Beli produk dengan harga murah dan original di HCUBE SHOP


Berapa peratuskah kepercayaan korang terhadap jual beli secara online? Aku percaya ramai orang sekarang ni dah boleh terima hakikat kemajuan budaya membeli belah adalah mengikut trend semasa. Aku sendiri akui memang selalu berurusan jual beli secara online. Bagusnya sebab ia memudahkan lagi menjimatkan masa dan kos. Kita ambil positif tentang perkara ini, walau ada kalanya segelintir orang mengambil kesempatan untuk tidak berlaku jujur dalam proses belian dan jualan secara online.

Beli produk dengan harga murah dan original di HCUBE SHOP


Dalam hal ini kita sebagai pengguna kenalah bijak memilih syarikat mana yang boleh dipercayai untuk berurusan secara maya. Ada banyak syarikat-syarikat di luar sana dengan tawaran dan promosi tertentu. Lebih berhati-hati dalam memilih, itu adalah langkah terbaik. Kalau korang sedang mencari-cari dimana kedai online untuk shopping produk kecantikan dan kesihatan, aku boleh perkenalkan korang satu Hub ini ; "Halal & Healty Hub" yang juga dikenali Hcube Shop.





Korang boleh klik pada banner tu dan terus ke website Hcube Shop. Apa yang bagusnya korang akan dapatkan produk dengan harga murah dan produk yang original. Pasti? (.. cuba la masuk web tersebut ).

Aku bukan sesaja nak tulis bahawa kedai online Hcube ni bagus, tapi kalau proses pembeliannya mudah dan tidak mengecewakan pelanggan, kenapa tidak aku hebahkan kepada semua pembaca di sini. Ni aku kongsikan korang beberapa produk yang sangat popular dan carian ramai pelanggan ;

1. Pencegah Perut Boroi dengan Clean 8 dari GC Herbs

Hcube Shop

Clean 8 adalah penyelesaian terbaik dan berkesan untuk membersihkan usus yang kotor dan berkerak. penyakit yang penyebab kulit kusam dan tidak berseri datangnya dari usus yang kotor. Clean 8 dapat menyelesaikan masalah ini dan ianya digunakan secara tradisional untuk membantu mengurangkan berat badan, mencegah perut boroi, menyingkir toksin, melegakan sembelit dan melancarkan pergerakan usus. Ia juga membantu anda untuk mendapatkan kulit yang halus mulus lagi gebu (klik untuk info selanjutnya)

2. Bakar Lemak Tanpa Diet dengan Kopi Hijau ALANA

Hcube Shop

KOPI HIJAU ALANA ialah kopi yang bermutu tinggi, dijamin sedap, banyak khasiat.Para doktor telah membuktikan kopi hijau memang dapat membakar lemak tanpa diet dan exercise. KOPI HIJAU ALANA juga mengandungi extra susu kambing yang kaya dengan Vitamin dan Mineral berbanding susu lembu. Baik untuk penghadaman, membuang toksin dalam badan dan mengurangkan berat badan. (klik untuk info selanjutnya)

3. Kulit lebih Flawless dengan OKAYA FOUNDATION

Hcube Shop

Memperkenalkan Okaya Foundation Cream To Powder 2 in 1 membantu anda flawless sepanjang masa.Calit-calit sapu-sapu pakai lipstick pakai celak tak sampai 2 minit terus putih berseri.. Okaya Foundation juga merupakan cream ajaib yang diperbuat dari bahan berkualiti tinggi setanding jenama antarabangsa yang sangat popular di pasaran. (klik info selanjutnya)

4. Otak Kanak-kanak Semakin Genius Dengan RR4u

Hcube Shop

Tablet Genius RR4U ialah ubat minda berasaskan homopaty yang baik untuk perkembangan minda anak dan seterusnya membantu memberi perubahan positif dari segi sahsiah dan akademik.Tablet Genius RR4U diasaskan dari hemeopathy serta 100% semulajadi yang merangsang penyaluran oksigen penuh ke minda, membolehkan anak-anak mudah faham serta meningkatkan konsentrasi mereka di dalam kelas.(klik untuk info selanjutnya)

5. Ubati Penyakit Kanser dengan Jus Rama-rama  

Hcube Shop

Tea & Jus Rerama Original Warisan ialah produk yang boleh mengubati pelbagai penyakit khususnya kanser dan penyakit kronik kerana mempunyai ciri-ciri anti kanser dan anti keradangan yang lazimnya ada pada kebanyakan penyakit. (klik untuk info selanjutnya)

