Rambut jadi kemas bila digayakan dengan POMADE

Salam..

Rambut jadi kemas bila digayakan dengan POMADE. Ramai anak muda dan remaja kini sangat menggemari pomade. Aku sebenarnya baru beralih dari gel rambut kepada pomade, dulu pernah guna krim rambut dan minyak rambut tapi selalu hadapi masalah gatal kulit kepala dan rambut berkelimumor. 

Gaya hipster terkini sudah mengubah style rambut kemas dan menarik terutama bagi lelaki.

Pomade adalah 'waterbase' menjadikan styles rambut lebih rapi dan harum menyegarkan. Kini ada pelbagai jenama di pasaran. Pelbagai grade dan pelbagai harga bergantung kepada jenama pengeluarnya.

Ini yang aku cadangkan kepada korang yang ingin membeli pomade untuk kegunaan sendiri dan juga belian borong untuk bisnes ; korang boleh dapatkan seperti info di bawah :


Modelista pomade
*waterbased*
*stronghold*
*adidas*
*vanilla*
*grape*
*apple*
*honeydew*

1 pc > rm25
2 pcs > rm45
50 pcs++  > rm15/pc

*nak pakai sendiri*
*nak jual*
*nak borong*
*boleh pm@whatsapp*
☎012 3556736

POMADE murah sementara stok masih ada !
Recommended by pcl ✌
#pomade




Jom Selfie dan Menang hadiah lumayan bernilai lebih RM10,000 sempena Pembukaan MyTown Shopping Centre Awal 2017


Asslamaualaikum, Salam ceria korang semua.. Haa jarang-jarang tau aku bagi salam pembuka kata bagi setiap entri aku ni, tapi untuk kali ini  ada pulak.. biasa tu!

Ni korang ! Mai sini mai sini, nak bagitau kepada semua.. jom ramai-ramai kita ke Chers. Sebuah Pusat membeli-belah baharu yang diberi nama MyTOWN Shopping Centre bakal dibuka awal 2017. Lokasinya sebelah jer dengan IKEA Cheras, (bersambung bangunan).
Pembukaan MyTOWN Shopping Centre Awal 2017

Perhatikan dalam gambar di atas; nampak tak mana MyTOWN Shopping Centre berada? Ok kalau dah nampak baguslah! Untuk pengatahuan kita semua, selain MyTOWN ini sebagai tempat membeli-belah, terdapat juga kedai-kedai makanan dan minuman tersedia untuk kemudahan pengunjung. Untuk maklumat lanjut, korang boleh terjah facebook page mereka :
https://www.facebook.com/mytownshoppingcentre/

Ada satu lagi berita menarik.. Sebagai sebahagian dari kempen pra pelancaran MyTOWN, mereka ada menganjurkan pertandingan selfie GOOSEYSELFIE. Korang mesti ambil bahagian dan jangan lepaskan peluang ini.

Lebih daripada RM10,000 nilai Hadiah yang ditawarkan kepada peserta 'GooseySelfie' untuk dimenangi. Adakah anda sudah bersedia untuk menjadi sebahagian dari Goose Squad? Jom.. Caranya mudah saja, ikuti panduan berikut :

1. Sila ke  https://www.gooseyselfie.com.my
2. Kemudian klik  “Join Now”.
3. Baca arahan seterusnya untuk fahami langkah seterusnya untuk elakkan salah faham.
4. Dan diikuti dengan klik  “Start
5. Pastikan login dengan akaun peribadi Facebook anda sendiri
6. Upload gambar sedia ada atau snap yang terbaru dengan mengunakan kamera phone atau webcam anda dan sila tambah elemen ‘goose’ pada gambar tersebut.
7. Siap ? Klik ‘Submit’.
8. Kemudian share ke Facebook anda dengan jangan lupa gunakan hashtag #GOOSEYSELFIE

Aku dah pun join dan aku jemput korang join sama-sama memeriahkan, mana tau untung nasib dapat hadiah. Tengok lah selfie aku nie...
My Goose Squad Name : TOM GROOSE

Nak menang hadiah lumayan bernilai lebih RM10,000 ?  jangan fikir lama-lama lagi.. Jom join pertandingan GOOSEYSELFIE ini. Semoga selfie korang berjaya menang hadiah lumyan.




Raja Sehari Nazrin & Shima ; Adik Lelaki Bongsu PCL


Hari ni bersamaan 25 Disember 2016, adik bongsu lelaki telah berkahwin dengan suri hati pilihan gadis berasal dari Serdang, Kedah. Kenduri belah perempuan hari ni dan esok rumah kami pulak di Perak.

Nazrin adik aku yang sama iras aku masa muda dulu.. Wajah agak seiras tapi saiz badan jauh sekali. Kalau nak tengok aku dulu macam tu lah.. 

Ucapan selamat pengantin baru semoga kekal bahagia hingga ke jannah untuk pasagan Raja Sehari Nazrin & Shima.




NICKELLSKIN Kosmetik Dari Kolagen Ikan Salmon Membuatkan Kulit Lembut Seperti Kulit Bayi


Serum yang pertama di Malaysia menggunakan teknologi farmasi dan kosmetik terkini dari Korea. Ia menggabungkan bahan termahal dan berkualiti dalam industri kosmetik dan telah digunakan secara meluas di kalangan selebriti di luar negara serta dianggap sebagai kolagen mewah kerana ianya diperbuat dengan menggunakan kolagen ikan Salmon yang dipelihara rapi dan berkualiti. Produk kosmetik dikenali dengan nama NICKELLSKIN .
nickellskin

■ Serum Triple Stemcell 

Gabungan teknologi farmasi dan APPLE, GRAPE & ARGAN STEMCELL (TRIPLE STEMCELL) yang terdapat di dalam NICKELLSKIN ini mampu memberikan hasil yang sangat luar biasa pada kulit manusia. Ini kerana kolagen ikan Salmon mempunyai protein kulit yang seakan sama dengan protein kulit manusia. Molekulnya sangat halus sehingga mampu menembusi lapisan dermis dan epidermis kulit manusia dengan amat baik sekali dan sekaligus meningkatkan keberkesanan produk ini. Kuasa TRIPLE STEMCELL nya pula mampu memperbaharui struktur kulit manusia dan menggantikan dengan kulit baru seperti KULIT BAYI.

