Jangan Jadi Suami 'Kaki Bangku' .

Salam..

Aku bukan nak merujuk kepada simpulan bahasa yang pernah kita pelajari masa sekolah rendah dulu..tapi sebenarnya ini adalah hakikat yang terjadi kepada kebanyakkan pasangan yang sudah berkeluarga.

Kita cerita pasal keluargalah ya...bagi mereka yang belum lagi tu boleh la ambil ini sebagai pedoman...
ish..ghaha cm motivater la plak eh...

kita sering mengabaikan peri laku mulia Rasullullah S.A.W di rumah baginda yang unggul. Sehingga kita tidak berusaha meneladaninya tentang hidup bekeluarga.
Apa yang di fikiran kita, kita rasa sudah melakukan yang terbaik. Segala ibadah dengan rahmat Allah dapat kita lakukan dengan sempurna. Kita juga telah cuba jadi suami yang terbaik dengan menyediakan segala keperluan isteri. Bekerja mencari nafkah dari pagi hinggalah ke petang.

Sebaik sampai rumah kita disambut oleh si isteri lalu kita pun berehat bersandar di atas sofa sambil membiarkan isteri sibuk menguruskan rumah tangga. Sikap begini kadang-kadang berlanjutan sehinggalah ke waktu cuti dihujung minggu. Isteri dibiarkan bekerja sendirian di dapur. Barangkali kita sudah biasa dimomokkan bahawa tugas isteri adalah menjaga rumahtangga sedang suami batasan kerjanya ialah mencari nafkah. Oleh itu, walaupun kadang-kadang si isteri turut penat bekerja membantu suami mencari nafkah, si suami masih tiada rasa bersalah membiarkan isteri melakukan kerja-kerja rumah yang lain.

Ini lah yang dikatakan suami 'kaki bangku'... bukan kerana tidak tahu bermain bola sebaliknya kerana hanya tahu duduk di bangku menantikan segalanya tersedia tanpa tahu erti membantu atau melayani isteri.

kekadang apa yang diperlakukan seperti direlakan oleh pasangan masing-masing.
ya, ada yang berkata ..apa guna ada pembantu di rumah, semuanya telah dilakukan oleh mereka..sebenarnya bukan semua kerja perlu diserahkan kepada pembantu jika kita mahu merasakan erti perkongsian hidup yang sebenar mengikut tauladan daripada Rasulullah S.A.W.

Membantu pasangan dengan redho, sebenarnya tanggungjawab seorang suami memang berat dan inilah pelaburan kita untuk ke syurga. Isteri perlu dilakukan sebaik-baiknya barulah kerukunan rumah tangga dapat di kekalkan dan barulah si isteri dengan rela menerima nasihat si suami. Jika hak-hak ini tidak ditunaikan hancurlah kebahagiaan keluarga. Si isteri tidak redho pada si suami dan si suami tidak redho pada si isteri.

Tidak susah kan..sekadar menyidai kain baju di ampaian...malu ke nak buat ??
>>aaar tu la masalahnya...bukan taknak tolong tapi malu..segan kat jiran tengok...huhuhu.

p/s : semua perbuatan baik akan menjadi ibadah jika dilakukan dengan redho.

>sumbangsih : kaki katil cmner plak?


Apa kata tahun 2011 anda (kita) mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?

>KOSMO 27/12/2010

KITA sering mendengar resolusi tahun baru kebanyakan orang adalah untuk berhenti merokok, lebihkan senaman atau mengubah tabiat pemakanan. Apa kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?

Mungkinkah terdapat teknik mendidik anak yang perlu anda tukar? Ataupun terdapat tabiat anak anda yang perlu diubah?

Berikut adalah sesetengah resolusi mendidik anak yang mungkin boleh dipertimbangkan.


Jadikan contoh

Kebanyakan ibu bapa tidak sedar akan pengaruh mereka terhadap anak-anak.

Anak biasanya cenderung terpengaruh dengan tabiat merokok, pengamalan diet yang tidak sihat, tidak memakai topi keledar dan sebagainya jika salah seorang daripada ibu bapa mempunyai tabiat buruk.

Ibu bapa perlu menjadi model yang baik sama ada dari segi tingkah laku mahupun kaedah pengurusan emosi.

Mendisiplinkan anak

Belajar mendisiplinkan anak secara efektif amat mustahak. Mendidik mereka kaedah bertindak balas dan mengurangkan tingkah laku yang buruk adalah salah satu contohnya.

Disiplin dan hukuman bukan perkara yang sama. Jika anda berdepan dengan masalah mendisiplinkan anak, maka jangan segan mendapatkan bantuan. Setiap kanak-kanak adalah berbeza. Teknik didikan tertentu tidak semestinya boleh diaplikasikan untuk semua anak.

Didikan adalah sebahagian besar daripada disiplin. Jika anak melenting, mengehadkannya daripada menikmati pelbagai keistimewaan mungkin satu tindakan yang wajar.

Tetapi, si anak tidak mungkin belajar atau tahu apa yang betul sehinggalah anda menunjukkan kepadanya. Luangkan masa untuk menerangkan perilaku yang betul kepada anak.

Memahami anak

Adakah anda memahami perkara yang dilakukan oleh anak? Mengapa anak kecil memandang anda dan sejurus selepas itu memukul abangnya atau melontarkan sesuatu ke atas lantai? Tidakkah dia tahu itu sesuatu yang salah?

Dia mungkin tahu tetapi tidak bermakna apa yang dilakukan itu jahat. Sebaliknya, kebanyakan kanak-kanak berada dalam kedudukan menerokai had mereka. Inilah satu proses normal dan merupakan sebahagian daripada perkembangan semula jadi. Jika anda berusaha memahami rasional anak, boleh jadi kemarahan dan reaksi anda tidaklah seteruk yang disangkakan.

