Nina Dibenarkan Pulang ; Discaj Dari Wad Hospital Petang Tadi...

Salam semua. ..

Kebetulan aku dah ambil cuti  hari ni dan esok sampai masuk tahun baru 2014, memang tak ada rancangan nak kemana-mana. cuma  nak daftarkan Hanis masuk tingkaan satu esok..tak sangka pula Nina masuk wad dan masih lagi di sana hingga ke hari ini dah masuk hari kelima.  Semuanya ini perencanaan  Allah yang maha kuasa.

Terkini; keadaan Nina semakin baik. Kalau dibenarkan discaj  hari ni syukur alhamdulillah.

*draf entri  ni pagi tadi punya ....aku sambung terus ;


Dan akhirnya jam 3pm ; Nina dibenarkan pulang ke rumah..Syukur Ahamdulillah.
lega rasa terutamanya mamaD.....sesampai di  rumah terus  terlena kepenatan di sofa ruang tamu...alahai kesiannya.




Layankan keinginan anak-anak..

#Nina nak nak makan pizza hut , Hanis nak makan kfc.. ...lepas maghrib tadi keinginan mereka telah ditunaikan..






Sayangkan anak ; sayang emak

Suatu pertanyaan yang telah menyentuh perasaan mamaD sebentar tadi ketika ramai pelawat keluar masuk wad untuk datang ziarah ahli keluarga masing-masing dalam wad di mana Nina ditempatkan bersebelahan katilnya.

"akak sayang mak akak ke. ..sayang anakk akak lebih lagi?"
Saya jaga mak saya ni tapi dia asyik tanya pasal kakak-kanak saya yang lain, ada yang kata dah janji dengan anak dorang nak bawa  pergi swimming pool....tak boleh la melawat mak kat hospital hari ni...

#alasan.

#siapa menginap wad tahulah camana rasa kesunyiannya bila tiada yang datang melawat...




~ kesian makcik sebelah katil Nina ni...,ada  anak yang datang melawat pun merungut-rungut pasal kerja banyak kena buat kat tempat kerjanya .  adoiyaii !!




Nina semakin pulih ; masih di wad hospital.

Mungkin ramai yang tertanya tentang perkembangan anak kami, Nurhusnina @ nina.

Alhamdulillah nampak dia semakin ok berbanding hari sebelumnya, hari ni dah masuk hari ke tiga Nina berada di wad. Platelet darah dah naik mencatat bacaan semakin baik berbanding pagi semalam jatuh ke 65 dari 85 masa hari pertama di wad.

Menurut mamaD. .kata doktor, nina boleh keluar wad sekiranya  suhu badan kembali normal, pagi tadi suhu 37 darjah.. demam lagi kata doktor selepas membuat pemerikasaan.
Kalau semalam memang keadaan nina nampak tak bermaya..  puas suruh minum air banyak dan makan..tak mau dia.  Memang mamaD paksa dia makan sikit.. tak ada selera nak telan makanan..kata nina.

Pagi tadi aku belikan bubur nasi sup ayam..nampak dia makan lebih sikit. Tengahari nanti mamaD mintak aku buatkan untuk nina masak kicap isi ikan siakap..ikan sikap ituhari ada lebih dalam peti ais.

Ilmu memasak yang ada sikit ni aku lakukan yang terbaik untuk isteri dan anak yang memerindui makan kat rumah..

# Harap tak lah berlarutan masa yang lama nina kena duduk dlaam wad tu...kesian kan.




..dalam proses buat ikan siakap masak kicap ....macam kacang je nih, kalau ada yang tak reti tu mai minak resipi ka aku hihi..



# doakan kesihatan Nina segera sembuh seperi biasa,  terima kasih semua.




Sup Ketam Penawar Denggi..

Ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit. ~ kredit

Na'uzubillahiminzalik .


Semalam ; melihat keadaan fizikal nina yang tak bermaya petang semalam sebaik saja dimasukkan ke wad, hati kami sekeluarga amat risau sekali... , hanya mamaD seorang yang menemani atas nasihat nurse di sana.

Platelet darah nina pada kadar 85, Nina mengadu demam, pening kepala , sakit-sakit seluruh badan dan kebas kaki.., ahamdulillah semuanya dalam pemantauan berkala doktor yang merawatnya.

Kami berterima kasih atas nasihat dari doktor, kawan-kawan berserta iringan doa mereka untuk kesembuhan anak kami, Nurhusnina yang sedang berdepan melawan virus denggi di wad Hospital Banting.

Segerakan apa yang patut aku buat walau tak pernah pon masak sup sebelum ni...kecuali maggi sup sahaja.
Sementara menanti waktu lawatan tiba  dan menemani Hanis di rumah, ....seperti yang disarankan oleh ramai pihak dari kawan-kawan dan pihak hospital juga supaya memberikan pesakit denggi minum sup ketam.

kata orang banyak khasiatnya ; mudah-mudahan dengan IzinNya.







Nina Kena Tahan Dalam Wad Hospital Banting...




tak sempat aku nak ushar blog ni sejak pagi tadi lepas aku update entri sebelum ni pasal Nina demam terkejut?...plan awalnya nak bawa ke klinik buat pemeriksaan lanjutan tapi mamaD kata ada nampak kulit lengan dia kemerahan berbintik...nasihat jiran juga suruh dibawa jumpa doktor hospital kerajaan dan ambil darah .

kerja jadi lebih mudah sebab ada bantuan orang dalam...masa-masa ni lah sesuatu pertolongan itu sangat berharga...terima kasih (Syahizan)

Nina suspek Denggi dan kena tahan dalam wad pada jam 2pm (semalam) ,  mamaD tunggu sebab badan Nina tak bermaya dan nampak penat...nurse dah masukkan banyak air  dalam badan Nina.

Nina sekarang berada di Hospital Banting , wad 3.

