Hanis belajar jadi dewasa dengan kakaknya..
Untung Bila Ada Adik Sendiri Jadi Mekanik !
Stuck at Slim River, Perak.
alhamdulillah tidak ada apa-apa yang buruk berlaku di hiway PLUS tadi semasa kami sekeluarga dalam perjalanan balik ke Banting dari Parit Buntar.
Allah masih sayang kami sekeluarga setelah perjalanan melepasi 3 jam, kereta yang aku pandu ni tiba-tiba berbunyi di bahagian tayar belakang. Terasa macam sesuatu tersangkut ...sedangkan pada masa tu dalam kedudukan memotong sebuah trailer panjang.
Allhuakbar..syukur sempat juga aku nekad tekan padel minyak dan menyusup ke tepi jalan dalam keadaan cemas..alhamdulillah tayar tak 'stuck' masa tu..kalau tak, tak tau lah apa akan jadi.
Di tepi jalan, aku periksa kesemua tayar.., tayar belakang dah nampak geris terkeluar ; dah syak memang bearing ada masalah. (Confidence driving sebab pagi dah check dan ganti bearing oleh adik mekanik). Benda nak jadi , tak nak salahkan sesiapa...syukur alhamdulillah kami selamat.
Tunggu bantuan Plusronda, tapi kami tak berani nak jalankan tayar tersebut takut jammed dan kemungkinan bahaya tayar boleh tercabut keluar.
Tunggu kereta penunda, towing sampai ke luar hiway. Kami di bawa ke bengkel berdekatan..malangnya workshop tu 'cekik darah' huh..tau ler kita ni dalam kecemasan nak caj harga melampau.
Memang melampau betul dan sombong ChaYaNunAlif tu !
Aku sanggup bermalam di hotel bajet, keesokkannya cari mekanik lain.
Semogga dipermudahkan olehNya.
Lepaklah semalaman kami di Slim River...tambah cuti...cuti yang penuh makna (ada lagi kisah tragis).
Simpati Berserta Doa Untuk Mangsa Banjir
Salam simpati dari kami sekeluarga untuk warga pantai timur Semenanjung Malaysia khususnya mereka yang terlibat dalam bencana banjir besar.
Keluarga terdekat kami memang tak ada yang tinggal di kawasan terlibat, namun jauh di sudut hati seluruh rakyat negara berasa sedih dan bersimpati.
Bismillahirrahmanirrahim,
Selawat dan salam ke atas junjungan
besar kita Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda,
dan para sahabat2 baginda....
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Ya Waliy, Ya Mukmin, Ya Aziz,
Engkau lindungilah kedua Ibu bapa kami,
Adik beradik kami,
Sanak saudara kami,
Sahabat2 kami,
Dan semua penduduk di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis & Perak yang terkena musibbah banjir ini....
Ya Mutakabbir, Ya Sami', Ya Bashir,
Sesungguhnya kami semua hamba2 Mu yang lemah,
Kami tidak berdaya untuk menanggung ujian daripadaMu,
Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu...
Ya Malikul Mulk,
Ya Malik, Ya Muhaimin, Ya Matin,
Engkau perintahkanlah bumiMu menelan airnya,
Engkau perintahkanlah langitMu berhenti mencurahkan airnya,
Sesungguhnya kami amat lemah untuk menanggung ujian daripada Mu,
Ya Waaliy....
Ya Rahim, Ya Basith, Ya Rofi,
Kasihilah kami semua,
Kami mohon kepadaMu,
Redakanlah bencana ini,
Ya Mani'...
Dan lindungilah kami semua,
Ya Qowiy, Ya Qodir,
Daripada perkara2 yang buruk...
Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau tidak akan menimpakan sesuatu,
kepada kami melainkan sebagai peringatan kepada kami,
Di atas segala dosa2 dan kelalaian kami kepadaMu,
Ya Allah, Ya Tawwab,
Sesungguhnya kami telah mezalimi diri kami,
Ampunkanlah kami,
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Ya Allah, Ya Hafidz,
Jangan Engkau biarkan hati, iman kami terpesong,
dan lalai sehingga melupakan tanggungjawab kami kepadaMu,
Rahmatilah kami semua Ya Allah,
Ya Allah,
Tiada tuhan melainkan Engkau,
Dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Mu,
Ya Allah, Ya Ghofur, Ya Mujib,
Perkenankan dan kabulkanlah doa kami....
Amin....
Minta kongsikan doa ini..
Semoga dengan keikhlasan hati kita...
Allah SWT akan mengabulkan doa kita...
Serta merahmati kita semua.......