6. Set Bersalin dan Penjagaan dengan Nona Roguy

Hcube Shop

Set bersalin Nona Roguy bertahan lebih 5 tahun dalam pasaran. Ia dijamin HALAL dan selamat serta diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Set Bersalin Nona Roguy ialah produk yang sangat sesuai untuk: Ibu yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi Ibu yang sentiasa sembelit teramat sangat Ibu yang sentiasa sakit anggota badan Ibu yang mengeluarkan darah nifas yang tidak normal Ibu yang sentiasa Kembung Perut ketika berpantang Ibu yang terkejut berat badan meningkat secara tiba-tiba selepas bersalin Ibu yang cepat letih dan tidak ada tenaga. (klik untuk info lanjut)

Pembelian mudah di Hcube Shop


Hcube Shop menjalankan proses pembelian dan menerima tempahan ke seluruh Malaysia dalam 7 hari seminggu dan 24 jam sehari kerja. Anda jangan risau untuk berurusan di Hcube Shop. Penghantaran adalah menggunakan khidmat Poslaju Malaysia.

Dapatkan Produk Kecantikan Kesihatan Dengan Kualiti Terbaik, Di HCube Shop "Your Halal and Healthy Hub"

BLOG: https://babiesblinkbeauty.blogspot.com 
FB: https://www.facebook.com/hcubeshop/ 
YOUTUBE: https://www.youtube.com/user/HCubeShop 
INSTAGRAM: https://www.instagram.com/hcube_shop/ 
INSTAGRAM FEEDBACK: https://www.instagram.com/hcube_feedback/


Kilatkan kereta di REZ Q WASH ; Wash Vacuum Polish Wax Coating


Ada yang boleh buat hati suka, seronok dan puas hati? Ya.. Aku bila tengok kereta kesayangan sentiasa bersih dan berkilat ! Nak buat sendiri memang tak menjadi selalu sebab aku ni tak berkemahiran dan satu lagi sebab kurang rajin hehe.. Dari minggu lepas lagi aku nak share dengan korang. Info berkenaan penjagaan kereta, maksud aku nak bagi kilat kereta. Kerja ni bukan senang tau, nak kena teliti dan banyak bersabar. Bukan boleh siap sejam dua oo !

Lama dah aku plan nak cari kedai cuci kereta yang buat servis polish and wax terbaik. Sabtu minggu lepas aku baru ada masa. Jauh dari rumah aku ke Selayang. Kalau servis tak puas hati memang aku tak nak la rekeman korang kedai ni;

REZ Q WASH ; Wash, Vacuum, Polish & Coating menyediakan servis terbaik. Kalau korang biasa dengan area Selayang senang je nak cari kedai ni. Lokasinya di belakang bangunan Capitol Complex dan berhadapan dengan Hospital Selayang.

Kenal dengan owner Rez Q Wash ni dari kawan Blogger. Pengalaman dia dalam bidang ni dah melebihi 2 tahun. Polish tip-top, cuma yang tak boleh tahan tu.. Nak tunggu lama sebab mereka polish dan wax body kereta cara manually. Tapi jagan risaulah, bukan dia buat sorang2, dia ada beberapa orang pekerja mahir.

*promosi tertakluk kepada perubahan semasa, sila masuk ke fb page Rez Q Wash.

Iklan kat atas ni masih lagi bersiaran di facebook page Rez Q Wash. Boleh ushar masih ada lagi (ketika entri ini publish) Untung beb mana nak dapat servis murah lagi berkualiti. Langkah pertama korang kena booking slot bila nak buat. Jangan terus pergi sana.. Aku sertakan details Rez Q Wash kat bawah entri ini.

Tengok lah.. Sangat puas hati, calar-calar halus memang hilang.


Book Your Slot @ Rez Q Wash
Why Pay More When You Can Get Less ! 

Whatsapp : 0176237300 Bro Carlos
Web : http://www.rezq.com.my/
Open : 
Sunday - Saturday : 10am to 8pm



Peminat Kari Kepala Ikan


Ayah aku kat kampung dah bukak kedai kari sembilang. Dah lama dah bertahun lamanya.  Resipi dia memang terbaik. Mak mertua aku pulak memang suka masak kari ikan, gulai ikan la kata orang utara !