#mohon doakan anak kami cepat sembuh...terima kasih semuanya.







Nina Demam Terkejut ?

Post by P.C.L.

20hb lepas...bergegas kami tengah-tengah malam ke asrama nina , katanya takut !!

22hb hantar balik asrama , 24hb nina mintak balik rumah sebab dia rasa pening dan demam panas...dapat mc sehari, hari ni demamnya masih lagi tak kebah dan sekejap lagi aku ke klinik yang sama nak mintak tambah mc untuk hari ni dan buat pemeriksaan doktor.

Kesian tengok dia tak bermaya..., semalam aku buat Rawatan Mandi Ais untuk dia... kaedah cara rawatan Islam yang menjadi sebutan , cara ni bagus untuk keluarkan haba panas dalam badan atas nasihat  seeorang yang mengamalkan Rawatan Islam. Untuk penjelasan lebih detail lagi aku google tentang khasiat mandi ais...

"Mandi Ais Alhamdulillah terbukti berkesan dalam menangani gangguan makhluk halus. Makhluk halus yang diperbuat dari api, berasa kesakitan apabila terkena dengan air mandian ruqyah berais yang sejuk... Panas lawannya sejuk.. dan api lawannya air... gandakan kuasa air tersebut dengan menjadikannya air batu.... Sangat-sangat membantu dalam rawatan pesakit gangguan makhluk halus..."

baru buat sekali pagi semalam, 2kg ais kiub disiapkan dengan bacaan surah-surah al-quraan...dan kena buat 3 kali paling kurang.., dalam masa sama hanis yang sihat pon nak tumpang sekaki..alahai.




#semoga anakku cepat sembuh dari demam.


Mahukan bayi anda cerdik ?





Rezeki hari cuti umum ; Makan Kari Siakap!

#Rezeki kaki pancing ~alhamdulillah

#Tayang-tayang







MASALAH SINKI TERSUMBAT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

Saya nak berkongsi bagaimana hendak selesaikan MASALAH SINKI TERSUMBAT

Rumah zaman moden ni kekadang tu ada gak masalah berbangkit...dan lumrahnya singki tersumbat dan seumpamanya yang berkaitan, ...contact  plumber..berapa dorang mintak ?, kita bayar..senang ..mudah tak payah nak pening kepala. Siap Rm400 paling mahal yang penah saya dengar, tak pun paling murah Rm200 tunai sekali buat.

korang penah kena  (hadapi masalah yang sama) ke??

ni ha, kalau ada benda ni senang sikit, mau ada skill jugak nak guna nih..

plumbing snake -  masukkan hujung coil spring tu dlm lubang  'flow trap'  ..dan pusing  picunya. (harga kurang Rm20/pc)


...dah masuk dalam lubang  floor trap agak agak dalam kemudian tarik slow-slow...kalau nasib baik, semua rerambut  atau sampah ikut keluar.. Itulah puncanya sinki selalu sumbat.

ada lagi satu benda nak tunjuk...


flexible plunger : cari local brand pon ada..ni dari google sebagai gambar hiasan.


flexible plunger ini mahal sikit harganya (tak pasti berapa Rm..barang import, biasalah)..tapi berbaloi kalau ada, mudah kerja...tolak tarik ke dalam lubang flow trap yang tersumbat tu. Batang paip boleh lentur dan hujung terdapat plat getah berbentuk CD sebesar saiz lubang floor trap , untuk memampat semasa proses tolakan. .

...saya pun belajar melalui web forum nih : Klik SINI untuk panduan/perbincangan permasalahan..



TIPS : untuk mengelakkan saluran paip sinki daripada tersumbat oleh sisa-sisa lemak  ialah :

  • mencurahkan air yang betul2 panas ke dalan sinki sekurang2 nya sebulan sekali.....
  • mencurahkan cecair peluntur yang sesuai untuk penguraian sisa sekurang2 nya 2 bulan sekali.
  • jangan buang terus sisa ke dalam sinki sewaktu mencuci, sebaliknya buangkannya ke dalam tong sampah terlebih dahulu.


p/s : ..saya bukan tukang paip, jangan nak memandai suruh  repair paip air atau tandas  rumah korang plak yer..haha.



  [PANAS] SuperIsteri akan menghuru-harakan suami mereka!



PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY R'BAIN


http://coretanhatikathy.blogspot.com/2013/12/segmen-pencarian-bloglist-4-bulan-by.html
 
SEGMEN | PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY R'BAIN | Alhamdulillah.Disember tiba lagi.tibalah masanya kathy untuk melancarkan Segmen Pencarian Bloglist 4 Bulan. Kali ini seramai 25 orang blogger akan di pilih menghiasi Kathy Bloglist  dalam Kategori 4 bulan (Januari-April 2014).


Jika penyertaan melebihi 25 orang,maka kathy akan membuat pilihan,sebaliknya jika kurang atau cukup2 25 orang,kesemuanya akan di bloglist. Seperti biasa ada syarat2nya untuk melayakkan diri join segmen ini.ada juga hadiah misteri menanti 2 peserta yang bertuah. :)


SYARAT PENYERTAAN:

1. seorang blogger dan aktif berblog.


2. beri tajuk segmen "PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY R'BAIN".


3. follow blog  Coretan Hati  dan  Diari Resipi.


4. add G+  Kathy R'bain.


5. like pages facebook :-




6. sesiapa yang berjaya menjadi rakan bloglist kathy,di minta agar dapat masukkan link blog kathy dalam bloglist korang juga.


 7. segmen bermula 23.12.13-30.12.2013 jam 12 tengahmalam.







Bab Rumah tangga ; Cinta Menyintai dan Bertimbang rasa.


Cinta sesama manusia memang dituntut dalam semua peringkat agama terutamnya dalam Islam. Setiap manusia dikurniakan oleh Allah SWT dari semulajadinya sifat cinta dan perasaan kasih dan sayang. Tidak seorang manusia pun yang tidak tertanam dalam perasaannya rasa cinta dan kasih sayang, malah semua dari kita mempunya sifat-sifat tersebut.

