Sesuatu yg indah harus dirakam buat kenangan.

Emmm...nak tengok apa yang ada dikampung pcl...belakang rumah ada sawah, telaga....boleh pancing ikan puyu.




..adik perempuan saya kat Melaka kata "kalau balik tak penah teringat pun nak rakam video blakang rumah...duk jauh baru teringat kampung pulak..."

saya saja nak kongsi dengan pengunjung blog ni...inilah kampung kelahiran saya kat Parit Buntar Perak .

anda teringin suasana kampung ? , boleh join saya bila balik ke sana nanti :)

>[rakaman video dibuat oleh mamaDiana]



Memang tak arr !!..




....memang tak arr nak beli jauh2 kalau  kat sini boleh dapat !!

Rm3 untuk 2 potong isi ikan patin @Pasar Kanchung Darat (pasar kemboja)...

kalau nak dapatkan ikan patin  fresh dari Temerloh Pahang contohnya, ...emm meang tak ar kan !!

kalau dimasak memang tak berbau hanyir lumpur...kira ok lah, dah biasa beli...dah banyak kali....boleh kata murah plak tu harganya., kata penjual tu .."ikan2 ni semuanya tangkap guna pukat kat sungai.., bukan bela punya !"

Hari ni Orang Kedah nak masak patin tempoyak plak hari , mak aihh !

cayalah mamaD, aik !!...mengoogle resepi jugak ke ??...

"lama2 sekali nak masak patin tempoyak...mana la nak ingat "...katanya.

pssst...harap2 mmD update blog dia yang dah lama terbiar tuh..entri hujung tahun 2012 !!



Oct 11, 2010
Segalanya bermula setelah ipar aku yang bertemu jodoh dengan orang Pahang, ..memang sudah terkenal masakan orang Pahang ni yang popular adalah ikan patin masak tempoyak.. rombongan Mak Kiah ke Temerloh ...
Apr 12, 2011
....memang biasanya pelanggan kena peka bila makan kat Temerloh mahupun Jerantut...terutama bila kena patin asli tempoyak... .....berbaloi kome jadi orang Jerantut sekejap dulu(1995-1999),cos dah pandai masak asam ...
Apr 11, 2011
Selalunya tempoyak ni kita buat masak tempoyak ikan patin atau buat sambal tempoyak je. apa kata kita ubah sikit penggunaannya..pelbagaikan ! Ni resipi masyarakat Sarawak. aku copy je....kebetulan teringat kt opismate ...
Apr 23, 2010
perghh...patin msk asam tempoyak....meleleh ayo lior teman weh. ... kesian patin tu menjadi mangsa.. belah 14 lak tu. ... kalau nak makan tak leh kesian CP..perasaan tu hilang bila teringat masak tempoyak..aduuuhai.





Published with Blogger-droid v2.0.6


Dah start!



..
bagun pagi semangat lain macam je..tengok kot tingkap,  cuaca nampak clear...selalunya, bahana lepas solat subuh tidur sekejap membawa terlepas aktiviti pagi..
..
2013 in-sya Allah tak akan diulangi.
..
untuk tahun 2013 aku start awal beberapa hari..., program nak kurangkan berat badan akan bermula pagi ni @7.30am dengan timbangan terakhir adalah 70.0kg tepat...memang ada efek bila agak lama bercuti di kampung.


..
semangat bertambah bila mmD turut sama berkayuh..
..
1jam kayuh keliling kuarters,  setengah jam jogging,  berenti rehat. ..
..
mmD,  tak sampai 2 round dah stop cycle..alasan nak berkebun kat belakang rumah katanya.


..
dalam duduk berehat tu, kena tolong angkat pasu2 pokok yang mmD tanam tadi tu...keliling rumah nampak semak kena cangkul rumput skit...nak harapkan dorang yang kerja lanskap kerajaan. ..maklumlah, tak sempat cover semua kawasan.
..
wow...memang freshlah, buat itu buat ini badan rasa segar je, takdalah nampak lesu monyok macam ayam berak kapur!
..
emm.. ni nak cuci kereta n motor plak..huh semangat!
..
pssst, ..dengar2 citernyer.. sebahagian dari group KKA nak 'mencendol' kat BANGI petang nih...hehe selamat makan cendol enjoy yeh !!..jangan sampai kencing manis plak..hehe.beringat tau!