Memang rasa tak senang duduk bila tak dapat kari dalam sebulan.. Makan kari selalu-selalu sangat pun tak bagus untuk kesihatan. Dalam masakan kari tu ada banyak lemak dari santan kelapa. 

Aku  risau nak makan banyak kuah kari kalau mak mertua aku yang buatkan. Dia punya kehendak mesti gulai lemak bersantan. Sedap memmang le sedap. Dulu masa muda remaja makan belasah ikut dan jer, tapi bila terasa sakit-sakit badan mula lah kena jaga-jaga bab pemakanan.

Ayah aku pulak, masak kari memang pure punya.. Bau kari melekat di tangan. Biasa lah.. ini untuk pelanggan tetap dia. Sumber cari rezeki kena buat bagi sedap dan buatkan pelanggan teringat selalu nak singgah makan.

Kat rumah sendiri, mamaD dah biasa sangat masak kari. Kadang dia ikut resipi ayah aku dan ada juga ikut resipi mak dia. Tapi mamaD memang tak akan masukkan santan kelapa. Kari mamaD style kari mamak nasi kandar punya ! 

Ini menu makan tengahari tadi, Kari Ikan Siakap. Bila teringat nak makan kari aku cakap jer.. Insya Allah siap lah. Aku lah Peminat Kari Kepala Ikan buat masa ni.  Belum jemu2 lagi.. hi hi


Hashtag  #mamaDcafe





HAQQI Portal Kelengkapan Haji & Umrah dan Fesyen Islamik Lelaki & Wanita


Kita belum lagi melangkah ke bulan Ramadhan tetapi ramai orang sudah sibuk mencari-cari pakaian untuk digayakan semasa hari raya. Tidak hanya kepada kanak-kanak tetapi orang dewasa juga tidak terkecuali. Zaman teknologi maklumat dan internet terkini mengheret pengguna untuk bertindak lebih pantas dan mudah, semuanya di hujung jari untuk membeli-belah. Segalanya sudah semakin mudah seiring dengan kemajuan industri negara, rakyat cuma perlukan keinginan dan tindakan untuk melakukannya.

Okay guys.. jangan terlalu serius sangat. Ada betulnya seperti pepatah Melayu "siapa cepat dia dapat" dan untuk persiapan hari raya jika boleh kita buatlah persiapan awal supaya nanti bila tiba bulan Ramadhan kita boleh fokus sepenuhnya dengan tuntutan ibadah puasa . Aku suka buat survey di internet di mana-mana halaman web atau portal butik pakaian yang bagus-bagus. Tahun lepas aku dah beli secara online, tips mudah beli baju raya ni yang utamanya kita mesti kena tau saiz badan lah supaya senang nak matcing sekali beli terus menjadi.

HAQQI Portal Kelengkapan Haji & Umrah dan Fesyen Islamik Lelaki & Wanita


Baru-baru ni aku telah disarankan oleh kawan untuk membeli di portal HAQQI, katanya baju melayu, kurta dan banyak lagi design menarik kat sana.  "Ko minat tak Kurta Izzue Islam?" Haa soalan dia tu macam nak 'pancing' aku jer.. Dan dia kata lagi, saiz badan Izzue Islam pun lebih kurang aku.. Memang ngam lah mudah dapatkan saiz.

Akhirnya aku termakan pancingan kawan tu..  Hanya klik pada pautan portal HAQQI (www.haqqi.com.my) dan aku mulakan survey. Cantik! memang banyak pilihan dalamnya. Butik online HAQQI ini bukan sahaja portal membeli-belah untuk pakaian lelaki & wanita, malah ada juga untuk kelengkapan Haji & Umrah ! Terdapat pelbagai Vendor jenama berkolabrasi di dalamnya.. Korang pun boleh usyar tengok.

Haqqi

HAQQI


Ok, lets shopping !. Kawan aku kata sini ada Baju Melayu dan Kurta di bawah jenama Artis terkenal (Izzue Islam), so aku search dalam portal ni ada nampak label JENAMA dan klik kat situ, terus akan nampak jenama IZZUEXCLUSIVE dan beberapa lagi jenama lain antaranya seperti (DARA by Fathia, OWL by Nora Danish, EL by Elfira Loy)




Proses order seterusnya memang sangat mudah. Hanya perlu ikuti langkah-langkah yang diberikan Segala maklumat berkenaan ada dinyatakan seperti (kategori, warna dan saiz ukuran) .