Mencari 'Pulut Sekaya' Di SP
Suka Hanis dan Nina bila dapat balik kampung rumah maktok, bulan lepas Nina tak dapat ikut, kali ni semuanya ada.. hepi giler dua baradik tu, mamaD pon sama.. tau la kan, balik rumah mak dia..huh semangat berkemas bag awal² lagi.. orang perempuan memang gitu lah .
Kita ni balik mana dulu pon tak kisah ..
cari "Kuih Pulut Sekaya"
pepagi lagi cari makanan sebab malam tadi sampai di rumah ibumertuaku dalam pukul 12 lebih sembang sikit dan terus terlena.
lama dah cari kuih sedap ni, orang² lama kat sini panggil dengan nama "pulut sekaya" aka kuih seri muka.
okay la..seketul pulut sekaya 3 kupang harganya.
Menjadi pendengar setia dan kawan kepada anak-anak.
Makan tom yam thai beramai-ramai dengan anak isteri dan anak sedara, order 3 mangkuk share 5 orang makan. (meehoon tom yam 2, koewteow tom yam 1)
Kuah tom yam asli dari siam yang masam pedas sesedap rasa menggamit kami sekeluarga untuk makan lagi di sini.
Setiap kali ke Seri Kembangan mesti singgah South City Plaza semata-mata nak cari tom yam.
Ada sebuah gerai dalam plaza tu jual.. milik orang Siam asal . Halal .
Malam malam makan masam dan pedas boleh tahan pulak perut diaorang, ikutkan ajelah..dah selalu sangat ke kedai mamak, sesekali ubah angin pulak.
Suka tengok anak-anak menikmati makanan ikut selera mereka, Nina asyik bercerita pasal kawan dia.., sambil makan bergilir hirup kuah kami dengar apa Nina cakapkan.
Menjadi pendengar setia dan kawan kepada anak-anak ; kalau boleh dipraktikkan selalu dalam usaha mencari sebuah keluarga bahagia..insya Allah.
p/s .. Aku bahagia cara sebegini..
Hipokrit ; Selagi mana ada manusia serupa ini Dunia tidak akan aman tenteram.
Ramai manusia berbagai ragam, yang paling ketara ialah sifat munafik !
Sifat munafik terkandungnya sifat-sifat hipokrit, kalau umpamakan seekor binatang/serangga ia seperti sifat sejenis binatang yang dikenali dengan nama Sesumpah atau sifat Benda seperti talam dua muka atau Perumpamaan seperti musang berbulu ayam atau Manusia yang hidupnya berpura-pura jujur.
Seorang yang munafik selalunya berpura-pura baik dan jujur, telunjuk lurus kelingking berkait. Dia bercakap manis mulut tapi hakikatnya berbohong. Dia juga pandai berbahasa sehingga orang boleh percaya cakap dia, pandai berjanji tapi mungkir, bijak mematerikan perjanjian tetapi ia cabuli dan apabila dia berbalah pasti nak menang walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah asalkan orang boleh percaya cakap dia.
Orang yang pandai bodek atau mengampu seseorang.
Seorang yang munafik juga ialah seorang manusia yang ada otak tapi tidak berpendirian, mudah gadai pegangan hidup, suka berbalah atau bertengkar. Dia boleh berubah-ubah sikap apabila diperlukan oleh kepentingannya.
Oleh kerana Islam memperjuangkan kejujuran dan amanah umum yang dilandaskan di atas kesedaran dan keimanan bahawa Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala apa yang terpendam di dalam lubuk hati, maka Islam menganggap sifat hipokrit itu sebagai merbahaya yang menghancurkan keutuhan dan keselamatan iman seseorang, juga sebagai dosa yang besar.
Empat ragam sifat munafik :
1. Khianati amanah iaitu mencabul dan mengkhianati amanah-amanah yang wajib dipelihara dan meremeh temehkan amanah yang diberikan padanya atau tidak menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya yang diserahkan padanya, kerja dengan sambil lewa dan ia gunakan amanah yang diberikan kepadanya untuk mendapatkan kepentingan diri dan keluarganya.
2. Bercakap bohong. Membuat penjelasan, kenyataan dan penerangan yang dusta atau seakan-akan dusta samada dengnan lisan atau tulisan, memutar belit dan memesongkan keteranngan yang sebenar, mengubah dan menokok tambah kenyataan untuk disesuaikan dengan seleranya, membuat kempen-kempen atau promosi-promosi dusta dan propaganda liar dan segala bentuk penyelewengan kata-kata dan bicara termasuk membesarkan yang keil dan memperkecilkan yang besar.
