Salam Tahun Baru 2012 Dari P@kcikLie (PCL).

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

[awal sikit lebih afdal..hehe]

UCAPAN KHAS 


kepada semua blogger/silent reader satu dunia yang setia  singgah dan membaca di blog ini.
Jutaan Terima Kasih diucapkan, sokongan anda membuat saya lebih bersemangat untuk berblog.


dan Selamat Tahun Baru 2012,   semoga sentiasa dirahmati Allah dan ceria selalu...yeah !! Blogging mau ikhlas.

kepada sahabat blogger (Yied Pozi) yang sudi menghadiahkan edit
secara percuma Blog Header 2012 ..setinggi- tinggi terima kasih juga saya ucapkan.



 IKLAN jap..hehe

Untuk pengisian BLOG LIST 2012 LELAKI dan BLOGLIST 2012 WANITA masih terbuka, Pcl akan terus menerima kepada sesiapa saja yang berminat sehingga tarikh 1 January 2012 (12 mlm)

Sila rujuk pada link berikut : LELAKI , WANITA.(kepada blogger yg belum dan untuk meninggalkan url blog anda di ruangan komen)
[List url blogger akan diupdate secara beperingkat mulai malam ini].


KHUSUS

Untuk sahabat blogger yang bersama di Perjumpaan "Salam Bersambut Ukhuwah Bertaut",  url blog anda tersenarai secara automatik di BLOG LIST 2012  KHAS., sejujurnya saya sangat suka dan berbesar hati kerana dapat berkenalan secara nyata dengan anda semua, anda memang bagus.


Sekian , Terima kasih.

p/s: Maafkan saya jika terdapat kekurangan sebelum ini...azam tahun baru untuk memperbaiki apa yang kurang dalam arena blogging khususnya.

[Entri penutup tahun 2011]


"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Baru nak teringat pakai ....

Salam....

...Sakan sungguh mak mertua aku ni dengan adik dia iaitu makcik shida 'kaki pancig' sungguh...kaki pancing ala2 orang lama lah kiranya..

takpa ikutkan saja...

Dari Pantai Merdeka kami ke Segantang Garam....mungkin tempat2 ini asing bagi aku juga anda semua kan..haha kita bukan kaki pancing yang sebenar benarnya macam keluarga mamadiana, kalau korang nak tau , daripada arwah tokwan dia , pakcik2 , makcik2 , abang dan biras2 semuanya minat memancing walaupun tidak lah menjadi 'kaki pancing'..serba sikit tentang memancing boleh joinlah jika diajak bersembang mengenainya.. situasi beginilah yang akan merapatkan kami lagi di antara keluarga tapi lain keluarga lain pula caranya..

*************************

[otw perjalanan tadi]

"...cepat pakai seat belt...ada road block ! "

"emmm...baru kalut !!"

"ye la, kalau kena saman sapa nak bayar"..


psst..pesanan pcl kepada semua pemandu kenderaan ..silalah patuhi undang-undang jalan raya, jangan bila nampak Polis/JPJ je baru nak kalang kabut...

satu lagi, pemakaian tali pinggang kaleder adalah diwajibkan kepada semua pemandu dan juga penumpang berkuat kuasa pada 1 Januari 2012.


ok, bai2.



"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Bila Mereka Gembira, Aku Bahagia...

Assalamualaikum,


hari ni pcl bersama keluarga termasuk mertua 'kaki pancing' berada di sekitar sini (Kampung Pulau Sayak Kuala Muda, Kedah)..untuk meneruskan xtvt cuti musim sekolah yang masih berbaki beberapa hari lagi.


menyewa chalet sederhana, selesa buat anak2 menumpang bermalam. ...risau gak kalau dorang berpanas, takut demam plak nanti.

tak semua kami ni minat dengan xtvt memancing, yang lebihnya hanya suka suka memeriahkan suasana.


minat dengan memancing, itulah xtvt wajib bila kami beramai ramai....kehendak dan minat mertua jangan dibantah, nanti jadi ' tanggang' plak...


minat ke tak suka ke.....ikutkan saja.


"bila mereka gembira,  aku turut bahagia"


Published with Blogger-droid v2.0.2


OSBON JUARA MAHARAJA LAWAK. ..?