Published with Blogger-droid v2.0.9


Seorang pakcik !

Salam Jumaat..



pakcik-pakcik yang seangkatan kebiasaan akan dressing smart, pakai kemeja seluar slek kain lembut, sentiasa pakai songkok atau kopiah...almaklumlah kepala dah licin..rambut putih tinggal yang tepi-tepi je.

kuku, setiap jumaat mesti potong begitu juga rambut ...potong kemas tiga minggu sekali .

ke masjid selalu dengan jubahnya bawa isteri bersama dengar kuliah, tazkirah dan sebagainya.

ke sekolah mesyuarat PIBG, jadi wakil kepada emak bapak budak (yang sibuknya tu bukan kepalang !).

hujung minggu basuh kereta  isteri dan kilatkan motor sendiri.

cuti-cuti sekolah, habis semua anak cucu berkampung di rumah., sekolah dah buka kembali suasana jadi sunyi.

Semuanya dilalui dengan tenang , hidup aman damai sebab hutang dah langsai (Syukur kalau boleh !!).

...bila ??

..itu nanti, kalau umur aku masih panjang.
15 ke 20 tahun akan datang , in-sya Allah.
'
'
'
'
'


..ginilah rupa gamaknya. (tunjuk kat sini... >>instagram ; pakciklie)


'
'
'
'
'

nota : apa yang dijangka di masa-masa kedepan adalah dari pemerhatian umum, jadi...jangan nanti 'pencen' baru nak berubah...kalau boleh, berubahlah segera .

berubahlah dari yang baik-baik kepada yang lebih terbaik !



Untuk esok dan Jumaat seterusnya...


adakah ini yang dikejar ?? , kredit : pisang di tangga masjid
in-sya Allah ..

Jom kita sama-sama ingat memperingati di sini apa yang kita boleh lakukan untuk mempertingkatkan kualiti solat Jumaat untuk diri dan masyarakat kita. 

1) Bersegera ke Masjid. Ramai di kalangan kita yang sengaja berlengah dan ada yang menunggu sehingga Imam hampir turun dari mimbar baru bersegera ke masjid. Tidakkah kita tahu malaikat yang mencatit amalan akan berhenti mencatit apabila imam telah naik ke Mimbar? 

2) Memperbanyak selawat dan doa dan memanjangkan iktikaf, bukan memperbanyakkan makan pisang. Ramai yang apabila tiba awal di masjid bukan bersegera masuk ke masjid untuk beriktikaf, tetapi berhenti di wakaf , tangga atau di beranda masjid untuk menikmati pisang dan jamuan terlebih dahulu. 

3) Menyambut "amin" kepada doa Imam ketika menyebut di akhir khutbah pertama "Barakallahu li walakum fil quranil azim …wanafa’ani waiyyakum bima fiihi minal ayat wazzikril hakim…wataqabbala minni waminkum tilawatahu innahu huwassamiul alim…...." 

4) Selawat (di sesetengah masjid) di antara dua khutbah baik digantikan dengan setiap jemaah berdoa secara sendirian. Mungkin terkena saat mustajab di waktu tersebut. 

5) Berselawat selepas imam mebaca ayat "Innallaha wamalaikatahu yusolluna 'alannabi..." serta setiap kali imam menyebut nama nabi di kedua-dua khutbah. Lebih baik diangkat sedikit suara ketika berselawat untuk mengingatkan rakan bersebelahan kita agar berselawat sama. 

6) Solat sunnah ba'diah (selepas Jumaat) lebih dituntut dilakukan daripada solat sunnah sebelumnya. Usah terus angkat punggung balik ke pejabat atau rumah. Luangkan sedikit masa untuk berzikir selepas solat dan bersolat dua rakaat terlebih dahulu. Ataupun jikapun ingin pulang ke rumah, laksanakan solat sunnah tersebut di rumah (lebih afdhal solat sunnah dikerjakan di rumah daripada masjid). 