3. Mencabul janji-janji yang diikrarkan dan mencabul perjanjian yang dipersetujui bersama.
4. Ingin menang dalam pertengkaran walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah atau terpaksa membawa saksi yang palsu bagi menguatkan hujjahnya.
Semua sifat-sifat munafik yang tersebut itu boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada ketenteraman masyarakat manusia, malah boleh menimbulkan huru-hara dan perpecahan dan boleh menghilangkan rasa kepercayaan terhadap satu sama lain yang merupakan batu asas bagi kerukunan sesebuah masyarakat yang padu dan kukuh, selagi mana ada manusia serupa ini dunia ini tidak akan aman tenteram.
Kalender Dan Senarai Cuti Umum 2015
Kalendar Cuti Umum 2015 Malaysia
(Tertakluk kepada perubahan)
Jadual Hari Kelepasan Am 2015
Tarikh
|
Cuti Umum
|
Negeri
|
1 Jan (Khamis) | Tahun Baru 2015 | Kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu |
3 Jan (Sabtu) | Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul) | Seluruh negara |
14 Jan (Rabu) | Hari Keputeraan YDB Negeri Sembilan | Negeri Sembilan |
18 Jan (Ahad) | Hari Keputeraan Sultan Kedah | Kedah |
1 Feb (Ahad) | Hari Wilayah Persekutuan | Kuala Lumpur, Labuan dan, Putrajaya |
3 Feb (Selasa) | Hari Thaipusam | Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor |
19 Feb (Khamis) | Tahun Baru Cina | Seluruh negara |
20 Feb (Jumaat) | Tahun Baru Cina (Hari Kedua) | Kecuali Kelantan dan Terengganu |
4 Mar (Rabu) | Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu | Terengganu |
3 Apr (Jumaat) | Good Friday | Sabah dan Sarawak |
15 Apr (Rabu) | Hari Melaka Bandaraya Bersejarah | Melaka |
26 Apr (Ahad) | Hari Keputeraan Sultan Terengganu | Terengganu |
1 May (Jumaat) | Hari Pekerja | Seluruh negara |
3 May (Ahad) | Hari Wesak | Seluruh negara |
7 May (Khamis) | Hari Hol | Pahang |
16 May (Sabtu) | Israk dan Mikraj | Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis |
17 May (Ahad) | Hari Keputeraan Raja Perlis | Perlis |
30&31 May (Sabtu&Ahad) | Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) | Sabah dan Labuan |
1&2 Jun (Isnin&Selasa) | Perayaan Hari Gawai Dayak | Sarawak |
6 Jun (Sabtu) | Hari Keputeraan YDP Agong | Seluruh negara |
18 Jun (Khamis) | Awal Ramadan | Johor, Kedah dan Melaka |
4 Jul (Sabtu) | Hari Nuzul Al-Quran | Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu |
7 Jul (Selasa) | Hari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan Dunia | Pulau Pinang |
11 Jul (Sabtu) | Hari Jadi YDP Pulau Pinang | Pulau Pinang |
17&18 Jul (Jumaat&Sabtu) | Hari Raya Puasa | Seluruh negara |
31 Aug (Isnin) | Hari Kebangsaan | Seluruh negara |
16 Sep (Rabu) | Hari Malaysia | Seluruh negara |
13 Sep (Sat) | Hari Jadi YDP Sarawak | Sarawak |
24 Sep (Khamis) | Hari Raya Qurban | Seluruh negara |
25 Sep (Jumaat) | Hari Raya Qurban (Hari Kedua) | Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu |
3 Oct (Sabtu) | Harijadi YDP Sabah | Sabah |
9 Oct (Jumaat) | Hari Jadi YDP Melaka | Melaka |
14 Oct (Rabu) | Awal Muharram (Maal Hijrah) | Seluruh negara |
24 Oct (Sabtu) | Hari Keputeraan Sultan Pahang | Pahang |
10 Nov (Selasa) | Hari Deepavali | Kecuali Sarawak |
11&12 Nov (Rabu&Khamis) | Hari Keputeraan Sultan Kelantan | Kelantan |
18 Nov (Rabu) | Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar | Johor |
22 Nov (Ahad) | Hari Keputeraan Sultan Johor | Johor |
27 Nov (Jumaat) | Hari Keputeraan Sultan Perak | Perak |
11 Dec (Jumaat) | Hari Keputeraan Sultan Selangor | Selangor |
24 Dec (Khamis) | Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul) | Seluruh negara |
25 Dec (Jumaat) | Hari Krismas | Seluruh negara |
Sumber: Fail pdf Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan Dan Negeri 2015 dari laman web rasmi Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan.