Nickellskin berkuasa melembutkan kulit seperti kulit bayi


NICKELLSKIN merupakan serum yang telah dimasukkan kolagen di dalamnya seperti apa yang kita tahu kolagen berfungsi untuk melembutkan dan menganjalkan kulit. Kolagen kita sebenarnya semakin berkurangan apabila umur meningkat dan kulit yang kekurangan kolagen akan mudah kendur, kedut dan kasar. Kolagen ikan Salmon di dalam NICKELLSKIN berkuasa 10 kali lebih tinggi dari kolagen jenis lain yang ada di Malaysia.
nickellskin


■ Penyerapan maksima ke dalam kulit

Sodium Hyaluronate di dalam kulit mampu memaksimumkan penyerapan kolagen ke dalam kulit. Seperti yang kita tahu kolagen yang paling bagus adalah kolagen yang mampu menyerap dalam kulit dengan lebih sempurna. Sodium Hyaluronate dapat membantu kolagen dan bahan Triple Stemcell di dalam serum NICKELLSKIN menyerap lebih jauh ke dalam kulit manusia. Ianya lebih berkuasa daripada ASID HYALURONIC yang tengah top di pasaran sekarang. Jadi, NICKELLSKIN sebenarnya lagi ADVANCE TECNOLOGY.

■ Memperbaiki semua jenis kulit samaada kulit sensitif, kulit berminyak atau kulit kering

Tidak kira apa jenis kulit anda samaada yang jenis berminyak, kering atau sensitif, NICKELLSKIN mampu memperbaiki kulit anda. Ini adalah kerana Triple Stemcell & kolagen ikan Salmon dalam NICKELLSKIN mampu membunuh yis di dalam kulit manusia yang akan menyebabkan kerosakan kulit seperti kulit sensitif, berminyak atau kering. 

■ Memudarkan jeragat, parut, bintik hitam dan cela pada kulit

NICKELLSKIN mengandungi APPLE, GRAPE & ARGAN STEMCELL (TRIPLE STEMCELL) serta daun alovera & Cactus Extract yang merupakan anti-kanser dan mampu mencerahkan bahagian kulit manusia yang dah dicemari dengan JERAGAT, PARUT JERAWAT, BINTIK HITAM dan sebagainya. NICKELLSKIN adalah bebas dari bahan pencerah yang terlarang seperti MERCURY, PARABEN & HYDROQUINONE yang digunakan oleh kebanyak pengeluar produk pencerah di Malaysia.

Dengan NICKELLSKIN anda akan dapat rasai HASILNYAAA... KULIT JADI MULUS, GEBUS, FLAWLESS MACAM KULIT BAYI.

■ Mudahnya menggunakan NICKELLSKIN

Memang MUDAH SANGAT guna NICKELLSKIN ni. Tak perlu buang masa pakai toner lah, krim malam lah, krim siang lah, sunblock lah... KINI! semuanya dah digabungkan menjadi 1 dalam sebotol NICKELLSKIN
nickellskin

Dalam NICKELLSKIN ni dah ada TONER + MOISTURIZER + SERUM + SUNBLOCK SPF 35. So cara gunanya anda hanya perlu cuci muka macam biasa (gunakan pencuci Sabun muka Super Collagen) kemudian sapu je terus serum kat muka arah atas ke bawah dan tepuk-tepuk bagi meresap.


SETITIK SUDAH MENCUKUPI 

Tahukah anda? Kulit yang kering, sensitif, kusam dan tidak bermaya boleh menjadi punca utama penuaan berlaku sebelum usia. Ini kerana kulit ini sebenarnya sudah kehilangan kolagen yang diperlukan untuk mengekalkan elastik dan struktur pada kulit.
nickellskin

Dah puas jumpa Doktor atau Pakar kulit, tapi masalah kulit kering, sensitif dan ekzema tetap sama. Kalau ubat habis, masalah tu datang balik. Kos rawatan pula bukan murah, bila dihitung balik beberapa kali jumpa pakar kulit, kos mencecah RM1000++

Bukan ke dah banyak produk kat luar untuk kulit kering? 
Ya.. memang betul, tapi anda perasan tak mula-mula pakai produk ni, kulit kering dan sensitif memang akan jadi normal. Tapi jika anda teruskan pakai dalam jangka masa panjang, kulit anda akan jadi terlebih berminyak. Memanglah kulit kering jadi baik, tapi lagi teruk jika kulit berminyak dan jerawat mula tumbuh. NICKELLSKIN ni lain dari yang lain.. Kenapa? Ia pakar dalam memperbaiki kulit. Semua jenis kulit samaada kering, sensitif, minyak atau kombinasi akan diperbaiki secara menyeluruh oleh NICKELLSKIN. Ia lebih berkuasa dari yang lain kerana ianya lebih bijak menyesuaikan fungsinya dengan masalah kulit yang berbeza.

Siapa yang tak nak kulit cantik macam bayi kan? gebu, mulus, bersih, anjal dan lembut. Anda dah puas cuba macam-macam produk  tapi semua hasil suam-suam kuku je. Lagi leceh sebab nak kena pakai step 1,2,3... Ada masa ke nak tepek toner, moisturizer, krim siang lah , krim malam lah.. kalau terlupa satu step, hasil tak berapa berkesan... Sebulan habis beratus-ratus, masa habis berjam-jam untuk jaga kulit, tapi hasil sama je @ Srupa! kalau salah pilih produk pula, silap-silap kulit boleh nipis. Bila dah nipis tu yang mula naik bintik hitam dan wajah nampak lebih tua dari usia sebenar. Pengguna produk kosmetik sekarang kena hati-hati, ramai yang nak flawless gebu segera, tapi tak sedar selama ni bertahun-tahun dah tepek hydroquinone atau mercury kat muka. Efek nya jangka masa panjang nanti, kulit mula tumbuh bintik hitam, dan worst case scenario boleh sebabkan kanser kulit.
nickellskin

Produk Korea untuk wanita Malaysia; NICKELLSKIN kosmetik yang mampu menjadikan kulit anjal, lembut, mulus macam kulit bayi dan juga mampu lindungi kulit anda dari kanser kulit. 

Untuk pertanyaan lanjut berkenaan produk NICKELLSKIN, amda boleh hubungi maklumat seperti berikut :


Hotline : 017-3780217



Belajar teknik PELUK ?


Aku suka melawat blog Abe Din, dia selalu cerita bab si lembut dan.. kali ini buat pertama kalinya aku ambil teknik beliau kongsikan ini untuk pelanggan aku..ehh... jauh dah ni korang jangan salah anggap pulak ! tengok gambar dulu..