Seorang mausia yang tiada perasaan cinta dan kasih sayang sama sepertinya mereka itu tidak punya nafsu dan keinginan. Dari mana datangnya cinta..dari mata turun ke hati , dari nafsu dan keinginan menimbulkan sifat cinta dan kasih sayang.

Dalam perhubungan rumahtangga, sewajarnya suami isteri ada sifat-sifat tersebut...mesra dan bertambah kemesraan dari hari ke hari .

Kesejahteraan sesebuah rumahtangga adalah bergantung kepada sikap timbang rasa antara suami isteri. Tapi banyak terdapat masa kini, suami yang menganggap isterinya sebagai orang suruhan, ikut segala perintah dan kemahuannya tanpa memikir masalah yang dihadapi oleh isterinya yang lemah , ..yang memerlukan perhatian dan timbang rasa yang sepatutnya dari seorang suami. ; *jadilah suami yang baik.

Yang lebih kejam.., ada suami yang suka menganggap bahawa isterinya itu adalah insan yang patut menguruskan rumahtangga dan anak-anak semata-mata dari subuh sampai ke malam tanpa sedikit memikirkan bahawa isteri juga perlu waktu dan ruang untuk berehat seketika. *sesekali bawalah mereka melancong ke mana-mana. paling lekeh pon bawalah sesekali keluar makan ...lain dari persekitaran biasa.

#cari kebahagian dan nikmatinya bersama-sama. ~ Isteri Hebat Rumahtangga Selamat

Sebagai suami yang bertimbang rasa perlu memikir bahawa seorang isteri itu adalah seorang wanita yang perlu dihormati dengan rasa kasih dan sayang beserta rasa tanggungjawab. Memikirkan juga tentang masalah kesihatannya, membantu kerja-kerja yang berat di rumah agar dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh seorang isteri itu. *suami order makanan itu sudah pasti tapi kalau masak bersama ...tolong tengok pon jadilah...alangkah indahnya dia rasa.

Dari itu, insyaAllah akan timbul rasa tanggungjawab dan dengan sikap yang ditonjolkan oleh suami itu akan menambahkan rasa kasih dan sayang serta kecintaan seorang isteri kepada suaminya.

~ sekadar berkongsi apa yang saya nampak dan lalui.. , sentiasa mendoakan kebahagian anda semua.







Semua perempuan kecuali aku..

Okay..gambar sefamili hari ni...

Hari minggu seronok di rumah bersama-sama sediakan makanan menu kegemaran iaitu moi @bubur nasi dengan sup tulang.

*tengok gambar-gambar dibawah..update guna smartphone memang macam tu lah setting dia.

Kami semua dah ready nak ke Seri Kembangan hantar kak nina lepas makan tadi...kesian hanis tak ada kawan nak bergurau dalam masa dua minggu kedepan ni... Ada anak dua orang ni jer..dah ditinggal ke asrama. Nasib baik hanis tak ditawarkan ke asrama tahun depan...kalau tidak, tinggallah kami berdua-duaan pulak...bertambah lah sunyinya.

Pasal mata mamaD, ..Sakit mata mamaD dah semakin baik..dah kurang merah mata tu..alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang mendoakan..harap esok mamaD boleh kerja macam biasa..

Dan..rumah kami ni walau kakak nina tak ada sorang namun ada juga budak-budak comey ni semua meriuhkan keadaan..

#Aku suka anak-anak perempuan :)







Mama'D Sakit mata ?

Tadi pagi masa sarapan dengan mamaD... baru perasan mata dia dah cemei sebelah, nampak sikit kemerahan, terus sarapan dengan titik ubat mata..nasib baik la hari ni dan esok cuti.. Harap-harap boleh baik cepat takut nanti berjangkit pulak dengan anak-anak.

Ada yang dah berangan nak ambil cuti panjang tu huhuu...eh macam suka pulak dapat sakit tu kan !.
Minggu depan  ada cuti Krismas dan New year..kalau dapat sambung cuti kan bagus..ada alasan nak habiskan cuti gantian yang tak boleh dibawa ke tahun depan.

Tapi...kalau dah sakit mata kena  duduk rumah je la jawabnya....haa kena fikir banyak kali nih, nak cuti sakit ke nak cuti tanpa sakit..?? 

Kalau dulu zaman remaja , budak sekolah asrama memang banyak akal, ...nak cuti panjang  punya pasal sanggup titik mata dengan air sabun... Kadang tu gun air tembakau rokok titik dalam mata dan gosok sampai nampak merah  terus jumpa warden..sure dapat cuti punya lah !.....dapatla balik kampung..ahha haa punya degil masa tu tapi. ..sumpah bukan aku yang buat 'jahat' ,  tu semua kawan-kawan  yang tak jadi orang masa tu..hahaa. Syukur Alhamdulillah bila dah terjumpa balik masa berumur ni semuanya dah okay. Semuanya dah jadi orang belaka..Kerja pon dah bagus-bagus :)) ..huh.ada saja kisah silam pcl nih, banyak betul pengalaman zaman nakal dulu-dulu....ok tinggalkan bab tu..ada yang lebih kritikal nak kena hadap..

Kesian aku tengok mamaD..sebelum ni (minggu lepas) baby Mia dah kena sakit mata dan Aqeela pon sama., mamaD masa tu masih bertahan lagi..tak ada tanda-tanda nak kena jangkitan sebab awal-awal lagi aku dah belikan ubat kat farmasi. Semua kami di rumah guna ubat tu sekali...prevention is better than cure..cari jalan selamat.