Setelah usyar2 tengok, berkenan lah di hatiku, sepasang kurta semestinya Izzuexclusive menjadi pilihan. Aku pilih Kurta Qayyim, warna Dark brown & saiz M .

(Memang jauh beza dengan model dan pelakon ternama Izzue Islam, tapi aku sendiri berpuas hati dapat menggayakan design dari jenama tersebut)


  

Bagi anda yang tak suka beli online, mungkin susah nak matcing saiz dan sebagainya jaganlah risau. Butik HAQQI berada di Syeksen 7 Shah Alam. Walk-in pun boleh.

Untuk Maklumat Lanjut :

Butik HAQQI
No 13 & 15, Jalan Plumbum S7/S, Seksyen 7, 40000, Shah Alam , Selangor
(Sebaris dengan JAKEL Shah Alam)
No. Telefon: +60 3-5523 4798

INSTAGRAM: https://www.instagram.com/haqqi.com.my/
FACEBOOK: https://www.facebook.com/haqqi.com.my/
TWITTER: https://www.twitter.com/my_haqqi
WEB : http://www.haqqi.com.my






Peminat Kari Kambing


Bau hamis kambing bukan masalah bagi penggemar tegar masakan berasaskan kambing. Sampai ada yang kata kalau tak bau hamis kambing tu bukan masak kambing namanya..

Restoran Kari Kambing 40 Hari



Cuti minggu lepas, Sabtu, Ahad aku ke Johor bersama family. Amik cuti extra 1 hari lagi hari Isnin. Menginap di hotel berdekatan Legoland Nusajaya. Dari situ kami mulakan aktiviti. Malam sebelumya bermalam di Kempas rumah saudara sepupu. 

Family kami semuanya suka makan kambing. Jadi bila dah kat Johor kami singgah satu restoran yang cukup terkenal di kalangan penggemar daging kambing iaitu Restoran Kari Kambing 40 Hari yang berlokasi di jalan lama Yong Peng, Johor. Restoran ni boleh nampak dari Lebuhraya PLUS sebelah kiri menghala ke Selatan. Curi-curi pandang pun dah boleh perasan ramainya orang berkunjung dan melihatkan kenderaan parkir berderet di bahu jalan.

Kami boleh pulak dah berada di bandaraya JB sangggup berpatah balik ke Yong Peng semata-mata nak makan nasi arab dengan kari kambing. Tak jadi masalah, hanya perlukan masa 45 minit dari JB.. Elok-elok sampai perut memasing pun tengah berkeroncong.

Sampai kat situ jam 12 lebih kurang. Manusia memang ramai ler.. Yang tengah beratur satu hal, yang sedang menikmati nasi arab kari kambing satu hal.. Boleh melelh air liur dibuatnya. Ada yang order set menu dalam dulang dan ada juga dalam pinggan. 

Nama kari kambing 40 hari dah lama popular. Sudah gah di Johor dan dikenali juga oleh orang Singapura. Waktu perniagaan bermula jam 7.30 pagi hingga 3 petang.

Kami datang ke sini seramai 5 orang, jadi kami order set dalam dulang dan satu extra set dalam pinggan. Nafsu masa sebelum makan memang sukar diramal. Nasib baiklah aku tak ikutkan nafsu melantak.. Kalau tidak mau jer aku order 2 set dulang tu. 

Untung juga masa beratur panjang, kami dapat laluan mudah. Walau que agak panjang tapi lancar sahaja urusannya. Set 1 dulang dan 1 pinggan dah siap . Yang bagusnya set dulang dapat satu jag air sirap. Jadi air tak payah order dah. 

Masa aku berdiri beratur, mamaD dah siap cari meja untuk kami.. Kalau ikutkan suasana masa tu rasa macam majlis kenduri kahwin tradisional kat kampung pulak. Kalau nak makan ikut konsep sunnah Rasulullah boleh juga. Makan sama-sama dalam dulang.. Haa ini yang terbaik. Menu di sini memang sebijik sama macam kenduri kawin bukan macam nasi arab yang biasa makan di restoran lain. Apa pun cita rasa masing-masing berbeza. Bagi aku, aku bagi 3/5 bintang sebab rasa dan pengurusannya. 