Aku cerita bab candat sotong ..kih kih. Pakej mencandat sotong, untuk tahun 2017 ramai yang tanya aku macam mana nak dapatkan hasil candat yang melipah ruah. Sejujurnya aku pun masih amatur lagi. aku konsikan dari pengalaman Abe Din ni untuk kita (yg berminat) sama-sama praktikkan..

Abe Din selalu sebut dalam blognya, berkenaan teknik TARIK-LEPAS-TARIK atau mudah sebut Teknik PELUK candat. Cara mencandat lebih kurang sama... cuma pencandat perlu lebih peka dan berhati-hati. Sotong kadang-kadang tidak begitu berminat untuk mengejar dan memegang candat. Kadang-kadang.. sotong akan mengejar, sentuh sikit dan terus lari. Tentunya perangai tak senonoh ini akan merugikan pencandat yang baik hati. 

Intai pula gambar kat atas nI. Cukup rakus sotong memuluk kemas jig yang dihulurkan..itulah teknik PELUK. Nak bagi jadi camni... korang kena aplikasikan proses TARIK-LEPAS-TARIK. Teknik ni aku belajar dari pengalaman...kadang-kadang 100% berkesan tetapi bukan pada semua keadaan.Untuk menggunakan teknik ini, korang perlu tarik jig atau karau pancing dengan lembut dan berhati-hati. Tujuannya hanya satu iaitu untuk mengesan sebarang tarikan yang berlaku. Pencandat profesional boleh menganggar saiz sotong hanya dengan merasa 'salam pertama' sotong ini. Kemahiran ini mudah dikuasai jika peralatan, tali, dan jig yang digunakan adalah sesuai.

Sebaik sahaja korang rasa jig korang dipegang sotong, terus korang tarik sekali dan lepas semula dalam beberapa saat (jangan terlalu lama) lebih kurang dalam kiraan tiga. Cara terbaik untuk korang melepaskan candat ialah dengan mengendurkan joran ke bawah dan tarikan kedua adalah bertujuan menaikkan sotong ke atas.

Secara kebiasaanya apabila sotong mula memegang jig, pencandat akan menahan joran dan mengarau pancing tanpa berlaku pengenduran tali utama. Pencandat juga tidak pasti bahagian mana yang terkena mata candat samada jejari primer atau sekunder. Pencandat hanya mengetahui apabila sotong sudah berada di permukaan air. Ini akan menimbulkan rasa cemas dan bimbang sotong terlepas.

Keterangan Teknik PELUK:

Sebaik sahaja sotong memegang candat. Henjut jig sekali. Jika joran keras buat henjutan sederhana. Henjutan keras boleh dilakukan jika joran anda jenis lembut. Tujuan henjutan adalah untuk memastikan mata jig tersangkut pada jejari primer sotong kerana sotong memulakan tangkapan menggunakan jari utamanya.

Merendahkan jorang bertujuan agar sotong menarik jig merapati jejari sekunder dan bahagian mulut. Perubahan jig dari jejari primer ke sekunder mengambil masa beberapa saat sahaja. Tarikan kedua adalah dengan andaian mata jig sudah berada di kawasan jejari sekunder yang lebih banyak atau di kawasan pangkalnya iaitu mulut. Selalunyanya pada peringkat ini semua jejari sotong sedang memeluk kemas jig udang. Tarikan kali kedua akan menyebabkan lebih banyak jejari sotong yang akan mengenai mata jig udang. Ini bermaksud risiko untuk sotong melepaskan diri adalah sangat rendah.


Teknik ini tidak semestinya berkesan di dalam semua keadaan. Jika sotong dalam keadaaan menggila atau 'galak' tentunya tiada masalah kerana hampir kesemua sotong cukup rakus menerpa dan memeluk erat jig.

Pesanan Abe Din ;
"Perlu diingat kita perlu banyak bersabor ketika belajar dan mengaplikasi sesuatu teknik. Niat perlu baik agar rezeki yang kita perolehi akan berkat. Seperti biasa, jangan lupa kongsi dengan orang lain samada teknik atau rezeki... jangan kedekut."

Untuk maklumat yang lebih mendalam , korang boleh juga lawati blog http://sotonglaut.blogspot.my/ Dan jika berminat nak turun mencandat di musim akan datang sila whatsapp/call saya seperti di banner iklan:
PAKEJ CANDAT SOTONG KUALA TERENGGANU 2017



Buat Senaman Sebelum Kena Penyakit !


Aku cuma lapang time malam. Lepas Isyak, boleh peluhkan badan dengang bersenam. Kalau rajin aku jogging 1 km, Aku gemar main pingpong, main pingpong wajib kena ada.. boleh 2, 3 game puas rasa dan lepas tu masuk  gym pulak.  Dapat dalam seminggu boleh buat 2 kali tu kira okay sangat la... 

Pakcik dah tua ni.. Dah tak larat macam 10 tahun dulu. Tapi pakcik nak kembalikan kekal sihat. Umur pakcik dah masuk 44 tahun 2017 tau..

Sebenarnya aku gagahkan jugak masa untuk bersenam. Kalau tak buat, badan rasa macam malas dan mengantuk sentiasa. Orang kata ikut faktor umur memang macam ni la. Sekarang ni sebolehnya aku cuba jadi sihat dan nampak ceria selalu.. Nak bersenam jangan tunggu tua baru buat! Dah bertongkat camana nak berlari.. Adeh..

Ni.. Aku nampak semua kebanyakkan orang bersenam bila dah tahu ada penyakit.. Cuba kita buat sebelum kena


Semalam enjoyed dengan family ..

Kelmarin seharian kitorang berjimba, Keluar rumah pagi pagi, balik sampai rumah lewat malam. Plan nak sukakan hanis sebelum dia nak amik result PT3 (Isnin).

Hantar Hanis jumpa kawan kawan dia tengok wayang dan nak shopping sikit katanya.. Hanis memang tak pernah keluar dengan kawan kawan sekolah dia semata mata nak enjoy macam semalam tu. Selalunya dengan kitorang jer.. MamaD kata, dia tak mau biasakan anak gadis keluar berfoya . Tegas mamaD !
Dari kiri Kak Nina, adik Hanis, mamaD dan Abah. 
Sebenarnya aku ni tak tau nak mula balik nak meulis blog secara santai santai.. Kadang bosan ada  jugak bila tulis sesuatu yang kita rasa tak best.. Kalau sendiri tak best baca, apa lagi orang lain.

