PROJEK RUMAH KUCING : Sebut harga Rumah Kucing (Seksyen 24 Shah Alam)
Projek Rumah Kucing
Nazdesign (0174009726) bakal membina satu lagi rumah kucing di Seksyen 24 Shah Alam. Baru-baru ni saya telah berbincang dengan seorang wanita yang menyatakan hasrantnya untuk memiliki rumah kucing, design custom made out door unit, untuk kucing-kucing kesayangan beliau.
Rumah wanita tersebut terletak di tingkat 2. Ada banyak ekor kucing jenis biasa di dalam rumahnya. Beliau hanya menempatkan kucing-kucing tersebut di dalam sangkar besi standard yang di beli dari kedai pets. Katanya, keadaan dalam rumah sekarang ni agak kurang selesa lagi dengan bau dan bulu-bulu kucing.
Katanya lagi, sebelum suami dan jiran tetangganya bercakap-cakap.. biarlah dia bertindak dahulu. Memang sangat perihatin dengan keadaan.. namun oleh kerana minat dan bersifat penyayang terhadap kucing-kucing beliau. Beliau tak sampai hati membiarkan kucing-kucing tersebut berterusan hidup di dalam rumah tanpa melihat dunia luar. Beliau mahu letakkan rumah kucing di atas tanah menghadap belakang rumahnya. Biar kucing-kucing lebih sihat dan belajar keadaan sekitar. Katanya lagi, kucing-kucing tersebut akan dibiasakan sebelum dibebaskan liar apabila tiba masa yang sesuai.
Ada satu perkara yang dirisaukannya? Beliau risau juga kalau-kalau kawasan tapak tersebut tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa tempatan untuk membina rumah kucing.
Saya sudah pergi melawat kawasan tersebut. Lokasinya agak terlindung dari orang ramai dan juga jalan besar. Saya harap juga ianya tak menjadi masalah dibelankang hari, lagi pun binaan plan tapak rumah kucing yang dicadangkan hanya sebesar 7 x 10 x 5 kaki persegi. Tidak begitu tinggi sangat.
Ini contoh design dan sebut harga yang diberi kepada pelanggan .
Sebut harga Rumah Kucing (Seksyen 24 Shah Alam)
¤ Saiz: 7 (L) x 10 (W) x 5 (H) kaki
¤ (Bhg Bumbung)
Polycarbonate 3mm (t) hijau
¤ (Bhg rumah)
3 bilik partition plywood 3mm(t)
3 lubang pintu tanpa daun pintu
Lantai plywwod 3mm(t)
Dinding papan (sama spt dlm gambar)
Struktur tiang kayu 1x2 inchi
¤ (Bhg bawah)
Berpagar jaring besi bersalut pvc hijau 1x1 inchi
1 pintu besar berjaring sama dan pintu berselak
¤ Pagar/jaring besi bersalut pvc hijau tahan karat
¤ keseluruhan struktur dan dinding luar dicat hijau dan sapu varnish tahan cuaca.
¤ Delivery & install
HARGA : Nazdesign 0174009726
TEMPOH SIAP : 30 hari (bergantung pada kesibukan semasa)