ILMU MENCANDAT SOTONG PERLU DIPELAJARI


Mencandat sotong adalah satu pekerjaan para nelayan khusunya di pantai timur Semenanjung Malaysia. Pekerjaan turun temurun nelayan tradisional yang masih kekal hingga sekarang namun ianya kini diteruskan sebagai hobi sebahagian pemancing dan juga menjadi daya tarikan kepada aktiviti pelancongan terutamanya Terengganu, Pahang dan Kelantan.

Mencandat sotong tidak semudah yang disangka. Ia memerlukan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman. Pengalaman pertama keluar mencandat adalah pelajaran dan sebahagiannya perlu belajar dari orang lebih mahir. Kemahiran bukan sahaja  mahir mencandat tetapi mahir juga memilih mata candat dan menentukan waktu dan masa yang sesuai untuk mencandat.

Ilmu mencandat sotong ialah satu ilmu yang hebat dan perlu belajar melalui pengalaman dan pemerhatian. Ada dua kategori pencandat yang boleh diketahui iaitu pencandat nelayan dan pencandat rekreasi. Pencandat nelayan ialah mereka yang biasa dengan laut dan kehidupan sebagai nelayan dan pencandat rekreasi pula adalah mereka yang menjadikan candat sotong sebagai hobi bermusim.

Pakej candat sotong 0174009726

Kesimpulannya, ilmu apa pun jua perlu berguru kalau tak nanti dapat 'ajaran sesat' sahaja.. dan pulang tangan kosong lagi sedih.. caranya mudah tapi kena keluarkan modal dulu lah.. pergi cari pengalaman dan rasai keseronokan @ kesukaran mencandat sotong!. Pengalaman pertama itu tidak semestinya membawakan hasil lumayan.. hanya sekadar pengalaman dan ilmu.

Pakej Candat Sotong Kuala Terengganu untuk info lanjut. Klik pautan di bawah ni :

http://www.decomplot.com/2017/07/harga-pakej-candat-sotong-2018.html?m=1

http://www.decomplot.com/2017/03/teknik-mencandat-sotong.html?m=1

http://www.decomplot.com/2018/04/tarikh-tarikh-sesuai-mencandat-sotong.html?m=1




Tarikh Sesuai Untuk Aktiviti Candat Sotong di Terengganu

Tarikh Sesuai Untuk Aktiviti Candat Sotong di Terengganu


Target musim candat sotong 2018 kali ini bermula pada bulan April hingga September terutamanya bagi negeri Terengganu, Pahang dan Johor, namun ada juga aktiviti mencandat telah bermula minggu akhir bulan Mac lalu. Tahun ini kenampakan sotong diperairan Terengganu sudah bermula sejak seminggu lepas, ini sedikit sebanyak membangkitkan semangat para pencadat.

CANDAT SOTONG

Tidak semua hari dan bulan adalah sesuai untuk melakukan aktiviti mencadat sotong. Bulan kemuncak musim sotong adalah antara bulan Mei dan Julai sepanjang musim. Untuk pencandat memilih tarikh yang sesuai biasanya akan merujuk dengan meneliti kalendar Hijrah (kalender Islam).

Tempahan bot candat Pakej CANDAT Terengganu 2019 (KLIK SINI)

Pilihan Tarikh Mencandat Sotong Merujuk Kalender Islam


candat sotong

Tarikh yang sesuai mencandat sotong berbeza daripada tarikh untuk memancing ikan. Untuk mencandat sotong, tarikh yang paling sesuai adalah antara 13-20 haribulan Hijrah, iaitu ketika bulan semakin membesar sehingga bulan semakin mengecil. Pada waktu lain sotong boleh juga dicandat tetapi amat kurang berbanding dengan tarikh ini. Jangan pilih tarikh air mati iaitu pada 6-11 atau 20-26 kalender Hijrah, kerana pada masa ini tidak ada arus dan sotong juga tidak gemar menangkap candat. Jangan juga pilih ketika perubahan air pasang surut paling tinggi kerana pada waktu itu arus amat deras. Arus deras boleh menyebabkan candat hanyut dan terapung ke atas dan jauh dari dasar laut. Sotong kebanyakannya berada di dasar laut terutamanya ketika musim bertelur. 

Berkenaan masa sesuai mencandat pula adalah antara jam 7.00 ke 8.30 malam dan antara jam 11.00 malam ke 12.30 pagi. Tangkapan sotong akan meningkat ketika air mula hendak surut dan berkurang selepas air surut.

Mencandat di kala bulan penuh (15 haribulan Hijrah) tetap menjadi pilihan bagi kaki candat kerana kebiasaannya akan menjanjikan hasil tangkapan yang lumayan.