..malam ni,  Maharaja Lawak Akhir. ...juaranya adalah OSBON? ???


hehe..ni cuma ramalan Darwisya je pakngah aka PCL....cmne bole caya ke?


Published with Blogger-droid v2.0.2


Nak Teka Tak Teki Ni...?

Salam santai di tepi pantai !

tetiba jer...

"apakah persamaan seluar jeans dengan tudung kepala wanita"?

luahfikiran said...

SALAM AIDILADHA,
LF TAHU TAPI TAK MAHU BAGITAHU ! JUMPA 18 DIS NANTI, BARU NAK CAKAP.

...bila dah sampai waktunya pcl terlupa plak nak tanya kepada Dato' LF tentang jawapan yang dijanjikan beliau tu ...






walau kedua-duanya diperbuat dari fabric namun kualitinya tetap berbeza.

masih tiada yang boleh jawab di entri sebelum ini....(klik sini)

cmne...nak teka tak teki ni ??....ok, sekadar suka suki je..silakan jawab.

p/s : pcl n famili ada kat Pantai Merdeka, Kedah....ingat lagu ni "Cinta Pantai Merdeka - Jinbara"...

layaaan..bai2.


"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini".


Published with Blogger-droid by p@kciklie v2.0.2


Bergambar Tiga Orang....mati sorang ?

gambar sekadar hiasan..


.....ish...ish...ish...jangan pecaya semua benda mengarut nih...bida'ah belaka!


ada yang sanggup gerak tokwan tengah syok tidoq nuuu...punya nak bergambar bagi cukup korum....hahaha.


ada ka patut! ..walllawei betui laaaaa.


[telingaku sedang dengar ceramah Uztaz Azhar Idrus...sambil dengar sambil senyum sorang-sorang]


p/s...lebih bagus dari layan cd lagu bila berada dalam kebosananan di jalan raya menuju ke Pantai Merdeka.


Published with Blogger-droid v2.0.2


Ghau ghau bau dia....

salam, ....jaga tingkah laku walau di mana saja...ingat !!

pinjam gambar Afni..budak kechek tak ckap bohong..




...kalau dah berdiri tinggi tu, tengok sama orang yang duduk kat bawah nih....jangan lepas ikut suka jer! !!!



kang kena pok dengan gegurl kang !!! haaaa..




Published with Blogger-droid v2.0.2


Ingat Mengigatkan..

Assalamualaikum wbt,

nak ingatkan juga pada diri dan keluarga sendiri...

Barangsiapa yang menolak 5 pekara, maka Allah akan menolak 5 pekara daripadanya...

Barangsiapa menolak zakat, Allah swt akan menolak keselamatan hartanya.

Barangsiapa tolak sedekah, Allah swt akan mengurangi kesihatannya.

Barangsiapa menolak zakat tanamannya, Allah swt akan menolak berkat tanahnya.

Barangsiapa tidak suka berdoa, Allah tidak suka untuk menerimanya.

Barangsiapa yang meringan-ringankan solatnya, Allah swt akan menolak dari kalimah syahadah ketika matinya.


alhamdulillah, kita masih di sini untuk meneruskan perjalanan hidup yang masih berbaki...harapan semuanya dan hendaknya dalam lindungan Allah SWT.



"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"



Boleh tak 44 kali kunyah dalam setiap suapan?



Assalamualaikum wbt,


eh perasan tak, bila makan mesti kena kunyah...kecuali ' makan ayaq '..kalau kat Kedah depa cakap cmtulah


penah bilang tak berapa kali kunyah. ...kalau makan masa lapar memang tak semapat nak kira dah...masuk mulut 2, 3 kali kunyah terus telan..



..tertekan publish plak...

takpa kita sambung lagi ni...

sebenaqnya pcl nak tanya kat hangpa semua...
biasanya cukup dak 44 kali kunyah dalam setiap kali suapan anda, seperti yang diamalkan oleh junjungan kita Rasulullah SAW.

pcl dok cuba gak banyak kali dah. ..gagal!

hangpa cmana plak?.