Korang yang belum sampai lagi di sini boleh la cuba. Set dulang Rm45 (nasi arab+kambing/ayam) 4 orang makan boleh lepas.. Dan set pinggan pulak harga Rm12 (nasi arab+kambing/ayam) air sirap percuma.

Waze location cari : Restoran Kari Kambing 40 Hari

Dah lepas makan, masa perjalanan balik tu baru teringat nak tanya.. Apa yang 40 Hari tu? Emm.. nampaknya kena pi lagi untuk kepastian..





Boat House Sepang


Keluarga kami kiranya memang minat sangat aktiviti memancing lagi2 belah keluarga mamaD. Boleh dikatakan dalam sebulan tu memang ada saja aktiviti. Kalau tak pi beramai, satu dua orang pun boleh jadi punya..

Boat House Sepang .. macam menarik ja !


Memandangkan hobi kebanyakan kami ke arah memancing bila ada kelapangan, aku dan mamaD dah plan baik punya untuk sewa Family Boat House yang kat Sepang tu. Konsep rumah rakit ni memang best dan agak murah bajetnya berbanding sewa bot memancing laut dalam. Tahun lepas kami pernah ke Chalet Terapung di Kedah. Memamg dapat pengalaman yang best la kat sana..

Nampak macam best je kan kat MS Family Boat House ni.. Jom la korang..

memancing atas rumah rakit
memancing atas rumah rakit

Aku baru saja dapat tau melalui facebook, ada iklan berkenaan rumah rakit berdekatan.. haa kali ni nak ajak orang Kedah mai sini pulak, layan memancing ikan sambil BBQ. Kalau dikutkan jadual sebenar rumah rakit tu dah penuh untuk tempahan (sabtu/ahad) tapi nak jadi rezeki kami sekeluarga. ada orang cancel.. Kebetulan aku telefon tuan punya, dapatlah aku booking pada cuti Chrismas bulan Disember nanti.

Rumah rakit juga dikenali MS Family Boat House, lokasi di Sungai Pelek Sepang Selangor. Boleh cuba bagi korang yang suka aktiviti memancing dan riadah bersama keluarga. Ini aku share link ke fb MS Family Boat House https://www.facebook.com/MSFamilyBoatHouse/

Korang yang pernah ke sana boleh la share pengalaman atau info mana-mana lagi port memancing yang menarik untuk aktiviti sekeluarga.








Boleh Cuba Keli Masak 3 Rasa



Memang tak pernah teringat sebelum ni kami nak buat masak ikan keli 3 rasa.. Haa sekali tu mak mertua aku bagi idea sebab dia dah pernah makan kat restoran tepi hutan katanya dekat sebelah Ampang KL sana. Ada bermacam menu dari ikan air tawar disediakan untuk pelanggan. Yang menariknya tu ikan keli 3 rasa. Terasa nak cuba buat sendiri kat rumah.



Yang memasaknya bukan aku tapi mamaD, aku pi beli sekilogram Keli sederhana besar. Keli saiz ni memang best kalau dibuat panggang atau goreng atau masak apa saja pun sedap. Selalu dah mamaD buatkan gulai, asam pedas, masak sambal keli... Tapi kali nak cuba menu baharu ni..

Masak 3 rasa selalunya menggunakan ikan siakap, Jenahak, Bawal dan jarang aku dengar ikan keli masak 3 rasa. 

Bagi peminat ikan keli, korang patut cuba kelainan rasanya. Kalau kena ikan yang baik.. Fresh huh memang terangakat! #brocuba ni tengah makan! sememangnya ikan keli 3 rasa (masam, masin, manis) terbaik. Makan ketika panas bersama nasi putih.




T-SHIRT CANDAT SOTONG


Alhamdulillah, Sambutan yang sangat menggalakkan untuk sesi pertama Pre Order T-shirt candat sotong. Untuk sesi yang ke dua ini, pelancaran T-Shirt berlengan panjang SJT (Squid Jiggers Team) sebagai memenuhi permintaan pelanggan juga.. Gambar seperti di bawah, material dari cotton 100 % . 

Pre Order T-shirt kembali untuk sesi ke-2



Warna : Pink,  Aqua Turqoise, Black Ink, Orange &  Dark Grey



DeComplot  baru sahaja diperkenalkan melalui Instgaram @decomplot dan website belognya iaitu www.decomplot.com. Kedua-dua medium ini adalah khusus untuk Pakej Candat Sotong & Pakej Memancing Laut Dalam.