Sama-sama kita mempertingkatkan kualiti ibadah kita. Semoga Allah menunjukkan dan mempermudahkan kita melalui jalan yang diredhaiNya. Amiin






Snap !





Snap a picture, choose a filter to transform its look and feel, then post to Instagram. 

– it's as easy as pie. It's photo sharing, reinvented.

Search my name : pakciklie

>Instagramtips  





Awak memang jambu.. !


Mengurangkan kolesterol..

bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol yang tinggi dalam darah, amalan memakan jambu batu setiap hari bleh mengatasi masalah ini. Dikatakan amalan ini dapat membantu mengurangkan kolesterol sebanyak 18.8 peratus dalam masa seminggu.

haha...
balik kampung aritu, makan tak ingat ..semuanya sedap2., balun !..kan dah rasa pening2 kepala..'toing' sikit pagi2 nih baru mula kerja .

"Awak memang jambu ! kalau amalkan nih jadikan kulit wajah tegang !!"

Untuk itu, ambil beberapa helai daun jambu batu dan kulit rambai. Tumbuk bahan-bahan ini hingga lumat dan gunakannya seperti menggunakan masker di wajah.



Jangkitan..!






uhhh..
semakin malas sejak kebelakangan ni nak menaip..balik dari kampung  terus 'terjangkit'..

..apa lagi mancing lah hurmm.. gian la plak!
tak dapat pon takpa sebab kali ni mancing udang galah..memang payah,  perlu skil yang mantap :P

Published with Blogger-droid v2.0.9


Bekas pemain bola sepak Kedah dengan bisnes nasi kandarnya.




..
terletak betul2 di tepi simpang lampu isyarat Bedong, jalan utama dari Sp ke Gurun.
..
Nasi Kandar Naina Mohd, gerainya sentisa dipenuhi pelanggan yg meminati nasi kandar
anika lauk pauk.
..
lihat saja periuk yg tersedia,  itu menandakan permintaan sangat tinggi dan terbukti sedap!
..
sy order nasi kandar gulai itik kampung. ...fuhh memang sedap. .lazat,  korang belum cuba belum tau rasa itik tu macam mana..lembut jer isinya.
..
info : Naina Mohd adalah bekas pemain bola sepak ketika Kedah muncul Juara Piala Malaysia 1990.
Published with Blogger-droid v2.0.9


Hati mertua kena jaga..




..
Tanjung Dawai,  Kedah.
..kalau tak mai sini..tak sah! sebab apa..
..
satu..sebab nak temankan mak mertua melepaskan giannya dengan duduk di plantar sambil memancing..tak dapat ikan pon tak pa,  janji hajat sampai katanya.
..
kedua... sebab nak beli ikan kering, belacan, bilis dan sebagainya untuk dibawa balik Banting sbg stock dapur.
..
dan sebab yang lainnya adalah untuk bersantai sambil makan angin.
..
..kita sebagai menantu ikutkan saja, jangan sampai mertua merajuk.
..
ada 2, 3 hari lagi cuti kat Sp nih dan kemudian sambung di kampung mak sy plak di Parit Buntar.
Published with Blogger-droid v2.0.9


Penjual Ayam Kampung..


..
...beginilah,  kalau di kampung sekali pun nak makan ayam kampung kena beli jugak..
..nak makan ayam peliharaan sendiri kalau ada pon semunya dah pencen..ayam pencen hanya sesuai buat masak rendang jer..tu pun nasib kalau toknek ada bela haha..
penjual ayam kampung ni nampak sempoi jer,  kelihatan tenang menghabiskan rutin hidup,...park motor depan kedai kopi. .sambil makan sembang2 pon bisnes jalan..
Published with Blogger-droid v2.0.9


Plan nak mancing kat Penang.