Published with Blogger-droid v2.0.2


Mencari Blogger Wanita Untuk Dimuatkan ke Blog List WANITA 2012

salam satu bloggers...

dah solat waktu?....bagus, alhamdulillah.

pcl nak teruskan blog list 2012 seterusnya untuk Blogger Wanita sahaja.

Sila ambil maklum, juga tiada syarat khusus yang menyusah payahkan anda.

cuma komen atau tinggalkan link anda diruangan komen ini..

kalau lebih bagus lagi dengan jasa baik blogger yang disayangi sekalian untuk diwar-warkan semoga lebih lagi ceria blog ini.

p/s...sudah listed untuk blogger yg attened @BBB pertemuan blogger tempohari.


"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Mencari Blogger Lelaki Untuk Dimuatkan ke Blog List LELAKI 2012.

Assalamualaikum Wbt,

Di penghujung tahun biasanya blogger macam ni lah gayanya...pcl pon sama, mula-mula nak listkan dulu blogger lelaki....almaklum lah blogger lelaki ni pemalu orangnya..

cmner nak war-warkan...tolong-tolong lah ye...

syarat khusus tiada, yang pasti blogger itu benar-benar lelaki.

ayoh!! blogger lelaki...tinggalkan link diruanagan komen ini.

p/s : Blogger @BBB pertemuan blogger lalu ..jangan risau ! anda dah listed.



"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Wordless Wednesday - My Kasih Sayang Edisi Khas 2011

pcl kesejukan....mamadiana steady  je !







"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..."






Published with Blogger-droid by p@kciklie  v2.0.2




PERBINCANGAN JPA – CUEPACS ISU SBPA 2012 BERHASIL





PERBINCANGAN JPA – CUEPACS ISU SBPA 2012 BERHASIL | Perbincangan hampir lima jam antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini membawa hasil apabila markah prestasi untuk kenaikan gaji dan markah pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) diselaraskan serta-merta dalam mesyuarat itu.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, JPA bersetuju untuk menurunkan markah penilaian prestasi bagi kenaikan gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) daripada 75 kepada 65...

sila baca seterusnya di sini atau klik pada tajuk entri.




"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Jaga Mata ! ..."dari mata turun ke hati"

Assalamualaikum wbt,...

Jangan dekatkan sangat mata anda dengan skrin monitor ye....jarak yang sebagusnya adalah (+-)75sm.

Kalau boleh pejam celik, kedipkan banyak-banyak kali mata anda tuh, cara ini boleh membantu mata anda supaya ada kelembapan bahagian dalamnya.

*************************************************************

mereka  tertunduk bukan malu sebenarnya...

mahu memelihara mata ? eh...bagusnya !!

kenapa LELAKI harus...eh, WAJIB buat begitu?

sebab...

Perasaan yang bergelora, chemistry yang begitu kuat, dan walaupun hanya dengan pandangan mata, dapat dirasakan 'kejutan elektrik' meresap ke seluruh badan!

Dalam peribahasa Melayu yang lebih sopan, ‘dari mata turun ke hati’, kerana apa yang dilihat sangat memikat.

sekadar berpesan dan mengigatkan...jaga mata anda !.

p/s : ..aku berpesan dari lelaki untuk lelaki.




"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Jika anda seorang ibu/bapa, adakah anda juga begitu ?

...mamadiana bercerita padaku bahawa dia ada terdengar perbualan antara ibu dan anaknya semasa makan-makan di gerai roti canai sebentar tadi..


"adik....mulai dari hari ni, jangan minum air bergas tau"....


"adik...megi megi tak mau makan dah tau! "...


"kropok (jajan) pun mak tak suka adik makan tau! "...


"mak risau la dik......"..


"adik kena makan air tangan mak saja tau...ingat ni"...



*[ adik, merujuk kepada budak lelaki sekolah menengah ] .


...jika anda seorang ibu/bapa, adik atau abang kepada budak tu.... adakah anda juga begitu ?




"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

Published with Blogger-droid by p@kciklie  v2.0.2


Kongsi Baik Punya : kena ambil tahu dan fahamkan apa yg kita doa..

Salam semua...kongsi apa yang patut..


Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2..
tahukah maksudnya??
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)


Sebarkan dengan menekan perkataan "SHARE" atas sekali tu Kepada rakan rakan yang lain.:) Mudah mudahan diberkati dan dikurniakan Pahala oleh Allah s.w.t
INSYAALLAH :)



"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Ini Apa ka Namanya...?

Salam petang semuanya....meh makan petang.


musykil.  ! !


..tau buat tapi taktau namanya...


emmh. ..ni lagi hebat huhu...tau makan ja tapi taktau nama apa,


tanya orang yang buat pon sama jawapannya...


tak tau!


...makan lah dulu, nanti tanya kat sapa yang tau kat sini...


Published with Blogger-droid v2.0.2


Pokok Daun Lemuni?






Assalamualaikum...pagi minggu err! ( cuti ganti sebenaqnya..tu pasal cm hari ahad je) di rumah mertua...keh..keh.

Taktau nak buat apa sebenaqnya...makan sarapan semua dah siap terhidang. ..dah kenyang melepak kat pangkin depan rumah...

kat situ gak ada sebatang pokok....pokok lemui namanya (gambaq atas).

mai (datang) sini tak sah kalau tak buat nasi lemuni...

mamadiana memang dah terer. .....resipi turun temurun dari mak dia :-)...

sempoi? ......memang sempoi! 

(dalam blog mamadiana ada resipinya, kalau berminat la silakan klik).

santai cuti-cuti Malaysia.

ok, bai2.



Published with Blogger-droid v2.0.2


MONEY DROP MALAYSIA...

Salam, kini PCL ada di rumah mertua @Sungai Lalang near Sungai Petani Kedah...huhu dulu alamatnya near Bedong...entahlah kenapa diwartakan sebegitu walhal jarak di antaranya lebih kurang saja.

sampai jam 9 lebih....Hanis Umairah terus ke desktop bersama makmenakannya yg disapa Adikmanja..hehe.
ada projek katanya...

apa tu, huhu rupanya tengah dok tunggu siaran online MONEY DROP MALAYSIA...


dik....boleh jawab ke??

aku pon tatau cmner mulanya...agaknya kena register dulu baru boleh main teka-teka ikut sama macam siaran langsung di Astro tuh.

tetiba je bising satu rumah....sorakan ramai sepupu n makmenakan yg lain..ada sokongan tuh...pastinya duit RM1 juta dah jatuh..haha , tekaan salah buat percubaan pertama...mau cuba lagi katanya..

"betul boleh dapat duit ke tuh?"

"alahhh..saja suka-suka , boleh uji minda sebenarnya....apa la abah nih!"

maaf...aku ralit blogging sebenaqnya..

tak tau hujung pangkal nak sampuk !! hurm..kalau betul boleh gak belanja apa-apa ka ??

rasanya aku pon nak follow gak ....bagus untuk uji minda...keh keh..

p/s : ...sesekali berkumpul ramai-ramai, mau tidoq lewat pagi  semuanya..haha.

ok, bai2


"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

Published with Blogger-droid by p@kciklie v2.0.2


Kini nostalgia menggamit realiti...

[Kejadian berlaku dari tengahari sampai ke petang di Kampung Teluk Pial, Jalan Baharu Parit Buntar Perak]

...bila dah berada di kampung halaman, barulah rasanya dapat idea untuk meneruskan cerita sebelum ini. ...

>Suatu Ketika Dulu ..Part 1

>Suatu Ketika Dulu ..Part 2


[sambil pegang buluh pancing, sambil mengimbau kenangan silam]

..suatu ketika dulu, selagi bakul tak penuh kami tak akan balik ke rumah dengan hasil ikan keli dan puyu..
tiga beradik... abglong, pcl dan nasir (arwah abh Izz ) mengail di telaga atau memukat di parit taliayaq atau mengagau di lopak bendang.

..bila tiba musim mengetam atau menuai padi...air semakin kurang di bendang, semua ikan-ikan akan berkumpul di telaga berhampiran...acara menimba telaga akan bermula sesudah subuh, dulukalanya guna tin biskut meri yg besar buat penimba air (asal orang kampung harus boleh bayangkan). Tarik buang...tarik dan buang air guna empat tali dengan dua orang tenaga...huh! memang penat perah keringat bagi mengeringkan sebuah telaga yang dalamnya melebihi tinggi orang dewasa.