Bersempena pengenalan web blog dan instgram DeComplot ini, Pengendali pakej, NazleeDotCom Resources telah melancarkan Baju-T berlengan panjang dan dibuka untuk tempahan kepada semua pelanggan pakej dan juga para pembaca di sini.

www.decomplot.com
"DeComplot Candat Team" GREY (sahaja)

Jika anda berminat dengan T'shirt tersebut, tempahan dibuka mulai dari sekarang  hingga 31 Mac 2017 

Hantar maklumat berikut dan whatsapp ke 0174009726

Name: 
Contact No : 
Code Tshirt (jika ada) : 
Warna pilihan (standard) : 
Saiz (S,M,L,XL,XXL,XXXL) : 
Kuantiti :

Tshirt berlengan pendek dan panjang dari "Squid Jiggers Team". Kami menyokong kempen bersempena Tahun Melawat Terengganu 2017 "Visit Beautiful Terengganu Malaysia 2017" . Tempahan Tshirt ini juga dibuka kepada umum. "Squid Jiggers Team" menampilkan tshirt berlengan pendek dengan 6 warna pilihan :

Decomplot
 "Squid Jiggers Team" BLUE
DeComplot
 "Squid Jiggers Team" GREY
DeComplot
 "Squid Jiggers Team" GREEN
DeComplot
 "Squid Jiggers Team" RED
DeComplote
 "Squid Jiggers Team" BLACK
DeComplot
"Squid Jiggers Team" WHITE



Senarai Harga keseluruhan :

1) Lengan Pendek : RM25.00 (Squid Jiggers Team)

2) Lengan Panjang : RM30.00 (Squid Jiggers Team)

dan,
3) Lengan Panjang : RM30.00 (DeComplot Candat Team)

3) Harga Tshirt tidak termasuk Caj penghantaran Poslaju : RM10.00 SM, RM13.00 SS

Kesemua design menampilkan material jenis cotton 100%. Tshirt dijamin selesa dan tidak panas semasa digayakan.



Tempahan dibuka mulai dari sekarang  hingga 31 Mac 2017 

Hantar maklumat berikut dan whatsapp ke 0174009726

Name: 
Contact No : 
Code Tshirt (jika ada) : 
Warna pilihan (standard) : 
Saiz (S,M,L,XL,XXL,XXXL) : 

Kuantiti :


Terima kasih .



Candat jenis berhantu?

Jig Candat Sotong Pilihan Pencandat Kuala Terengganu


Candat 'berhantu' ni seperti dalam gambar di atas, telah banyak berjasa kepada pemiliknya. Jig candat berbentuk udang dan ianya direka supaya boleh menyimpan cahaya semasa di atas permukaan . Maknanya apabila jig candat berada di dalam air, candat ini akan memantulkan cahaya yang disimpan untuk menarik perhatian mangsa. Spesies sotong memang lazimnya suka bertindak balas dengan cahaya, oleh sebab itu jig candat direka bagi tujuan tersebut.


Korang nak tahu tak berap harga jig candat? Kalau seperti gambar tu harganya dalam lingkungan Rm30 ke Rm35 seekor.

Ada juga dari jenis jig candat yang popular kebanyakan pencandat sotong sebelah pantai timur menggunakan jig dari jenama YUZORI dan YAMASHITA. kedua2nya buatan Jepun. Biar pun harga agak mahal dari jig-jig candat biasa namun jika dikira hasil tangkapan meumuaskan membuatkan jig jenis mahal menjadi pilihan.

Yang berhantu itu jig candat yang digunakan, pemilihan tepat dan syor mengikut pengalaman pencandat sebelum ini. Apa pun keakhiranya adalah bergantung kepada rezeki masing-masing mengikut ketetapan Tuhan Yang Maha Esa. Kita hanya mencuba dengan usaha keras.

Boleh cuba kepada korang yang belum tahu lagi candat apa yqng popular di Terengganu. Selain beli yang sedia ada, ada juga sebahagia Nelayan di Terengganu bijak membuat sendiri jig candat mereka. Rekaan berdasarkan gabungan warna2 menarik dan material yang boleh menarik perhatian sotong !



Sakit Belakang Menggangu Anda?



Permintaan Biobax Spray semakin mendapat perhatian umum. Antara sebabnya ia mampu melegakan dengan cepat dan berkesan.. Ada pelanggan tanya, betulkah boleh? Jawapannya BOLEH, jika penggunaan spray dengan cara yang betul.



