat malam. Plan nak sukakan hanis sebelum dia nak amik result PT3 (Isnin).

Hantar Hanis jumpa kawan kawan dia tengok wayang dan nak shopping sikit katanya.. Hanis memang tak pernah keluar dengan kawan kawan sekolah dia semata mata nak enjoy macam semalam tu. Selalunya dengan kitorang jer.. MamaD kata, dia tak mau biasakan anak gadis keluar berfoya . Tegas mamaD !
Dari kiri Kak Nina, adik Hanis, mamaD dan Abah. 
Sebenarnya aku ni tak tau nak mula balik nak meulis blog secara santai santai.. Kadang bosan ada  jugak bila tulis sesuatu yang kita rasa tak best.. Kalau sendiri tak best baca, apa lagi orang lain.

Apa pun aku cuba yang terbaik, baiki apa kurang, tambah masuk apa kelebihan orang lain  yang hebat dalam penulisan dan berjaya. Tapi aku percaya... Sejak mula blogging lagi, aku tak peduli pun ada atau tidak orang baca apa yang aku kongsikan dalam blog. 

Dah lama dah, capai 5 tahun menceburi dunia blogging. Dah biasa beberapa kali down tak menulis entri  blog malah pernah stop blogging beberapa bulan..

Ingat lagi pesanan otai blogger, kalau nak keep up update blog kena lah sentiasa berkarya.. Tulis ikut apa kita rasa. Jangan ikut style blogger lain. Cari style tersendiri pasti kita tak pernah rasa jemu berkarya..

Okay.. Ni aku bersaorangan dalam kereta tengah tunggu Hanis amik reault PT3 dia . Apa pun keputusan dia dapat . Abah tetap cool dan panjatkan rasa syukur atas usaha mu NurHanis Umairah..

Update terkini dari hanis, 
Alhamdulillah Hanis dapat 3 cemerlang dan lain2 subjek kepujian.. Alhamdulillah.