Kafe & Studio Kucing


Ahad lepas kami dah sampai sini ; Catsigniture Cafe And Studio di Bangi. Pukul 2 petang kami tiba dan kebetulan pulak waktu tu adalah masa berehat kucing. Kena tunggu hingga pukul 3.15 baru kami boleh masuk dalam studio kucing. Ada orang tak sabar nak bermain dengan kucing-kucing comel di sini.

Nina dan adiknya Hanis

Sebelum tu.. sementara tunggu masa, makan dulu di kafe. Ada menu best kat sini.. Set tomyam dan nasi goreng memang terbaik. Minuman pun best juga. Harga makanan boleh tahan la tapi memang puas hati dengan suasana kafenya yang menarik dan bersih. Kafe berada di tingkat bawah dan studio kucing di tingkat atas bangunan yang sama. Tak ada bulu-bulu kucing berterbangan bebas dalam kafe. jaga baik punya !

laikha

Nina dan adiknya Hanis memang suka kucing tapi masing-masing elergy dengan bulu kucing.. sesekali boleh la nak belai kucing kat sini. Laikha pun ikut sama.. ingat tak lagi si Laikha? Anak jagaan mamaD, dah besar pun dia. Mama janji nak bawa Laikha kalau pergi kafe kucing.. haa suka sangat dia!.


Masuk studio kucing kena bayaran ; RM10 untuk dewasa dan RM7 bagi kanak-kanak. Tempoh masa 45 minit setiap sesi. Berapa ramai setiap sesi? maaf aku tak ada jawapan. Bagi aku, masa 45 minit pun sudah memadai, Insya Allah korang akan rasa puas main-main dan membelai kucing-kucing gebu yang ada di sini.

Cat Signiture Cafe & Studio Bangi  
Alamat : Jalan 8/36, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel : 019-262 4444







BARANG TERPAKAI SINGAPORE DIMINATI RAMAI


BARANG TERPAKAI SINGAPORE DIMINATI RAMAI


Orang ramai tentu tahu terutamanya bagi peminat barangan terpakai, yang mana negara maju rantau Asia Tenggara ;  Singapura adalah 'syurga' barang-barang terpakai yang berkualiti dan boleh dipuji ketahanannya.

Rakyat Singapura adalah orang yang sangat mementingkan perfection dan kekemasan. Kalau ada sikit rosak atau defect pun, mereka akan buang atau jual. Kebanyakan barangan milik mereka adalah yang mempunyai 'nilai jenama/brand yang mahal-mahal' . Barangan terpakai itu diborong dan dijual semula oleh pengusaha kedai-kedai bundle di negara kita.

Satu keuntungan bagi kita apabila kita kerana dapat membeli barang berjenama mereka dan masih baik kualitinya dengan harga yang murah dari harga pasaran. Namun tak semua kedai bundle di Malaysia membawa masuk barangan terpakai dari negara Singapura.

"Bagi mereka yang sedang tercari-cari barang terpakai Singapore, kami ada membekal barang seperti perabot, barangan elektrik, tilam, stroller, basikal, permainan kanak-kanak dan banyak lagi.." Barangan seperti ini menjadi rebutan penggemar barangan terpakai masa kini.

Barangan terpakai Singapore murah terbaik









Korang mungkin ada yang tak puas hati tengok gambar kat sini sikit je kan.. takpe ada lagi yang lain. Korang boleh hubungi terus nombor wasap yang tertera di bawah entri ini.. okeh.


Perkhidmatan kami :

Kedai kami terletak di Kuala Terengganu. Bagi yang jauh dari kami, *PERKHIDMATAN POS KE SELURUH TEMPAT* juga disediakan untuk pelanggan online walaupun untuk yang membeli 1 barang sahaja.

"Ramai ibu bapa yang mencari barang permainan atau stroller terpakai dari singapore ini untuk anak-anak. Semestinya kerana kualiti terbaik dan ketahananannya"

Jika anda berminat dan ingin membuka kedai sendiri di tempat anda, kami dengan senang hati ingin membantu dengan modal yang minimum. Segala urusan penyediaan barangan, pengangkutan dan khidmat nasihat akan diberikan. Kami mengalua-alukan penyertaan anda. Jangan lepaskan peluang baik ini.