..
...dah pusing satu Penanag. memang cukup satu hari kalau mai sat2 saja...lagi pon tempat kita cuma jenguk2 pon jadilah..baru cuti bulan lepas mai sini..
perjalanan kami terhenti di Padang Kota Lama...hujan, mak mertua dan makcik teringin melabuhkan pancingnya yang sentisa tersedia dalam boot keta..
aku, mamadiana...cam dah tawar hati nak mengail...dah lama sangat, boleh katakan pencen memancing!
best jugak lepak sini time angin kuat.  "...jangan kena pukui ribut dah la...nauzubillah ".
Published with Blogger-droid v2.0.9


Suami macam ni mesti kena buli kat rumah ?



BAGI ORANG YANG SENTIASA NEGATIF PADA DIRI SENDIRI ATAU PADA ORANG LAIN SESUAI DIIBARATKAN BEGINI.

 AMBIL IKTIBAR ...




PCG 6390 dalam kenangan..

..bila petang2 macam nih, duduk sorang2 plak tuh ...kat opis plak tuh...hemmmm... mula lah..

 *(anak2 ikut mama depa tgk movie kat Alamanda bersama anak2 buah yang lain..., aku ! takleh ikut depa...ada keja lain kena standby...)

baru bertukar tangan dari pemilik asalnya..emm nampak kurang menarik, masa ni mana ada modal nak beli yang baru..2nd hand pon kira ok lah tuu..


....terkenang pada  hari itu 8hb Disember1995 bersamaan tarikh hari ini. Ia (dlm gambar) telah menjadi teman hidupku sebelum memiliki teman yang sebenar sekarang ini (mmD).

memang kerja betul2 punya, OT ada balun ! ..cari duit semata2 nak enjoyed cara hidup remaja ketika itu , masa tu bukan 'mat rempit' tapi  lebih kepada 'mat bunga'.

duduk rumah sewa, motor sendiri punya.....

..banyak kenangan terindah bersamanya, ...biar poket kosong tapi 'motor' mau kilat selalu..hehe



Asmizar Ahmad Kushairi : "masa ni aktiviti sebelum pi merendek.. masa ni aku belum tukar TZ .. masa ni pakai motor RXZ 135 no plate ACM 137.. tgh cuci motor.. menyewa kat Taman Ria Jaya Sg Petani Kedah.. — with Nazlie Ismail. ..



Published with Blogger-droid v2.0.9


Mamadiana memang kuat pengaruhnya..



...beli sepaket rm2 kat pasar malam, saja teringin nak makan. niat nak makan sama dengan anak2, tapi depa takmau makan ! takda cop/logo halal ! (memang arr ..repacking) ...mama depa cakap biskut tu cha ya nun alif yang buat.

.. aku dah balun separuh !

mamadiana memang kuat pengaruhnya, bukan ni je...yang lain pon bab halalan toyiban pasal benda makan nih..

...sebelum ni aku selalu belek2 dulu bungkusan sebelum bawa balik apa2 makanan pre-packed dan pastinya yang ada logo HALAL JAKIM. tapi yang ini aku pasti ianya tiada...

..bakinya dah lemau pon ...hurmm !!



Dah ok dari MALWARE..



..emm , berhati2 dengan website anda mungkin akan diserang virus, buang link atau pautan yang tak berkenaan...

halaman blog saya dah selamat untuk dilayari.. :)



Memandu ATV di Banting (Litar ATV Sungai Lang - video)

..memang dah tak sabar rasanya nak 'tunggang' mesin yang dinamakan ATV itu. Plan dah lama tapi selalu je tak jadi.. Sabtu lepas, 10am saya dan Pdaus berkesempatan melakukannya..


litar ATV yang terletak dalam kawasan Kampung Sungai Lang Tengah , Banting Selangor iaitu kira-kira 5 minit dari kediaman kami atau 10 minit dari pekan Banting. 

Ramai yang tak tahu tentang adanya aktiviti pelancungan di sini, mungkin kerana masih baru dan belum dipromosikan secara menyeluruh lagi.