Sebahagian besar ibu bapa telah mengukuhkan perilaku buruk anak tanpa disedari. Keadaan ini boleh berlaku apabila anak disalurkan dengan pelbagai perhatian negatif dan tidak konsisten. Sekiranya anda masih tidak dapat memahami mengapa anak bertindak sedemikian, maka ini mungkin bermakna teknik mendisiplinkan anak anda itu tidak berkesan.

Pemakanan sihat

Dewasa ini kebanyakan ibu bapa dilihat cenderung memanjakan anak. Malah, mereka juga terlupa meminta anak membasuh pinggan mangkuk setiap kali selepas makan. Sepatutnya, anak perlu belajar menghabiskan makanan agar tidak meninggalkan separuh daripada sajian tersebut di dalam pinggan.

Jika anda sentiasa membiarkan lebihan makanan berada dalam pinggan secara konsisten, tabiat ini akan terbawa-bawa sehingga ke alam dewasa. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda mungkin boleh memberikan hidangan kecil kepada anak bagi melatihnya menghabiskan semua makanan. Sediakan juga pilihan makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayuran, daging dan produk tenusu rendah lemak. Hadkan pengambilan minuman bersoda, tinggi gula dan makanan kaya lemak dalam diet pemakanan anak anda.

Aktiviti fizikal

Bilangan kanak-kanak dan anak remaja yang obes kian bertambah. Menghabiskan masa berjam-jam di depan televisyen, bermain permainan video dan komputer adalah antara puncanya. Jadi, selain pengamalan diet yang seimbang, pastikan anak diberi masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal secara kerap untuk kekal sihat dan cergas.

Berkomunikasi secara efektif

Adakah anda tahu bagaimana berinteraksi dengan anak? Apakah yang akan anda lakukan apabila anak bermasalah? Belajar berkomunikasi dengan anak jelas merupakan satu kemahiran penting.

Sebenarnya terdapat banyak perkara yang boleh dibincangkan bersama anak. Misalnya, pendidikan seks, bahaya merokok dan penyalahgunaan dadah serta alkohol.

Sentiasa bersedia

Apakah yang akan anda lakukan pada kali pertama berdepan dengan masalah didikan anak yang spesifik? Misalnya, ketika anak bercakap bohong, mencuri atau ponteng sekolah? Anda mungkin tidak bersedia untuk setiap situasi tetapi perancangan awal mungkin dapat membantu.

Membuat perancangan awal juga boleh membantu anda berdepan dengan anak-anak yang sukar dikawal.



Hampirkan diri pada Tuhan,sehampir mungkin.

Salam ...bertemu lagi di celah kesibukkan duniawi..

jangan sesekali kita lalai dan lupa hakikatnya di mana saja kita bole bersua, bertanya dan beramah mesra , lantas di alam maya ini pon kita turut serta..,

Walau apapun agama Anda, saya dan Anda makhluk bertuhan. (maybe ada non muslim readers)

Rasa gembira ada di dalam ketenangan.

Ketenangan hanya wujud apabila kita menghampirkan diri pada alam semesta dan juga pada

Tuhan penciptanya.

Dekatkan diri pada Tuhan, dari situ kita akan merasai ketenangan.

Apabila sudah tenang, kita akan merasa gembira dan bersyukur.

Syaratnya, elak berkata negatif, berfikir negatif dan jangan sesakkan fikiran dengan rasa

kemarahan.

Bagi (kita) umat Islam...

Sentiasalah bersyukur dengan apa yang ada..teruskan berusaha..

Beusaha untuk menghampiri Nya.

Carilah.. petunjuk ada di mana-mana,

Tapi harus waspada...ada yang cuba yang menyesatkan kita.

p/s : Berhati-hati dengang ajaran yang menyesatkan.



.


P@kcikLie bz sekarang nie... ...


gambar hiasan



...sorry arrr PCL tgh bz ni nak uruskan kopitiam ...haha bajet cm bagus je..

korang penah makan tak kat kopitiam label Pak Li...kat Banting ..outlet terbaru dorang baru jer beroperasi...

walaupun namanya Pak Li Kopitiam...sayang sekali aku tak terasa hati nak mencubanya..taktau nanti kalau2 tergerak hati...(pak li yang mana satu pn aku tak kenai...ada potong ka!)

ada sesapa yang pernah mencuba makan di mana2 kopitiam..ok ke???

p/s : lalu..pandang2 n jeling2 jer...

.


Pantun Terasa oleh KULAAN..

terasa nak share di sini..kepada sesiapa yang belum membacanya silakan lah ke link di bawah :


Terima Kasih...

salam.


Layan FunkerFm...

owh ada funker.fm ..

bole dengar radio kat sini..


layari : www.funker.fm

first time blogging malam2 nie...ok jugak kan..takde benda nak buat ..lagi pon esok cuti kan!!

layan dulu..dah lama menyepi rasanya..bukan stress..tapi saja....


Stress boleh buat badan 'Kembang'..

...Ada yang mengatakan bahawa stress ini bermula dari rasa bosan. Bosan pula ada pelbagai sebab dan punca, samada di rumah atau tempat kerja, bahkan semasa dalam perjalanan (menaiki kenderaan) pun kita boleh merasa bosan. Rasa bosan ini kalau tidak ditangani, maka ia akan merebak menjadi stress. Wallahu a’lam.





..untung jugak ada set table tennis kat opis ni..leh gak main2 keluarkan peluh sikit...selalunya peluh keluar bila buat site visit je..tapi dah ujung2 tahun ni rasa malas la nak keluar...

..stress bila dah keja belambak, pe lagi bila dah set time 10.00-10.30am...'opening table' 4 org dah menjadi ahli tetap...rasanya cukup untuk memansakan badan dan kalu rajin, petang.. lepas pukul 5 bole sambung....hehe.