Ramai pencandat tidak punya pilihan masa dan tarikh yang sesuai kerana kekangan cuti terutama bagi mereka yang bekerja. Hari Jumaat, Sabtu dan cuti umum menjadi pilihan mereka walaupun kekadang hari hari tersebut tersasar dari waktu yang sesuai mencandat sotong. Apa yang berlaku kini para pencadat tidak hirau semua tentang hari dan waktu sesuai asalkan mereka boleh melakukan aktiviti candat sotong. Oleh kerana Candat Sotong sudah menjadi aktiviti tahunan kegemaran ramai sejak beberapa tahun dahulu lagi, maka pihak Pengendali Pakej Mencandat Sotong telah berusaha memberikan servis terbaik dengan menyediakan bot-bot dengan lampu limpah (spot light) tambahan untuk menyesuaikan keaadaan. Hakikatnya sotong memang gemarkan cahaya lampu terang di lautan sebagai daya penarik untuk timbul di  permukaan air sekitar bot.

Jika waktu dan tarikh sesuai sudah dipilih untuk mencandat, kadang kala belum tentu juga boleh menyumbangkan hasil sotong yang lumayan kepada pencandat kerana ianya bergantung kepada keadaan cuaca semasa. Cuaca buruk aktiviti mencandat tidak berjalan lancar kerana arus deras dan laut bergelora.

Sotong Tak ada! Pulang tangan kosong?

Kecewa kerana pulang dengan tangan kosong , mungkin ini disebabkan beberapa faktor antaranya salah pilih masa dan tarikh atau tidak bersungguh mencandat dan lebih banyak bersantai kosong dari mencandat. Lebih malang lagj jika pencandat sudah mabuk laut. Tidak ada petua lain melainkan tidur sehingga pulih dari  mabuk.

Jadual tahunan pasang surut air laut boleh didapati di Jabatan Laut Malaysia. 

Atau melalui laman web yang saya selalu kunjungi :



Nota :

Tarikh yang paling sesuai adalah antara 13-20 haribulan Hijrah, iaitu ketika bulan semakin membesar sehingga bulan semakin mengecil. 

Masa paling sesuai mencandat  adalah antara jam 7.00 ke 8.30 malam dan antara jam 11.00 malsm ke 12.30 pagi. Tangkapan sotong akan meningkat ketika air mula hendak surut dan berkurang selepas air surut.



LELAKI AKTIF MESTI HARUM DENGAN DASHING SPORT


DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif


DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki kini melancarkan satu lagi rangkaian produk khas untuk lelaki yang aktif iaitu DASHING SPORT. Rangkaian DASHING Sport pasti memenuhi kehendakan lelaki aktif yang inginkan deodorant dan pewangi yang maskulin, segar dan sesuai dengan kehidupan aktifnya.


Lelaki DASHING mempunyai aura yang menampilkan keyakinan dan sifat maskulin. Wangian baharu ini memberikan kesegaran maskulin namun masih mengekalkan ciri esen moden. Eau De Toilette DASHING SPORT mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma “sporty” dan gaya ranggi yang sangat sesuai untuk lelaki yang berani menyahut cabaran dan kekal aktif pada masa lapang.

Berpeluh merupakan satu perkara yang biasa. Samada berjalan ke kereta, menghadiri mesyuarat, bersenam di gim, atau melakukan aktiviti harian yang lain, lelaki tidak dapat mengelak daripada berpeluh lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia. Bau badan merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan lelaki terutamanya mereka yang aktif dalam sukan. Keadaan ini menyebabkan kaum lelaki semakin mengambil berat terhadap kepentingan menjaga bau badan.

Untuk menangani masalah bau badan dan sentiasa segar, Deodoran Semburan dan Eau De Toilette telah menjadi produk penjagaan harian lelaki yang penting. Deodoran dapat membantu mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala Eau De Toilette memberikan wangian yang tahan lama dan kesegaran. Memilih Deodoran atau Eau De Toilette yang bersesuaian amat penting kerana terdapat produk yang tidak mampu bertahan lama dan meninggalkan kesan kotoran pada pakaian.

Memahami keperluan lelaki aktif untuk berbau harum sepanjang masa, DASHING kini memperkenalkan 2 variasi baharu ke dalam rangkaian DASHING Sport. Dipasaran kini ialah variasi MCFC Hattrick dan Ultimate Kick. Variasi terbaru DASHING SPORT ialah Hitman and Golden Boot terdiri daripada Deodoran Semburan Badan dan Eau De Toilette.


Semburan Deodoran DASHING SPORT bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari.

DASHING SPORT Eau De Toilette dengan haruman maskulin berpanjangan boleh didapati dalam reka bentuk bottle yang sporty bersaiz 50 ml.

Rangkain produk DASHING Sport boleh didapati dalam 2 variasi; Hitman dan Golden Boot.

DASHING Hitman dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikab wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.

Variasi DASHING Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan.

Keluaran edisi terhad rangkaian DASHING Sport boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk Semburan Deodoran 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml


Menu Shell Out Dol Char Kuey Teow Terbaik Di Banting !


