HANIS Umairah Birthday !


Hari ni 14 Jun,   bersamaan hari ulang tahun kelahiran yang ke 16, Nur Hanis Umairah atau lebih mesara dipanggil 'Adik' sebab dia anak bongsu dari 2 beradik.

Bila anak bongsu ini semakin dewasa dan bila berdiri sebelah kita pun nampak seakan sama tingginya, itu maknanya umur mak ayahnya pun sudah makin banyak. Tak dinafikan. Aku sedar itu. Dalam masa sama aku sangat bersyukur (Alhamdulillah) berjaya mendewasakan mereka hingga saat ini seadanya.
hanis umairah

ADIK, Semoga terus menjadi anak yang baik, sentiasa mendoakan kebahagian keluarga dan saling menghormati. Selamat hari lahir Adik. Semoga mendapat keberkatan hidup dan limpahan rahmat Allah SWT dunia dan akhirat. Semoga berterusan menjadi anak solehah. (Aamin).

Love u.










Minyak hitam kereta hitamku


Sudah lama 'dia' berkhidmat, dekat 10 tahun dah. Terbaik servisnya pusing satu Malaya! Selalu aku tukar minyak enjin atau minyak hitam mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu setiap 5000km. Tak pernah aku ingkar, kalaupun ada hanya lebih sikit kilometer yang ditetapkan. 

Minyak hitam ni kalau siapa yang biasa dengan kenderaan bermotor pasti tahu apa kegunaannya. Ia adalah untuk melincirkan pergerakkan komponen bahagian dalam enjin dan menyempurnakan tugasan enjin. Minyak hitam yang berwarna kuning keemasan tu lah minyak enjin yang belum diguna pakai lagi dan bila dah pakai ianya bertukar menjadi minyak hitam. Ada ke kita2 yang masih tak tau ni?

Berdasarkan pengalaman aku, minyak hitam tak boleh dipilih guna sembarangan untuk kenderaan. Ianya bergantung kepada berapa lama enjin tersebut telah digunakan dan bergantung juga kepada penilaian mekanikal ke atas enjin tersebut.


Kalau merujuk kepada kereta hitamku ini, enjin magma 1.3L, enjin masih ok tak pernah buat hal, pickup power boleh tahan jugak... cuma dalam masa terdekat ni bila aku meletak kereta, ada kesan minyak bocor di atas lantai parkir. Dah syak awal lagi sebab ada bau hangit minyak terbakar bila memandu.

Aku ni boleh la.. tahu sikit2 bab enjin kereta. Kebocoran tu nampaknya punca dari gasket bahagian atas cylinder. Kalau perhatikan pada kesan minyak lebih pada tempat berkenaan. Jangan berkira2 sangat nak gantikan gasket tu.... (tengah memujuk hati). Biasa lah kan mesti kena bajet.

Kebiasaannya kalau dah lama digunakan, enjin dah teruk bekerja, gasket jadi keras punca ianya pecah dan menyebabkan berlaku kebocoran minyak. Sebelum gantikan minyak hitam, kena tukar dulu gasket tersebut. Yang merisaukan aku, takut2 ada kebocoran di tempat lain. Haa biasalah 'orang lama' sana sini sakitnya.

Untuk pemilihan minyak enjin yang sesuai, kita kena dapatkan info dari mekanik. Mereka lebih tahu apa yang terbaik. Bagi kereta hitamku ini, mekanik suruh pakai minyak yang lebih pekat sebabnya minyak hitam dengan kepekatan tertentu boleh melambatkan bocor disamping boleh menutupi ruang jika ada kebocoran di tempat lain 

Ini cara terbaik untuk kita2 yang masih lagi berkira2 untuk sama ada buat servis enjin keseluruhan/ Top Overhaul atau baiki mana perlu. Biasalah kalau buat top overhaul mau2 kena ratusan ringgit jugak. Adat orang meniaga.. kalau dah bukak enjin nanti serba serbi dimintak tukar.. kan.  "Ini oil seal sudah kembang mesti mau tukar..  ini mesti mau tukar, itu tukar..  " ha haa.  Tau dah kan mekanik macam mana dorang punya suggestion !

Tak perlu terburu2. Pilihan atas kemampuan sendiri. Kalau aku.. aku masih belum mahu membaikinya dan aku memilih minyak enjin bergrade API SG/CD berbanding sebelum ni API SJ/CF untuk minyak SAE 20W 50. Memilih minyak dari grade yang kelikatannya lebih dari sebelum ini adalah bertujuan untuk mengawal kebocoran minyak hitam dan mengawal pergerakan enjin supaya lebih senyap.

Korang yang berkereta baharu. Enjin tak samapai 2 tahun tu mesti biasa dan disarankan guna minyak enjin jenis synthetic kan. Enjin baru sesuai lah sangat sebab barang masih baru, tapi harus diingat bahawa dalam tempoh tersebut kehausan pada komponen adalah pada tahap terkawal. 