Masa tu depa (baby Mia & Aqeela) tak datang rumah sampai dah baik dari sakit mata...tapi kesan lepas kena sakit mata tu masih ada lagi sikit-sikit agaknya....power betul penyakit tu! bertindak awal dengan titik ubat mata dari farmasi...ingatkan boleh cegah..emm dah nak kena ..kena jugak akhirnya.

Tengok mamaD dah cukup risau... risau memikir macam mana lah tu nanti.

# anak sakit ibu/bapa boleh ambil cuti dengan majikan.., kalau pengasuh sakit, sakit mata pulak tu.. ...semua yang terlibat kena / terpaksa ambil cuti lagi...huhu kesiannya..

# bagi mamaD , dia kata ..dia tak ada masalah 'kerja' walau dalam keadaan sakit..tapi kesian pulak pada budak-budak tu. (merebak sakit mata...lain pulak jadinya..lagi bertambah rumit keadaan).

Lainlah kalau ada ibu/bapa yang sanggup tengok anak dia terjangkit sama... Ada ke 'orang' macam tu ?

Kalau korang pulak macam mana...nak hantar rumah pengasuh jugak ke?

saja nak tanya...pcl n mamaD tak lah nak menuding jari kat sapa-sapa..benda berlaku bukan dalam perancangan kita...cuma kita berdoa dan mengharap sakit mata mamaD tidak lama... mudah-mudahan esok baiklah dia. aamin ya Allah.




#mata pcl masih sihat lagi..






Bab Rumah tangga ; Saling hormat menghormati..


Dalam sesebuah rumahtangga sangat perlu isteri menghormati suami, menjaga maruah dan saling mengerti antara satu sama lain. Oleh itu, telah menjadi hak masing-masing untuk mencari jalan supaya mahligai yang dibina terus mencapai keharmonian dan mendapat Rahmat Allah SWT.

Dengan adanya sifat terpuji iaitu saling hormat menghormati antara suami dan isteri akan menjalinkan kasih mesra keduanya, kasih mesra yang sejati demi kebaikan bersama.

Kritik atau mengeji dalam perhubungan adalah umpama racun yang akan menghancurkan rumahtangga. sebaiknya perlu ada sikap menghargai setiap usaha dan juga jasa yang telah dicurahkan janganlah dipandang sepi.

Kaum lelaki harus ingat bahawa sikap seorang isteri itu memang suka dipuji, suka diberi / dibelikan sesuatu seperti barang simple macam ni ke contohnya ; klik


atau paling tidak pun sekadar puji-pujian. Bila mereka menerima pujian dari suami ketika itu mereka rela berkorban segala apa yang ada pada diri mereka demi kepentingan dan keperluan suami.

Sebaliknya kaum wanita itu lekas tersentuh hati dan merasa kecewa bila menerima kritikan atau kata-kata yang menyinggung perasaan dan menyentuh soal peribadinya. Dalam soal ini seorang wanita itu akan mulai menilai siapakah suaminya yang sebenarnya. Kasih sayang mungkin mula merosot dan beransur hilang hingga timbul kebencian.

Begitu juga isteri jangan suka melahirkan perasaan tidak puas hati jika sesuatu kemahuan tidak dapat ditunaikan oleh suami dalam jangka waktu ditetapkan...bersabarlah, jangan sampai suami rasa tersinggung. Berundinglah dengan cara lemah lembut dan berperaturan.

Dalam menagani masalah ini, seorang isteri hendaklah menjaga telatah dan budi pekertinya supaya perasaan kasih suami itu tidak bertukar menjadi benci.

Biasakanlah beterima kasih bila seorang suami itu membelikan sesuatu untuk isteri. Walaupun kadang-kadang barang yang dibelikan itu tidak digemarinya tetapi cubalah terima dengan rasa syukur dan menunjukkan kegembiraan. Dengan cara ini si suami akan merasakan isterinya sentiasa menghargai apa saja yang diberikan kepadanya.

Rumahtangga akan sentiasa rukun dan damai apabila suami dan isteri sering bekerjasama, saling hormat menghormati antara satu sama lain.








Segmen Sahabat Selamanya II by DiyanaHani


 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 


 


"Segmen Sahabat Selamanya II" adalah sambungan daripada Segmen Sahabat Selamanya yang pernah hani anjurkan sebelum ini. Tujuan segmen ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama  blogger.Bak kata pepatah“ yang jauh,didekat-dekatkan, dan yang dekat,dirapat-rapatkan”.
Segmen ini diadakan selama dua minggu,iaitu bermula pada 07/12/13 sehingga 11.59 malam pada 21/12/2013.

Segmen Sahabat Selamanya II by DiyanaHani di jayakan oleh DiyanahaniERAZ FadliNORLIDA, Hajar , Wanie , Hannah, dan Akofena Enterprise. Terima Kasih yang tidak terhingga di ucapkan kepada para sponsor. 


Diharap semua blogger sudi merajinkan diri menyertai segmen ini.
Jangan lupa blogwalking untuk mencapai tujuan utama segmen ini diadakan.   

APA TUNGGU LAGI!!! 
KLIK BANNER DAN JOIN.KALAU TAK BOLEH KLIK BANNER,KLIK AYAT KAT BAWAH BANNER YER...JOM JOIN.CARI KAWAN RAMAI-RAMAI.. 






Kawan ; Adakah Anda Mengalami Sakit Jiwa ?


Orang yang mengalami sakit jiwa jarang sekali penyakitnya itu timbul secara mendadak tetapi kita yang normal boleh nampk simptom yang memberi petanda ; lihat lah sekeliling rakan kita bagaimana ?

