Memancing Gelama Di Pelabuhan Klang Utara (North Port)

Memancing Gelama Di Pelabuhan Klang Utara (North Port)


Ahad lepas pergi memancing di laut.., laut tak berapa dalam airnya tapi rasa cuak jugak la bila naik bot atau sampan saiz kecik. Bila bot besar lalu lalang itu yang buatkan air berkocak, beralun, bot jadi bergoyang ikut alun ombak. Boleh jadi mabuk laut kalau tak tahan. Port Klang Utara lokasi kami dengan 5 orang semuanya termasuk seorang tekong. Target kami nak pancing ikan saiz besar sikit dari biasa.. ikan gelama jugak la tapi nak yang besar. Ada orang panggil ibu gelama. Gelama saiz kecil boleh je pancing kat tepi-tepi jeti tapi kali ini aku menyewa bot di sana.

Pukul 9 pagi kami turun di jeti Kampung Sultan Sulaiman, Port Klang. MamaD pun ikut mancing jugak kali ni.. walaupun dia tak berapa minat tapi niatnya yang sempoi tu, dia nak meneman suami katanya. Kebetulan pula ada kosong ganti tempat orang. Kesian pulak aku tengok mamaD  "baru nak cerah sikit dah gelap balik" kata mamaD nyesal ikut hahaa..


Buang air kecik/besar siap2 sebelum naik bot! aku pesan mamaD kalau boleh tahan 8 jam lebih sebab bot tak ada tandas, orang perempuan masalah sikit bab ni..  Untung jugaklah bot sewa kami ada bumbung kanvas.. boleh la berteduh sikit dari panas mentari..  kalau tak 'meghelit' lagi laa..

Umpan umpun-umpun (spesis cacing tanah air masin, untuk pancing ikan gelama dan ikan2 saiz kecik lain dan umpan udang hidup untuk ikan besar seperti jenahak & kerapu. Kami bukan target sangat ikan besar2. lagi pun lokasi ni bukan mainan 'ikan kasar' macam tu.

North Port Klang, lokasi baik untuk pemancing


North Port Klang, lokasi baik untuk pemancing tapi sejak tahun2 kebelakangan ini pendapatan kaki pancing agak tergugat sebabnya terpaksa melihat penangkap ikan guna jaring, memang kalah la bila orang pukat di lokasi sama jawapannya kaki pancing berputih mata. Balik dengan hasil tak seberapa.. tapi itu lah yang dikatakan rezeki masing2. Lautan yang teramat luas maka  carilah di mana suka dengan usaha dan selebihnya berserah dengan rezeki yang Allah beri.


Lokasi sekitar bot karam menjadi pilihan tekong.  Tempat ikan cari makan di kawasan tukun besi ini menjadi pilihan kaki pancing. Memang best layan ikan gelama dan gerut-gerut. Tak sempat nak rehat lama "tauk dan tarik tak berenti". Memang tak terasa panasnya cuaca di lautan pabila ikan asyik memakan umpan. 


Bertukar-tukar lokasi bila lokasi yang diduduki sunyi sepi dari rentapan ikan. Masa yang sesuai untuk pemancing pula makan makan. Saat ini baru lah terasa lapar dan dahaganya. Bekalan nasi lemak sambal telur mata cukup meyelerakan.. terasa nak makan lebih tapi risau pulak nanti perut meragam, mana pulak nak melepaskan hajat.  Boleh jah kalau kau !..  sendiri mau ingat lah macam mana keadaanya.

Sebahagian dari hasil. Target gelama memang dapatlah gelama.. alhamdulillah. Ikan gelama ni kalau rajin la kan, buat ikan masin memang terbaik. Dan kalau nak buat lauk goreng kicap pun best jugak ! Ikan segar memang manis isinya.



Kalau korang tanya aku, berbaloi ke tidak menyewa bot pancing? Jawapannya senang aje. ikan boleh beli  di pasar tapi pengalaman tak jual di sana. Kan? Pengalaman yang dirasai itu tiada nilanya. Bagi orang yang betul minat atau hobinya memancing boleh faham semua ni. Umpama kita melihat orang yang hobinya  memikat burung Tekukur. Kita kata dalam hati, tak bosan ke dia tu duduk ternanti dalam semak lama2.. haa korang fikir sendiri lah. Macam-macam lagi andaian kalau bukan itu minat kita..

Trip mancing akan datang tak pasti lagi bila.. aku join hobi orang 'berduit lebih' ni mesti poket kita pun berisi selalu. Bak kata pepatah melayu, 'Ukur baju di badan sediri'.. tengok pada bajet juga la kan.. apa pun yang kita buat perlu ada sokongan dari keluarga dan bukannya kongkongan ! Biakan je suami nak pergi memancing.. jadilah isteri yang selalu ingatkan suaminya soal keselamatan.. dan terpenting, isteri doakan yang baik2 untuk suami.

P/s .  Hari ni bawa isteri pi mancing esok lusa pi shopping pulak haa baru la best hidup kan gitu.. 