Apa pun aku cuba yang terbaik, baiki apa kurang, tambah masuk apa kelebihan orang lain  yang hebat dalam penulisan dan berjaya. Tapi aku percaya... Sejak mula blogging lagi, aku tak peduli pun ada atau tidak orang baca apa yang aku kongsikan dalam blog. 

Dah lama dah, capai 5 tahun menceburi dunia blogging. Dah biasa beberapa kali down tak menulis entri  blog malah pernah stop blogging beberapa bulan..

Ingat lagi pesanan otai blogger, kalau nak keep up update blog kena lah sentiasa berkarya.. Tulis ikut apa kita rasa. Jangan ikut style blogger lain. Cari style tersendiri pasti kita tak pernah rasa jemu berkarya..

Okay.. Ni aku bersaorangan dalam kereta tengah tunggu Hanis amik reault PT3 dia . Apa pun keputusan dia dapat . Abah tetap cool dan panjatkan rasa syukur atas usaha mu NurHanis Umairah..

Update terkini dari hanis, 
Alhamdulillah Hanis dapat 3 cemerlang dan lain2 subjek kepujian.. Alhamdulillah. 


BIOBAX SPRAY boleh COD Banting dan kawasan berdekatan !

Permintaan Biobax Spray yang cepat melegakan sakit-sakit otot kini sangat menggalakkan, korang jangan buat tak tahu pulak pasal Biobax ni.. Kalau 'ketinggalan' juga tak apa, kat bawah ni ada info berkenaan Biobax..
biobax melegakan sakit pingang

BIOBAX SPRAY boleh COD Banting dan kawasan berdekatan


Biobax Cool Theraphy adalah fast relief spray with Eucalyptus Oil,  Habbatussauda and Olive Oil. Biobax Cool Theraphy membantu melegakan kesakitan dengan cepat.

Khusus untuk orang Banting dan kawasan berdekatan. BIOBAX boleh COD BANTING
whatsapp 0174009726. Dan juga boleh penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia. Free postage !

Kandungan Biobax Cool Theraphy adalah :-
- Eucalyptus Oil
- Habbatussauda Oil
- Olive Oil
- Za'faran
- Lemon Grass
- Halia Bara
- Kaffir Lime
- Pappermint
- Menthol Crystal

Bahan-bahan dalam Biobax Cool Theraphy adalah 100% organik. Jadi Biobax Cool Theraphy sesuai untuk ibu mengandung dan ibu berpantang.

Kegunaan Biobax Cool Theraphy adalah untuk kelegaan segera, sakit-sakit biasa, sakit otot dan sendi yang biasa seperti:
-Sakit Belakang
-Ketegangan
-Terseliuh
-Lenguh-lenguh
-Selsema/resdung

Selain lenguh-lenguh, Biobax Cool Theraphy boleh melegakan selsema. Spray biobax pada tangan. Kemudian gosok kedua belah tangan dan sedut bau di tapak tangan sehingga hilang bau.

Kelebihan Biobax Cool Theraphy
-Melegakan lenguh leher & sendi
-Segera melegakan sakit belakang dengan kesan sejuk
-Tahan sehingga 5 jam
-Melancarkan peredaran darah
-Membantu melegakan lenguh bahu & leher
-Terbukti berkesan untuk kelegaan belakang
-Sesuai untuk melegakan selsema & resdung

Biobax Cool Theraphy sudah tersebar ke peringkat antarabangsa. Korang yang dalam Malaysia ni jangan lepaskan miliki Biobax ni. Jom lah dapatkan seorang satu atau belikan kepada insan yang tersayang!

Harga 1 botol Biobax adalah RM85. Tapi sekarang ada promosi RM80 sebotol. Beli 2 botol RM150. Free postage. Sebotol boleh guna sehingga 500 kali semburan. Tahan sehingga 3 bulan.

COD BANTING & Penghantaran melalui pos laju ke seluruh negara
FREE POSTAGE 1 MALAYSIA
0174009726 ☎


Homestay Inap D'bondang dan Dorani Homestay sediakan aktiviti mengagau ikan dalam sawah padi


Masih lagi cerita family day kami di Sungai Besar, Kuala Selangor. Nak sambung sikit lagi.. Kalau lah ada yang suka stay dengan suasana kampung dan kawasan sawah bendang. Aku cadangkan korang yang dekat2 KL datang bercuti sini, tak jauh lah dalam 2 jam driving sampai la kawasan kampung yang tenang dan mendamaikan. Kalau kena musim padi mula berbuah, pemandangannya sangat cool. Sejuk mata memandang dengan kehijauan pokok padi luas terbentang.. 

Gambar atas ni masa kitorang lepas aktiviti mengagau ikan dalam sawah. Nanti aku tunjuk gambar lagi.., memang best tau. Rasai suasana budak kampung yang bergelumang dengan selut lumpur sawah padi.

Dulu masa aku masih bersekolah rendah, selalu jugak turun ke bendang bantu mak abah. Rajin la sebab masa tu semua anak2 tak boleh malas2 bangun pagi. Bila cuti sekolah memang kena tolong buat kerja. Kerja tak mudah tau! Penat lenguh satu badan tapi best.. Best main lumpur, main aci ligan dalam petak sawah.. Tu lah kenangan yang dah tak ada lagi untuk anak2  zaman moden.

Homestay Inap D'bondang dan Dorani Homestay sediakan aktiviti mengagau ikan dalam sawah padi


Sebab tu lah, kami pilih homestay kat sini. Homestay sini memang ada sediakan pakej unik seperti mengagau ikan. Mandi dalam palong air, memancing ikan dan banyak lagi aktiviti kampung. Di bawah ni gambar kami sedang turun mengagau ikan keli. Ikan keli dah buang sengat sebab atas keselamatan.. Bisa sangat keli boleh demam juga menahan sakitnya kalau kena.


Mengagau bukannya target nak dapatkan ikan sangat tapi nak berkubang lumpur tu sebenarnya. Nampak selut macam geli sikit kan tapi bagi yang dah biasa 'bernafas dalam lumpur' . Hemm.. memang best tau.. Inilah terapi . Orang Barat 'mat salleh' pun suka mandi lumpur, berjemur pantai haa kau buat geli geleman pulak tengok macam ni !

Dah puas tangkap ikan berkubang, masa untuk mandi palong tiba. Palong ialah saliran air yang mengairkan bekalan air masuk keluar ke petak sawah padi. Palong ni bukan semula jadi macam parit atau telaga. Airnya memang bersih. Kalau dalam parit saliran @ taliair selalunya ada lintah, ada pacat tapi aku perhati jugak.. Serius memang tak ada lah makhluk hisap darah tu kat sini. Tak yah risau kot..