  1. Terlalu pemarah, terburu-buru menghadapi suasana dan kejadian. Dia meletus marah dan gembira dengan sebab-sebab kecil dan remeh.
  2. Kerap hilang semangat dan hilang minat hidup, lemah dan cepat mahu berundur bila saja bersua dengan sedikit kesukaran dan rintangan dalam kehidupan.
  3. Dikongkong oleh perasaan was-was yang berat. Contoh bila dia membersihkan tangan, dia akan membersihkan berulangkali biarpun tangannya itu sudah lebih dari bersih.
  4. Terlampau takut dengan benda-benda atau suasana yang tertentu seperti terlampau takut kepada gelap, kepada tempat-tempat yang tinggi, kepada tempat-tempat yang bersesak, kepada serangga atau binatang umpamanya  lipas , kucing , anjing dan sebagainya.
  5. Perjalanan dalam badan terganggu dan tidak teratur seperti jantung selalu berdebar dan kepala selalu sakit .

Perasaan keluh kesah atau gelisah yang dimaksudkan sebagai tanda penyakit jiwa bila berlaku kebebanan yang terlalu hebat dan melewati batas yang wajar. Oleh itu , bila anda mengalami perasaan-perasaan ini maka kewajipan kepada diri sendiri ialah jangan biarkan perasaan itu bermaharajalela atau jangan bersikap berpura-pura untuk tidak peduli pada perasaan itu. Anda mungkin tidak dapat mengabaikan kerana perasaan resah gelisah itu dalam setiap diri manusia tidak dapat disembunyikan.

okay balik kepada situasi semasa..

Saya semalam , kembali dari bercuti dan terus masuk kerja ...rasa macam stress bila pagi lagi dah masuk mesyuarat...mesyuarat pula membincangkan pasal skop kerja baru tahun depan.., ingatkan nak kurangkan skop kerja tapi lebih  pulak yang dapat. hurmm..redha dalam pasrah.

Keadaan ini mengakibatkan ada sebahagian dari kami melenting , jadi pemarah ...dan status fb pcl  semalam seperti berikt ;

"melihat sikap kawan2 ; Ada yang bersifat keras, seolah mendidik kita untuk menjadi berani dan bersikap tegas dan ada yang lembut, seolah mengajarkan kepada kita cinta dan kasih sayang sesama insan.". ~ pcl

Sebenarnya ada beberapa watak dalam kehidupan kawan kita seharian.., Siapakah kawan kita....?
dan..dalam bab kerja pula adakah kita persoal bab berkira-kira dalam melakukan kerja ?

# Ada kawan yang jahat dan hanya memanfaatkan kebaikan orang lain, sebenarnya ia membuatkan kita berfikir bagaimana berbuat banyak kebaikan namun dalam keadaan berwaspada.

~ Itulah kepelbagaian karakter manusia. Allah memperkenalkan mereka kepada kita agar kita lebih bijak menyingkap kehidupan dan mengambil hikmah darinya..








Salam untuk semua..



hai...apa khabar semua? , pcl n mamaD baru memulakan rutin kerja hari ni......terima kasih berkunjung ke blog ini dan sentiasa memberikan sokongan yang berterusan dengan komen dan maklum balas.

okay, takmau banyak sangat berceloteh...cuma nak maklumkan yang kami tiba di Banting malam tadi pukul 9pm sebelum tu menyinggah sekejap di Salak Tinggi , rumah kakak kepada mamaD. Pcl bawak kiriman dari kampung iaitu 'daun sekentut' , itu hari kakak dah komen dalam fb dan pesan supaya bawakan dia daun tu..

Ada juga rakan blogger yang bertanya , macam mana rupa daun sekentut itu? , kalau rupa mungkin saya boleh tunjukkan gambar dalam entri berikut nanti insyaAllah, ada saya bawak balik sikit ke Banting.....tapi kalau yang tanya macam mana bau dia..haha , tak jadi masalah sebab semua orang ada...dan semua orang pernah bau..kalau yang namanya 'kentut' maka itulah baunya...maaf lah yer merapu sikit tapi itulah kenyataannya..daun sekentut memang berbau kentut..

Tapi bila dah jadi makanan yang namanya Nasi Daun Sekentut...tiada bau itu ! malah bau wangi dan sedap rasanya.











Kini tiba di kampung PCL pula..

Assalamualaikum..

Dari Sp Kedah ke Parit Buntar Perak..kalau ikutkan perjalanan berkereta masa diambil dalam sejam lebih.. tak jauh sangatlah kan, syukur..untung rumah mak saya dan rumah mak mertua sehaluan perjalanannya..
Samada dari KL nak singgah dulu kampung saya atau terus dulu ke Sp dan sebaliknya. ..ikut mana yang memerlukan, saya lebih memahami hati orang perempuan.. biasanya menang kat mamaD. Mestilahkan pilih terus rumah mak dia..dengan alasan anak-anak nak jumpa sepupu yang ramainya sebaya umur..kalau kat rumak mak saya takada geng nak main..

Ok, giliran Sp sudah..kini tiba masanya kami di rumah Atuk & Opah kepada anak-anak saya. ..kami sampai malam tadi.

Pagi lagi dah ke belakang rumah..sawah padi terbentang luas, kali ni tiba musim padi dah berbuah nak tunggu masak untuk dituai..ada sesapa yang tak pernah tengok pokok padi.. Pokok beras?? Jangan jadi konpius macam anak-anak saya memula dulu.. ahaha.

Kalau sempat boleh saya pancing ikan puyu.. tengah musim ni..
Lokasi : Kampung Parit Teluk Pial,  Jalan Baharu Parit Buntar.  Perak.








Kisah disebalik gambar lama..


Bila dah malam masing-masing dah tak larat dengan aktiviti siang tadi.. Sambil menonton tv sambil belek album gambar. ..salah sebuah album gambar ni memang dah lama tak dibuka.

Album gambar masa aku kerja Kilang dan menyewa di SP....entah macam mana tergerak nak tengok balik gambar aku masa remaja dulu..umur 20an masa tu minat motor sport, suka konvoi pi pusing pulau. Round Penang lah masa tu....walau nampak rempit tapi kami tetap sopan ketika menunggang di jalan raya.