[sesekali tali disentap dan buluh direntap....]

masih banyak lagi ikan di dalamnya...agaknya dah tak ada orang yang nak buat keja menimba dah, semuanya main tunjuk saja...kat market Batu 5 apa yang takdak, keli, haruan, sepat, puyu...talapia semuanya ada tapi. ..
tapi semuanyan ikan bela / ternak...rasanya tak fresh macam dulu dah! hurm..


kini nostalgia menggamit realiti, anak bini aku angkut bersidai di tepi parit...rasanya mahu menikmati suasana suatu ketika dulu,
untungnya mamadiana dan anak-anak minatnya kadangkala ke situ juga, memang asalnya dari keluarga kaki pancing...senanglah untuk diajak berunding.

(maaf , tiada gambar diselitkan di sini...loading blog ini semakin berat nampaknya)

walaupun hasilnya tak sebakul yang diharap....cukup untuk dibawa ke rumah mertua di Sungai Petani yang sememangnya menggemari masakan ikan puyu.

orang kampung pcl dah biasa dengan semua ini...

p/s : Sedang menunggu putri-putri bersiap-siap, kami akan ke Sp (rumah mak mamadiana) plak, ...kedua-dua pihak kena jaga hati dan perasaan mereka.. mengharap yang terbaik oleh anakmenantu...takmo jadi anak hantu na'uzubillah.





"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

Published with Blogger-droid by p@aciklie v2.0.2


Asal Dari Kampung....

Assalamualaikum wbt,


pcl bersiaran dari Kampung Parit Teluk Pial, Jalan Baharu Parit Buntar Perak....

khabarnya rakan blogger AA Azie tau tempat ni...


suasana pagi memang menyegarkan di sini...teringin nak mendapatkan nasik lemak 50sen yang khabarnya masih ada dijual di kedai kopi ayahanda pcl...Kedai Kopi Ismail@pakteh..tapi sayang...tutup la plak sebab semalam ada kenduri arwah.


mengintai dari tingakap atas rumah, hanya kelihatan bumbung kedai yang menampakkan kesunyian pagi tanpa pelanggan yang sudah maklum terlebih dahulu tentangnya.


terus ke belakang rumah....sawah bendang terbentang luas, pokok padi yang sedang menampakkan buahnya menggambarkan bertapa besar rahmat dari Allah Swt kepada petani yang masih setia di sini.


...masih ada yang tak kenal pokok padi?...atau ada di antara pembaca generasi kini masih tertanya-tanya bagaimana rupa pokok beras...!


haha, bukan nak kata kat hangpa...anak pcl sendiri pon baru kenai dengan semua nih...

sebelum ni bila masa balik kampung timing tak betul...elok padi dah dituai..mana nak ada pokok dah!


okeh..pi layan gambaq kat atas tu....lepas sarapan nak mancing ikan puyu plak...grrr..!! geram tengok gulai ikan puyu blogger Azie dalam entrinya kemarin...


salam.


Published with Blogger-droid by p@akciklie v2.0.2


On myWay. ..

....salam tengahari Sabtu, anda di mana sekarang nih?


pcl n famili on de way ke kampung halaman kat Parit Buntar Perak...


..benti jap, tank keta dah semakin kosong :-)...tank perut anak2 nak diisi...


tank kepunyaan pcl nak dikeluarkan isinya...


maka destinasinya di sini...


berehat seketika...eh! sempat pulak menghupdate benda nih..


mamadiana jeling2 manja...sebenarnya apa!


pcl teruskan saja...n terus tekan pad publish post


Published with Blogger-droid v2.0.2


p/s..doaka perjalanan kami semoga selamat...baru kat Rawang je nih..


Nasi Lemak 0.00000008 Juta Ringgit Malaysia Sebungkus?

Assalamualaikum wbt,


berselera sungguh pcl n mamadiana sarapan makan nasi lemak daun pisang pagi ni....


terfikir juga masih ada lagikah nasi lemak dengan harga Rm0.00000008 juta sebungkus tahun depan? !


p/s..Syukur Alhamdulillah.. .gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati! .