Badan rasa dah mengembang sikit..rasanya belum terlambat untuk bertindak..
korang jangan ingat aku 'curi tulang' plak...tengok keadaan la, ada orang time tu amik breakfast...aku rasa fare jer..siap bos pon join sekali kekadang tu..

kenapa tak boleh ??
Aku rasa okey je...takde salah selagi kita tak melanggar etika kerja di mana tempat kita bekerja yang membolehkan stafnya beriadah seketika....yang merokok masa tu mungkin tak lepaskan peluang nak pekena sekejap dan yang nak makan pagi2 tak sempat tu biasalah..cari kedai kopi berhampiran...
..masing-masing dah bole fikir, janji kerja mau beres !

Sekadar perkongsian. Semoga kita dikurniakan kelapangan jiwa dan dada dalam menghadapi tugas seharian. Jika niat kita adalah untuk mendapat keredhaan dan ganjaran Allah, nescaya segala tugas akan dapat dilaksanakan dengan gembira.

p/s : HIDUP BAHAGIA TANPA ‘STRESS’.

.


Keja memanjang !!

Assalamualaikum...lama rasanya tak bertemu di dunia blogging ini...
rasanya mahu berundur seketika, hujung tahun memang sangat2 sibuk..
banyak benda nak fikir...

Ye lah , cuti2 sekolah ni..anak2 dan keluarga begitu penting bagi mereka yang sudah bekeluarga, seharusnya masa yang terluang adalah untuk kita menjalinkan hubungan kekeluargaan...

cuti pon masih panjang lagi, masih ada masa untuk membawa anak2 bersiar2, kalau ada cuti tu apply lah..jangan sayang keja sangat...dorang kat rumah pon perlukan kita jugak...

nanti dorang dah start skolah balik..baru korang nak plan cuti..kesian kt anak isteri kat rumah tu..tak kemana2 ke dorang tu!!!

psst : owhh! cuti dah habis erk!!


Mulakan Segalanya ...(2)

gambar hiasan





"Bukan tua tapi veteran,,,, orang lama.. dan banyak istilahnya...hanya cermin menipu diri bersama sejarahnya."
>Panglima Muda


"selalunya bagi diri kita sukar untuk mendapat kesedaran melainkan ada yang menegur terlebih dahulu...yang pasti mampukah kita menerima teguran?? jika ya, berubahlah dgn keikhlasan diri."
>Diaumaininaz


....persiapan diri untuk mengahadapi penghujung hayat , tiada siapa yang tahu..tak perlu tunggu usia separuh abad baru kita hendak memulakannya...

beringatlah sebelum terlambat...jangan asyik mengejar DUNIAWI sahaja !

.


Mulakan Segalanya ...



Setiap sesuatu itu dijadikan oleh Allah SWT itu berpasangan...
ada lelaki ada wanita...ada jantan ada betina...ada depan ada belakang..ada pucuk ada pangkal..ada kepala ada ekor ada kehidupan ada kematian dan bermacam2 pasangan lagi, sesungguhnya Maha Agung Pencipta alam dan sekalian makhlukNya.

Hitam dan putih (kehidupan), dosa dan pahala, kebaikan dan kejahatan, untung dan rugi, kegagalan dan kejayaan, semua itu juga pasangan secocok yang perlu dipilih oleh seseorang jesteru mematangkan peribadi .

Pabila melihat ke arah cermin, nampak kulit semakin kedut, nasib baik uban belum tumbuh melata hanya di sana sini teringin nak keluar sehelai dua..hehehe.

Hari2 semakin sibuk melayari dunia yang mencabar keimanan...
membuka album kenangan masa lalu, sungguh pantas ia berlalu..anak2 pon kian membesar cuma iman ini saja ditakok lama...terasa ingin berhijrah sudah lama..berhijrah tempat tidak terkira, berhijrah iman baru bermula..

mudah2an dipermudahkan segalanya.


SALAM MAAL HIJRAH 1432



Bagi mereka yang sentiasa alpha dengan tahun Masihi apabila ditanya bersamaan berapa haribulankah bulan Hijarah hari ini, maka ada yang 'ter anu-anu' untuk menjawabnya...
Usah dikata orang lain , aku sendiri pon terkebil-kebil mengingatkannya...

Nyaris aku tidak kelupaan tentang ini...
Bila Maghrib menjelang, tahun baru pun datang. Datangnya sungguh indah jika disambut dengan doa dan pengharapan kepada Allah Yang Maha Penyayang. Berdoa untuk yang terbaik sepanjang tahun baru yang datang... 1431H pergi dan datangnya 1432H moga beroleh keberkatan hidup kita sekeluarga.

Apa yang perlu kita buat...
Sunat berpuasa dari 1 Muharam hingga 10 Muharam iaitu Hari Asyura. Teruskan berdoa sepanjang sepuluh hari pertama mohon perlindungan dari syaitan yang nampak kita, tapi kita tak nampak dia. Mohon kepada Allah agar syaitan jadi putus asa menggoda kita sepertimana syaitan-syaitan tu putus asa daripada rahmat Allah dan diputuskan daripada keampunan Allah.

Salam Maal Hijarh dari PCL sekeluarga.


Siapakah Dia ??

"Apa nak tulis ni? Aku nak cerita apa? Mana idea ni.. Dan pada ketika ini, rasa putus asa pun mulai memunculkan dirinya. Dia duduk di sebelah anda dan memujuk agar jangan meneruskan aktiviti blogging anda".

Siapakah dia yang berani menasihatkan aku ??

Pernahkah anda berperasaan sebegini....nasib baiklah semalam seharian internet masalah di opis ku..buntu! tak tau nak buat apa...takde blogwalking, takde ziarah2...tapi masih ada yang sudi berkunjung.

Terima kasihlah kepada yang sudi singgah lalu di sini.

Masalahnya sama seperti yang dihadapi oleh abah_Izz dan berkemungkinan opis gomen yang terlibat. Facebook dan Blog di block !!..haha baru padan muka...tapi nasib la kat opis ktorg ni buat sementara saja..taktaulah kenapa..mungkin ada yang report kat PM dan PM bagi permision untuk ber FB dengan cara yang berhemah...Huh! biaq betoii!!