..korang kena percaya sebab masa tu darah muda kami akan tercabar bila dicabar..itu jer sebenarnya bukan apa pon. Kalau orang bagus..kami 2x bagus tau.. Alamak tercerita pulak kisah lampau..ok bercerita yang baik-baik saja sebagai kenangan kepada anak-anak juga,  syukur anak aku perempuan keduanya,..naik motor pon kadang tu depa tak berapa suka.

Korang tengoklah gambar yang tak berapa jelas ni..aku saja nak share sini mana lah tau suatu hari nanti aku nak baca balik..nak tengok gambar remaja aku balik, nak mengenang masa lalu. Album tu bila-bila je akan hilang dari simpanan..kalau lah kan, mana tau!

Ini sebahagian gambar yang aku boleh kongsikan di sini.
Aku sayang motor kips ni tp nak kawen punya pasal,  rasa macam tak sesuai lah...lalu aku jual pada kawan ofis masa tu. Aku nak jaga 'bini'  yang 'real punya'..hihi.

Aku bukan terpaksa tetapi memaksa diri untuk tinggalkan aktiviti remaja aku secara perlahan-lahan apabila setelah disatukan secara sah dengan mamaD..masa tu umur 24 tahun, korang agak-agak lah berapa umur mamaD masa kami nikah?

Yang paling aku tak boleh lupa.. Perokok tegar ni pon boleh stop smoking bila sudah berumahtangga..., syukur alhamdulillah diberikan olehNya kesenangan untuk aku buang semua perkara yang tak berapa bagus itu secara berperingkat...

...akhirnya aku bebas rokok dalam masa beberapa bulan. ..ini semua semangat isteri yang mendorong. Kalau mamaD buat tak tau jer masa memula kahwin..buat tak kisah je pasal rokok tu.. Aku rasa. ..aku akan jadi perokok lagi tegar hingga kini...terima kasih aku kepada dia, my lalink. ..mamaD :)

#kisah disebalik gambar lama.







Tenang di Jeti Semeling..

Ini lah apa yang dirancang oleh mamaD bermasej sms dengan famili kat rumah semasa dalam perjalanan balik dalam kereta masa tersangkut trafic jammed malam  semalam..

Aktiviti memancing dan berehat-rehat sambil makan angin.., dengarnya macam seronok je kan..tapi realitinya lagi seronok dari apa yang aku gambarkan melalui gambar-gambar dari kamera samsung ni.

Yang  terlebih minat sangat memancing tu ialah mak dan makcik  mamaD..depa ni seminggu mesti tak kurang sekali mesti ada..bosan duduk kat rumah kata depa tu.

Yer. ..aku selalu publish pasal entri memancing.  Ini sebahagian dari minat keluaga kami..lebih kepada suka-suka sebenarnya...

Yang lecehnya..minat aku terhadap batang pancing dah semakin kurang lebihnya hanya seronok menemani depa..

Lokasi : Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Sungai Petani,  Kedah Darul Aman.

Mereka terlebih suka..aku pon turut rasa bahagianya..
#aku lebih suka ambil gambar.. Peace yow! !









Yeah.. baunya memang sedap

..tu belum rasa dan makan lagi. Serius memang sedap..

Bau dari dapur, ikan bilis goreng..huh..menusuk kalbu..

Okay...pagi minggu di kampung memang tak boleh nak kawal makan. Aku tak berdiet makan tapi lebih kepada pantang jumpa menu sedap.. Pagi tadi post satus wallfb. ..mak mertua buat nasi lemak daun sekentut.

Daun sekentut memang pelik kedengaran bagi yang tak biasa.. Ye memang bau dia bau kentut..tapi bila dibuat masak nasi lemak herba memang. ..sedap tak terkira. Tetap nak puji resepi mak mertua. .dari sini aku belajar makan makanan pelik dari beliau..

Bila dah post di wall fb.. sahabat blogger tanya resepi. Ok Wirda, pcl tak pandai nak bagi resepi tapi apa yang pcl nampak mak buat memang mudah...

Siapa yang tahu buat nasi lemak biasa memang boleh buat nasi lemak daun sekentut ni..cuma tambahkan pati/air perahan daun yg lain sama je. Cara nak dapatkan pati tu memang mudah.. janji ada daun haha.. Ambil daun kisar dengan blander campur air.. , tapis dan ambil air dia jer..warna dia agak kehitaman.. masa nak tanak nasi tu guna air pati daun + santan macam masak nasi lemak biasa tu..mudah kan.
Emmm mudah lagi bila makan dihidang depan mata..cuma ambil kamera,  snap gambar untuk kongsi dengan semua pengunjung blog ni.. biar meleleh air liur pepagi ni..

Ps..kalau tanya pasal kandungan kalori tu. ..maaf aku takleh jawab.
Jemput makan ye...aku skip lunch sebab dah nampak macam terlebih makan pagi ni.








Memang sedaplah Mak !


..aku tadi dalam perjalanan balik kampung cuti sekolah...ambil cuti kerja hari Isnin dan Selasa...nampaknya aku akan berposting dari Sungai Petani, ...tu pon kalau tak sibuklah dengan aktiviti haha..

.. sempat jeling-jeling mamaD taip mesej..  tu dah rancang baik punya dengan depa yang tak sabar menanti kat rumah...emm suka sangat dia.

Okeh... Perjalanan kami lancar dari Banting sampailah kat Seberang Jaya. Seronok boleh sembang banyak dengan co-pilot..sebab perjalanan masih awal..selalunya sebelum ni kami gerak sebelah malam, mengantuk jangan cakaplah..berpuluh kali menguap tak juga sampai.

Tapi kali ni tak rasa letih dan ngantuk..ada sebab sebenarnya nanti aku cerita dalam entri lain ni semua pasal hadiah dari segmen Mia Liana bebaru nih.