Info berkenaan homestay anda boleh klik link ini : Inap D'bondang



Terjebak sudah dengan 1GlobalClub 1GC


1GlobalClub 1GC beri peluang baru kepada pengguna online untuk menjana pendapatan sambil bersosial aktif di media sosial


Tertt ! Bunyi wasup masuk dari papaG. PapaG ni sorang Blogger dari Kuantan Pahang. Yang aku kenal Dia ni ialah Tauke Shawl,  bisnes shawl berjenama sendiri. 
" Salam Pcl nak job tak?" ;
"PR nak mcm ni.. mcm ni kena post kat social media mcm ni"..  
dan dipendekkan chat wasup kitaorg ; katanya nak 2 blogger sahaja, aku terus setuju dengan tawaran papaG tu.

Sebab jadi tauke shawl online,  papaG ada kenal rapat dengan customer dia yang telah offer job event Launching. dia dapat Direct invitation dari Kak W.

Yang peliknya aku tak tanya pulak 1globalclub 1gc tu benda apa?? tapi aku tertarik sebab antara job tu, aku kena hadir event pelancaran @ Pulmman Lakeside Putrajaya. Dan VVIP yg datang Rasmi tu pak mentri kerja aku.. haha . Terbaek ! memang aku suka sangat dan ini sikit sebanyak berkait secara langsung dengan aku punya kementerian.
Job list papaG dah ready dan deal dengan Kak W. Kak W sorang yang dah friend aku dalam facebook. Walau tak pernah kenal sebelum ni..
Tak pernah kenal tak apa, nanti jumpa boleh kenal2. Event dijadual pada 23hb Nov jam 7 mlm. 
Cover event memang best, kita as blogger kerja tak susah sangat sebab semua dah diberi, cuma perlu hadir untuk amik gambar-gambar masa hari kejadian. Blogger apa sangat ..tapi jangan ada ingat kami-kami datang nak makan atau nak dapat gift saja tau. Yes kami jalankan tanggung jawab yg diberi dengan dedikasi.
Tiba masa Dato' Verdon berucap ; aku tak kenal sebelum ni siapa Dato' Verdon. (maafkan saya Dato' kalau terbaca entri ini). Tapi bila dah dengar apa yang disampaikan Dato' Don.. wah! memang teruja sangat nak join 1GC. 1GC ni dalam jangka masa panjang akan beri 'sesuatu' kepada ahlinya.
Lepas Dato' Vedon berucap, tiba masa YB Menteri MOSTI pulak.. yeah memang aku tunggu speech beliau. Lagi bersemangat aku nak terjah untuk tahu lebih lanjut tentang 1GC.
Masa sidang media berlangsung; Kita ni blogger biasa-biasa jer.., nak bertanya direct dengan VVIP macam tak sampai niat walaupun ada keinginan nak bertanya.. lupakan . tak apa.. Itu aku boleh explore 1gc dari medium lain. Lagi pun tugasan aku memang kena sampaikan maklumat untuk orang luar khususnya readers blog aku tahu apa itu 1GC? kalau aku tak faham macam mana aku nak tulis..kan.
Habis event malam tu.. masa makan2 sebelum balik sempat berjumpa dengan beberapa wakil 1gc yang sentiasa ada di sana. Kat situ kami sempat berbual dengan satu hensome guys ni nama dia Radzif Taharan, bagus bro ni sebab dia memang friendly. Aku rasa semua staff 1GC memang gitu. Senyum selalu dan tak lokek ilmu..syabas korang.
Kita siap interview Bro Radzif.. yg sebetulnya bukan nak cari bahan menulis tapi lebih kepada macam mana 1GC beroprasi dan apa benefit pengguna dapat.
Sikit sebanyak memang dapat info tentang 1gc, antaranya kalau join 1gc .. apa yang kita dok buat selalu masa bersosial dan dengan 1gc kita dapat rewards daripadanya..
Aku ni memang suka dan memang buat kerja dengan hadap komputer dan hadap henfon setiap masa terluang.

1globalClub 1GC boleh memberi manfaat dalam jangka masa panjang.. Insya Allah.
"Ini lah peluang " ..kat aku dalam hati.


Majlis pelancaran 1GC >


TAWARKAN GANJARAN BAGI PENGGUNA AKTIF MEDIA SOSIAL di 1GLOBALCLUB (1GC)


1GlobalClub (1GC) merupakan sebuah platform sosial media yang memberi pulangan keuntungan kepada ahli sebanyak 70%. 1GC mempunyai 3 aspek penting iaitu sosial media, market place dan rewarding system. 1GC juga adalah sebuah aplikasi yang inovatif dan platform media sosial yang mengalakkan ahli-ahlinya untuk menjadi pengguna aktif atas talian dengan memanfaatkannya untuk pelbagai aktiviti.

TAWARKAN GANJARAN BAGI PENGGUNA AKTIF MEDIA SOSIAL di 1GLOBALCLUB (1GC) 



1GC beroperasi melalui trafik pengguna, jualan iklan dan komisyen dari jualan pada 1GC market place. Jadi bagi mendapat trafik pengguna, jualan iklan dan juga penjual di market place, ahli perlu aktif bersosial di website 1gc.com. Seperti mana kita kini sedang aktif di medium sedia ada, namun di 1GC kita akan dapat rewards setiap aktiviti contohnya LIKE, SHARE, TONTON VIDEO, FORUM dan banyak lagi features di 1GC memberi keuntungan kepada pengguna. Ini adalah cara pembahagian keuntungan kepada ahli :

70% - dikembalikan kepada ahli
30% - kos operasi 1GC

Di mana, di kira 70% = 100%
60% - diberi kepada ahli yang aktif.
40% - diberi kepada semua ahli sama ada aktif ataupun tidak aktif

(komisyen 10% bagi referral tidak termasuk di dalam pengiraan di atas)

Jadi bagi sesiapa yang menjadi ahli 1GC tidak perlu mencari downline atau menjual apa-apa produk. Ahli cuma perlu aktif dan setia bersama 1GC sahaja. Terdapat pilihan bagi ahli yang ingin menjana pendapatan lebih, 1GC memberi peluang kepada ahli untuk memperkenalkan kepada ahli baru dan 1GC akan memberi komisyen sebanyak 10% kepada ahli yang memperkenalkan 1GC kepada ahli baru. komisyen 10% ini adalah sebagai hadiah penghargaan oleh 1GC kepada ahli yang sanggup dan berusaha memperkenal 1GC kepada ahli baru. 

