Asyik sotong beli kat pasar jer.. mana best bang !



Ramai orang semakin berminat nak pergi laut mencandat sotong sendiri, nak merasa macam mana suasana "pesta mencandat sotong" yang dikatakan sangat menarik tu... 

"asyik beli sotong kat pasar jer.. mana best bang" kata salah seorang pelanggan pakej candat sotong ini. Katanya juga pernah lihat keseronokan mencandat sotong melalui rancangan tv3 Majalah3. Tertarik punya pasal tahun 2017 ini beliau bersama group sepejabat buat tempahan bot.

Kali pertama nak mencuba, memanglah terasa excited nya tu.. Menghitung hari sejak Disember tahun lepas lagi dan menantikan bulan May tiba. 

Ramai yang nak tahu bagaimana aktiviti ini dijadualkan. Oleh itu, saya sudah sediakan Itinerary pakej candat sotong sebagai rujukan semua pembaca dan khusuanya untuk para pelanggan bot candat NazleeDotCom ;

Itinerary pakej candat sotong


PAKEJ MECANDAT SOTONG

Musim mencandat sotong tahun ini, 2017 akan bermula awal bulan April dan sehingga penghujung musim pada bulan September. Harga pasaran sotong di luar Terengganu memang agak tinggi dalam lingkungan rm25 ke Rm30 sekilogram mengikut saiz dan jenis. 

Kalau anda kira bajet, nak sotong berbaloi dan puas makan disarankan beli sahaja di pasar-pasar melainkan jika anda berhajat mencandat untuk mengambil pengalaman di lautan boleh la buat tempahan bot. Suatu aktiviti yang tak semua orang berani lakukan. Jom kite "Visit Beautiful Terengganu 2017"

.


Berpisah Terlalu Lama Punca Cerai ?


"Suami saya selalu busy dengan kerja dia, tugas orang penting dalam company memaksa dia selalu meninggalkan saya di rumah berseorangan.. ". Jelas Puan J berasal dari Selangor memberi keterangan punca penceraiannya adalah dari sikap cemburu suaminya yang mengatakan dia mempunyai lelaki simpanan sepanjang ditinggalkan keluar negara. Sebab sikap suami dia macam itu membuatkan Puan J terasa hati dan rasa tidak dipercayai lagi oleh suaminya.

"Kalau kitorang dah tak ada sifat percaya mempercayai  antara kitorang, apa guna teruskan lagi, buat menambah rasa tersiksa jiwa jer.."

Apa yang dialami Puan J (27 tahun), dia merasa bosan kerana ditinggalkan selalu dan hati tak senang dengan sebab itu, dia telah mengambil keputusan untuk berpisah terus dengan suaminya. Cadangan disuarakan dan disambut baik oleh suaminya. Maka mereka berpisah dengan talak satu.. 

Sejak itu kekallah dia memakai gelaran nama sebagai Puan J dalam tempoh masa yang dia tidak pasti.

Mudahnya ini terjadi kepada pasangan berumah tangga terutama pasangan muda mudi zaman ini. Cukup mudah untuk berpisah. Puncanya adalah hanya bosan, cemburu dan tak ada sifat mempercayai..

Kalau kita yang kes kebetulannya dalam situasi sama lebih kurang macam Puan J tu, cubalah buat pertimbangan sewajarnya dan elakkn dari bercerai..

Kasih mengasihanilah... oramg muda selalunya nak mudah saja.. kemudian hari baru nak fikir, bukannya fikir dulu sebelum buat keputusan..


Pelancaran T-Shirt "DeComplot Candat Team" & "Squid Jiggers Team"


Assalamualaikum.
(Bismillahirrahmanirrahim)

DeComplot  baru sahaja diperkenalkan melalui Instgaram @decomplot dan website belognya iaitu www.decomplot.com. Kedua-dua medium ini adalah khusus untuk Pakej Candat Sotong & Pakej Memancing Laut Dalam.

Bersempena pengenalan web blog dan instgram DeComplot ini, Pengendali pakej, NazleeDotCom Resources telah melancarkan Baju-T berlengan panjang dan dibuka untuk tempahan kepada semua pelanggan pakej dan juga para pembaca di sini.

www.decomplot.com
"DeComplot Candat Team" GREY (sahaja)

Jika anda berminat dengan T'shirt tersebut, tempahan pertama adalah dibuka dari 23.1.2017 hingga 23.2.2017 

Hantar maklumat berikut dan whatsapp ke 0174009726

Name: 
Email Address : 
Contact No : 
Code Tshirt (jika ada) : 
Warna pilihan (standard) : 
Saiz (S,M,L,XL,XXL,XXXL) : 
Kuantiti :