Shell Out Dol Char Kuey Teow Terbaik Di Banting


Jika korang kebetulan berada di sekitar Banting atau lalu lalang Banting Pantai Morib dan pada masa sama sedang berkira-kira nak cari makanan best, aku ajak korang singgah sebentar di gerai Dol Char Kuey Teow untuk menikmati menu char kuey teow terbaik di Banting (aku dah promo sebelum ni). Sementara itu ada satu lagi menu yang menjadi tarikan pengunjung iaitu menu seafood Shell Out. Walaupun aku dah pernah makan di tempat-tempat lain (Cyberjaya) (Slim River) dan beberapa restoran lagi, tapi tu dulu dah lama dah. Bila sesekali teringat keenakkan makan ala hipster; menu selonggok atas meja! .. tu yang cari ber Shell Out yang terdekat dengan kediaman kami sekeluarga.

Gerai Dol Char Kuey Teow ini dimiliki sepenuhnya oleh anak muda kelahiran Banting Selangor. Namanya Wan Badrul Muhayat dan senang disapa dengan panggilan Dol. Gerai Dol ada 2 cawangan stakat ini (bukan cawangan isteri.. ye). Lokasi gerai Dol Char Kuey Teow yang terdekat dengan pantai Morib adalah berada di Tongkah dan sebuah lagi gerai berada di Jalan Durian, Kanchung Darat Banting (bersebelahan stesen Petronas). Kedua-dua gerai ini memang terbaik dan terkenal menu char kuey teownya seperti namanya Dol Char Kuey Teow.

Dol memang seni orangnya, lihat saja perkakasan di gerainya ada simbolik yang menarik perhatian aku. Aku suka kerja kayu yang diterapkan dalam pembinaan perabot kaunternya dan juga kerusi meja.. Kebanyakkanya dari kayu pallet. Ya aku suka sebab aku pun seorang trader/designer pets house.. ok la kan.. iklan sikit takpa kan. kepada sesiapa nak buat /tempah rumah kucing/pets kesayangan boleh la roger aku di Naz Design (017-4009726) 


Okay, sambung cerita .. Balik je dari IOI Mall sesudah makan Korean food di sana, kami masih lagi tak cukup kenyang terutamanya dua-dua puteri kami tu. Sebab apa? Bukan sebab tak baca Bismillah kot.. tapi memang macam tu agaknya anak-anak kian membesar.. haha. dan mungkin juga sebab lama dah teringin nak makan Shell Out Dol Char Kueh Teow. Hari tu borak dengan Dol dan katanya tak nak cuba ke menu terbaru Dol?...  nah hari ni kami tunaikan hajat perut masing-masing. suka sangat anak beranak PCL yang memang faveret kami makan seafood selain korean food.


MamaDee dan Hanis tak sabar menantikan. Tak lama menunggu pesanan. Cepat dan servis terbaik. Konsep makan di gerai kira bagus la macam ni banding dengan makan di restoran-restoran besar. Kat sini semuanya nampak berjalan lancar walaupun pada masa sama ramai pengunjung. Boleh lepak di luar bumbug gerai utama ada beberapa buah pangkin berbumbung. santai makan di sini.

Ok, pesanan sudah terhidang di meja. Set untuk 4 orang Shell Out di hidangkan atas meja beralaskan palstik pakai buang dan beralas lagi daun pisang. Kami semua suka pedas. Pedas lazat berapi dari Shell Out Perisa Tomyam!,  aku cadangkan korang pun boleh cuba yang ni.. maveles! set 4 orang @ Rm55.00/set

Shell Out Dol Char Kuey Teow Terbaik Di Banting

Selain menu sedia ada seperti Char Kuey Teow dan Shell Out terdapat juga berbagai menu lain di Dol Char Kuey Teow. Korang boleh cuba dan jangan segan untuk selak-selak menu yang diberikan tu.. 


Pesanan : AWAS jangan sampai tertelan kulit cengkerang tu ye.. berhati-hati dan perlahan-lahan sambil menikmatinya. Sealamat menjamu selera di Dol Char Kuey Teow .
dan satu lagi pastikan korang jangan salah gerai pulak . Setakat entri ni disiarkan hanya cawangan ke dua Dol di Tongkah Morib sahaja ada meu Shell out..  Baca info selanjutnya :

SHELL OUT @ DOL CHAR KUEY TEOW MORIB.. 
untuk BOOKING/PERTANYAAN boleh direct WHATSAPP :

0196402832 (DOL)
0183687510 (ANUAR)
0196448716 (AISYAH)

Kami menyediakan pelbagai menu seperti:
📎SHELL OUT
📎TOMYAM/ALA CARTE/MASAKAN ALA THAI
📎CHAR KUEY TEOW  (paling powerr @ banting)

BOLEH GUNAKAN APLIKASI WAZE UNTUK CARI LOKASI KAMI.

WAZE:DOL CHAR KUEY TEOW
WAZE:DOL CHAR KUEY TEOW MORIB