Bina Rumah Kucing : Kualiti Bagus Penghantaran Segera boleh tempah dengan kami


Tempahan untuk buat banglo kucing kesayangan makin mendapat sambutan di kalangan peminat kucing. Kenapa banglo kucing bukannya kandang kucing? Ini semua sebab harga kos nak membina bukannya murah murahan. Yang murah dan standard saiz memang mudah dapat beli di kedai-kedai pets. Itu semua saiz kecik dan kebanyakanya bukan untuk outdoor. Nak buat yang lain dari kedai pets boleh cari saya..  iklan ni tau ! Tel : 0174009726

Sekarang kami sedang menyiapkan tempahan pelanggan dari USJ. Minggu lepas aku pergi ukur-ukur kat site. Confirm deal dengan deposit. Kami mulakan kerja sepantas mungkin.. "kualiti bagus delivery cepat" ini yang kami cuba terapkan.


Bina Rumah Kucing : Kualiti Bagus Penghantaran Segera


Lokasi kami di Klang Selangor. Kalau sesiapa yang nak buat tempahan, boleh bagi contoh design gambar dari google atau cakap jer nak buat macam mana.. kami buatkan.

Kami sedia terima tempahan seluruh Semenanjung Malaysia. Kos upah design, pasang dan delivery dah termasuk dalam pakej harga. Harga? Kita deal dalam wasap eh.. 0174009726 Naz Design #catenclosure .






Family Homestay Budget @ Swiss Garden Residence Kuantan

Family Homestay Budget @ Swiss Garden Residence Kuantan


Cuti sempena Tahun Baru Cina 2018 ni aku bercadang nak bawa family menginap di sebuah homestay.. katanya ia berdekatan dengan pantai. Ada kemudahan lain yang best lagi bagi ahli keluarga aku yang tak berapa minat memancing haa.. mesti kena jaga hati depa gak kan. Aku pilih la lokasi yang sebegini di Family Homestay Budget @ Swiss Garden Residence Kuantan

homestay murah kuantan

homestay murah kuantan

Pilihan tarikh 16.2.2018, minginap 1 malam. Ini baru cadangan jer.. tapi yang pasti aku dah ushar tempat ni dekat fb page dia.. terbaik setakat ni. Harga pun cunn !

Takpa.. ajak pembaca blog pcl ni tengok sama promosi dari mereka, aku copy n paste direct dari sana ;

Kami menawarkan harga budget untuk percutian sekeluarga..

Harga bermula dari RM350/semalam (sangat murah dari kadar biasa)..
Slot untuk CUTI sekolah CNY ni masih available...jom booking sekarang...

*Bilik facing Thempark dan laut dengan kemudahan Serba Lengkap
-2 Bilik Tidur (1 Set Double, 2 Set Single)
-2 Bilik Air
-Air-Cond di setiap bilik & ruang tamu
-Sofa Bed, TV, Peti Ais, Kabinet, Pemanas Air, Tuala, Sejadah

*Lagi Menarik
-Water Themepark yang menarik (7.00 pagi - 7.00 malam: semestinya syok!!!! bermain air dengan keluarga)
-Sauna
-Gym/Fitness Room
-Private Car park
-Restoran masakan panas banyak di kawasan sekitar.. (7 eleven pun ada dekat level bawah je)
-24 hours Security
-dan banyak lagi kemudahan

Check in 2 pm
Check out 12 pm

* 30 min ke Bandar Kuantan
* 20 min ke Pantai Teluk Cempedak
* 5 min ke Pantai Balok
* 5 min ke Masjid Sg Karang Darat

Untuk pertanyaan & Tempahan
+6 0174009726 NaZ
+6 0199366675 Muss
+6 0136814104 Kaay

Fb page  klik!

Jom Kuantan pulak cuti-cuti Malaysia. Cuba la homestay yang aku cadangkan tu. mana tau CNY ni masih ada kekosongan lagi .


In Sha Allah kalau tak ada aral melintang.. sampailah kami bercuti di sana 16hb. tak sabar nak main air dengan anak-anak, tak sabar aku nak bersauna dan gym.. Dan selepas check out aku plan nak ke pantai dibelakang tu kalau boleh pancing ikan lagi bagus.. haha tunggu kami Family Homestay Budget @ Swiss Garden Residence Kuantan . Dan kalau ada masa lagi jalan-jalan cari makan ikan patin tempoyak Temerloh !






Family korang camna pulak pasal makan2 kat luar? Selalu membazir takk


Lunch @ OldTown White Cofee hari ni kami berempat sekeluarga. MamaD kata makan luar siang dan makan malam nanti kat rumah la pulak. Ok kami memang faham sebab mamaD dah tak larat masak hari2 untuk kami.. katanya nak berehat :)  


Kak Nina dia kerja, so..  hujung minggu memang ada kat rumah la. Kadang kami selalu masak dan makan di rumah kecuali bila mamaD kata nak makan luar kat mana2 dia suka.. 


Sedap juga menu2 di OldTown White Cofee. Hanis dia memang pakar order makanan, kami tunggu makan.. kopi mesti wajib order dan memang sedap tak terkata!

Makanan Nina, Hanis dan mamaD order ; 

OLDTOWN Ipoh Chicken Hor Fun

OLDTOWN Curry Pan Mee

Meehoon Soup with Fish Ball

Fried Seafood Dumpling Basket




Tapi sedap macam mana pun mesti order makan untuk 3 orang je.. dah tau biasanya tak habis makan kalau setiap orang kami order sorang satu menu. Kalau teringin nak merasa setiap menu tu boleh je share2 makan.. hee . Tak kisah dah.. tak rasa malu kat orang sebelah nak kata pun sebenarnya.. lantaklah kan. Kami kan satu family.. 

Family korang camna pulak.. pasal makan2 kat luar? Selalu membazir takk ..