BIOBAX SPRAY boleh COD Banting dan kawasan berdekatan


Kalau korang berada berdekatan kawasan Banting Selangor dan sekitarnya, aku boleh COD jer. Aku faham, bila sakit datang tetiba dan tak tertahan rasanya... masa tu lah pelanggan 'push' tak nak by pos, kalau boleh nak masa tu jugak !. Tak apa ..Insya Allah selagi Biobax ada stok dan (stok sentiasa ada di tangan) aku boleh jer . (Hubungi 017-4009726) BIOBAX boleh COD BANTING dan juga boleh penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia. Free postage !


Biobax Cool Theraphy adalah fast relief spray with Eucalyptus Oil,  Habbatussauda and Olive Oil. Biobax Cool Theraphy membantu melegakan kesakitan dengan cepat.


Kandungan Biobax Cool Theraphy adalah :-
- Eucalyptus Oil
- Habbatussauda Oil
- Olive Oil
- Za'faran
- Lemon Grass
- Halia Bara
- Kaffir Lime
- Pappermint
- Menthol Crystal

Bahan-bahan dalam Biobax Cool Theraphy adalah 100% organik. Jadi Biobax Cool Theraphy sesuai untuk ibu mengandung dan ibu berpantang.

Kegunaan Biobax Cool Theraphy adalah untuk kelegaan segera, sakit-sakit biasa, sakit otot dan sendi yang biasa seperti:
-Sakit Belakang
-Ketegangan
-Terseliuh
-Lenguh-lenguh
-Selsema/resdung

Selain lenguh-lenguh, Biobax Cool Theraphy boleh melegakan selsema. Spray biobax pada tangan. Kemudian gosok kedua belah tangan dan sedut bau di tapak tangan sehingga hilang bau.

Kelebihan Biobax Cool Theraphy
-Melegakan lenguh leher & sendi
-Segera melegakan sakit belakang dengan kesan sejuk
-Tahan sehingga 5 jam
-Melancarkan peredaran darah
-Membantu melegakan lenguh bahu & leher
-Terbukti berkesan untuk kelegaan belakang
-Sesuai untuk melegakan selsema & resdung

Biobax Cool Theraphy sudah tersebar ke peringkat antarabangsa. Korang yang dalam Malaysia ni jangan lepaskan miliki Biobax ni. Jom lah dapatkan seorang satu atau belikan kepada insan yang tersayang!

Harga 1 botol Biobax adalah RM85. Tapi sekarang ada promosi RM80 sebotol. Beli 2 botol RM150. Free postage. Sebotol boleh guna sehingga 500 kali semburan. Tahan sehingga 3 bulan.

p/s : Ada kes Pelanggan BOBAX mintak COD Segera Bila Tak Tertahan sakitnya .. Tapi jangan selalu macam ni ya.. Korang boleh order simpan dan guna bila perlu  RM80/botol sahaja.


Santai Bercuti di Hard Rock Hotel Penang


Dah lama rasanya tak mai bercuti di Penang ni. Kali ni, alhamdulillah berpeluang untuk bercuti ke sini dan lokasi penginapan yang menjadi pilihan aku ialah Hard Rock Hotel Penang yang terletak di Batu Feringhi. Ramai yang kata penginapan di sini agak mahal tapi bagi aku kalau korang pandai pilih tarikh dan masa yang sesuai pasti korang boleh dapat harga penginapan yang berpatutan. Lagipun Hard Rock Hotel (HRH) ni terletak berhampiran dengan pantai, jadi ianya memang menjadi salah satu tumpuan pelancong untuk menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan aktiviti-aktiviti yang menarik. Apa menariknya lagi tentang HRH ini, ianya bukan sahaja dilengkapi dengan fasiliti yang terbaik, bahkan dekorasi persekitaran samada di luar atau di dalam semuanya cantik dan menarik. Kalau korang seorang peminat muzik pasti akan lebih teruja.