Untuk pertanyaan, Anda boleh berhubung dengan kami :
*WASAP/call di talian  0167029203* (Ain Nadhirah)


Pakej Candat Sotong & Memancing 3H2M dan 4H3M di perairan Kuala Terengganu.


Pakej Candat Sotong 3H2M dan 4H3M


Ada permintaan untuk Pakej Candat Sotong 3H2M dan 4H3M di perairan Kuala Terengganu. Tuan/puan yang berminat dengan aktiviti tahunan ini boleh lihat terus kepada sebut harga di bawah ni..

Tahun 2018, pakej sebegini adalah terhad. Kami hanya menyediakan 2 buah bot (2x Bot VIP 15 peserta)

kuala terengganu

PAKEJ MENCANDAT SOTONG & MEMANCING
Chendering, Kuala Terengganu 2018


1) Pakej Candat & Pancing 36jam (2H1M) (Max 15 org peserta) @ RM5400.00/bot
2) Pakej Candat & Pancing  60jam (3H2M) (Max 15 org peserta) @ RM7500.00/bot
3) Pakej Candat & Pancing  72jam (4H3M) (Max 15 org peserta) @ RM10500.00/bot
4) Pakej Candat & Pancing  108jam (5H4M) (Max 15 org peserta) @ RM13500.00/bot








Belanja sikit gambar kereta IRIZ Nina


"Betul tak sangka di usia 20 tahun dah ada kereta sendiri.. Alhamdulillah" kata Nina.

Bukan semudah disangka. Mampu beli, guna sebaiknya dan bila tiba masa buat bayaran pinjaman bank setiap bulan.  Nampak memang simple.. tak pening kepala pun. Apa la sangat. Korang pun mampu beli kereta baharu dengan gaji sekarang.. gaji bersih 2000 sebualn dah memang cukup nak beli kereta yang selesa.

Bayaran pijaman sebulan dalam 500 lebih, ada lagi baki 1500 macam tu..  tolak lagi komitmen lain contoh macam duit sewa bilik, duit petrol, duit makan dan belanja.. masih lagj berbaki dalam 500 bersih. Memang lebih dari cukup.. Boleh beri pada mak abah dan selebihnya duit simpanan.

Kalau nak memang boleh! .. tapi kena berani. Bukan sekadar keperluan untuk memiliki kereta.. tapi lebih kepada mendisiplinkan diri dengan tanggungjawab.

Ada duit lebih-lebih pun kalau tak bijak nak urus kewangan diri, akhirnya boleh memakan diri.

Bila diri sudah punya tanggungan.. dia kena pandai-pandailah.. beringat selalu. Kerja kena rajin dan timba pengalaman sebanyak mungkin . Mana tahu nanti boleh diguna bila keadaan memaksa bertukar kerja lain. Ilmu dari pengalaman kerja tu boleh demanding gaji lebih besar.. kan.

Hari ni kereta IRIZ Nina dah cecah 1050km, dah sampai masa untuk servis berkala yang pertama.
Hemm.. siap rm180 lebih. Dan nanti bila cecah 10000km kena servis lagi dan lagi hingga seterusnya. Nina kata..  ' owhh ingatkan bayar duit bulanan dah cukup.. lain takyah fikir dah.. haa" .

Itulah.. bukan senang nak senang berkereta ni. Cukup tahun kena renew roadtax dan insuran lagi.. Itu tak masuk nak make-up kerrta lagi dan macam-macam lagi. Huuu nasib la si Nina tu tak sampai ke situ lagi.

Tapi aku nampak Nina ni cermat orangnya.. insya Allah dan mudah-mudahan dia kekal dengan sikapnya yang sentiasa nak kongsi dan berbincang dengan kami mak abah dia sebelum buat sesuatu tindakan luar kemampuan fikiran dia..

Belanja sikit gambar kereta IRIZ Nina