1GC Bukan bisnes Multi Level Marketing
~ 1GC bukan scam dan 1GC juga bukan MLM tetapi sebenarnya 1GC adalah Social Media & Online Business Platform yang pertama di dunia yang memberi ganjaran kepada pengguna aktif atas talian

Mahukah anda menyertai komuniti 1GC? “Sambil bersosial sambil jana pendapatan “

SIAPA BOLEH SERTAI 1GC CLUB?
✔Semua golongan tidak kira anda berbisnes atau tidak, cikgu? Suri rumah? Remaja? Senang cerita semualah boleh join !
✔Free member bermula umur 13 tahun >
✔Club member berumur 18 tahun > berdaftar sebanyak RM 106 (termasuk GST)

APA ITU 1GC ?
✔1gc.club merupakan media sosial yang berkongsi keuntungan kepada ahli yang berdaftar.
✔Ditubuhkan oleh sebuah syarikat Bumiputra
✔Dibangunkan oleh seorang ‘Bisnesman’ yang berjaya untuk membantu   sesiapa sahaja untuk mengembangkan bisnes dan menjana pendapatan !!!
✔Sambil bersembang sambil jana pendaptan !!
✔ Sebuah syarikat yang berdaftar GST !
✔ Ada PROFIT SHARING !!
✔PELUANG BAGI PARA PERNIAGA UNTUK MEMILIKI RUANG BERIKLAN DI MARKETPLACE SECARA PERCUMA !!!
✔Berdaftar sebagai club member sebanyak RM 106 akan mendapat 200 kredit percuma dan 10 listing product untuk diiklankan !!

MUDAH SANGAT !
✔LIKE jadi duit
✔COMMENT jadi duit
✔SHARE jadi duit
✔Add friends pun jadi duit !!!

Pilihan di tangan anda untuk sertai komuniti 1GC
✔Semua ahli layak mendapat rewards jika kekal aktif bersosial di 1GC
✔Semua peniaga berpeluang untuk mendapatkan ruang iklan secara percuma di 1GC ADS selama 3 bulan, dengan hanya mendaftar sebagai CLUB MEMBER sebanyak RM 106 (termasuk GST)

Jom jadi sebahagian daripada 1gc.club. Daftar sebagai free member untuk bersosial atau daftar sebanyak RM 100+6 untuk kelebihan point-point di atas ! Saya sudah join, jika anda bercadang mendaftar ahli 1GC, sudilah jadikan saya sebagai Referral ID dengan memasukkan :

 Username : Nazlee6009


PENDAFTARAN AHLI 1GC


How to sign up !

Untuk maklumat lanjut dan menjadi ahli 1GC 1GlobalClub, anda boleh layari laman web rasmi mereka di www.1globalclub.com atau www.1gc.club atau boleh rujuk pada baner berikut :


Share.Socialize.Rewards


MAHA 2016 BOOTH D18, HALL C Jus Qalbi Al-Ehsan


1 Disember hingga 11 Disember 2016 merupakan pameran MAHA 2016. Apa yang menarik di MAHA 2016, MAEPS Serdang ini? Sebaiknya jangan lepaskan peluang ke MAHA 2016 Booth D18, HALL C (International Hall) MAEPS, Serdang Selangor.

Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAHA 2016 kini kembali bersempena tepat pada cuti sekolah tahun ini. Pameran MAHA 2016 akan diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor mulai dari 1 Disember sehingga 11 Disember 2016. Pameran ini akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kepada para ibu bapa yang tidak tahu untuk pergi ke mana-mana pada bulan hadapan, inilah kesempatan yang terbaik untuk membawa anak-anak berjalan-jalan sewaktu cuti sekolah.

SEBAB APA HARUS KE BOOTH D18, HALL C (International Hall) MAEPS, SERDANG SELANGOR?

👉Sementara offer, boleh belikan untuk yang tersayang, mak, abah. Sebagai hadiahkan buat mereka sebotol satu Jus Al Ehsan. Alhamdulillah mereka dah pekena sebotol, nampak efeknya.
👉Semasa program MAHA 2016 ini berlangsung. Ada harga istimewa potongan DISKAUN sehingga RM73. Banyak tu RM73. Rugi tak grab !
👉Dan, selain itu ada banyak VOUCHER potongan diskaun untuk pembelian lain.

KENAPA PERLU JUS QALBI AL-EHSAN?

Ada banyak kelebihan dan kebaikan Jus Qalbi Al-Ehsan.

FAKTA !!! SETIAP 1 JAM 6 ORANG RAKYAT MALAYSIA KENA SERANGAN JANTUNG DAN STR0K


KOLESTEROL tinggi memang masalah yang amat ditakuti kerana ia boleh menyebabkan penyakit jantung, stroke dan sebagainya tanpa kita sedari.. Ingat, orang yang kurus juga berisiko mempunyai kolesterol tinggi jika tidak mengawal pemakanan mereka..

TANDA-TANDA KOLESTEROL TINGGI

🔹     Sering berasa kebas-kebas pada kaki.
🔹Timbul bintik-bintik putih (biji kolesterol) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.
🔹Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.
🔹    Sering berasa sakit kepala.
🔹Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
🔹 Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.
🔹Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. 

Ini menunjukkan kadar kolestro terlampau tinggi. Jadi, jika ada mempunyai tanda-tanda seperti inj. Jom cepat lakukan pemeriksaan doktor dengan segera. Sebaiknya lakukan lab Ujian Kolesterol untuk memeriksa tahap kolestrol anda.

Kawal KOLESTEROL... baru sihat!

Jangan lupa tunjukkan VOUCHER ini juga ketika ke Booth Jus Qalbi Al-Ehsan di D18, HALL C (International Hall) MAEPS, Serdang Selangor.



Keterangan lanjut boleh layari atau hubungi :

Telefon / Whatsapp : 018-373 9021 / 017-730 0366 / 012-6460421
Fb : https://www.facebook.com/pencucikolestrol/
Ig @qalbialehsan : www.instagram.com/qalbialehsan


Naik Tram Keliling Kampung


Tram.. Apa tu? Kalau kat sini masa kami berada di kampung Sungai Haji Dorani Sungai Besar Selangor. Ada sebuah traktor dengan gandar di bahagin belakang ditarik. Gandar boleh muatkan penumpang seramai yang boleh. Ada tempat duduk semacam naik bas atau keretapi. Alah korang ni buat susah je aku explain. Biasa kan naik tram? Kalau dalam zoo atau taman reakrasi yaag berkeluasan besar mesti ada disediakn tram untuk memudahkn pengunjung melawat kawasan.  Kat sini pun macam tu laa..