Santai Bercuti di Hard Rock Hotel Penang



Sinonim dengan lagenda muzik antarabangsa, tidak hairanlah kebanyakan dekorasi hotel ni adalah bertemakan gambar penyanyi, kostum dan juga gitar. Secara globalnya HRH hanya terdapat 3 buah saja iaitu HRH Bali, HRH Pattaya dan HRH Penang, namun Hard Rock Cafe (HRC) ada lebih 170 buah di serata dunia. Di Malaysia sendiri ada HRC Kuala Lumpur, HRC Melaka dan HRC Penang. Bagi HRH Penang, konsepnya sangat lain dari yang lain dan menjadi one of the famous hotel in Penang kerana interiornya sarat dengan hiasan konsep 'rock' dan setiap sudutnya pasti dipamerkan pelbagai unsur rock termasuk sejarah, lagenda rock dunia, pakaian, aksesori, dan kenderaan yang mereka gunakan, album rock dulu hingga sekarang serta alatan muzik yang digunakan.

Hard Rock Hotel Penang

Bagi pemilihan bilik pula, terdapat pelbagai jenis pilihan yang korang boleh pilih mengikut kesesuaian korang. Untuk aku, Lagoon Deluxe menjadi pilihan hati. Haaa, nak tahu kenapa? Sebab hanya dari bilik ni kita boleh terus akses ke swimming pool melalui balkoninya.


Walaupun swimming pool ni berkongsi dengan hotel guest yang lain, tapi kira oklah sebab tak payah nak berjalan jauh-jauh untuk sampai ke swimming pool. Buka saja sliding door dah boleh terus terjun dan berendam dalam kolam. Sangat sesuailah bagi korang yang minat bermandi-manda dan beriadah dalam air kan. Peralatan lain yang disediakan termasuklah tv skrin leper, sistem audio yang hebat dipersiapkan dengan himpunan muzik-muzik rock, himpunan filem dan lain-lain lagi. Abaikanlah keadaan 'huru hara' dalam bilik kami tuu..


Sememangnya, penginapan di Hard Rock Hotel Penang ni sangat awesome! Kemudahan yang disediakan juga menjadi salah satu tarikan kepada para pengunjung. Di mana pengunjung boleh melakukan massage, aktiviti spa, relax di kabana pantai, menikmati poolside bar dan banyak lagi.


Kalau korang rasa macam nak gelapkan kulit bolehlah lepak dekat sun loungers tapi biasanya aktiviti macam tu mat-mat dan minah-minah saleh je yang rajin buat. Hihi. Bagi orang kurang upaya juga, korang jangan nak sedih-sedih sangat ek.. sebab dekat HRH ni ada menyediakan kemudahan untuk orang istimewa. Haaa, OKU pun boleh menikmati percutian yang awesome seperti orang lain juga. Cool kan?

Selain itu, bagi aktiviti malam kalau korang tak mahu lepak bersantai dekat hotel saja, korang boleh berjalan-jalan sambil cuci mata di Batu Ferringhi Night Market yang terletak berhampiran saja dengan kawasan HRH Penang ni. Night market di sini lebih kurang macam uptown dekat KL laa juga tapi still ada yang menarik.


Pasarnya memang agak panjang dan banyak barangan dijual seperti handbag, baju, jam, dan perhiasan. Memang lenguh la nak berjalan tapi okay what dapat tengok tempat orang kan! Boleh juga kalau nak beli buah tangan di sini untuk keluarga dan rakan-rakan sebab harganya juga sangat berpatutan dan masih boleh buat tawar-menawar. Tapi bila dah buat tawar-menawar, jangan pula korang tak beli, nanti tak memasal saja dapat jelingan maut. Huhu.

Cakap pasal makanan pula, korang jangan lupa untuk mencuba segala jenis makanan di Penang seperti nasi kandar, pasembor, char kueh teaw, nasi beriani dan mee sotong serta jeruk Pak Ali. Kalau korang malas nak pergi jalan-jalan cari makan dekat tempat lain, dekat Batu Ferringhi Night Market juga korang boleh menikmati pelbagai local food yang menarik dan sedap-sedap.


Aku sempat cuba makanan favorite aku ni,  Char Kueh Teow Penang. Makanan pilihan aku apabila berada di Penang selain Nasi Kandar. Pastikan korang cuba tau makanan-makanan yang ada, kalau tak nanti takut menyesal dan kempunan pula. Rugilah kalau korang tak cuba tengok dan rasa sendiri pengalaman yang menyeronokkan kat sini. Lagi-lagi tempat dalam negara sendiri kan.

Hard Rock Hotel Penang

So, have fun guys! Menginaplah di Hard Rock Hotel Penang bila korang cuti-cuti di Pulau Pinang nanti. Pasti awesome!