Kesimpulannya kita kena sedar bila mana kita sedang sibuk dengan kerja dan masa mana kita nak merehatkan minda...jangan terlalu taksub sangat dan ini boleh melalaikan kita dari tanggungjawab.


p/s : semalam bagi 500 henggit pastu block FB....baik punya!

.


Elakkan Merokok dan Jauhi Perokok

gambar hiasan : beruk kok!

Salam bahagia semua...

ada yang bertanya kenapa anda kelihatan atau nampak sentiasa muda dan sihat ?? (bukan perasan ek..perasaan..huhu)

sudah terjawab pada tajuk entri kali ini...

bukan bermaksud untuk menjauhi perokok itu kita mesti menjauhkan diri daripada mereka berterusan..tengok tempat lah ye..time dorang merokok kita mintak diri la..jangan kita bersekongkol sekali...dorang hembus kita sedut..lagi bahaya tuh!.

"Kalau yang memang hisap rokok tuh, no comment la. Untuk pengetahuan, asap rokok secara tidak langsung mempercepatkan proses penuaan seseorang kerana asap tersebut akan menyerap kandungan oksigen pada kulit dan melambatkan pembentukan sel-sel baru sehingga membuatkan wajah kelihatan pucat serta mengundang garis-garis halus pada mata".
>lain2 petua boleh diikuti di SINI.

Tapi ada yang tak sedap didengar dari kalangan artis baru yang telah membuat kenyataan tentang rokok boleh memantapkan vokalnya..rasanya kurang cerdik masa bercakap..aku tidak akan mengulas bab ini..kalu nak bace sila ke SINI.

Aku pon dulu pernah jadi perokok..erkkk! tu sebelum kawen la..sekejap je , rasa insaf datang cepat...haha ada orang kata seru belum sampai nak berenti rokok cmner???

cara aku ketika itu..

gambar hiasan

megunyah cloud9 selepas makan nasi...memang time ni asyik terbayangkan rokok je..alihkan perasaan tu kepada coklat cloud9...berat badan naik sikit takpe sebab sebelum ni dah kurus pon...lebih baik dari rokok ..silakan lah cuba kepada sesiapa yang berharat untuk berhenti merokok. (tidak semestinya cloud9 sahaja..lain2 jenis coklat seumpamanya pon boleh dipraktikkan mengikut keselesaan).


p/s :selepas beberapa minggu ia berhasil...lepas tu kena pikir pasal cmner nak berenti makan coklat plak...hahaha.


Harapan Setinggi Gunung ,....bagus!


Salam petang Jumaat..

ehhh bukan nak buat review or berbalas pantun ke...
aku tak pandai lah..tapi hanya sepintas lalu bila semangat orang lain berkobar meletus bagai gununng merapi,
apa yang termampu kita sebagai blogger support yang mana boleh...
ucapan terima kasih atau sebagainya untuk menyatakan sokongan kita...

newbie blogger yang aku maksudkan ialah Diaumaininaz @ Dinaz.

"Aku mahu blog aku menjadi blog yang sentiasa meningkat kunjungan pelawat...walau pun nampak cm aku suka2 je berblog tapi di sebalik tu aku dah simpan satu impian ..nak berjaya cm otai2 blogger..tapi ni atas usaha yang berganda dan sokongan korang sebagai teman blogger adalah sangat diperlukan."

Semua blogger ada target masing2, sikap berterus terang sebeginalah yang kita mahukan..
..jangan kita memperdagagkan rupa paras saja bagi tujuan yang entah ke mana arahnya...

p/s : hangat2 taik ayam..sapa suruh pegang !!

.


Jangan Masak Sedap2..


Salam...

ehh boleh ke cakap cm ni kat isteri kita....
ini spesel punya permintaan.."jangan masak sedap2 tau..."

bukannya apa ..berat badan ni hah smakin menjadik nampaknya...
kalau dia tak masak sedap2 gerenti kita para suami tak makan tambah punya...haha betoi ka??

Dorang pompuan dah penin serbasalah..apa punya laki ni....

Bukan nak salahkan mereka, tapi cm na nak buat selain dari makan sikit ???

jogging pon tak menjadi jer...!!

p/s : hati senang...mungkin.

.


Tips Untuk Lebih Cerdik Dari Sekarang

http://www.jiwaislam.com/
>copy n paste

Tips untuk lebih cerdik dari sekarang...

Sebagaimana diketahui ramai orang tahu akan amalan berkismis tiaptiap pagi hari. Hari ini ingin dikongsikan serba sedikit amalan yg diamalkan oleh segelintir orang arab Mesir bagaimana amalan permakan mereka dipagi hari.

Setelah hampir lebih dari 3 tahun sy bersama dgn ust yg mengajar semasa senawi (menengah tinggi) yelakan org asing dtg beribu batu musaffir mahu menuntut ilmu dgn susap payah menimba ilmu, bukan satu perkara yg mudah ditambah dgn suasana dan persekitaran yg amat berbeza sekali dr tanah air.

Ustaz tahu mana kelemahan dan kelebihan setiap anak murid yg diajari beliau betul..? gerak geri tingkah laku itu semua dia faham tambahan pula org yg lebih tua dewasa berpengalaman dr kita semua. Sy dgn rendah diri serta berminat dgn cara pengajarannya yg amat santai selalu minta motivasi tunjuk ajar dari beliau.

