2020 : Mencandat Sotong Sebelum Bulan Ramadhan Tiba


Ada orang tanya saya, bilakah musim candat bermula? Musim yang betul2 ada banyak sotong bulan berapa?

Katanya lagi, tahun ini kalau boleh nak bawa balik sotong dalam kuantiti yang banyak.. biarlah hati puas!

Macam dalam gambar ni..




Soalan sama saban tahun semenjak 5 tahun lalu saya mengendalikan perkhidmatan pakej candat sotong di Chendering Kuala Terengganu ini.

Apa yang saya boleh beritahu, hasil semuanya adalah bergantung kepada rezeki Allah nak bagi kepada peserta setelah giat berusaha dengan bantuan tekong dan juga awak2 terlibat.

Mencandat Sotong  Sebelum Bulan Ramadhan 2020. 


Kalau dikutkan kebiasaannya pada setiap tahun, musim mencandat sotong bermula pada penghujung bulan Mac hingga ke akhir bulan Ogos. 

Untuk tempahan pakej candat bulan April (sebelum bulan puasa tiba)  buat masa sekarang sehingga saat ini, tempahan bagi hari cuti minggu sudah pun hampir penuh kebanyakannya. Boleh lihat pada jadual tempahan berikut ;



Hari Jumaat dan Sabtu adalah tarikh2 yang menjadi pilihan pencandat. Masih lagi terdapat tarikh2 yang masih kosong sebelum bulan Ramadhan, bulan puasa dah tak boleh turun candat, biasanya kita berehat sebulan. Seminggu selepas Raya akan dibuka semula tempahan untuk bulan Jun dan seterusnya sehingga musim candat berakhir.

Dengar kata, tahun ini sotong akan mula banyak di awal2 musim.. sehingga ke akhirnya, betul ke tidak? Insya Allah, itu yang diharapkan.

Jangan lepaskan peluang untuk mencandat sotong di Terengganu. Buatlah tempahan awal dengan saya di talian 017-4009726 Pakej Candat Sotong.

Terima kasih.




Cadangan Tarikh Sesuai Trip Candat Sotong 2020


Cadangan Tarikh Sesuai Trip Candat Sotong 2020


candat sotong


Jadual di atas adalah cadangan tarikh-tarikh berdasarkan jadual pasang surut.air laut. Secara umumnya saya cuba membantu anda membuat perancangan awal Trip Candat Sotong sebelum membuat tempahan.

Sedikit penjelasan berkenaan jadual di atas ;

1) Warna kuning mewakili tarikh-tarikh sangat sesuai mencandat, di mana air laut bergerak perlahan, air sederhana, air sederhana besar dan bulan cerah, bulan sederhana gelap.
2)  Warna merah jambu mewakili tarikh tiada perkhidmatan di mana ia jatuh pada bulan puasa dan cuti hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. * tertakluk juga kepada permintaan pelanggan.
3) Warna merah mewakili Nombor  dan Bulan Masihi.
4) Warna hitam mewakili Nombor dan Bulan Hijrah.


Sebarang pertanyaan berkaitan dan tempahan trip candat sotong boleh melalui whatsapp :
017-4009726 En. Nazlee

C&P dari blog www.decomplot.com


Memancing dan berkelah ramai-ramai sekitar pantai di Lumut Perak.


Memancing dan berkelah aktiviti sekeluarga


Minggu lepas kami sekeluarga beramai-ramai di pantai sekitar Lumut di Perak. Kami menyewa dua buah chalet di Kampung Nelayan Tiga dan sebuah bot pancing di jeti berhampiran. Pagi lebih kurang jam 9, kami geng-geng lelaki pergi cari ikan! Geng perempuan tak dibenarkan ikut sebab bot kami ni tak dak tandas... kalau nak terkucil nanti susah dibuatnya. Memancing dengan menaiki bot bukan perkara mudah bagi yang tak biasa.. banyak masalahnya nanti. Jadi biarlah hero-hero sahaja.. dan geng perempuan  check-in petang jam 2. Boleh check in chalet dan  terus memancing di beranda. Lagi Best !

Air laut hari tu tak berapa cantik sebab tak kena timenya.. air besar, arus laju kata tekong tapi tekong bawak kami ke sekitar lokasi yang biasa bagi dia. Lubuk dah cantik tapi ikan kurang makan umpan. Setakat ikan gelama, bolos dan gerut itu biasa. Kami punya target nak ikan bersaiz besar. 

Pulau Pangkor di negeri Perak ni memang banyak lubuk memancing.. memang sempoi gila memancing kalau kena time air cantik hasilnya luar biasa. Kalau ikutkan air laju macam ni memang selalu 'kumpaw' kata tekong tapi kami bernasib baik sebab ada hero penyelamat dari kumpaw. Yang bekopiah dan berjanggut dalam gambar tu la Paksu kami haha.. hebat  dia, alhamdulillah tetap ada rezeki nak dibawa balik. Ikan senangin 2.0 kg beratnya  lebih kurang. Bukan itu saja ada lagi ikan-ikan kasar lain.. ha ni dia Abang dapat ikan Daun Baru dan ikan Tebal Pipi cayalah abang iparku yang trip sebelum ni bawak naik ikan pari berbelas kilo beratnya.. (itu cerita dah lepas). Ikan Daun Baru dan Senangin boleh buat masak gulai.