Okeh..ingatkan perjalanan kami lancar terus sampai ke Sp, ..tidak. Tetiba lepas tol Sg Dua. .trafik jem pulak!  ...lebih dua jam kami terperangkap dalam kereta sendiri. Ada tak sesiapa kat area tu at that time?..huh hazab la kan..

Dah hujung-hujung jem tu baru nampak lori panjang eksiden..
Akhirnya sampai jugak jam 9 lebih. Mak mertua aku dah ready hidangkan  makan.. ..maklumlah kebuluran td. Haha..lauk sardin dan gulai ikan memang sedap lah mak! ..gambar memang tak mau tunjuk..

..ok then Bye.





Saorang Pakcik ; Hatinya tenang selalu...


Pakcik-pakcik yang dihormati semoga berbahagia dalam situasi anda, ...

kalau kita perhatikan pakcik yang seangkatan umur bersara wajib,   kebiasaan akan dressing smart, pakai kemeja seluar slek kain lembut, sentiasa pakai songkok atau kopiah...almaklumlah kepala dah licin..rambut putih tinggal yang tepi-tepi je.

kuku, setiap jumaat mesti potong begitu juga rambut ...potong kemas tiga minggu sekali .

ke masjid selalu dengan jubahnya bawa isteri bersama dengar kuliah, tazkirah dan sebagainya.

kalau ke sekolah mesyuarat PIBG, jadi wakil kepada emak bapak budak  .. (biasalahl...depa tu selalunya bizi...)

hujung minggu basuh kereta  isteri dan kilatkan motor sendiri.

cuti-cuti sekolah, habis semua anak cucu berkampung di rumah., bila sekolah dah buka kembali suasana jadi sunyi.

Semuanya dilalui dengan tenang , hidup aman damai sebab hutang dah langsai.

"eh bila la aku ...."

"sampaikah aku... "







Ana nampak muda ! ...Alhamdulillah..

Assalamualaikum..

Ana baru habis dengar tazkirah pagi jumaat..Alhamdulillah, kampus ana ni setiap bulan ada dua kali program ilmu keagamaan....

Anta jangan salah sangka ye...bila ana sebut diri ana ini sebagai ana..
sesaja jer ...dan sebenarnya terikut bila dah berbual panjang dengan ustaz jemputan. . Beliau tak habis habis memuji kampus kami ini, katanya sangat menakjubkan sebab kat sini sebahagian pegawainya adalah penyelidik bidang angkasa..

.. Itu tak apa lagii., ada lagi satu pujiannya..ana sekadar menyebut kembali.." anta ni nampak muda la.. mengendalikan hal-hal agama lagi nampak nur.." katanya.
Okeh,  kita lupakan bab pujian tu.. sebenarnya ana hanya menjalankan tugas-tugas yang telah diarahkan sebaik mungkin.

banyak perkara disentuh oleh ustaz , dalam mencapai matlamat kehidupan antaranya adalah mengamalkan sunnah-sunnah nabi , Rasulullah shallahu 'alaihi wassalam. pesan ustaz ..bacalah, carilah , belajarlah, menuntulah ilmu-ilmu agama ..penuhi masjid-masjid , surau-surau dan tempat-tempat seumpamanya.

memang realitinya , kita harus bangga dan  kita sendiri  lihat sejak kebelakangan ini makin ramai khususnya remaja sudah mula berjinak-jinak dengan masjid dan mahu mendengar ceramah agama..alhamdulillah.


okeh , habis bab tu.

Sejak kebelakangan ini, saya agak sibuk sikit dengan urusan pelancungan , ramai yang merancang untuk percutian Tahun 2014, walau tahun depan Tahun Melawat Malaysia namun permintaan bercuti  ke Selatan Thailand mendapat sambutan..alhamdulillah. walau bagaimanapun Malaysia dan Thailand adalah negara bersempadan sekali harung pelawat datang negara kita boleh ke nagara jiran. Ataupun rakyat Malasia dah biasa sangat negara sendiri,ingin merasai suasan negara orang. apa pun, kami sedia merancang percutian yang di minta.

..sebab semalam tak sempat nak post entri..., banyak perkara berlaku ...antaranya dapat hadiah dari blogger +adrianna syaz , dari +D Dee , +Mia Liana & ephyra

dari +Zalora Team , agaknya..saya pakai jam ni kot nampak muda...hihi , sebenarnya tu untuk anak saya lebih sesuai tapi tangan depa tu kurus...tak padan maka abah jugaklah yg kena 'paksa' pakai oleh mamaD.




..pagi ni blog saya dihadiakan lagi dengan review yg bukan review kata tuan blog tersebut di sini , terima kasih. bagus memang saya sokong cara dia berblog. tak rugi anda cari dan komen blog beliau ..ada manfaat bersama.

sekian dulu , pesan ustaz lagi...jangan tidur masa khutbah nanti ! (masa yg paling enak tidur adalah masa tuu kan !)






Nasihat : Jangan mati katak !


gambar hiasan


Remaja dan motosikal memang  ada semangat , semangat pantang dicabar.., kalau saya dulu 'zaman kelam' dengan kawan-kawan sebaya menyewa rumah...akitviti malam dan hujung minggu adalah suatu kemestian. Pada masa itulah malam umpama siang dan siangnya umpama malam.. hah !

Biasanya garisan permulaan lumba haram adalah garisan tiang lampu isyarat, tak kira di mana... pantang ada saja yang 'ramp' , 'kentut' , 'cucuk'  dan seumpamanya dikategorikan sebagai mencabar.."mana boleh makan asap jerr"

Apakah punca...dan apakah penyelesaian ?

Punca...senang cakap , ringkas saja..iaitu keseronokan dan kepuasan.