Tanpa bertolak kira melayan seperti anak senidiri.. sacara tidak langsung dia beri satu amalan yg mana dia amalkan pd waktu keshik dahulu kala :3
amat simple dan mudah tidak perlu sebarang perngeluaran yg tidak munasabah. ok

BAHAN YG DIPERLUKAN :-
1. Ulas bawang putih
2. segelas air putih
- Bangun aje pagi celik mata solat subuh dulu.. ngaji serba sedikit..
-pecahkan bawang potong 2-3
-kemudian baca Al-Fatihah 1x Selawat 7x Ayat Terang Hati 7x
-niat baik dan minum seperti makan panadol..
** amalkan setiap pagi ketika perut kosong

...masalahnya anak2 tak suka benda ni lebih2 lagi bawang putih...
macam aman nak mengatasinya ni...?? ada idea...silakan ke ruangan komen orait !..

p/s : kita berusaha yang terbaik untuk mereka kerana masa kita sudah berlalu...

.


Halo..Cikgu, Boleh Jangan Bagi Cuti Sekolah Tak???

Assalamualaikum bloggers...

Korang ada anak, adik, anak sedara...anak menakan...hehe sama je tu...risaukan atao releks je bila cuti panjang2 ni..kalu bagi bebudak sekolah memang dorang ni suka sangat...aku pon risau gak , asyik dok mintak hantarkan dorang balik kampung..senang nak main2...sana ramai kawan....kalu sini dok kat umah layan pe2 yang patut je, boring jer asyik ngadap tv,komputer...

kisahnya...

Bila aku selisih je dgn guru besar SKKD, baru aku teringat kata2 beliau...

"mak bapak sekarang ni , bila cuti sekolah je mula lah risau terlampau kat anak2 mereka yang sangat hiperaktif....ada yang sampai talipon saya mintak jangan cuti sekolah..."


korang sumer dah plan ker tentang benda2 yang perlu dihadapi ketika musim cuti sekolah mcm ni...??

eloklah kita cari benda2/aktiviti yang berfaedah , jangan turutkan sangat kehendak anak2..kekadang tu ibubapa yang lebih2..anak cool jer.

p/s : sekolah cuti tapi cikgu tak cuti..pi la belajaq!!

.


Laman Sosial SSFB...




























p/s : Syok Sendiri...macam2 cara untuk merialisasikannya...ini adalah salah satu di antaranya...layan je..!!

.


Apa Nak DiKata...KAPLA PuSING!!

..Kapla(kepala) Pusing!!!...ada perkhidmatan potong rambut ke kat sini,



gambar hiasan




Aduuuhai..memang cmnilah aku bila drive tengah2 panas terik, silau mata sampai tangkap kepala nyut2, ngap2 sakit sampai tak tentu hala dibuatnya..nak kata migraine rasanya tak kot..
ada lagi sebab lain...bukan sebab panas terik mentari saja, pasal rambut pon satu hal yang perlu diambil berat, aku tak taulah pada mereka yang suka simpan rambut panjang2 ngalahkan kaum wanita...kekadang merimaskan, tengok pon dah sakit kepala apa lagi menyimpannya...

bila jadi cmni, mulalah aku cari gunting (mamadiana memang pakar pasal ni...my tukang gunting peribadi..haha bertuah badan takyah susah2 pi hair saloon/barber dah sejak kawen).

Bahang panas dalam kepala sentiasa menujah2 keluar sehingga terperangkap dek rambut yang berserabut bak sabut kelapa..Huh !! memang menyiksakan...mungkin ada hikmahnya pada kaum wanita yang sentiasa bertudung litup, tidak dapat ku gambarkan...moga Allah mengurniakan rahmat setinggi2nya kepada mereka yang taat akan perintahNYA.

Tapi ada juga segelintir dari mereka yang menterbalikkan lumrah biasa...yang lelaki sibuk rambut panjang dan yang pompuan sibuk botakkan kepala...nazar tak bertempat !! (masa bby tu lain citer).
Botak, tidak terlintas lagi dihatiku..yang sedang2 saja cukuplah untuk keselesaanku.
Mungkin itu juga keselesaan mereka yang inginkan keterampilan seumpama itu.
Terserahlah pada mereka..."apo nok dikato"

Inilah punca2 yang menyebabkan aku suka memandu sebelah malam atau subuh2 hari ...suasana yang nyaman dan tak banyak keta..

p/s : Panjang Rambut Pendek Akal, Jaga Mulut Jangan Nakal.

.


Heningnya Di Pagi Ini...suasana ...

Salam...selamat bersua kembali kita di sini..

Alhamdulillah segalanya selamat seperti yang diharapkan...terima kasih atas doa korang sumer.

...Hari Isnin yang suram..hehehe, mood yang biasa kita hadapi sebagai pekerja yang setia melangkah ke pejabat...mulanya rasa bersemangat tapi memandangkan suasana sekeliling yang hening..rasanya macam masuk keja hari minggu plak.

...ehh apa aku nak buat ni, melangut sorang2 dalam opis...toleh belakang ada cleaner je..boleh je aku tanya khabar dorang...lepas tu takde benda nak disembangkan....(nasib baik akak tu menyahut teguran ku...) . Dolu2 punyer cite masih lagi terngiang2 kat telinga ku...syssshh!! jangan tegur , jangan pandang belakang...hehehe mcm tu lah pengalaman dorang masa mula2 opis ni dibuka...menyeramkan tapi itu dolu2 lah 5 tahun yang lalu (sekang okay dah takde rasanya).

macam ni lah keadaan di sini setiap kali cuti perayaan walaupon cuma Raya Haji je..dorang yang tinggal jauh akan pulang ke kampung halaman cam orang naik haji plak cuti lama2...

Cuti tahunan banyak lagi....gasak la, pe lagi tunggu !! cuti sekolah plak tuh...

Okaylah nanti aku sambung entri lagi...nak sarap dulu...

Selamat Menjalankan Tugas...

.


Selamat Hari Raya Aidil Adha..dan Tahniah kepada Hanis..

Assalamualaikum...

...hai korang sumer...dah ready ke untuk sambutan raya haji esok...
aku nyer famili kat sini biasalah, jadi orang perantauan memang selalu terfikir nak balik kampung halaman..