Published with Blogger-droid v2.0.2


Tarikh Terima Opsyen SBPA Dilanjutkan Ke 15 Januari 2012.

Tarikh Terima Opsyen SBPA Dilanjutkan Ke 15 Januari 2012

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi penjawat awam kepada 15 Jan depan, kata Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Datuk Dr Ismail Alias.
Beliau yang mengumumkan perkara itu berkata bagaimanapun, tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan 60 tahun kekal pada 30 Dis ini.

Read more: LINK

"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

Published with Blogger-droid by p@kcikLie v2.0.2


Rintihan Suami Hakiki..

Assalamualaikum wbt,

...baru adil rasanya kalau aku bicara bagi pihak kedua-duanya (suami dan isteri)...kalau sebelum ni tentang rintihan isteri ini pula tentang rintihan suami yang mungkin boleh dijadikan peringatan kepada mereka yang inginkan kesamarataan dalam menempuhi kehidupan berumah tangga.

Apa yang kita lihat sekarang ini, situasinya banyak berkisar kepada rasa tidak puas hati pada pasangan masing-masing dan selalunya disimpan rapi demi untuk menyelamatkan keadaan.

Ada bagusnya tindakan sedemikin, namun lama-kelamaan jika dibiarkan berlarutan akan menjadi 'barah' dalam diri mereka yang melaluinya.

itu intro jer...ini rintihan sebenarnya dari kalbu [aku bukan nama sebenar]..huhu (takmo serius sangat la kata mamadiana)..

Biasanya setelah kerja sepanjang hari suami tentu sudah makan di luar, cukuplah isteri sediakan makan malam walaupun ringkas dan kurang sedap, air tangan isteri akan membuatkan suami sentiasa teringat terutama jika berada berjauhan (1, 2 kilometer pun kira jauh gak tuh).

bak kata orang lama..dalam komen di entri berkaitan :


tehr said...
aku pernah dapat nasihat dulu2
walau kenyang sekali pun
balik rumah kena gak makan macam biasa
senang dan mudah tamatkan segala cerita

December 22, 2011 10:47 PM 

luahfikiran said...
SALAM,
APAPUN MASAKAN DI LUAR TU, MASAKAN ISTERI LAGI SEDAP ...
December 22, 2011 8:04 PM 

..memang itulah hakikatnya jika punya rasa kasih kasihan..

Ini pula bab layanan, seperti masa bercinta dulu... biasanya layanan ini akan berkurang setelah kahwin apalagi jika sudah punyai anak, kadangkala isteri lupa dengan keperluan suami. Kalau dulu cakap lembut, kini kasar lah pulak..(boleh gegar jantung suami).

Lelaki sukakan kelembutan, gunakan emosi dan layanan yang lembut pasti suami akan tewas walaupun dia berada dalam kemarahan. Jangan tambah kemarahannya dengan sikap taknak beralah anda. Beralah bukan bererti kalah...

Jika suami sudah mendapatkan layanan yang baik dan isterinya sentiasa menjaga penampilan, tiada sebab untuk suami mencari yang lain, lainlah kalau suami tu memang gatal....sendiri mau ingat...!


[mohon kepadaMu Ya Allah, tetapkanlah iman kami dan bahagiaknlah rumahtangga kami].



"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

Published with Blogger-droid by p@kcikLie v2.0.2


JOM TINGKATKAN RANKING ALEXA

http://www.dianarashid.com/2011/12/segmen-review-alexa.html


Assalamualaikum wbt,....nak join jom lah terjah kepada link di atas (silakan klik untuk syarat-syaratnya).




"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


Published with Blogger-droid by p@kcikLie v2.0.2


Baki Gambar-gambar @BBB , Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut.

PERTEMUAN BLOGGER 18/12/2011 DI MUSOLLAH EHSAN BANDAR BARU BANGI


#1

#2

#3

#4

#5

#6

#7

#8

#9

#10

#11

#12

#13

#14

#15

#16

#17
ditajaan oleh tuan rumah...sempoi !
p/s : untuk koleksi gambar di album kenangan @ Musollah Ehsan BBB....'sori berlori'... tak letak caption..ada yang tak puas hati ?




"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

Published with Blogger-droid by p@kcikLie v2.0.2