Kalau korang guna minyak fully synthetic sejak dari awal membeli kereta baru, meneruskannya adalah lebih baik pada hemat semua orang. Tetapi sebenarnya tak perlu sedemikian hingga umur kereta melebihi 5 tahun. Bergantung kepada penggunaan dan kekuatan enjin. Kekuatan berkurang pada setiap masa. Secara ringkasnya enjin lama kena guna minyak yang kepekatannya lebih dari biasa. Sesuai dengan kehendak enjin bekerja.

Satu lagi info, jika boleh diguna pakai untuk pemilik kereta yang berusia lebih 5 tahun. Kalau korang maklumlah pasal minyak enjin yang mempunyai treatment. Sebenarnya ia tidak berapa sesuai untuk enjin lama. Tidak digalakkan menggunakan minyak enjin bertreatment kerana ia akan membuatkan komponen cepat haus, cepat panas dan enjin bergetar kerana tahap penurunan kekuatan komponen. Sebaiknya gunakan saja minyak enjin biasa minyak hitam tanpa treatmen. Harga lagi murah enjin lebih tahan lama.

Lega aku.. Bila dah ganti gasket, dah masuk minyak enjin baru kemudian dah pegi cuci enjin.. Alhamdulillah. Dah tak ada tanda2 kebocoran minyak lagi. Memandu kereta pun senang hati tak risau dah bau hangit menusuk hidung.. 

Ternyata Aku masih sayangi 'dia'.




Tak suka memancing tak apa.. cuba memahami itu yang sebaiknya untuk keluarga.


Pakej memancing dan gathering family atau grup kerja dan sebagainya.. insya Allah dalam perancangan kami untuk anda yang berminat. Tak semestinya anda #kakipancing sahaja,  kaki BBQ atau kaki lepak2 pun boleh buat grup.

Kami akan sediakan PAKEJ dan anda booking dengan kami.. buat masa ni details pakej tersebut belum siap sepenuhnya untuk dihebahkan.

Kepada yang berminat nak tahu? 
Boleh tanya saya by whatsapp 0174009726

************************************

Tak suka memancing tak apa.. tapi cuba memahami situasi, itu yang sebaiknya untuk sebuah keluarga harmoni.

Okay cerita sikit kebaikan yang boleh kita nikmati semasa kita menjalankan aktiviti sebegini. Positifnya lebih kepada yang berminat dengan hobi memancing tetapi bagi mereka yang kurang minat, mungkin anda akan cepat merasa bosan. Tidak menjadi suatu masalah besar untuk mengatasi masalah BOSAN!. Jika kita saling memahami berkenaan hobi dan minat sebahagian ahli dalam keluarga besar kita. Ini lah masanya. Cuba buat..

Sambil kaki pancing memancing dan yang lain layan berborak santai, dapat ikan-ikan boleh terus bakar atau masak buat lauk fresh. Acara makan beramai di suatu lokasi yang berbeza dari kebiasaan sebegini memang unik dan boleh menimbulkan rasa nikmatnya hidup sebuah kehidupan yang saling mengerti. Dapat menjalinkan lebih keakraban dalam sebuah keluarga. 

Matlamat datang beramai adalah untuk menghilangkan suasana tensi masa hari-hari kerja dan mencari pengalaman unik juga mahu medekatkan lagi ukhuwah kekeluargaan. Ada berbagai cara untuk melakukannya dan satu darinya dengan beriadah sebegini. 

Jom la korang  rancang awal2.. dan nantikan info PAKEJ MEMANCING selanjutnya nanti.  PROJEK LEPAS RAYA giteww !




Agak2 lokasinya di mana ya? . . Tahu kan, sebuah tasik buatan manusia yang terbesar Di Asia Tenggara.. di situ lah terdapatnya Rumah Bot untuk memancing , amacam.. menarik?

.



Aku target Sotong bukannya Jerung !


Ikut Trip Mencandat Sotong Kuala Terengganu


Perancangan nak pergi mencandat sotong dan memancing ikan bersama rakan2 serumah semasa belajar dulu akhirnya menjadi kenyataan. Kuala Terengganu, Jeti Merang dan atas bot nelayan kami bertemu semula setelah lebih 20 tahun tak berjumpa. Lama kan? Tapi bila kali jumpa aku perhatikan perwatakan masing-masing masih sama macam dulu. Tak ubah..

Yang bagusnya group lelaki ni kalau datang reunion, jarang-jarang nak bertanya tentang peribadi. Macam kitaorang ni perbualan lebih fokus kepada masa kedepan. Stori mori pun berkenaan masa sekarang , kalau ada pun sikit je sentuh peribadi. Mungkinkah  ini hakikat sebenar lelaki bila berbicara?

Dari tinggal serumah sewa bujangan, akhirnya kini masing-masing sudah bekeluarga. Cuma yang ketara nampak sangat beza pada kami adalah fizikal. Itu biasa lah. Takde hal.. tak jadi suatu masalah besar bila nak reunion jumpa kawan-kawan lama.