Setakat entri ni ditaip aku masih lagi kat opis...menghabeskan saki baki keja yang belum pasti kehabisannya..kalu habis takde keja la jawapnya kitaorang kat opis ni nanti...sempat berentri lagi tuh...

Pepagi tadi kena hadir ke sekolah adik Hanis Umairah, dorang ada buat Hari Anugrah Kecemerlangan tahunan, Alhamdulillah adik dapat no 1 dalam kelas dia...
memang nampak releks je orangnya, tapi berjaya jugak dia, syukur sesangat..moga dia terus berjaya untuk mencapai cita2nya sebagai Angkasawanita..aamin.

Yang paling gembira adalah mamaDiana, sebab dia sangat ambil berat tentang pelajaran anak2.

> sekitar Penyampaian Hadiah SKKD



SKKD cemerlang UPSR2010 Daerah Kuala Langat




budak yang bising di rumah tapi senyap di sekolah...(cikgu komplen)




bersama Guru Kelas dan Guru Bahasa yang banyak membantu dlm pelajaran..




bersama Mama tersayang, Kaknina n Batrusya...




..dan rakan sekelas yang sama2 dapat hadiah...best la tu!


...dorang semua balik rumah aku kena sambung keja kat opis...maybe mamadiana tengah sibuk packing kain baju untuk ktorang bertolak balik kampung petang ni insyaAllah...doakan kami selamat pergi dan balik dengan sihat walafiat sekembalinya nanti......

Destinasi balik kampung kami adalah ke rumah mentua aku kat Sg Petani Kedah...alhamdulillah kat sana belum penah banjir lagi...harap2 tak akan berlaku musibah seperti itu...ondeway balik singgah sekejap rumah emak aku di Parit Buntar..(org pompuan tak mau mengalah..asyik depa je nak menang!..tak pa)

Kepada Muslimin dan Muslimat , PCL sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha, semoga berjumpa lagi di entri selepas cuti ini (kita amik cuti sampai Isnin yek..!).


Wassalam.






Kedai Mamak Muslim...kepastiannya kita boleh cuba!

gambar hiasan


Salam Tuan/Puan/Cik blogger yang dihormati..

..mood aku pepagi ni santun sikit, walaupon semalam tak cukup tidur...bukan kerana melayan zombie game tapi ini adalah disebabkan meminum 'kopi Jantang' kat kedai mamak ....susah nak tidor beb!!

Mulanya cuma nak meneman anak2 yang suka makan lewat malam...lepas tu tak kan tengok je, badan pon rasa lenguh2 then terus order kopi 'kuat'...memang kuat sungguh, salah timing la pulak.

..kebetulan sambil borak2 dengan mamadiana terlintas di fikiran ku , beberapa hari lepas terbaca email berkenaan kesahihan kedai mamak berlagak muslim:


" Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya: adakah

terdapat masakan berlaukkan daging lembu.

Ya, daging lembu. Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak

Muslim dengan bukan mamak yang berlagak Muslim.

Kenapa daging lembu? Sebab, tidak mungkin penganut-penganut agama hindu

tergamak hendak menyembelih, memasak dan

menghidangkan 'tuhan' mereka! Di dalam agama Hindu, lembu merupakan

haiwan suci yang dianggap tuhan mereka.

Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akan dihidangkan

oleh restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim

yang menyamar Muslim.

Mungkin mereka boleh menipu pelanggan dengan menggantungkan

poster-poster al-Quran atau menggaji pekerja-pekerja India

Muslim yang mampu menjawab salam apabila disapa, tetapi mereka tidak

akan sekali-kali menggadaikan 'aqidah' mereka

dengan menyembelih, memasak dan menghidangkan tuhan mereka itu.

Saya pernah membuat kajian rambang di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur,

dengan cara begini;

Saya memasuki restoran dan meninjau-ninjau di kaunter lauk-pauk.

Selalunya akan tercatat pada lauk daging - 'daging

lembu' atau 'daging kambing'. Sekiranya terdapat daging masakan daging

lembu semestinya tuan restoran tersebut adalah

mamak Muslim."

Seandainya, tidak terdapat sebarang tulisan / tanda pada lauk

berkenaan, saya akan bertanyakan kepada pelayan restoran

tersebut; "ada lauk daging tak?"

Pernah terjadi, pelayan tersebut menjawab, "kambing ada, daging lembu

tiada".

Apabila mendengar jawapan tersebut, saya akan bertanya kembali, "kenapa

tiada lauk lembu?".

Selalunya, pelayan restoran Mamak Muslim palsu akan terperangkan dan

tergagap-gagap untuk menjawab.

Seterusnya, cabut sahaja daripada restoran tersebut."

>>fowarded email..terima kasih sahabat.


...apa lagi praktikkan la apa info yang aku dapat sebelum ni...cari daging lembu masak kicap....

aku : "daging masak kicap ada?"

mamak : "sudah habis la bang".

aku: " habis ke tak masak daging lembu.."

mamak : "kita muslim la bang...mesti ada jual punya masak daging lembu, tapi sekarang dah lewat..esok pagi mesti ada...awal sikit la bang.."

aku : "owh ya ka...tak pa lah..". (dalam hati...ok pass!).

>> bole caya ke buat cmni..cm tak praktikal je...lain hari bole try lagi untuk kepastian.


pssst : mamak Hindu 'murtad'..bagus , sekurang2nya dia telah engkar dengan tuhannya, tapi jangan kita yang Muslim murtad sudah la...



Suka melayan....

Salam...

alahai tatau nak buat hapa petang2 ni.....semalam melayan zombie game sampai pukul 4 pagi sapa suruh..hahaha..bukan aku yang main tapi anak2..sekejap adik ..pas tu sambung akak pulak n lepas tu pulak mama dorang join sekali...(bukan selalu, sekali sekala je tu ari minggu..layan je dorang tu.)

mataku naik berpinau sebab pepagi dah bangun,..biasala mamdiana ajak p pasar kemboja..apa lagi nak beli tudung untuk kakak dia kat kampung dorang pesan belikan.....alahai pesen apa tu..nak cari yang bertingkat cm gambar ni..