 
..aktivit ATV ni nampak memang tak mencabar, tapi yang buat 'gempak' masa drive sebelah tangan sambil pegang henfon rakam video...shot ni dirakam pada pusingan terakhir sebelum menamatkan sesi 30minit pemanduan.
bersama pengusaha koop keluarga (bertopi) yang menguruskan aktiviti ATV dan juga beberapa aktiviti pelancungan lain.
Oleh kerana tak mencukupi korum yang sepatutnya 6 pemandu (tidak termasuk marshal), kami hanya dibenarkan memandu dalam litar sahaja, kalau tak... boleh le menjelajah kampung menyusuri jalan hutan kelapa sawit...In-sya Allah pastinya trip yang akan datang !



CORO (lipas) , memang boleh sakit seluruh badan kalau tak biasa menunggannya dalam tempoh yang lama...setengah jam pon sudah memadai untuk cubaan pertama...

..kalau aktiviti jelajah kampung dengan ATV ni, ianya akan mengambil masa paling kurang 2 jam lebih termasuk rehat dan makan2...semuanya dalam pakej Rm135/org sahaja.

ini dia gaya bersahaja dari Firdaus...katanya, ".. sakit/lenguh tangan pegang handel 1/2jam...dengan bayaran Rm35 sahaja....siap boleh makan rambutan percuma dan air mineral lagi tu haha"
*kalau ada yang berminat aktiviti  macam ni..., boleh bertanya kepada saya...atau terus dail no ni 016-3417539 (En Salimin).

Published with Blogger-droid v2.0.9


Rambai...bukannya lambai !

 suka buah ni ?


selalunya lah rasa dia masam...itu yang saya selalu 'terkena'.

kalau dah  beli, tak makan dengan bijinya rasa rugi la plak...tapi kalau dah makan...hemm tau2 aja lah...boleh buat sembelit  !

sudah berpuluh tahun  saya tak beli...tak makan buah rambai...alkisahnya.

tak teringin langsung..hurm..

patutlah anak2 tak kenal nama buah ni.






Bahagikan kepada yang hak !

Alhamdulillah...pagi ni tak hujan, cuaca baik...

Baru lepas dengar tazkirah..."Kerja Sebagai Satu Ibadah'..., alhamdulillah, harus dingatkan ..setiap sesuatu perkara baik yang kita lakukan itu hendaklah berserta dengan niat, niat kepada Allah SWT khususnya, moga segalanya dipermudahkan olehNya.

Ramai yang kata hujan membawa rahmat. Tapi kalau dah terlampau banyak boleh menjadi banjir. Namun manusia harus pandai menyediakan tempat simpanan dan membahagi-bahagikan air secara minimum kepada semua yang memerlukan.

best...berehat2 kat dangau nih., saya ...kalau sesekali balik kampung mesti melawat ke belakang rumah....melihat sawah bendang yang terbentang luas...


....Begitu juga dengan harta kekayaan. Apabila diturunkan terlampau banyak maka wajib dibahagi-bahagikan kepada yang hak. Jikalau tidak pasti ia bertukar menjadi bala daripada Allah ta'ala pula.






Semoga jadi blogger hebat AA !


link


 nak join ...macam biasa klik link@ banner atas nih..





petik lah !






ATV : Aktiviti Sempoi di Banting...nampak macam menarik ?

[update]...Sabtu pagi minggu ni, 10am...percubaan pertama

...di kebanyakan tempat  negara kita amnya, bila petang je hujan akan turun..*alhamdulillah ...ni pon tengah hujan...

Hujan adalah rahmat Allah, Jangan dicela datangnya, terimalah dengan penuh syukur dan sabar, persiapkan diri menerima rahmat Allah .



sedikit peringatan pada diri... terkadang ada juga terbabas dari mulut ini ketika kita tidak berkehendakan datangnya hujan tersebut.. *cepat2 ber istighfar..


hari minggu datang lagi...insyaAllah, niat saya nak beriadah  bersama keluarga, ...nak 'tunggang' ATV pusing2 kampung.