Menaiki Tram Keliling Kampung 


Pihak homestay ada menyediakan khidmat yang termasuk dalam pakej Family Day iaitu menaiki tram ronda kawasan kampung.
Dorani homestay
Ini la dia tram, lebih laju dari kereta lembu.. Naik dalam kampung memang jadi perhatian

Masih lagi di hari pertama kami di sini. Petang selepas solat zohor, makan dan berehat rehat sekejap, kami menunggu tram tiba depan chalet. Cuaca petang agak mendung dan sesekali hujan gerimis. Tak jadi halangan sebenarnya malahan kami rasa suka lagi bila air hujan gerimis tempias membasahi muka semasa naik tram melalui jalan kampung.
Macam best, ya ..memang best naik tram keliling kampung
Dari sebuah desa ke sebuah desa, enjin tram dan keriuhan kami melalui jalan rumah kampung, ada juga orang kampung melambai tangan mengalukan kehadirn kami. 

Momen segar di ingatan, semunya melihatkan keindahan pemandangan sawah luas nan menghijau terbentang. Kebetulan kami di musim padi baru berputik. Ada juga sebahagian petak sawah di mana pokok pokok padi masih baru menghijau, orang kata pokok padi dara.. Emmm. Kami kami yang dewasa sebenarnya taklah hairan sangat dengan sawah padi, tapi program macam ini lebih kepada untuk genarasi baru, genarasi anak anak kami. Nampak di wajah masing masing seronok dan teruja. Walaupun sawah bendang tok wan depa sendiri ada tapi tak pernah jejak kaki.. Itu lah hakaikatnya.
 Cuaca mendung, kalau macam ni selalu boleh lepak di tepian sawah menhirup udara segar
Pokok padi masih dara lagi..
 Sempat lagi tu.. Qasehzamri n the gang. Tak lepas peluang

Tonton di live video facebook ..
Momen indah yang masih segar ini aku abadikan dalam video, korang boleh juga tonton di live video facebook .

>> Cerita hari pertama di Sungai Besar

Maklumat berkenaan homestay  :

Inap D'bondang Homestay
En. Khairul Anuar Yaacop
Aalamat : Jalan Paket 60, Sungai Haji Dorani Sungai Besar, 45300 Selangor
Tel : +6019-2198184

Dorani Homestay
En. Abd Rahman Daud
Tel: +6013-6077025
Alamat: Pusat Homestay Parit Satu, Sg Haji Dorani, Sungai Besar, 45300 Sabak Bernam



Upah Haji dan Umrah 1438 H /2016 - 2017 M telah dibuka untuk pendaftaran.



Assalamualaikum wbt ;

"Sahabat saya, Tuan Haji Mohd Huzairi .. Tuan haji adalah juga rakan sekelas semasa sekolah menengah dahulu di Nibong Tebal, Seberang Perai .Penang. Kami sama-sama ambil kursus elektrikal di SMV di sana. Kursus letrik sampai ke Mekah ya tuan alhamdulillah... aku bangga dgn hang tuan haji. Bangga dengan apa yang diusahakan sekarang, semoga Sinar Hijrah terus bersinar dan terus maju..."
Okay, tuan puan kalau nak berurusan berkenaan upah haji & umrah boleh terus dengan sahabat saya ini, terutamya bagi mereka yang tinggal di kawasan utara semenanjung. Insya Allah segalnya berjalan lancar.


PERNIAGAAN SINAR HIJRAH - (PG 0244960-D) adalah sebuah Syarikat bumiputera Muslim yang berdaftar sejak tahun 2009 menjalankan perniagaan menjual barangan Ibadah Haji & Umrah,serta memberi khidmat Upah Haji & Umrah.
PERNIAGAAN SINAR HIJRAH


Pendaftaran untuk Upah Haji dan Umrah


Pendaftaran untuk Upah Haji dan Umrah bagi tahun ini 1438 H /2016 - 2017 M telah dibuka.
Khidmat upah hanya RM 1800.00 bagi Upah Haji & Umrah.
Tempat terhad hanya untuk 50 pendaftaran awal sahaja.

Kami menguruskan bagi: 
1) Arwah yang tidak pernah mengerjakan ibadah Haji & Umrah semasa hayatnya.
2) Serta bagi orang yang sakit tua dan juga terlalu uzur.
3) Atau sakit yang tiada harapan untuk sembuh.

Pendaftaran boleh dibuat di :
a)  Di tempat Kursus Umrah - Masjid
b)  Di kediaman anda - Lokasi anda
c)  Di kediaman saya

Cenderahati:
1) Sijil Perlaksanaan
2) Tasbih
3) Sejadah
4) Kurma
5) Kismis
6) Al -Quran 1 Naskah
7) Minyak Wangi
8) Serban & Kopiah (Lelaki)
9) Telekong (Perempuan) * Zikir Tahlil & Bacaan Al Quran untuk arwah.

Juga memberikan perkhidmatan :
UPAH BADAL UMRAH = RM 600.00
WAQAF AL QURAN DI MEKAH = RM 50.00 senaskah
ZIKIR TAHLIL & BACAAN AL QURAN = RM 5.00 1 Nama
KENDURI DI MEKAH = RM 10.00
PAKEJ UMRAH BERJADUAL SEPANJANG TAHUN.

InsyaAllah kami akan menjalankan amanah ini dengan baik dan sempurna serta penuh tanggungjawab.

Tarikh tutup pendaftaran:
23 OGOS 2017 M
01 ZULHIJJAH 1438 H

Sila hubungi:
Haji Mohd Huzairi Bin Haji Mohamed.
014-711 8055
019-594 6224

Hajjah Zaiton Binti Ramli
019-516 6924
012-456 4262

Perniagaan Sinar Hijrah
No.1002 ,MK 3,Bukit Indera Muda,
Jalan Kubang Semang,
14400, Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.