Tamat untuk satu hari dan bersambung keesokan harinya.. 

Perancangan awalnya cuma nak memancing lagi sebab tak puas kelmarin memancing naik bot dapat hasil sikit. Ikan-ikan pancing kelmarin pun kaum perempuan kami dah siap masak gulai. Gulai ikan Daun Baru dan senangin.. pehhh!. Sedap giler weh.. makan tengah hari tengah panas rembang di tepi pantai Rock Bund. Pantai kat sini tak boleh nak mandi manda, cuma boleh memancing dan berehat-rehat ambil angin memang terbaik suasananya. Pantai berbatu dan airnya membiru, dalam pulak tu.. depan nampak pemandangan Pulau Pangkor dan feri lalu lalang dari jeti Lumut ke pulau.

Lokasi best, nasiblah kadang tu ada orang datang kutip tol Rm10 satu kereta tau bukannya percuma nak melepak sini. Tapi adakalanya percuma sahaja. Pantai Rock Bund ni kawasan persendirian rupanya patutlah pengunjung dikenakan bayaran. Okay layan makan beramai-ramai.. seronok makan macam ni. Tak ingat nak diet dah..melantak lah selagi boleh.



Memancing dan berkelah ramai-ramai macam ni bukan selalu nak jadi kalau plan betul, plan pun kadang tak menjadi.. tak plan jadi pulak.. alhamdulillah segalanya berjalan lancar.



Musim candat sotong 2019 sudah bermula

Musim Candat Sotong Terengganu 


Pakej candat sotong
#candatsotong

Mencandat sotong merupakan aktiviti tahunan yang popular di Terengganu, dijangkakan ianya lebih meriah lagi apabila menjelang bulan April ini. Musim sotong biasanya bermula April sehingga September setiap tahun. Difahamkan rata-rata Pengendali Pakej Candat Sotong telah mula menerima tempahan trip untuk tarikh-tarikh pada hujung Mac, April dan Jun sejak beberapa bulan lepas.

Minggu ini (23 Mac), cuti penggal persekolahan bermula, ada grup yang sudah merancang bersama keluarga untuk tidak melepaskan peluang mencandat sotong di musim cuti sekolah. Peringkat awal ni dah boleh dah kalau nak bawa balik hasil candat sotong tapi biasanya hasil tidaklah sehebat tangkapan dipertengahan musim sotong nanti. Apa pun yang utama bagi mereka adalah mendapat sebuah pengalaman yang berharga bagi yang baru berjinak-jinak dan akan mengulangi lagi di tahun akan datang.

Bagi mereka yang berminat dengan aktiviti candat sotong, anda boleh menempah pakej candat yang bermula dan tamat di jeti Pelabuhan LKIM Chendering. Pakej 2 hari 1 malam (2h1m) bermula jam 5 petang sehingga 8 pagi keeosokan harinya. Beberapa pakej ada disediakan mengikut saiz bot dan muatan antaranya pakej 6 orang, 10 orang, 15 orang dan 20 orang.

Perkhidmatan terdiri dari bot-bot nelayan berlesen, jenis kayu dan enjin berkuasa tinggi dengan kelengkapan keselamatan dan kemudahan ruang rehat dan tandas serta juragan yang berpengalaman. Semua ini diambil kira untuk memenuhi kepuasan pelanggan.

Harga pakej 2019, anda juga boleh layari web rasmi www.decomplot.com untuk mendapatkan lebih maklumat berkenaan pakej candat sotong.

Sekarang ini tiada lagi istilah tunggu tarikh 'bulan penuh' untuk menempah trip. Ini adalah kerana pemilik-pemilik bot sudah bersaing  untuk 'upgrade' dengan memasang lampu limpah (sportlight) bagi menerangi sekitar bot candat. Cahaya yang terang benderang dari lampu ini boleh menarik perhatian sotong menghampiri bot.

Teknik ini (memasang banyak lampu) akan memberi peluang kepada pencadat untuk turun lebih kerap berbanding hanya menunggu 'bulan penuh' iaitu pada 13-18 haribulan Hijrah setiap bulan dalam musim candat.

Bagi mereka yang berkerja pula, sudah semestinya akan memilih hari kelepasan am atau cuti Jumaat & Sabtu. Maka tak hairanlah hari-hari tersebut tempahan akan selalu penuh (fully booked).

Candat sotong

Jom meriahkan lagi aktiviti mencandat sotong di Kuala Terengganu. #candatsotong