Plan asalnya nak memancing dan mencandat selama 2 hari 1 malam di lautan. Perancangan awal kami naik di Jeti Chendering. Tapi biasalah, perancangan awal, bila tiba dekat tarikhnya, plan sudah ubah sebab masalah teknikal bot sewa kami tak dapat selesai. Kebetulan aku tak ambil dari pakej sini. Sebenarnya bot dari pakej yang aku sendiri kendalikan di Chendering semuanya dah penuh ditempah pada hari tersebut.

Okay. Korang tengok gambar bot atas tu adalah bot transfer dari jeti ke bot yang lebih besar. Bot nelayan untuk memancing di lautan. Bot nelayan terpaksa berlabuh di luar pantai sebab keadaan air masa tu sedang surut. Kami bertolak dari jeti selepas waktu Asar kira-kira pukul 5 lebih. Arus masa tu tenang dan cuaca baik sekali.

Dari pantai Merang ke lokasi mencandat di perairan Pulau Redang adalah lebih kurang 1 jam perjalanan. Atas bot nak berborak pun tak selesa sebab bunyi motorbot 'memekak' kuat sekali. Bercakap pun kena jerit-jerit.. huh memang tak tenang, Aku layankan saja pemandangan indah di permukaan Laut China Selatan. 


Masa ni juga nak kena siapkan kelengkapan untuk 'berjuang'. Aku steady jer sebab aku target sotong bukannya ikan jerung!  Jadi peralatan aku biasa-biasa je. Tengok gelagat kawan0kawan lain, nampak kePROan depa pemancing tegar dari Penang mai. Masa yang ada tak dibazirkan macam tu..  masing-masing buat perambut mata kail dan sebagainya.


Senja berlabuh malam menjelma, maka bermulalah aktiviti memcandat sotong dan memancing ikan. Masa ni memang tak sempat nak berbual sakan. Walau lama tak jumpa namun hasrat memancing didahulukan sebab semuanya sedang fokus kepada joran pancing. Lepas habis program ni kami borak panjang.


Tak ambil masa lama, sotong pertama dinaikkan sebagai 'lesen' untuk sotong seterusnya.. member lain masih berjuang nak dapatkan lesen. Masa ni memang tak terasa lapar langsung, walau dah berada di lautan beberapa jam. Untung takde sorang pun mabuk laut. Semuanya steady berjuang. Selang seli kedengaran bunyi bising.. ada kenkawan naikkan sotong jugak. Awak-awak dan Tekong pun turut mencandat sama. Diorang sporting tapi jarang bercakap. Mungkin pergaulan dari segi loghat membatasi agaknya lah. Takpe lah. Janji tekong bantu mengail sama pun kira dah okay.  Gambar sotong yang lain tak sempat rakam. Aku tengah khusyuk nak dapatkan sotong ke dua dan seterusnya penuhkan tong.


Sotong ke dua aku sendiri terkejut ! saiznya agak besar jugak. Mata candat berumpankan seekor ikan selayang memang makanan dia,  Sotong Torak suka la. Dalam masa sama kawan-kawan lain pun dapat jugak menaikkan sotong. Termasuk dari awak-awak dan Tekong bot. Kami target nak buat lauk untuk makan malam. Korang boleh bayangkan lah. Sejak dari petang tak makan ..hemm  Bila terbau mee kari terus terasa laparnya.

Selain mencandat, ada satu moment paling best atas bot.  Masa makan adalah masa kelaparan. Bagusnya bila tekong masakkan kami mee kari bersama sotong fresh di dalamnya. Huh nikmatnya! Masa pemancing makan selalunya bila sotong dan ikan tak makan umpan. Masa ni boleh la nak berborak sambil makan jajan yang kami bawak. Sambil borak sambil mencandat dan ada yang tidur rehatkan badan sekejap.

Bila dah bosan lokasi sama sotong tak makan umpan, masa berpindah ke port baru. Tambah lagi la masa setengah jam perjalanan. Peluang untuk tidur sekejap tak dilepaskan termasuklah aku.

Kalau dikutkan hasil memang tak seberapa lumayan,  tak menjadi sangat hasilnya. Alasan tekong kata kami turun candat pada waktu bulan gelap.. haa kira lebih kurang nak dekat gelap masa depan lah. Takpe inilah pengalaman sebenarnya.. bukan mudah nak jadi 'hebat' dalam setiap sesuatu kerja yang dilakukan. Boleh dalam 30 kilogram keselurhan tu kira ok lah..bulan gelap tu, kalau bulan terang cuaca elok.. rasanya mau cecah ratus kilogram (berangan) hahaa. Apa pun yang best sekali boleh jumpa kawan-kawan lama yang juga sama minat dan hobi.

candat sotong

De'Complot Fishing Team.. next time kita plan lagi.. plan nak gi mancing kat pelantar minyak. 4 hari 3 malam.. korang mampoo! hemm macam tak sanggup jer..