Untuk makluman, terdapat juga design Tshirt berlengan pendek dari "Squid Jiggers Team". Kami menyokong kempen bersempena Tahun Melawat Terengganu 2017 "Visit Beautiful Terengganu Malaysia 2017" . Tempahan tshirt ini juga dibuka kepada umum. "Squid Jiggers Team" menampilkan tshirt berlengan pendek dengan 6 warna pilihan :

Decomplot
 "Squid Jiggers Team" BLUE
DeComplot
 "Squid Jiggers Team" GREY
DeComplot
 "Squid Jiggers Team" GREEN
DeComplot
 "Squid Jiggers Team" RED
DeComplote
 "Squid Jiggers Team" BLACK
DeComplot
"Squid Jiggers Team" WHITE

Tempahan pertama adalah dibuka dari 23.1.2017 hingga 23.2.2017 

Senarai Harga :

1) Lengan Pendek : RM25.00 (Squid Jiggers Team)

2) Lengan Panjang : RM30.00 (DeComplot Candat Team)

3) Harga Tshirt tidak termasuk Caj Poslaju : RM10.00 SM, RM13.00 SS

Kedua-dua design menampilkan material jenis cotton 100%. Insya Allah, tshirt dijamin selesa dan tak panas semasa digayakan.

Terima kasih .



Mampu Bertahan 24 jam Wanginya Semburan Deodoran ROMANO


ROMANO ; KEYAKINAN UNTUK LELAKI URBAN


Sinergi adalah kunci kepada hari-hari yang memerlukan ketangkasan dalam bertindak serta keinginan untuk mencapai kecemerlangan. Sama ada anda dalam misi menyelesaikan projek-projek hebat ataupun kerja-kerja penting, ia perlu didasari perancangan berstruktur dan asas yang ampuh bagi memastikan kejayaan.

Justeru, diperkenalkan Semburan Deodoran ROMANO, dengan formula sinergistik yang diperbaharui berserta haruman maskulin berpanjangan dan perlindungan serta kesegaran maksimum. Ternyata ianya mengujakan saya apabila memilih salah satu daripada empat jenis wangian ROMANO untuk dicuba..
ROMANO Metro Pulse - untuk lelaki yang bersemangat tinggi macam ni.. !


Semburan Deodoran ROMANO dengan wangian maskulin premium dan formula cepat keringan yang diperbaharui memberikan kesegeran 24 jam dan perlindungan kepada lelaki yang memerlukan sofistikasi dan keyakinan dalam rutin harian mereka. Dengan kandungan antibakteria, ia melindungi anda daripada bakteria dan menghalang pembentukan bau badan yang mampu menggugat keyakinan.

Semburan Deodoran ROMANO juga kini lebih berkesan dengan peningkatan 20% tahap kekuatan harumannya dan didatangkan dalam empat jenis wangian mengikut keseusaian gaya anda. Ia sekali gus memastikan semburan dapat bertahan lama dan membolehkan anda berbau harum dan segar sepanjang hari. Pek baharunya juga menegaskan mesej yang jelas tentang lelaki maskulin yang sentiasa cemerlang dalam setiap perkara yang dilakukan tetapi masih mampu mengekalkan kesegaran sepanjang hari.

ROMANO Metro Pulse dimulakan dengan adunan Citrusy dan Aqueous yang menyegarkan, dicampur bersama Pudina dan Sage yang menyamankan serta diakhiri dengan kehangantan Woody. Segar dan provokatif, haruman ini semburan untuk lelaki urban yang bersemangat tinggi. 

ROMANO Prestige menyaksikan keindahan campuran Black Pepper dengan Citrus yang dijalinkan bersama kemewahan Lavender dan Sage serta didasari bauan Amber Woody.Tarikan utama haruman ini adalah sesn akuatiknya yang menggoda menjadikan ia wangian mewah kepada lelaki sofistikated dan berpengaruh.

ROMANO Classic berteraskan wangian Woody hasil adunan minyak daripada pokok nilam dan cendana. Esen tumbuhan aromatiknya pula memberikan kesegrana dengan sedikit adunan Citrus serta Spices. Kehangatan esen-esen tersembunyi kemudiannya membentuk wangian ini sebagai satu epitome terhadap ciri versatil. Ia dicipta untuk lelaki perkasa moden dengan tarikan yang merentas zaman.

ROMANO Urbane Attitude difokuskan terhadap kesegaran haruman Fougére daripada Lavender bersama percikan Bergamot dan perahan Lemon. Esen buah-buahan eksotik seperti Nanas dan Cassis menambah sentuhan berkarisma manakala esen sensual kesturi dan Woody menyepurnakan haruman dinamik ini. Paling sesuai untuk lelaki urban bergaya dengan personality yang menyerlah.

Anda jagan sangsi dengan wangiannya, boleh dapatkan ROMANO Deodorant Spray 150ml dijual pada harga RM14.90 dan boleh didapati di semua farmasi dan pasaraya terkemuka seluruh Malaysia.

.