...ingat kek ke rumah pangsa ke...ehhh hi-way ke , rupanya tudung pun bertingkat jugak...nak cari 3 tingkat tak jumpa tapi dapat yang 2 tingkat terus sambar...minggu lepas tanya Rm25.., minggu ni dapat Rm23...teror betoi tawar menawar...keh..keh...i folow jer.

Sape2 peminat tudung..syabas aku ucapkan kerana korang memang uptodate...jangan menang membeli alah memakai..pakai bila perlu saja!! ..hendaknya pakai untuk menutup aurat mengikut ajaran Islam.


Ikan patin dah tak layan...dah muak rasanya makan patin tiap2 minggu...(baru dapat 4.5kg patin kolam ..eksen!!)

layan ikan sadin tin plak...wuuhuu.

> ...untung2 bukak penutup tin dapat rm50 ribu, bole shooping kat 'ariani'....haha ade ke??.

adik nak sambung maen game zombie plak.. wokeh chaaw!


.


Kasi goreng itu ketam...!!



Nabi Muhamad SAW pernah bersabda:

"Perintahkan anak-anakmu mengerjakan sembahyang bila
dia berumur 7 tahun dan pukullah dia bilamana tidak mahu
mengerjakan sembahyang semasa berusia 10 tahun dan
pisahkan dari tempat tidur."

Nabi Muhamad SAW menyuruh (mewajibkan) kita pukul anak berumur 10 tahun
yang tidak mahu sembahyang. Tetapi adakah kita pukul? Kita mungkin pukul kalau
tak buat kerja sekolah atau tak lulus periksa.
Jarang kedengaran pukul kerana tak mendirikan sembahyang. Manakan nak pukul anak tak bersembahyang sedangkan ibubapa sendiri tak bersembahyang. Takkan ketam nak ajar anaknya berjalan betul.
Ibuabapa dewasa ini tidak bimbang anak2 walaupun perempuan tak balik hingga
larut malam tetapi yang dibimbangkan agaknya binatang peliharaan seperti kucing atau ternakan seperti ayam, lembunya dan sebagainya belum pulang waktu senja.
Kekadang semuanya nak ambil mudah dan merasakan 'hak kehidupan' adalah tanggungjawab masing2.



p/s : Jangan jadi cm ketam..jadilah manusia sebenar2 takwa
.
.

cewah! menu tghari nie.....ketam goreng cili > credit to google






Kesuntukan....

Salam...

Sory...dalam keadaan mood berkursus (bukan kawen)...bermula 2 hari yang lepas dan hari ni adalah hari terkahir...

Kesuntukan masa untuk membalas kunjungan anda membuatkan aku membuat ayat 'tonggeng langgang' ini ...dengan aku2 sekali .

jumpa di entri esok...insyaAllah..

CAPEK BANGAT !!!

p/s : Terima kasih yg sudi menyinggah dan komennya sekali.

.


Panggil Isteri Dengan Pangillan Ummi, Mama..

>Permasalah yang dikemukakan oleh insan_mis3

"Assalamualaikum..

hari Sabtu baru ni saya menonton rancangan Tanyalah Ustaz Dr Abd Basit. Macam terdengar yg dia mengatakan makruh memanggil isteri dengan panggilan umi, ibu, mama dsb (kalau tak silap dgr la)..

Apa dalil hadis yg mengatakan hukum ni makruh? Siapa nama sahabat yg paggil isterinya paggilan2 seumpama ini? Hadis yg jadi dalil ni riwayat siapa dan apa martabatnya? "


**************
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

- Memanggil isteri dengan panggilan seperti 'ibuku, mama" dan seumpamanya, jika dimaksudkan dengannya untuk menyamakan isteri dengan ibunya dari sudut haram bersekedudukan, maka ia dikira zihar (zihar kinayah). Tetapi dalam masyarakat Melayu, ia jarang dimaksudkan begitu.

- Kebiasaan, dalam masyarakat kita, suami memanggil isteri dengan panggilan 'mama, ibu, mak' dan seumpamanya hanya semata-mata panggilan, atau kebiasaan, atau kerana mengikut panggilan anak kepada ibu mereka.

- Memanggil isteri dengan panggilan demikian, ada pendapat yang mengatakan makruh. Kerana berdasarkan satu hadis ada seorang lelaki memanggil isterinya dengan 'Ya Ukhaiyyah' (Wahai adikku).

Lalu Rasulullah Sallallahu ALaihi Wasallam bertanya, "Adakah dia adik perempuan kamu?".

Kemudian, baginda membenci panggilan demikian dan melarangnya.

- Hadis ini direkod dalam Sunan Abi Daud (no: 2212) daripada hadis Abu Tamimah Al-Hujaimiy. Ia dinilai dhaif oleh Albani.

- Syeikh Utsaimin ditanya soalan seperti ini, lalu beliau berfatwa, "Harus bagi seorang lelaki memanggil isteri dengan 'Wahai adik perempuanku' atau 'Wahai ibuku', dan perkataan-perkataan lain yang boleh menimbulkan kasih sayang. Walaupun sebahagian ulama mengatakan makruh seorang suami memanggil isteri dengan perkataan-perkatan seumpama itu, tetapi tidak ada hujah untuk mengatakan makruh. Kerana amalan-amalan adalah dengan niat-niat. Suami tersebut bermaksud untuk menimbulkan kasih sayang dan kemesraan dengan isterinya". (Fatawa Nur Ala Al-Darb).

Wallahu

P/s : kredit sumber >
http://qawanitadanperkahwinan.blogspot.com/2009/03/panggil-isteri-dengan-panggilan-ummi.html

.