Penyelesaian ... sampai sekarang tak sudah-sudah, tak selesai..... lagi 'diselamatkan' lagi menjadi-jadi.

tajuk entri cakap pasal mati katak... "mati katak" ialah simpulan bahasa Melayu yang bermakaksud mati yang sia-sia dan tidak dipedulikan oleh sesiapa. Tapi lumrah sifat manusia yang penyayang..terutamanya ibubapa dan keluarga terlibat tetap menyemadikan mayat mereka dengan sempurna jika ada kalangan mereka yang maut...emmm.

Nasihat saya jika sayang akan nyawa, ibu bapa, keluarga , negara, bangsa dan agama...janganlah jadi mat/minah rempit. Jika 'anda' fikir anda beraksi selamat , mungkin nasib orang lain tidak .

geng rempit mana sempat baca blog....tak apalah, sekadar berpesan ....kita dah buat dulu , cuma kita ni bernasib baik sikit jer dari yang nakal-nakal..dan terus kekal nakal.

#semoga diberikan hidayah ~tak payah tunggu tua baru nak berubah !





Bab Rumah tangga ; Pandai memikat hati..


kali ni saya terus sentuh mengenai seorang isteri ;

Seorang isteri yang bijaksana sentiasa memberi kegembiraan kepada suaminya , berada dalam kesabaran ketika menghadapi masalah keluarga adalah tunggak utama untuk melemahkan hati suami supaya dia betah di rumah.

Rumah itu adalah syurga bagi seorang lelaki apabila dia mendapat layanan yang baik dari isterinya, sebaliknya akan menimbulkan keadaan kurang selesa jika seorang isteri sering meninggi suara atau berleter tak tentu pasal.

Menghargai suami dengan memuji usaha baik yang dilakukannya, menjadi pendengar yang baik setiap masalah yang diluahkannya, biarlah isteri menjadi orang yang benar-benar memahami suaminya dalam segala hal.

Alam rumahtangga memang banyak cabaran, oleh itu pengorbanan yang ikhlas perlu ada dari seorang yang mahu melihat rumahtangganya berada dalam keadaan selamat , aman dan damai.

Melihat suami dalam kesempitan...bantulah sedaya mungkin, jangan selalu menyusahkan suami dengan hanya meminta itu dan ini tanpa memikirkan keperluan yang sepatutnya. Sebaliknya hiburkanlah suami dengan kata-kata perangsang dan lemah lembut macam masa mula-mula bercinta dulu. Dengan cara ini kasih sayang akan bertambah erat, ikatan sentiasa diberkati Allah SWT

Kemesraan yang tidak berbelah bagi dan isteri penyayang/solehah menjadi lambang keteguhan ikatan perkahwinan itu sendiri. Jadilah penghibur utama suami dan bukannya berhibur dengan benda-benda lain apabila bersama suami ketika di rumah., faham maksud saya..., maksudnya sebagai contoh menonton tv sampai tak ingat sekeliling, atau...suami isteri duduk dekat-dekat nampak rapat tapi sebenarnya jauh....faham maksud saya ? , ...saya menasihati diri dan juga muhasabah diri ini. sama-samalah kita mengigatkan dalam kebaikan , insyaAllah.

Senyumlah selalu, tunjukkan wajah manis sebagai isteri yang mampu menjadi penawar kepada segala racun rumahtangga.











Cuai atau sudah begitu takdirnya

TRAGEDI PANGSAPURI HIGHLAND TOWER ,

Pada tahun 1993 bersamaan tarikh hari ini  pukul 1.30 tengahari. Peristiwa Blok A Pangsapuri Highland Tower di Taman Hillview, Hulu Kelang Selangor runtuh menyembah bumi. Apabila operasi mencari dan menyelamat ditamatkan , 48 mayat telah ditemui.




Berbagai-bagai sebab dan kesimpulan dibuat berikutan kejadian itu.
Sama ada  kecuaian manusia puncanya atau memang sudah takdirnya pangsapuri itu runtuh selepas 14 tahun berdiri megah ..itu lah tindakan seterusnya khususnya Jabatan kerajaan yang berkenaan mengambil inisiatif.

p/s : kesannya kepada pembangunan terkini... semua aspek diambil kira untuk membuat perancangan mendirikan bangunan di kawasan berisiko tinggi. ~ berserah kepada takdirNya penentu segala.





Kesian kumbang ni..


..seekor kumbang apabila dia dalam keadaan terlentang memang tak boleh nak buat apa dah kecuali tergawang kaki tangan macam nak minta pertolongan..

Untung ada manusia yang lalu di situ. .nyaris terpijak!

Terbalikkan dia di kedudukan asal, nampak dia selesa.. Kalau tak mati dia dihurungi semut..

#ada kumbang nak mohon bantuan. ...mohon carikan dia pasangan ideal. .haha. , kita ni bukan agensi pencari jodoh.. Agen pelancungan tu adalah sikit-sikit..







Ada Ulam , tak ada sambal belacan ..mana best !



serius nie nak cakap, kalau makan ulam terutamnya ulam selom memang boleh turunkan berat badan dengan cepat..

Ahad lepas , saya ajak pcl ke pasar pekan Banting, tak jumpa orang jual...susah la nak jumpa daun selom, kalau ada pon memang mahal. ..Rm2 seikat sikit ja !

nak kena ingat..yang penting dalam pemakanan kita kena kurangkan sumber kabohidrat...nasi,  roti, kuih muih dan sumber kabo yang lain-lain.

Hadap nasi berlauk dgn kenyangkan makan ulaman banyak. ..elakkan sedia hidangan dengan sambal (ni kira nak halang nafsu makan..makan bertambah),  ada orang kata minum banyak, tapi rasanya kalau banyak minum air...makin kembang lagi lah...kan!

ok , cakap pasal selom , ..untuk kesenangan masa-masa akan datang,  kami cuba cambahkan akar pokok selom kat laman dapur..

harap lepas ni nanti tiada masalah stok selom lagi..

Ingat ..., makan ulam banyak-banyak tau !!

~diana


Published with Blogger-droid v2.0.6