Kalendar Cuti Sekolah 2015 Malaysia
Berikut adalah jadual cuti sekolah untuk sesi persekolahan bagi tahun 2015.
Cuti
|
Tarikh
|
Cuti pertengahan Penggal 1
| 14.03.2015 - 22.03.2015 |
Cuti pertengahan tahun
| 30.05.2015 - 14.06.2015 |
Cuti pertengahan Penggal 2
| 19.09.2015 - 27.09.2015 |
Cuti akhir tahun
| 21.11.2015 - 03.01.2016 |
Cuti untuk sekolah-sekolah di negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu bermula dan berakhir sehari lebih awal.
Ref : http://www.malaysiatercinta.com/
Pakej Lawatan 3H2M ke Kelantan Darul Naim (2015)
Assalamualaikum & Salam sejahtera
Jangan kata tak ada orang mintak buat pakej melawat negeri Cik Siti Wan Kembang ! , banyak permintaan ye..orang luar terutamannya.
Jangan kata tak ada orang mintak buat pakej melawat negeri Cik Siti Wan Kembang ! , banyak permintaan ye..orang luar terutamannya.
Seperti mana yang kita maklum, negeri-negeri di pantai timur semenanjung sekarang ni sedang mengalami masalah banjir besar di beberapa kawasan yang berkenaan.
Namun untuk tahun 2015 program travel, kami di Xcell Travel & Tours telah membuka peluang kepada mereka yang memerlukan perkhidmatan ini ; Pakej Lawatan 3H2M ke Kelantan Darul Naim (2015)
Namun untuk tahun 2015 program travel, kami di Xcell Travel & Tours telah membuka peluang kepada mereka yang memerlukan perkhidmatan ini ; Pakej Lawatan 3H2M ke Kelantan Darul Naim (2015)
Negeri Kelantan tidak kurang juga mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pada musim cuti sekolah, ramai orang-orang dari luar Kelantan melawat negeri tersebut. Di antara tempat-tempat menarik di Kelantan ialah Istana Jahar, Kampung Kraftangan, Masjid Beijing, Rantau Panjang, Pantai Cahaya Bulan, Pantai Genting, Tumpat, Wakaf Che Yeh, Pasar Siti Khatijah, Baazar Tok Guru, Gelangang Seni, Rantau Panjang, Pengkalan Kubur dan sebagainya.
Pakej Lawatan 3H2M ke Kelantan Darul Naim (2015)
Bilangan Peserta | 4 orang | 10 orang | 20 orang | 30 orang | 40 orang |
Harga (RM) utk seorang | 360 | 310 | 280 | 260 | 240 |
Kos termasuk:
- Kediaman 3 hari 2 malam (homestay dan hotel bajet. Jika mahukan penginapan yang lebih baik, sila nyatakan. Kami akan uruskan dengan penambahan kos)
- Pengangkutan dan pemandu
3 kali makan pagi dan 3 kali makan tengahari
Kos tidak termasuk:
-Tiket atau pengangkutan anda dari destinasi anda ke Kota Bharu.(Pengangkutan dari destinasi anda ke Kota Bharu boleh diuruskan berdasarkan permintaan terutama melibatkan jumlah peserta yang ramai)
-Tiket sepanjang lawatan anda di tempat anda lawati seperti Muzium Negeri, Muzium Perang dan Istana Jahar.
-Makan Malam (Untuk memberi peluang kepada peserta memilih sendiri tempat makan dan menu yang ingin dinikmati. Kami akan membawa anda ke tempat tersebut. Anda cuma perlu order dan bayar sahaja. Mudah bukan??)
-Perbelanjaan sendiri
-Insuran perlindungan
Syarat:
Minimum untuk 4 orang.
Tarikh terbuka sepanjang masa
HARI | ITINERARY/JADUAL LAWATAN |
HARI-01 |
|
HARI-03 |
ATAU
Nota: Anda boleh memilih destinasi mana yang anda inginkan samada ke Pantai Cahaya Bulan atau ke Bazar Tok Guru
|
HARI-03 |
ATAU
|
*Nota: Jadual lawatan ini adalah tidak rigid. Ianya mengikut kesesuaian masa. Pada hari ke 3, peserta boleh memilih destinasi membeli-belah mereka samada Zon Bebas Cukai Rantau Panjang atau Zon Bebas Bebas Cukai Pengkalan Kubor.
Untuk pertanyaan/tempahan :
email : nazlee@xceltravell.com / sales@xcelltravell.com
Tel/WA : 017 400 9726
web : www.xcelltravel.com
web : www.xcelltravel.com
Subscribe to:
Posts (Atom)