No.Tel Rumah:
04-530 7740

klik iklan fb :
https://m.facebook.com/groups/455700457793827?view=permalink&id=1314458578584673


Inap D'Bondang Homestay menjadi pilihan


Familay Day kami di perkampungan sawah padi sekitar Sungai Besar Sabak Bernam Selangor


Family Day yang kami rancang sejak beberapa bulan lepas dan akhirnya dengan kata sepakat 26.11.2016 lalu, hari Sabtu bermula selama 2 hari 1 malam kami bercadang buat di Dorani homestay. DORANI HOMESTAY jadi pilihan sebab tarikan utama ke sini adalah persekitarannya dekat di hati. Kampung Sungai Haji Dorani, Sungai Besar Sabak Bernam Selangor ini seakan-akan mampu menggamit kenangan masa kecil kami sewaktu masa dulu dengan suasana kampung dan bendang sawah padi. Asalnya kami semua dari kampung dan datang melawat kampung sebegini supaya senarionya tidak akan dilupakan oleh genarasi seterusnya. Mungkin ada di antara generasi anak-anak kita yang tak kenal macam mana rupa bentuk pokok padi? Pokok beras? Dan beberapa aktiviti kampung yang unik dan sangat menarik.

Kami Tak jadi menginap di Dorani Homestay !


Kami kurang bernasib baik, Dorani Homestay sudah penuh ditempah! Disebabkan menunggu masa agak lama untuk kami buat pengesahan kehadiran dipermulaannya., Kami agak terlewat, maka pihak Dorani homestay telah membuka tempahan kepada pihak lain. Walau bagaimana pun ianya tidak mengecewakan, organizer family day kami telah berjaya mendapatkan homestay di sini dengan bantuan pengelola Dorani Homestay. Akhirnya kami tetap ke sini juga dan kami ditempatkan di homestay lain berdekatan kampung sekitar. 

Inap D'Bondang Homestay menjadi pilihan 


Inap D'bondang Homestay adalah sebuah homestay ala-ala kekampungan dulu-dulu yang mana di sekelilingnya adalah sawah padi. Perasanku jadi terimbau terkenangankan masa lalu. Aku sangat teruja bila sampai di sini. 
5 buah chalet lengkap dengan 1 katil queen, aircond, kipas, tv, peti sejuk dan bilik mandi
Rumah inap 2 bilik, lengkap dengan 1 katil queen, aircond, kipas dan bilik mandi di setiap bilik. Ruang balkoni untuk keluarga bersantai dan boleh juga untuk solat berjemaah. Terdapat juga sebuah menara tinjau di belakang untuk pengunjung melihat keindahan pemandangan sawah padi
Family day kali ni di sebelah pihak family aku. Dah lama kami tak buat, last sekali tahun 2013 kalau tak silap. Kali ni Qaseh Zamri yang juga pemilik butik QasehZamri.Co jadi organizer. Kami yang lain hanya support mana yang patut.

Waze ke Inap D'bondang Homestay


Dari Banting, mamaD dan anak-anak dah ready sejak awal lagi. Jam 8.30 pagi lagi sudah bergerak dari rumah. Sebelum teruskan perjalanan ke Sungai Besar, aku singgah di Rawang, COD Biobax spary customer. permintaan dari customer yang perlukan segera Biobax. Selesai urusan cod, kami terus ke destinasi yang sebenar. Dari Rawang ambil masa hampir 1 jam lebih perjalanan berkereta ke Sungai Besar. Aku guna apps waze untuk melancarkan perjalanan. Waze "Dorani Homestay" sampailah ke destinasi. Tapi untuk ke Inap D'bondang Homestay kena masuk melalui Jalan Paket 60 (atau waze Jalan Paket 60, Sungai Besar Selangor).

Sabtu 12.30 tengahari kami tiba di lokasi, sementara menunggu family lain tiba kami round dulu kawasan kampung. Mulanya agak mengelirukan sebab bila tiba di Dorani Homestay, ada kelihatan beberapa buah homestay lagi. Rupanya lokasi Inap D'bondang Homestay kena masuk ke dalam sikit lagi. Kami kesemuanya seramai 7 buah keluarga menginap di Inap D'Bondang Homstay. Jaraknya 5 minit jer dari Dorani Homestay.

Akhirnya, 2.00 petang kami check-in di Inap D'bondang Homestay. Pakej selama 2 hari 1 malam, 7 keluarga terlibat berkumpul, kira ini short vacation di awal musim cuti persekolahan anak-anak. Keseluruhan kami di sini seramai 35 orang.

Kelengkapan Inap D'bondang Homestay


Homestay terletak dalam kawasan berpagar di atas sebidang tanah luas, terdapat 5 buah chalet lengkap dengan 1 katil queen, aircond, kipas, tv, peti sejuk dan bilik mandi. Sebuah rumah inap 2 bilik, lengkap dengan 1 katil queen, aircond, kipas dan bilik mandi di setiap bilik. Ruang santai untuk keluarga bersantai dan boleh juga untuk solat berjemaah. Terdapat juga sebuah menara tinjau untk melihat keindahan pemandangan sawah padi, juga ada sebuah mini kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak. Di bawah bangunan menara juga disediakan lantai lapang sesuai untuk makan beramai-ramai dengan dilengkapi kemudahan asas dan juga dapur/ bbq pit .

5 buah chalet (3 unit + 2 unit kembar) lengkap dengan 1 katil queen, aircond, kipas, tv, peti sejuk dan bilik mandi ~ view dari menara tinjau. 

Kawasan luas untuk kemudahan parkir kenderaan
Walaupun kampung sendiri dah selalu tengok pemandangan cantik macamni  namun mata tak pernah puas untuk melihatnya lagi. Subhanallah 
 Mini kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak
Di bahagian bawah menara disediakan ruang lapang sesuai untuk makan beramai-ramai dengan konsp terbuka.. memag dapat menghirup udara segar dari arah bendang.
Bbq Pit serta kemudahan asas untuk bakar-bakar daging, ayam dan sebagainya..
Semasa berada di sini, kami berpeluang untuk melihat aktiviti masyarakat setempat melalui aktiviti ronda kawasan kampung dengan menaiki tram..

Di antara moment yang paling best sekli.... menikmati pemandangan sawah padi menghijau, indah sungguh ciptaan Nya Subhanallah.

Kita sambung lagi di sini :

>> Naik tram keliling kampung

>> Aktiviti mengagau ikan dalam sawah padi


Maklumat berkenaan homestay  :

Inap D'bondang Homestay
En. Khairul Anuar Yaacop
Aalamat : Jalan Paket 60, Sungai Haji Dorani Sungai Besar, 45300 Selangor
Tel : +6019-2198184

Dorani Homestay
En. Abd Rahman Daud
Tel: +6013-6077025
Alamat: Pusat Homestay Parit Satu, Sg Haji Dorani, Sungai Besar, 45300 Sabak Bernam