All-terrain vehicle (ATV)



hiasan dari google.

seperti dalam gambar kat atas tuuu.., nampak macam menarik ...kira adventure jugaklah di awal2 musim cuti persekolahan anak2  nih..depa memang teruja !!,

..tak perlu cari jauh2...kat Banting nih pon ada disediakan perkhidmatan sewa ATV.(Aktiviti ATV  menyusur kawasan kampung merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia).

saya kurang pasti dengan kosnya, ....takpa...biar saya cuba dulu,  tunggu entri akan datang untuk maklumat teperinci....insyaAllah.





Tuai padi antara nampak..


emmm..mengimbau kenangan sewaktu di kampung..

lepas sarapan pagi dengan makanan berat...selalunya nasi berlauk..

tak perlu senaman..memang berpeluh punya lah...

"aku orang bendang"





Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan.

p/s : apa khabar ayahbonda di sana, walau sekarang ni ...khudrat manusia tidak diperlukan sepenuhnya di sawah padi namun kenangannya tetap segar dalam ingatan..




Dari dalam buah kelapa tua...



sesuatu ....yang dah lama tak merasakannya (makan).  anda ?

pernah ?

apakah panggilan namanya ...

adakah ...tombong kelapa?

.. kumboi nyoq !

.. humbal niyor !!

:))





Ikut resmi yer..

kalau pokok padi...

"semakin berisi buahnya semakin tunduk "... tau...tau !!




(Peribahasa : Ikiut Resmi Padi, Semakin Berisi Semakin tunduk....antara lain maksud peribasa ini ialah makin banyak ilmu sesorang itu atau makin tinggi pangkatnya maka  makin merendah diri jugalah orangnya).



wuuuhh! homemade lagii !!


salam.. walaupun hari ni ada makan2 free kat ofis saya ni sempena perhimpunanan bulanan merangkap majlis kenduri doa selamat sempena siapnya bangunan baru..

namun ada yang lebih istimewa menanti di rumah..



homemade lagi...



PENJELASAN BERKENAAN ARTIKEL "BUMI AKAN BERGELAP PADA 23, 24 DAN 25 DISEMBER 2012"


Penafian oleh Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) bahawa Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012.

Baca PENJELESAN tersebut di pautan ini : Angkasa




A homemade steamboat..



..
..Meh makan steamboat. ...bajet nak kurangkan makan2 kat luar...semua jenis makanan febret nak cuba buat sendiri kat rumah..

Terbaiklah mamadiana...

Boleh lawan Johnny's Steamboat eh?..
Published with Blogger-droid v2.0.9


Perlu : Apa yang kurang.., Apa yang banyak !


Kurangkan :

....makan,tidur dan ketawa kerana ia mengeraskan hati

Banyakkan :

...amalan sunnah supaya Allah sayang kita.


kunci bagi segalanya ialah ikhlas, khusyuk, istiqamah..Insya Allah.

(entri berkaitan : http://www.pakciklie.com/2012/05/penawar-kepada-keras-hati-atau-hati.html)





 


Kayuh lagi..

.

..mendera anak2 buat eksesais. Xtvt kayuh bebas pagi Selasa selepas dapat basikal fixie baru ...sempoi!!


Published with Blogger-droid v2.0.9


Motivasi Untuk Kemajuan.






Published with Blogger-droid v2.0.9



... Motivasi harus ada untuk kemajuan sesorang, hadiah sebagai motivasi pencapaian akademik mereka.,  moga usaha mereka akan bertambah lagi di masa2 hadapan dengan harapan yang menggunung.

(aktiviti cuti...kayuh2 !!) 


Beli sendiri tak sedap !...

... FREE  jugak yang ditunggu...hehe.




...baca  perbincangan di fbgroup KKA , Uncle Dato' LF nak bawak durian ke gatehring blogger di Lavender Heights Senawang NS, (18hb ni).

emmm...macam menarik jer kan.

(insyaAllah... saya akan pergi ke perjumpaan tersebut)