Sayang, sayang2...'melayang'.

Salam...

Rasulullah SAW selalu memanggil Aisyah dengan panggilan kesayangan seperti “Ya ‘Aisy”, “Ya Uwaisy”, atau “Ya Humaira”, untuk membuat hatinya tersanjung.


Alahai..sukanya dengar perkataan sayang..lagi2 dorang yang tengah hangat bercinta ni...dengan lain perkataan yang sama maksud contohnya seperti ayang , yang , ling, honey dan sebagainya...semuanya menggambarkan bertapa sayangnya kita pada seseorang...

Aku??...dah lama berlalu...mulanya panggil 'sayang' jugak..lepastu dah ada anak sorang ...tukar kepada 'mama'...sesekali tu ada ke ??..cm lain plak kedengaran, rasa segan di khalayak ramai..(dlm bilik oraiit!!)...sehinggalah sekarang.
Biar 'mama' tu melekat bersama anak2 dalam dunia hidupku. Lupakan kes aku dan familiku...
kita berbicara bab umum/general..lagi senangkan..tak menyentuh mana2 pihak..dan aku tak mahu ada yang tersinggung, sekadar bahan bacaan..amik yang mana patot saja guna untuk kebaikkan.

Ada juga yang melekat dengan panggilan 'sayang' tapi belum 'melayang'..Alhamdulillah, tidaklah diminta sama sekali ianya berlaku.

Apa pon terms yang kita gunakan semasa bercouple atau sudah berumah tangga hendak lah ia
bersama2 dengan keikhlasan...bukan sekadar panggilan biasa buat insan yang kita kasihi.

Walaopon dolu2 mengikut gambaran dari citer2 lama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee...penggunaan perkataan atau panggilan kepada pasangan seperti 'sayang' adalah tidak jelas...kebanyakkannya menggunakan nama sendiri atau pon yang lebih sentimental value seperti bapaknya, maknya, pakhang, makhang...dan sebagainya lagi, agak kasar sikit tapi dorang cool jer...'roman tak tik' lagi la masa tu...

Tapi sekarang ni keadaan sudah banyak berubah...tengok saja lah penggunaan 'sayang' sudah digunakan semenjak sebelum menjadi pasangan hidup yang sah lagi....tengok saja lah...sayang2 dah nikah lepas tu 'melayang' (tak semua).

Apa guna semua ini ?? sikit2 sayang..sayang itu..., sayang ini (ada orang menyampah).

Dalam situasi lain..
Harus diingat ya kepada ibu2 dan bapa2 yang menggunakan perkataan seumpama 'ummi' atau 'mama' untuk dipanggil kepada isteri atau sebaliknya perkataan tersebut maka hendaklah jangan diniatkan sebagaimana anak2 memangil ibubapa mereka.
Seperti juga panggilan 'abang' untuk suami..

p/s :>> kita akan ikuti di lain entri selepas ini berkenaan hukumnya panggilan tersebut, insyaAllah.


.


Bagusnya Blog Walking..

Salam..

Ini baugusnya kita menziarah blog orang lain (Blog walking)..
Selain mengenali antara satu dengan yang lain bole juga menimba ilmu2 yang mana kita belum pernah tahu atau tau sikit2 tentang dunia blog ini...

Apa yang aku dapat dari entri yang dipaparkan sebaiknya kita ambil pedoman dan kalau diizinkan untuk share kepada pembaca lain , maka ini lah yang aku lakukan..untuk terus menyibarkannya...(aku rasa blogger berkenaan akan turut bangga entrinya diambil utuk sharing di sini).

tiada penambahan ..segalanya boleh baca di sini :

http://myvitrd.blogspot.com/2010/11/ciri-ciri-blog-yang-tidak-akan-mendapat.html

Blogger yang sedang 'bertatih' seperti aku ..perlukan semua ini untuk kemajuan blog ini sendiri.

Terima Kasih kepada yang berkenaan (belum sempat mengenali tuan punya blog tersebut).

p/s : ..bantuan semua blogger tidak dilupakan, InsyaAllah.

.


Nampak Mudah Tapi Susah Nak Buat..


Salam...

Alhamdulillah ...di pepagi yang indah ini ketika aku melalui jalan2 ke tempat mencari rezeki..walaupon tak jauh mana pon.."kentut pon dengaq"..bak kata bidalan (tak ada dlm buku teks skolah) yang menyatakan bertapa dekatnya tempat kerja ku...nak buat amalan bukannya susah begitu jugak nak buat dosa..lagila mudah..huh! mintak dijauhkan.

>sempat alihkan dahan kayu yg melintangi jalan...(selagi boleh lalu takkan ubah punyer...podah!)

Zaman mengejar masa..zassss! 80kmj ke 120kmj...maybe jalan2 kampung slow sikit..
duri atas jalan mana ade...bongkah kayu , mungkin ketul batu adalah..tu pon kita wat tatau jer..
...'harghem' nak alihkan..nak 'mamphos'!! ...bole 'mati katak' woo!!.

Itulah hakikatnya jika kita pandang remeh dan mementingkan diri sendiri saja.

"Seseorang lelaki menemukan ranting yang berduri di tengah jalan (yang dilaluinya), lalu ia berkata (kepada dirinya sendiri), “Demi Allah, aku benar-benar akan menjauhkan (membuang) duri ini agar tidak menggangu orang-orang muslim”, kerana itu ia dimasukkan ke syurga ".
(Riwayat Muslim)

>owh bad! ada yang ambil kesempatan tabur paku atas jalanraya...nk cari rezeki lebih katanya..stop it or stupid them!


p/s : biar apa orang kata.."kutip 'benda' atas jalanraya , mcm orang gila..." tapi itu adalah amalan mulia sebenarnya tapi awas kepada bahaya keatas diri sendiri dulu..

#'benda' = sesuatu yg boleh menyebabkan bahaya kpd pengguna.

.